Kepada Sasterawan Negara 10: Dr. Anuar Ridhwan

Posted by Tukya Labels:

Bersama Datuk Anuar Ridwan (SN)Di lobi hotel Shangrila Putrajaya April 2009

Tulisan di dalam Malaysiakini 21 Ogos 2008 di rujuk.

Terima kasih SN Datuk Dr. Anuar Ridhwan kerana memahami tulisan saya dalam blog saya tempoh hari. Apa yang saya catatkan hanyalah sekadar menyalin semula hasil dari dialog dengan seseorang di mana dia cuba mempertikai anugerah Sasterawan Negara. Namun ada di antara yang menganggap itu adalah tulisan saya sendiri kerana kononnya tak mungkin orang lain tahu tentang perkembangan saya sejak saya menulis.

Ternyata itu hanya anggapan kerana ‘orang itu’ tidak tahu perkembangan dunia penulisan, sehingga beliau menjijik segala bentuk tulisan kreatif saya sebagai tidak berfaedah.

Datuk yang saya amat kenal dan menjadi sahabat yang sangat bersopan sejak menjadi pegawai penting di Dewan Bahasa, saya hormati dan menganggap Datuk orang terkehadapan dan memang sesuai menerima SN ke 10. Tidak ada sebab saya cuba menyangkal dan apa yang saya tulis hanyalah sekadar paparan dari orang lain.

Seperti kata Datuk, apalah yang dikejar tentang gelaran dan anuregah. Yang penting meneruskan perjuangan dalam bentuk ini. Dan SMS Datuk malam ini (21 Ogos 2008, jam 11.20 mlm) melegakan saya kerana Datuk memahami sebuah bentuk tulisan macam ‘cakap ajuk cakap pindah.’

Sebelum pengumuman anugerahpun saya menerima beberapa SMS dan e mail yang menelah beberapa orang yang layak menerimanya. Dan jujurnya saya nyatakan,ada yang memberitahu jika Datuk yang dicalonkan, mereka akan mengkritik habis-habisan.

Apa yang boleh saya lakukan kerana itu pandangan mereka.

Masakan saya meninggal Pas. Itu adalah usikan kawan dan jawapan pun satu usikan.Insyaallah saya tetap dalam wadah perjuangan parti ini kerana bagi saya Pas adalah sebuah jamaah yang halal, dibenarkan oleh perlembagaan. Perjuangan ini tidak bererti saya tidak berterima kasih kepada kerajaan, tidak bermakna saya menjadi penderhaka dan tidak mengenang budi kerana makan duit keranaan.

Ini perjuangan berdasarkan keyakinan. Tapi sayang masih ada orang menganggap, lain dari parti kerajaan yang ada sekarang ini, tidak betul, salah, tak mengenang budi. Baginya parti kerajaan sekarang ini saja yang berhak dan betul menjadi kerajaan. Dia tidak pernah menjengok dunia luar.

Datuk, saya tetap setia dengan wadah islam. Terima kasih.

10 comments:

  1. Leenoh

    Salam Azizi.
    Anda layak mendapat Anugerah Sasterawan Negara tetapi Anugerah Allah lebih besar.
    Teruskan istiqamah pada landasan anda, insya Allah anda akan berjaya.

  1. b.tan

    salam...
    semua orang layak, tapi atas landasan apa dan apa kriterianya?
    itu pokok persoalan.
    tak kisah lah pak azizi, saham akhirat itu lebih utama.
    wassalam.

  1. asalbayu

    Rupanya ada orang yang masih sempit mindanya. Penulis adalah golongan profesional, ertinya tidak mencampur adukkan ideologi politik bersama karyanya. Namun, dalam karyanya baik dalam apa genre saja akan ada teguran andainya menyimpang dari kebenaran. Saranan agar seseorang penulis meninggalkan ideologi atau fahaman politik demi mengejar anugerah seperti yang pernah diutarakan itu adalah mempersempitkan ruang pemikiran serta memperlihatkan kedunguan yang masih membelenggu khalayak sekalipun sudah lebih 5 dekad kita bebas dari cengkaman penjajah. Sewajarnya kita jadi pemikir yang matang dalam pelbagai perkara. Bagi mencapainya, jadikan membaca sebagai budaya daripada membazirkan masa dengan perkara-perkara lain terutama yang tidak memberi faedah. Maaf.

  1. pokmudo

    lillahi ta'ala...

  1. kiff2011

    Perjuangan perlukan pengorbanan,pengorbanan memerlukan kesabaran.Kesabaran adalah sebahagian dari keimanan.Teruskan perjuangan Ustaz Azizi semoga dilimpahi kerahmatan Ilahi.

  1. dilaga

    Sdr Azizi,

    Ada sisi yang menarik dalam tulisan tuan dan inilah yang wajar kita (Rakyat jelata) sedar.

    Yang kita maksudkan ialah krisis kredibiliti yang dialami oleh pelbagai institusi kita. Salah satu sebabnya ialah kerelaan institusi tersebut diperalatkan.

    Apakah yang dapat kita (lebih-lebih lagi teman-teman kita yang duduk di bawah ketiak institusi berkaitan) lakukan? Paling sedikit, kita boleh:

    Membantah/memprotes dalam pelbagai bentuk, SETIAP kali kita yakin bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tingkah laku para pemimpin institusi yang diperalatkan.

    Payah?

    Apakah menghantar poskad protes misalnya terlalu susah dan menakutkan?

    Tahniah kepada Datuk Anwar Ridhuan.

  1. naimisa

    Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (105: At-taubah)

    -------
    teruskan perjuangan.

  1. sahrunizam abdul talib
    This comment has been removed by the author.
  1. lan fisherman

    saya tertarik dengan pendangan /pegangan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa selain dari parti/kumpulan/hizbun kerajaan yang ada sekarang ni ,tidak betul.cuba fahami apa yang saya pernah dengar iaitu di antara perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah adalah meyakini bahawa ada ideologi yang lebih baik daripada ISLAM YANG DI BAWA OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W. Harap TUKYA tolong explain

  1. Unknown

    http://blogs.bigadda.com/bag5064319/
    http://blogs.bigadda.com/her5071781/
    http://blogleaf.com/hermesbags123/
    http://blogleaf.com/hermesbags478/
    http://blogleaf.com/hermesbags852/
    http://blogleaf.com/hermesbags589/
    http://hermesbags333.bravejournal.com/
    http://hermesbags444.bravejournal.com/
    http://hermesbags487.bravejournal.com/
    http://hermesbags553.bravejournal.com/