Penulisan

Posted by Tukya

‘Garis Lentang Anak Haram’ adalah novel pertama yang ditulis. Pada tahun 1971 novel ‘Senja Belum Berakhir’ telah mendapat Hadiah Sastera Bahagian Novel yang pertama kali diadakan oleh kerajaan.

Dalam sayembara dan hadiah sastera, Azizi tidak pernah ketinggalan mendapat hadiah, sehingga Azizi dianggap sebagai penulis sayembara. Azizi pernah menerima Hadiah Sastera dalam gerne cerpen lima tahun berturut-turut (1971-1975). Dalam sayembara cerpen anjuran Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, Esso-Gapena, Yayasan Sabah-Gapena, Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank dan badan-badan lain, Azizi sering mendapat tempat.

Dalam tahun 1976 Azizi dianugerahkan bintang Ahli Mangku Negara (AMN) dan pada tahun 1988 menerima SEA Write Award di Bangkok.

Cerpen WI adalah hadiah utama yang dimenangi Azizi dalam Sayembara Cerpen Esso-Gapena. Dalam Sayembara Yayasan Sabah, Azizi meraih kemenangan melalui novel ASYRAQ.

Novel ‘Seorang Tua di Kaki Gunung’ bagi Azizi, adalah kemuncak bidang kenovelannya pada ketika itu. Novel tersebut, walaupun mendapat tempat ketiga, tapi ia mempunyai kekuatan yang tersendiri, menurut pengkritik. Novel itu telah dijadikan teks sastera peringkat SPM tahun 1985-1987.

Dalam tahun 90-an juga Azizi pernah meraih Screen Play Radio Terbaik dalam Anugerah Sri Angkasa.

Sejak tahun 60-an hingga kini, Azizi menulis dalam semua gerne, seperti puisi, artikel, cerpen, novel, drama radio, dan drama TV. Lebih daripada 150 buah cerpen, 24 buah novel dan beberapa antologi cerpen telah dihasilkan oleh Azizi.

Azizi telah menggunakan beberapa nama selain nama sebenar, seperti Jamong, Qalam Adly, Anita, Shahrul Manjarishah, Tan Sri Sasterawan, Sri Bungsu, Tukya dan lain-lain.

Tahun 1995 mendapat Hadiah Ketiga Sayembara Novel Hadiah Sako I dengan novel bertajuk WI & WILIAM, di mana Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain mendapat tempat utama dengan novel IMAM. WI & WILIAM mengesahkan bagaimana anak muda bernama Wi yang tinggal di Langkawi cuba mempertahankan tanahnya dari arus pembangunan, masyarakat Langkawi yang mula mabuk dengan tawaran tanah oleh pihak swasta dan akhirnya WI mendapat kejayaan. Salah satu vision Azizi dalam Wi sudah menjadi kenyataan, iaitu di mana terbinanya kereta kabel pada tahun 2002 di puncak gunung, sedangkan Azizi telah menulisnya pada tahun 90an lagi.

Novel KAWIN-KAWIN yang memenangi Hadiah Utama Sayembara Hadiah Sako, satu-satunya hadiah yang berprestej tahun 1999 dan hadiah disampaikan pada 2002 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu cukup menarik. Ia telah menjadi kontravesi kerana kesah politik di dalamnya. Ia juga mengesahkan seorang perempuan yang subur bernana MasUm, telah berkahwin dengan empat lelaki dengan kerelaannya sendiri. Lelaki pertama ditinggalkannya, lelaki kedua mati, lelaki ketika bercerai hidup dan lelaki keempatlah yang menjadi masalah dan konflik dalam hidupnya, kerana MasUm sebenarnya menjadi rebutan di antara lelaki lain yang menjadi kawan rapat dengan suaminya kini.

KAWIN-KAWIN juga merupakan sebuah novel berunsur lucu yang diselitkan dengan peritiwa-peristiwa yang membolehkan kita ketawa. Ia diterbitkan oleh Utusan Melayu Publication & Distributor Sdn. Bhd..

Menulis:

  • Cerpen
  • Artikel dalam semua majallah
  • Novel
  • Drama Tv
  • Drama Radio
  • Pentas
  • Puisi

0 comments: