Buku Baru Azizi Hj Abdullah

Posted by Tukya Labels:


Nama buku : Kuras-Kuras Kreatif
Penulis : Azizi Hj.Abdullah
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka 2007
Harga : RM14.00
Tebal : 146 halaman
Boleh didapati : Di kedai-kedai Dewan Bahasa

Kuras-Kuras Kreatif adalah buku terbaru Azizi. Ia merupakan satu usaha Azizi Hj Abdullah merakamkan kembali olahan dan garapan karya-karya kreatif beliau dari tahun 1970 hingga 1999, yang cukup banyak menyingkap latar, proses,kepayahan dan kejayaan beliau dalam mengharungi dunia penulisan.

Azizi sememangnya cukup arif dalam memaparkan latar desa dan mudah menyusun perwatakan hasil daripada pengalaman beliau. Penggunaan lenggok bahasa yang menarik dan pemilihan kata-kata yang sesuai membuat karya beliau begitu menyentuh perasaan.

Jika anda membaca novel AYAHANDA, anda akan tahu bagaimana prosesnya. Jika anda sudah membaca SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG, anda akan tahu bagaimana prosesnya.

Kuras-Kuras Kreatif juga mengesahkan sedikit biografi Azizi sejak kecil hingga beliau berjaya dalam penulisan kreatif.

Di antara pengalaman beliau ialah ketika ke lorong pelacur Di Alur Setar dan bertemu dengan seorang pelacur tua, lalu menjadikan ia bahan penulisan. Azizi bercerita:

"Hai, nak ke mana? Marilah!" ajak seorang pelacur sambil menarik tangannya.
"Saja jalan-jalan," jawab saya.
"Tak mahu rasa kelapa tua ke? Lemak tau," kata pelacur itu.
Saya tergamam dan kemudian ketawa sendirian.

(Halaman 9; Kuras-Kuras Kreatif)

5 comments:

  1. Nisah Haji Haron

    Salam,
    Saya baru saja beli buku ini di Seremban dan sedang menikmatinya. Terima kasih kerana menulis Kuras-Kuras Kreatif. Terasa seperti dapat meninjau di sebalik langsir seorang penulis besar (ketika dia sedang menulis!)

    Juga telah saya upload di blog saya.

    www.annyss.blogspot.com

  1. Хаcмaди Хамдан

    Assalamualaikum Ustaz...
    Saya sudah membaca Memoir Seorang Guru. Memang apa yang ustaz paparkan adalah realiti guru pada masa dulu, kini dan selamanya. Bersikap pongah tak tentu pasal. Saya pun Ustaz juga. Mengajar di Kulim jugak. Pernah makan bihun sup dengan Ustaz masa ceramah di Batu Putih. Tetapi Ustaz tak kenal saya kot. Tetapi satu sahaja yang saya tak suka dengan memoir tu. Endingnya terlalu noveau roman, realisma magis. Semua murid ustaz berhimpun di satu tempat kerja. Penghujungnya amat mengejutkan. Kalau lagi panjang, satu persatu dihidupkan dengan lebih real, saya pasti lebih baik.

  1. blackpurple @ jowopinter

    Salam.

    Tahniah! Akan saya dapatkan nanti.

  1. Nisah Haji Haron

    Untuk makluman, buku ini juga boleh didapati di Ujana Ilmu. Boleh klik terus di http://www.ujanailmu.com.my/pd_kuras-kuras_kreatif.cfm

    Terima kasih.

  1. muhaizan

    Salam,

    Saya juga telah mendapatkan buku ini di Pesta Buku 2008, PWTC. Masih belum membacanya kerana terlalu sayang takut cepat habis.Pastinya tulisan AA adalah `worth to read'.