Satu Catatan Perjalanan: BERSAMA GAPENA KE THAILAND

Posted by Tukya Labels:

Satu Catatan Perjalanan:

BERSAMA GAPENA KE THAILAND.


Menelusuri bersama Gapena (Gabungan Penulis Nasional) yang diketuai oleh Tan Sri Prof. Ismail Husain, dengan ditemani oleh Datuk Zainal Abidin Borhan, Datuk Zainal Kling bersama Ketua Satu Kerabat Gapena seperti Drs. Anuar Asmadi 2PNP, Saidun Hj Shaari Ketua Satu ASASI, Abham TR Ketua Satu Puspa, sangat menarik walaupun sangat lelah.

Bersama Tan Sri Ismail Husain Ketua I Gapena di Restoran Langu. 1.8.2003

Turut bersama ialah Saifurullah dari Makasar, Jamal Tukimin dari Singapura.

Bertemu di Danok pada jam 9 pagi 1 Ogos 2008 kemudian berangkat terus ke Pakbara, Satun yang memakan masa selama 3 jam.

Di Jeti Pakbara untuk ke Pulau Taratao, kami disambut oleh Timbalan Gabenor Satun, Mr. Kwan Chai Wongnitikon dan pegawai-pegawainya. Sangat baik dan ramah. Kami diberitahu, Pulau Taratao adalah pulau yang pada satu masa dahulu menjadi tempat kediaman sementara mereka yang dijatuhkan hukuman bunuh.

Sangat menarik apabila diberitahu tentang pulau yang dikelilingi dengan pulau-pulau lain, yang dari Langkawi hanya 4 kilometer sahaja. Pulau yang terletak di kawasan Laut Andaman ini menjadi kami tergamit-gamit segera ke sana.

Tapi malangnya untuk ke sana pada masa kini dilarang oleh kerajaan Thailand. Bagaimana pun di atas jasa baik Timbalan Gabenor, kami dibenarkan juga pergi.

Dengan menaiki bot tangkapan ikan, kami meredah laut Andaman dan lebih dua jam barulah kami sampai.

Memang tak diduga langsung. Tidak ada pelancong seorang pun. Tidak ada kenderaan, kecuali lori yang akan membawa kami sahaja. Yang lain, hanya satu krew pengambaran filem Thai.

Selama lebih dua puluh minit dari jeti, barulah sampai. Pantai dan kawasan memang cantik, tapi tak ada manusia, kecuali pekerja lima enam orang. Kami hanya makan nasi bungkus. Kasihan kepada Tan Sri Ismail Husain yang terpaksa makan nasi dan kopi bungkus.
Acara tidak ada kecuali satu penerangan dari Timbalan Dekan Universiti Islam Yala, Prof Dr. Ahmad Omar tentang umat Islam di wilayah pantai barat dan kedudukan orang Melayu di beberapa wilayah.

Bagaimanapun perbincangan berlaku bagaimana memertabatkan bahasa Melayu jika pihak Malaysia dan umat Melayu Islam di wilayah ini bekerjasama.

Bersama Datuk Zainal Abidin Borhan, UM. Di Pulau
Taratao



Jam 11 malam elektrik yang hanya menggunakan generetor dihentikan. Bayangkan tidur dalam keadaan gelap, tanpa kipas angin.

Saya terpaksa berjegil mata mendengar ombak pantai hingga 2 pagi kerana panas dan nyamuk.

Tidak ada apa yang boleh dimakan kecuali jika membawa bekalan roti kering. Kami terpaksa menahan perut hingga jam 12 tengahari untuk mendapat sebungkus nasi goreng. Kemudiannya berlepas balik menuju ke satun.

Malamnya 2 Ogos 2008 satu majlis memperingati dan memperkatakan tentang karya seorang pemimpin Melayu Satun, di pakarangan rumahnya dalam bandar Satun. Allahyarham ialah Che Abdullah Lang Putih yang lahir pada 1890. Disamping penulis yang banyak menulis buku, beliau juga seorang hakim dan ahli parlimen.

Dari riwayat yang disampaikan, kehebatan beliau ialah Parlimen akan berhenti bersidang kerana memberi penghormatan kepadanya jika tiba waktu solat.

Saya telah diberi kesempatan membicarakan buku beliau ‘Dua Badan Satu Jiwa’ yang terbit tahun 1372 Hijrah.

Semua keluarganya, termasuk anak bungsunya yang berusia 60 tahun lebih menyambut kami dengan baik. Majlis yang dihadiri pembesar, termasuk Gabenor Satun, umat Islam sekitar sangat bermakna.

Bagi saya majlis malam itu yang dilaksanakan oleh Gapena dengan kerjasama pegawai-pegawai daerah Satun, Us. Mohamad Amin yang kini menjawat sebagai Sepiker telah mengkisahkan perihal Hj. Abdullah Lang Puteh dengan baik sekali.

Ternyata kembara Gapena ini, walaupun penat dan melelahkan kali ini memberi impak yang baik.

Keesokan harinya 3 Ogos 2008, di pagi hari lagi kami dijamu pula dengan makan pagi yang lazat di kaki lima kedai kemudian kami berpecah seperti anak ayam hilang ibu. Masing-masing balik ke jalan sendiri. Tan Sri Ismalil sendiri balik ikut Wang Kelian sedang saya dengan tiga lagi kembali ke Danok.

7 comments:

  1. Anonymous

    askum, seronok baca komen2 dan catatan cikgu...tapi gambar yg mandi pakai seluar pendek tak d publishkan....aurat....wslam-fairuz baling

  1. Anonymous

    sdra fairus,
    saya minta maaf atas kesilapan teknik. memasukkan bahan ke dalam blog, saya tak pandai. semua dilakukan oleh kawan di KL. maka gambar yang diambil, mereka kirim terus dan mereka siar pula. maaflah kerana aurat tak mengghairahkan. barangkali kalau artis, tak adalah sungutan.
    maaf dari azizi abdullah

  1. CUCU TOK KEDU

    Abang Azizi yang dihurmati.

    KERJA MELAWAT SEANTARA DUNIA INI MEMANG KERJA KETUA 1 GAPENA. BILA BALIK KE MALAYSIA TUGAS UTAMANYA MENJADI PEMBODEK PEMERINTAH YANG MENEGAKKAN BAHASA PENJAJAH DI SEKOLAH-SEKOLAH! GAPENA AMAT BERHATI-HATI UNTUK MENGELUARKAN KENYATAAN MEMBELASAH PEMERINTAH UMNO/BN TERHADAP PENCABULAN BAHASA MALAYU DI KACA TV KERAJAAN UMNO/BN.

    ABANG TOLONGLAH NASIHATKAN PAKCIK KON TU! BILA KITA TUA KITA KENA LAGI BERANI BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN SUPAYA MATI NANTI ADA JASA BESAR YANG DITINGGALKAN BUKAN PINGAT ATAU NAMA YANG HEBAT!

    http://rp-semantan.blogspot.com

    CUCU TOK KEDU

  1. Anonymous

    hah, cucu tok kedu membilas saya. monok jadinya. sebenarnya jangan kata pula abang ni permbodek. baru selepas abang hentam gapena habis-habisan ketika tersengeh-sengeh buat kongres perpaduan melayu, baru tan sri tu baik semula dengan abang. dulu pun baik, tapi tak akrab.
    bagaimana pun pada kelip mata abang, tan sri tu memang terbuka orangnya. tak ada dendam. cuma orang nak kaih beliau saja tak berjaya. yang lawan dulu pun cicak mengkarung, mana boleh.
    -abang azizi

  1. Anonymous

    Abang Azizi yang dihurmati

    Kon amat bangga dengan usaha abang dapat merapati semula Tan Sri Ketua 1 Gapena itu. Kerana itu kon amat mengharapkan agar abang dapat membisikkan garis yang sebaik-baik atau sepatutnya diutamakan oleh Gapena kerana selama ini yang banyak mengelilingi beliau ialah manusia yang mencari kesempatan diri sahaja. Bagi kon kebanyakan mereka bukan dari golongan karyawan yang produktif dan juga bukan beridea untuk membangunkan Gapena sebagai payung para penulis tanahair. Kebanyakan mereka adalah lembu susu yang menunggu dedak membuncitkan perut dan pagi serta petang akan diperah susunya untuk dijual oleh si tuan yang rakus dan zalim. Hidung si lembu susu ini ditindik untuk satu ketika tertentu ditarik ke tempat persembelihan.

    Kerana itu abang azizi diharapkan akan dapat sedikit sebanyak memberikan sumbangan membetulkan keadaan agar Gapena di bawah pimpinan Tan Sri Ismail Hussin bermertabat, disegani dan disenangi oleh para penulis tanahair!

    Maaf panjang sikit bang!

    CUCU TOK KEDU

  1. Anonymous

    楼梯有机玻璃电焊机硬度计测厚仪北京汽车租赁防静电地板 白癜风 白癜风治疗网络地板 白癜风遮盖白癜风资讯白癜风资讯白癜风治疗有机玻璃加工数控切割机数控火焰切割机数控等离子切割机焊机健身器材点钞机特灵特灵空调保险柜白板
    尖锐湿疣 尖锐湿疣治疗 生殖器疱疹 生殖器疱疹治疗
    Chinese antique furniture supplier and we can supplycar wash systems. car wash systems .car wash equipment. car wash equipment. automatic car wash .automatic car wash .car washing machine. car washing machine. car wash. car wash if u need ,contact me
    帕金森轻松过关名师课堂
    职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试报名会计职称称准考证会计职称考试时间会计从业资格考试会计职称培训初级职称培训中级职称培训初级职称报名中级职称报名初级会计会计资讯2009年会计2009年会计报名会计资格会计专业资格会计专业资格考试会计专业技术资格会计从业资格证会计从业资格试卷会计从业资格试题会计从业资格证书09年会计从业资格考试

    会计专业资格会计专业资格考试会计从业资格证书会计专业技术资格会计从业资格证初级职称初级会计资格初级会计职称会计报名中级会计资格中级会计职称初级会计职称考试中级会计职称考试09年中级会计职称考试轻松过关名师课堂闫华红田明王燕会计答疑会计试题会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称历年试题会计资讯会计职称考试报名会计职称称准考证会计名师会计职称培训会计从业资格试题09年会计从业资格考试2009年会计报名2009年会计职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试时间中级职称初级职称培训初级职称报名中级职称报名中级职称培训职称考试初级会计中级会计初级会计初级中级
    铜门

    无机钢筋锚固料 锚固料 融达 北京融达 北京融达建业 渗透性聚合物砂浆 聚合物砂浆 高强渗透性聚合物砂浆 灌浆料 灌浆 北京灌浆料 不锈钢钢绞线 粘钢胶 植筋胶 结构胶 灌浆剂 高强无收缩灌浆料 建筑结构胶 水泥灌浆剂 加固料 碳纤维胶 碳纤维胶 灌注粘钢胶 树脂灌缝胶

    疱疹治疗 疱疹的治疗 疱疹图片 病毒性疱疹 单纯疱疹 疱疹病毒 疱疹症状 男性生殖器疱疹症状 男性生殖器疱疹 什么是生殖器疱疹 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹怎么治疗 生殖器疱疹如何治疗 生殖器疱疹治疗方法 生殖器疱疹怎么治 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹的治疗 中药治疗生殖器疱疹 复发性生殖器疱疹 治疗生殖器疱疹的药物 治疗生殖器疱疹的特效药 生殖器疱疹治疗 尖锐湿疣症状 什么是尖锐湿疣 宫颈尖锐湿疣 阴道尖锐湿疣 男性尖锐湿疣 假性尖锐湿疣 尖锐湿疣怎么治疗 尖锐湿疣治疗方法 尖锐湿疣的治疗 中药治疗尖锐湿疣 治疗尖锐湿疣的药物 治疗尖锐湿疣的特效药 男性尖锐湿疣 尖锐湿疣复发 尖锐湿疣图片

  1. Lawn Care Bellflower

    Awesome blog you have heree