tag:blogger.com,1999:blog-27167137.post6265468430452224769..comments2024-03-17T17:21:19.150+08:00Comments on Azizi Abdullah: Catatan 5hb September 2008 JumaatUnknownnoreply@blogger.comBlogger8125tag:blogger.com,1999:blog-27167137.post-11566861313512793752008-09-29T15:28:00.000+08:002008-09-29T15:28:00.000+08:00Sdra Asalbayu,Janganlah risau. Kata WARGA TUA mema...Sdra Asalbayu,
Janganlah risau. Kata WARGA TUA memanglah patut kerana latar novel SANGGETHA zaman sebelum kata-kata warga tua DIUBAH KEPADA WARGA EMAS.
Lagi pun apa tepat dan istimewanya warga emas? Emas sesuatu yang berharga, apakah tua atau pikun itu semuanya berharga? Apakah usia tua itu emas?
Tak betul, ada yang tua semakin tak emas, jadi suasa atau gangsa saja.

-Maaf
-Azizi AbdullahAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-27167137.post-91081791757007317992008-09-29T15:26:00.000+08:002008-09-29T15:26:00.000+08:00Barajiwa,Bergoreng labu sebiji disangkutBerani amb...Barajiwa,
Bergoreng labu sebiji disangkut
Berani ambil di sarang kelulut
Bertopeng baru berkelahi- penakut
berkelahi sambil bertopeng-pengecut.

Salam.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-27167137.post-38510241616656061822008-09-08T09:06:00.000+08:002008-09-08T09:06:00.000+08:00PADA 28.8.2008 sekitar jam 3.00 petang, Ruhie Ism...PADA 28.8.2008 sekitar jam 3.00 petang, Ruhie Isma sms minta hadhir di Auditorium Taman Budaya, Alor Setar untuk jadi extra sebuah drama terbitan RTM. Lebih kurang jam 5.30 petang Ruhie telefon maklumkan ada perubahan tempat iaitu di Auditorium RTM, Kompleks Mu’adzam Shah, Jalan Kuala Kedah. Manakala masa tidak berubah iaitu pada jam 8.30 malam. Juga dimaklumkan supaya dibawa bersama salinan kad pengenalan depan dan belakang atas kertas bersaiz A4 tanpa dipotong kerana pihak produksi akan menyimpannya sebagai dokumen.
Untuk masuk ke kompleks tersebut sebenarnya kena ambil pas atau lapor diri di pondok pengawal terlebih dahulu. Sebelum ini telah beberapa kali saya ke sana sama ada untuk menandatangani kontrak penerbitan drama apabila naskhah yang dikemukakan hendak dirakam di studio. Ruhie memaklumkan bahawa Ida (Setiausaha Kreatif Utama Budaya Anak Seni – KUBAS) akan berada di sana bagi menyelesaikan masalah tersebut jika berlaku sebarang kesulitan. Dalam hati saya berkata, ‘KUBAS yang dihubungi oleh pihak produksi rupanya’.
Lebih 10 tahun lalu iaitu sebelum diserang strok (angin ahmar) pada 17.9.1999 saya pernah beberapa kali terlibat dengan produksi drama sebagai extra juga selain ikut terlibat dengan teater. Aktiviti seumpama itu terhenti berikutan dengan kemelesetan ekonomi yang turut dirasa tempiasnya oleh kalangan syarikat penerbitan drama. Serangan strok yang saya alami juga telah membataskan penglibatan saya dengan bidang berkenaan.
Lepas menunaikan solat fardu Maghrib, saya bergegas ke destinasi seperti yang dimaklumkan. Suasana lengang sahaja dan pondok pengawal tiada sesiapa sewaktu saya tiba. Seketika kemudian, Ruhie tiba bersama anaknya, Andi yang memandu motokar. Kami terus ke bangunan kompleks yang juga lengang. Lalu saya menelefon Saiful Azwan (Pon) iaitu suami Ida untuk mendapatkan sedikit maklumat dan dimaklumkan bahawa para anggota KUBAS sudah ada di auditorium. Lalu Ruhie ajak saya terus ke sana.
Sewaktu tiba di luar auditorium didapati beberapa orang sudah berada di situ. Antaranya termasuklah Abu Bakar Ahmad, seorang yang telah beberapa kali terlibat dengan produksi drama tv dan teater. Saya lantas berbual dengannya. Antaranya ialah mengenai DJ RTM Kedah, Allahyarham Azarudin Othman (Pak Din) kerana bila berada di situ saya lantas teringat kepadanya. Mana tidaknya? Dialah yang telah menerbitkan drama berdasarkan naskhah drama radio sulung saya untuk slot Sandiwara Radiao berjudul ‘Sekali Bara Kugenggam’ lebih 10 tahun lalu. Sebak juga saya ketika itu.
Hampir jam 10.00 malam barulah kelihatan para pelakon dan crew tiba dan kami diminta masuk ke auditorium untuk diberi taklimat. Saya disuruh menukar pakaian dengan memakai sut Melayu lengkap dengan sampin dan bersongkok.
Setelah meneliti rupanya drama yang hendak dilakukan penggambaran itu diadaptasi daripada novel SANGEETHA karya Azizi Haji Abdullah dan naskhahnya ditulis oleh Zakaria Ariffin (Zek).
Saya diminta naik dan duduk di pentas mengambil peranan sebagai orang kenamaan bagi menjayakan anugerah kepada Sangeetha selaku Tokoh Warga Tua 2007. Sementara menunggu giliran beraksi saya menyuarakan teguran berhubung dengan pemakaian ungkapan Warga Tua yang kurang tepat. Ungkapan yang tepat ialah WARGA EMAS.
Menurut pihak produksi ungkapan itu adalah berdasarkan naskhah yang sudah tentu bersandarkan sumber asal iaitu novel karya Azizi itu. Barangkali Azizi juga tidak menydari hal itu.
Pada 7.9.2008 saya menonton sebuah drama di RTM berjudul RINDU BERLALU dan para pelakon antaranya Abu Bakar Omar, Badrul Munir, Rosnah Johari dan Abu Bakar Juah yang melakukan penggambaran di Pusat Jagaan Warga Emas Cheras lantas ingatan saya tersorot kepada produksi drama Sangeetha dan berharap tidak ada kritikan berhubung dengan penggunaan ungkapan Warga Tua itu bila ia ditayangkan kepada khalayak kelak.
Saya juga dimaklumkan bahawa mengikut perancangan awal, penggambaran hendak dilakukan di Auditorium Taman Budaya, tetapi oleh sebab ia melibatkan kos terpaksalah dibuat di Auditorium RTM itu. Sebelumnya dirancang akan diadakan di Dewan Wawasan Jitra, juga tidak sesuai kerana ia terlalu luas.
Melihat kepada kaedah penggambaran yang menggunakan landasan (dolly) saya nyatakan bahawa jika ia dibuat di Auditorium Taman Budaya tentulah timbul kesulitan yang agak serius. Di sana kata saya ruang di hadapan pentas yang sempit menyulitkan kerja-kerja penggambaran selain terdapat keadaan ‘cerun’ (slop) dari pintu ke pentas. Dengan keadaan sedemikian, kerja-kerja penggambaran bukan tamat menjelang jam 12.00 malam malah mungkin hingga dinihari.asalbayuhttps://www.blogger.com/profile/05785166317283011992noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-27167137.post-50806274202038435762008-09-07T16:46:00.000+08:002008-09-07T16:46:00.000+08:00salam ramadhan kareem.ikut terharu menyambut ramad...salam ramadhan kareem.

ikut terharu menyambut ramadhan tahun ini.
khusyu' dan khudhu' menambah ibadah.
sekali bertemu bertamu lantas silaturrami.
zikir yang tulus menggapai barakah.

mari merajini diri menatap wahyu Allah.baca al-Quran...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-27167137.post-89475101817567858382008-09-07T02:20:00.000+08:002008-09-07T02:20:00.000+08:00Ya ustaz, berkelahi dan bertopeng..masih rakus ber...Ya ustaz, berkelahi dan bertopeng..

masih rakus bertopeng?

sana loceng sini berloceng
genta-loceng dibuat amaran
dulu bertopeng kini bertopeng
rupanya topeng busana gemaran

padi huma di pinggir lereng
lebat daun hijau pegaga
berapa lama mau bertopeng
lambat laun..terlondeh jua

anak kaduk di batas bendang
dirayu sirih menjadi kawan
biar hodoh rupa dipandang
bejuk jua ditempek perawan

bejuk = bedak sejuk?

salam hormat,
barajiwa.barajiwahttps://www.blogger.com/profile/13740296092142827358noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-27167137.post-41846002518423900082008-09-07T00:41:00.000+08:002008-09-07T00:41:00.000+08:00Asslamu'alaikum tuan,Selamat menunaikan ibadah pua...Asslamu'alaikum tuan,
Selamat menunaikan ibadah puasa,
Salam kenal dari tanah seberang,Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-27167137.post-18707341438064039932008-09-06T10:04:00.000+08:002008-09-06T10:04:00.000+08:00Wahai dunia, kalau nak tipu tipulah orang lain. Ja...Wahai dunia, kalau nak tipu tipulah orang lain. Jangan tipu aku.

Bila tulisan jawi berbicara.Zolkharnain Abidinhttps://www.blogger.com/profile/06036927594627918083noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-27167137.post-11552294272489315902008-09-06T00:44:00.000+08:002008-09-06T00:44:00.000+08:00Assalamulaikum ustaz;Bukankah manusia sentiasa lal...Assalamulaikum ustaz;
Bukankah manusia sentiasa lalai. Lalai dunia dan lalai akhirat.Dalam masjid pun mereka lalai apatah lagi di luar sana. Teruskan perjuangan ustaz.Hasilkan sebuah magnum opus tentang kelalaian manusia zaman ini.Anonymousnoreply@blogger.com