Ibadah Umrah Membazir
Posted bySejak akhir-akhir ini ibadah umrah sudah menjadi trend melancung. Ia satu budaya melancung bentuk baru atas nama ibadah umrah. Ramai umat Islam menganggap melancung cara ini adalah yang terbaik kerana ibadah ini serampang dua mata.
Tetapi ada hal lain yang umat Islam tidak sedar betapa beribadah seperti ini satu permbaziran amalan. Kerana terlampau ghairah hendak melakukan ibadah dalam bentuk ini, umat Islam telah membelakangkan beberapa perkara asas di dalam Islam, asas fardu ain, asas fardu kifayah, asas bersedekah, asas amal jariah dan asas jihad atas nama ‘Pokok Kebajikan.’
Puncanya tentulah kerana sebahagian besar umat Islam menerima ilmu ini kurang tepat, disalah tafsir oleh tuan-tuan guru kerana ada kepentingan, fahaman sekular agensi-agensi pelancung yang mengguna tanda nama ibadah umrah sebagai pancing dan umat Islam sendiri kurang pengetahuan falsafah ibadah, falsafah kebajikan, bertolongan dan jihad, mabuk dengan ‘ erti tafsiran kemuliaan Kaabah’ dan tersihir dengan nama ‘jenama Mekah.’
Dalam ertikata yang lain, ribuan umat Islam seluruh dunia, khususnya di Malaysia menyongsang amalan ibadah; dari sunat menjadi wajib dan mabuk dengan ganjaran pahala yang sesekali tersalah sasar dengan syariat dan hadis sendiri. Ada kala soal bid`ah menjadi amalan adat lalu mendakwa kononnya adat itu sendi agama. Malah khurafat juga sering menjadi amalan tahunan, upacara perasmian, yang dianggap di sisi agama tidak apa-apa.
Tulisan ini bukan bertujuan mengutuk umat Islam yang melakukan ibadah umrah, tetapi apabila ibadah umrah ini dilakukan setiap tahun dengan alasan ‘ini wang aku’ atau ‘engkau apa peduli’ maka inilah sebenarnya tulisan ini ditulis.
Umrah ertinya mengunjungi Baitullah untuk melaksanakan ibadah Tawaf, Sa`ei serta amalan lainnya demi mematuhi perintah Allah dan mengharap keredaannya pada waktu yang tidak ditentukan.
(1)Menurut Kamus Istilah Fiqh, hukumnya fardu ain bagi orang yang mampu, untuk pertama kali melaksanakannya atau kerana nazar. Dan hukum sunat apabila umrah itu dilaksanakan untuk yang kedua kalinya dan seterusnya.
(2) Umrah, mengikut pendapat yang terkuat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang lebih diakui dalam Mazhab Maliki, ia adalah sunat mu`akad. Ini berdasarkan Hadis Rasulullah dari riwayat Jabir bagaimana seorang lelaki mendatangi Rasulullah s.a.w. meminta penjelasan adakah umrah itu wajib? Rasulullah menjawab tidak tetapi jika dilakukan adalah baik
(3)Di kalangan ulama Syafi`i dan ulama Hanbali, hukum mengerja umrah adalah fardu seperti fardu haji kerana berdasarkan firman Allah:
“ Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah... – Al Baqarah ayat 196.
Selain dari berpegang pada firmah Allah di atas, ulama yang berpegang pada hukum tersebut pastinya berpegang juga pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah. Menurut riwayat, Aisyah telah bertanya kepada Rasulullah adakah orang perempuan wajib berjihad? Rasulullah menjawab ya tetapi tidak secara berperang sebaliknya mengerja haji dan umrah.
(4)Apa yang sebenarnya berlaku tentang umrah ini? Mengenai turunnya ayat 196 surah Al-Baqarah , beberapa peristiwa telah berlaku, di antaranya seorang lelaki memakai jubah yang harum semerbak dari wangian Za’faran mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: Ya Rasulullah, apa yang harus aku lakukan dalam menunaikan umrah? Maka turunlah ayat tersebut dan Rasulullah pun bersabda menyuruh lelaki yang bertanya tadi menanggalkan baju wanginya, membersihkan hidung, mandi kemudian kerjakan apa yang biasa dikerjakan pada waktu haji.
(5) Bagaimana pun dalam kitab empat mazhab, di dalam mana-mana tafsir, kitab-kitab hadis dan di dalam buku Tabung Haji dalam bab haji dan umrah: haji dan umrah adalah ibadah fardu ain sekali dalam seumur hidup, seperti juga wajib menunaikan haji sekali dalam seumur hidup.
Tidak ada satu mazhab pun mengatakan umrah mahupun haji ‘wajib’ diulang- ulang.
Tetapi umat Islam mutakhir ini terutama dari golongan yang berpendapatan sederhana hingga golongan mewah, umrah sudah menjadi trend ibadah yang melampaui dari mengerja haji, menyonsang sunat kepada wajib. Golongan artis kerana rezeki ‘show’ yang bertalu-talu, sering berbelanja mengerjakan umrah, kemudian pulang dengan cerita-cerita yang karut marut, yang menggambarkan mereka adalah insan istimewa menjadi tetamu Kaabah. Golongan korporat, elit sering juga berumrah kerana di sanalah tempat mereka meminta. Orang-orang politik yang hampir muflis politiknya juga menjadikan umrah destinasi ‘bernazar’ dan pulang seolah-olah menjadi ‘insan kamil.’
Sebenarnya golongan ini, jauh terkeliru antara sunat dan tuntutan, tanggung jawab sesama umat. Golongan ini berpegang dengan melakukan sunat individu lebih penting dari tuntutan sejagat.
Dasar agama menurut Qur`an, haji dan umrah diwajibkan sekiranya mampu. Melalui surah Al-Imran ayat 97, Al-Haj ayat 27,28,29, Al-Baqarah ayat 196, 197 adalah hujahnya. Ada sembilan hadis yang menganjurkan mengerja umrah tetapi tidak disuruh mengulangi setiap tahun.
Bagaimana pun ramai umat Islam telah tersalah sasar, keliru dengan hukum ini sehingga ternyata teralpa tentang keperihatinan, tidak bersifat ehsan, tidak merasa tanggung jawab. Tuan-tuan guru masih bermain dengan ceramah dan kuliah bagaimana hendak melakukan ibadah ini untuk melipat gandakan pahala sedangkan pahala itu semuanya dalam bentuk pahala ‘individu.’
Statistik Lembaga Tabung Haji, setiap tahun umat Islam menunaikan ibadah haji seramai 25 ke 26 ribu. Sebanyak 4.9 juta pendeposit di dalam Tabung Haji. Pendapatan Tabung Haji mencecah RM838 juta dan untung pula sebanyak RM500 juta.
Umat Islam di negara kita mengerjakan umrah setiap tahun, melalui penerbangan MAS: Satu penerbangan 400 orang, 3 kali seminggu menjadikan 1,200 orang. Manakala penerbangan Arab Saudi dan lain-lain 2 kali seminggu. Satu penerbangan 400 orang, menjadikan 800 orang seminggu.
Jumlah keseluruhan, lebih kurang 2,000 jemaah setiap minggu.Setahun ada 52 minggu. Apabila seramai 2,000 jemaah, bererti 104,000 jemaah Malaysia mengerjakan umrah setahun.Purata perbelanjaan mengikut pakej yang biasa, seseorang perlu membayar RM4700 (tidak termasuk membeli belah) Jika seramai 104,000 jemaah berbelanja RM4700 setiap orang, bererti umat Islam berbelanja mengerjakan umrah RM488.8 juta, iaitu hampirt setengah bilion.
Jika selama lima tahun berturut-turut, umat Islam berbelanja RM5 bilion.Persoalan sekarang, apakah ibadah sunat ini selaras dengan tuntutan Islam, sedangkan Qur`an dan Hadis telah meletakkan kewajipan, tanggung jawab, keperihatinan, kepekaan, pertolongan, kerjasama, bersedekah, beramal, menderma, membantu, beramal jariah, mengatasi bencana, berjihad, membasmi fuqarak, masaakin?
Perkara-perkara di atas adalah tuntutan-tuntutan yang melebihi sunat terhadap individu Muslim dan bersifat sejagat dan memenuhi konsep Ta`awun, Aun, amal jariah, khairat, bersedekah dan yang lebih utama berjihad, sama ada dengan harta atau nyawa.
Ta`awun ialah sikap bertolong menolong. Manakala `Aun ialah memberi bantuan.Oleh yang demikian, di antara Ta`awun, `Aun, amalan dan tanggung jawab yang bersifat sejagat dengan ibadah sunat dalam bentuk individu, manakah yang lebih penting?
Tuan-tuan guru, buku-buku agama, agensi-agensi pelancongan dan umrah, para dakwah malah Tabung Haji sendiri tidak melebarluaskan konsep ini, sebaliknya dikhabarkan pahala-pahala yang banyak kalau mengerjakan umrah.
Di dalam Islam, konsep Ta`awun, konsep `Aun ( tolong menolong dan memberi pertolongan) adalah dasar ketiga secara umum di dalam Islam.
Surah Al-Baqarah ayat 177, melalui tafsirnya diberi tajuk: Pokok Kebajikan, berbunyi: Bukanlah termasuk golongan kebajikan yang mengadap muka ke arah timur dan barat, tetapi yang termasuk golongan kebajikan ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, memberikan bantuan harta yang disayangi kepada kaum kerabat,anak-anak yatim,orang-orang miskin, orang-orang yang terlantar dalam perjalanan, peminta-peminta dan memerdekakan hamba, mengerjakan solat, menukaikan zakat, menepati janji, sabar menderita terutama ketika perang. Itulah orang-orang yang benar keimanannya dan itu pulalah orang-orang yang taqwa
(6)Manusia yang perihatin tentang pokok kebajikan ini ditegaskan oleh Al-Quran sebagai orang yang berbuat kebajikan atau ihsan, yang dinamakan sebagai Muhsinun: Surah Asy Syafaat ayat 61, Al-Baqarah ayat 195, surah Al-Imran ayat 134, Surah Al-Maidah ayat 13,85,93 dan ada 12 surah lagi yang menyebut tentang bagaimana umat Islam perlu berbelanja kepada kebajikan yang bersifat manusawi, global atau sejagat.
Pokok Kebajikan juga disebut oleh Al-Quran dengan istilah Munfiqin, iaitu orang-orang yang berinfaq, Abrar. Berbelanja harta ke jalan Allah adalah amalan sejagat, bersifat global. Pahalanya melebihi dari amalan berbentuk individu. Umrah adalah ibadah bersifat individu. Ia sama dengan solat sunat, zikir seribu kali dalam sehari. Amalan berbentuk individu pahalanya tidak berkembang. Dua rekaat solat sunat, pahalanya hanya sekadar dua rekaat atau ganda sepuluh. Akan tetapi kebajikan dalam bentuk global, seperti infaq ke jalan Allah, melakukan pokok kebajikan, ia seperti sebiji benih yang tumbuh, berbuah pada ratusan tangkai dan ratusan ranting dan menjadi pokok yang subur hasil dari benih infaq yang ditanam.
Surah Al-Baqarah ayat 261 adalah buktinya: “Perumpamaan orang-orang yang menafkah (infaq: meliputi belanja kepentingan jihad, pembangunan perguruan,rumah sakit, usaha penyelidikan dan lain-lain) hartanya ke jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang mengeluarkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha mengetahui.
(7)Dalam terminologi Al-Quran disebut ‘Khair, Thoiyibah.’ Manakala orang yang berhak menerima infaq ini termasuklah ‘Waalidin, Aqrabin, Yataama, Masaakin, Ibn Sabil dan Fuqarak.’
Mendapat balasan dari Allah dalam hal pokok kebajikan ini bukan saja diperintah kepada golongan berada, kaya tetapi juga kepada orang-orang yang disempitkan rezekinya dengan cara tidak memboros, membazir dan kikir. Ia sama penting dengan perintah mengeluarkan zakat.
Melalui hadis-hadis juga banyak dinyatakan tentang pokok kebajikan ini. Di antaranya dalam kitab Mustika Hadis jilid 3 terbitan Bahagian Hal Ehwal Jabatan Perdana Menteri dalam bab ‘Hak Yang Diwajibkan Pada Harta Golongan Hartawan,’ kalau zakat harta masih tidak mencukupi keperluan fakir miskin, maka golongan hartawan, selain dari membayar zakat hartanya, diwajibkan lagi memberi satu jumlah yang tidak ditentukan yang dapat mencukupi keperluan kaum fakir miskin dalam masyarakatnya. Ada 34 hadis yang menerangkan betapa ‘Pokok Kebajikan’ seperti ini perlu diinfaqkan.
Tapi malang, golongan yang menganggap ibadah umrah saban tahun lebih penting dari ibadah bersifat nasional, internasional atau sejagat. Maka berbetulanlah seperti kata hadis, umat Islam akhir zaman hanyalah seperti buih, walaupun dunia sekarang memiliki 2 bilion lebih umat Islam.
Tentulah umat Islam seperti ini tidak pernah sensitif untuk dibelanjakan ke arah tuntutan global atau untuk sebuah perjuangan, untuk sebuah khemah pelarian, untuk sehelai selimut mangsa tanah runtuh atau sekeping roti untuk kanak-kanak di Sudan, sedangkan pahalanya berkembang bagaikan air melimpah ruah membasahi seluruh tanah kering kontang. Mereka seperti tidak pernah terbayang bagaimana membiayai seorang pelajar yang terkandas, kemudian pelajar itu berjaya, ia akan menyibarkan ilmunya kepada seluruh anak bangsanya, sedangkan di antara saham hanyalah RM1000.
Bukankah pahala itu pahala yang hidup?Tapi realiti sebaliknya. Masih ramai menganggap ‘Lu apa peduli, ini duit aku!’ Tulisan ini tidak sekali-kali menafikan betapa umrah satu ibadah yang statusnya fardu ain. Tetapi kita haruslah sedar letak duduknya hukum fardu ain. Umrah tidak seperti solat, tidak seperti puasa. Ia adalah kelendan haji. Apa yang kita persoalkan, dalam masa yang sama, tuntutan-tuntutan lain yang perlu umat Islam atasi tidak terlaksana, seolah-olah umat Islam tidak ada kaitan dan tanggung jawab antara satu sama lain.
Sedangkan dalam Islam, manusia adalah sentral sasaran ajarannya, baik hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam. Tapi yang paling kompleks adalah yang kedua, iaitu antara manusia dengan manusia. Untuk itulah Islam mengajar konsep-konsep mengenai kedudukan, status, hak dan kewajiban, tanggung jawab bersama.
Sungguh malang, umat Islam berbelanja disebalik nama ibadah tetapi isinya ialah membazir, kedekut, bakhil. Semua ini kerana kejahilan nilai dan kekeringan ajaran ihsan. Ajaran amal solleh tidak pernah ditafsir secara falsafah, ia hanyalah merupakan perwujudan prestasi seseorang atau individu.
Empat amalan yang statusnya sunat(umrah), yang juga bukan tuntutan wajib berulang-ulang, ia hanyalah trelar kosong bersama sebuah lori membawa 8 amalannya (haji) jika dibanding dengan RM1000 x 2,000 jemaah sebulan untuk membiayai seorang anak nelayan untuk melanjutkan pelajaran.
Perbezaan Amalan Umrah Dan Haji
Umrah
- Berihram Dan Niat Umrah
- Mengerjakan Tawaf
- Sa’i Dari Safa Ke Marwah
- Tahallul (Memotong Rambut)
Haji
- Berihram Dan Niat Haji
- Memasuki Mekah (Miqat), Tawaf Qudum
- Tawaf : Qudum, Ifadah Dan Wida’
- Sa’i Antara Safa Dan Marwah
- Wukuf Di Arafah
- Bermalam Di Muzdalifah
- Melontar Jamrah
- Tahallul
- Sembelih Qurban
Di mana cacatnya kefahaman ini. Kuasa berbelanja ke arah membazir yang dianggap ibadah diteruskan dengan harapan dapat mengukuhkan kontek vertikel: Hablum minanallah ( tali hubungan dengan Allah) sedangkan horizontalnya: Hablum minannas (hubungan sesama manusia) seperti bukan satu hakikat hidup yang penuh tanggung jawab. Pada hal itu adalah anjuran Allah, konsep ihsan dalam Islam.
Sangat-sangat malang kebanyakan umat Islam menganggap umrah adalah ibadah mahdhah atau sangat murni. Sememangnya ibadah umrah itu murni, tetapi apabila sebahagian umat Islam menafikan kemurnian amal yang lain, apa lagi dengan berbelanja untuk orang lain, ini sangatlah mendukacitakan, seolah-olah ia satu ibadah yang dikonotasikan sebagai yang tidak peduli terhadap nilai sosial.
Siapakah yang bertanggung jawab merealisasikan hak kesamaran nilai ‘Pokok Kebajikan’ dengan konsep ‘Hablum minannas’ terhadap sebahagian umat yang mabuk dengan ibadah serampang dua mata ini?
--------------------------------------------------------
- Khazannah Istilah Al-Quran- Rachmat Taufiq Hidayat, Penerbitan Mizan
(Rujuk surah 3 ayat 97, surah 2 ayat 196-203, surah 22 ayat 26-37:) - Kamus Istilah Fiqh-M.Abdul Mujieb, Mabrusi Thoalhah, Syafi`ah Am, PT Pustaka Firdaus.
- Fiqh Perundangan Islam III- Wahbah Al Zuhaili, Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Maksud hadis dari riwayat Ibnu Majah, Baihaqi dengan sanad yang sah.
- Asbabun Nuzul – K.H.Qamaruddin Shaleh, H.A.A. Dahlan, Drs M.D.Dahlan, Diponogoro Bandung.
- Terjemahan & Tafsir Al-Quran – Bachtiar Surin, Majlis Ulama Indonesia.
- Qur`an dan Terjemahannya –Khadim Al-Haramain asy Syafirin.
23 comments:
tuan.. ingin saya bertanya.. suami saya akan ke tnh suci utk mengerjakan umrah bsama nenek, ibu, bekas isteri, anaknya utk kali pertama. saya sgt sedih kerana alasan yg diberikan ialah tujuan pergi ialah utk beribadat.. jika dibaca dari artikel tuan, pekerjaan umrah itu wajib utk kali pertama... adakah hukum wajib mengerjakan umrah sehingga mengharuskan utk meninggalkan isteri yg wajib baginya?
Bagi ana, tidak ada salahnya seseorang itu pergi ke Umrah sebanyak mana yang dia mahukan. Ramai umat kita yang mengetahui betapa besarnya pahala melakukan ibadah Umrah, ditambah lagi dengan melawat Madinah (Makam Rasulullah S.A.W, Raudhah dll).
Cuma, apa yang penting di situ adalah niat sebenar kita untuk melakukan ibadah umrah tersebut... Ramai yang tidak mempunyai niat yang tidak suci atas sebab kelemahan pada imannya di hati, seperti yang ustaz sebutkan tentang fardhu ain dan fardhu2 yang lainnya.
Tetapi, tidak ada salahnya bagi seseorang itu untuk berebut pahala yang berlimpah ruah apabila melakukan Umrah. Sebagai contoh, seorang jutawan yang beramal soleh dan yang sentiasa menjaga imannya di tanah air, maka tidaklah salah baginya untuk melakukan ibadah Umrahnya sebanyak mana yang dia mahukan, betul ustaz?
Jadi apa yang boleh membuatkan Umrah itu dikira membazir? Apabila niatnya tidak suci apabila mahu melakukannya. Dari apa yang ana baca pada artikel ustaz ini, agak tidak setujulah ana dengannya kerana secara logiknya, apa yang telah ana katakan tidak salah, melainkan ana dah tersalah faham dengan apa yang ustaz mahu sampaikan. Jikalau benar ana telah tersalah faham, maka berharaplah ana supaya ditukarkan cara penulisannya agar tidak mudah disalah fahami oleh semua orang.
Kesimpulannya, ramai yang pergi melakukan ibadah umrah ini dianggap membazir pahala dan wang, kerana tidak mempunyai niat yang suci. Puncanya adalah dari kurangnya ilmu yang mereka dapati, maka tanggungjawab kitalah untuk mendakwah mereka. Malah, sentiasa pergi ke tanah suci untuk melakukan umrah mampu merubah seseorang itu supaya menjadi seorang insan yang lebih baik, atas sebab keadaan disekelilingnya.
Sememangnya lebih baik jika seseorang itu melakukan ibadah umrah jikalau dibandingkan dengan melancong di negara-negara lain, melaburkan duit kepada benda yang tidak pasti halal haramnya, berada di tanah air yang penuh dengan dosa di mana-mana..
Maka, kenapa Ibadah Umrah ini dianggap membazir?
Jzkk.
Bagi yang mampu melakukan umroh berkali-kali itu lebih baik lagi,
“Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w telah bersabda Umroh ke Umroh berikutnya adalah penebus dosa diantara keduanya (HR. Bukhari & Muslim)“.
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (2:114)
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (2:148)
I can't under stand your language but i m sure your post is about Umrah and kind of Islamic so i am giving you news of cheap umrah packages as return for your blog thanks and keep it up.
Saya setuju dengan ustaz..
Mcm mana kite boleh pergi umrah kalau jiran kita kais pagi makn pagi...hidup papa kedana..tak mampuencari rezeki atas kelemahan fizikal.
Satu sen pun kita tak sedekah...tp banga degan status pergi umrah tiap2 tahun...
Ini dinamakan masalah hati.....
Umrah wajib cukup la dulu...dah tolong org sekeliling kita..sponser pulak org lain g hj or umrah...
Allah memgetahui aper yg tersirat didalam hati kita...
Jzkk
Saya mengerti mesej yang ustaz ingin sampaikan.
Membazir disini adalah melakukan umrah berulang kali sedang ada orang lain mencari peluang berbuat umrah, dan lebih baik menolong orang tersebut.
Ustaz, takda salah jika seorang muslim itu sentiasa merindui Kaabah, Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Bukan ke peluang ke Umrah adalah salah satu rezeki yg Allah berikan kepada orang yang terpilih? Sepertimana Ustaz tahu, tak semua yg dibuka kan hati atau perasaan atau yg paling pentingiaitu kemudahan untuk pergi. Mereka yg dapat(kali pertama/kedua dan seterusnya) ke Tanah Suci itu adalah dikategorikan sebagai tetamu khas Allah. Tak kira la hujah Ustaz yg mengatakan ekonomi peribadi yg teguh membolehkan ramai yg menjejakan kaki mereka ke Tanah Suci. Apapun cara sekalinya (Halal) mereka tetap hamba pilihan dan tetamu Allah yg diizinkan dan dibuka kan hati ke sana.Tak kira berapa kali. Saya tak nampak kenapa isu ini harus dipersoalkan sampai sedemikian. Tak ke lagi membazir kalau seorang kaya itu lebih merindui Kota London atau Paris dari tempat2 Allah yg sepatutnya?
Lagi satu, kita semua ada salah dan silapnya(Ustaz pun ada salah dan Dosa gak kan?). Dan kita juga mempunyai niat untuk sentiasa bertaubat pada Allah. Saya percaya dengan mengerjakan umrah insyallah perkara ini akan memperkasakan Taubat seseorang tehadap Allah SWT.
Tuan/Puan/Cik Annonymous ni agaknya org kaya kot. Yg x penah rasa peritnya hidup seorng yg miskin. Sbb tu dia x terasa "salah" pegi umrah 10 kali setahun, sedang ada org lain sedang berjuang di tengah laut cari rezeki utk anak isteri mak bapak mertua yg sakit...
Orang miskin je tau peritnya cari duit. Orang miskin je tau makna lapar, org miskin je tau peritnya bila anak isteri sakit, mak bapak sakit. org kaya x merasa semua tu. sbb tu org kaya yg bersyukur adalah jauh lebih baik dri org miskin yg sabar, sbb susahnya ujian syukur itu.
Assalaimualaikum kepada semua pengunjung blog dan juga tuan punya blog.
Pertama-tamanya saya merasa bersyukur kerana ada orang yang berani menyatakan apa yang sedang berlaku dalam perkara umrah buat masa sekarang ini. Perlumbaan mendapatkan bil umrah terbanyak bukan saja berlaku dari jamaah M'sia tetapi juga kepada negara lain termasuk Indonesia.
Tulisan berani ini mungkin juga akan:
1. Perasaan kurang senang di kalangan pengendali pakej pelancungan umrah
2. Tidak memberikan apa-apa kesan dan tidak di hiraukan oleh pembaca yang terdiri dari kedudukan ekonomi kukuh
3. lapuran jumlah tuan berikan kurang dari sebenar.
Selain MAS dan SAUDIAIR ada lagi syrikat penerbangan bawah jemaah umrah seperti di bawah. Ini yang paling sedikit.
Airasia Flight schedule
Valid till 2015-10-24
Cuba lihat sebahagian dari Jadual Airasia di bawah
Kuala Lumpur (KUL) - Jeddah (JED)
D7 0170 02:20 07:15 1 3 4 5 2015-03-30 2015-10-23
D7 0172 12:30 17:00 2 6 2013-12-31 2014-03-29
D7 0172 12:20 17:10 2 6 2014-04-01 2014-10-25
D7 0172 12:20 17:10 2 6 2014-10-28 2015-03-28
D7 0172 12:20 17:10 3 7 2015-02-01 2015-03-25
D7 0172 12:20 17:10 2 6 7 2015-03-29 2015-10-24
-----------------------------------------------
Ini pula NasAir
FROM KUALA LUMPUR (KUL)TO JEDDAH (JED)
1. Flight Direct 3X seminggu
2. Flight Via Aud 7X seminggu
-------------------------------------------
Travel Umrah yang Ada K/terbang sendiri. Sebahagian dari flight schedule.
DATE KUL JED
DEPARTURE
7-May 1230 1700
11-May 1230 1700
14-May 1230 1700
18-May 1230 1700
21-May 1230 1700
25-May 1230 1700 SCH HOLIDAY
28-May 1230 1700 SCH HOLIDAY
1-Jun 1230 1700 SCH HOLIDAY
4-Jun 1230 1700
================================================
Tuan punya blog sudah tiada. al-fatihah
Iya ke...masha Allah view pointnya tajam n mnggoncang hati org yg lalai ttg kefardhuan mmbntu yg lain....innalillahiwainnailaihirojiun
jgn lupa al baqarah mnyebut..solat dan infaq side by side......kpd yg over mampu pergilh ulang alik tp jgn lupa kuarkn infaq yg sama ganda ngan kos travel atau lebih lg...barulh jurang miskin kaya tu kita bridgedkn...kan...
Terima kasih, artikel yang menarik.
Buat saya berfikir dan termenung sejenak sebab saya belum lagi dapat menjejak kan kaki ke Tanah suci mekah untuk mengerjakan umrah mahu pun haji. Tapi saya faham sangat apa yang nak di sampaikan oleh penulis blog ternyata sangat terkesan pada saya agar mendidik hati agar jangan terpesong dari niat sebenar. Semuanya berbalik pada diri sendiri yang penting ilmu, mantapkan diri dengan ilmu nescaya tidak sesat.
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.
Saya pernah dgr org ckp berdosa kalau pergi habis duit jln2 tp xpergi umrah. Betulke?
Alhamdulillah. Ada juga org yg sama pendapat dgn saya! Ramai jer org kutuk sy sbb sy tak setuju dgn TREND skrg, ramai nk pergi umrah sehingga lupa yg HAJI tu lebih penting, dan WAJIB.
Sy baru jer terbaca artikel tuan yg saya setuju 99%. Especially bab membazir. Mmg umrah tu satu ibadat yg bagus, byk pahala, tapi buat lah yg LEBIH AFDHAL. Terima kasih kerana berani berpendapat yg lain dari kebanyakan org. Syabas!
hukum umrah kali ke-2 dan seterusnya adalah sunat, memang besar pahalanya beribadat di Mekah dan madinah spt solat berjamaah, beriktikaf dimasjidil haram dan Nabawi, namun kita tetap mendapat pahala bertaraf sunat shj dan setakat mana kita berada di tanah suci, apabila kita balik ke Malaysia maka tamatlah pahalanya, Namun saudara kena ingat ada lg ibadat sunat yg jauh lebih afdhal dari umrah berkali kali iaitu sedekah jariah, membantu membasmi kemiskinan, bantu bina masjid, pahalanya besar dan yg paling penting ianya berkekalan hingga ke mati, tapi pahala umrah tidak berkekalan, inilah yg dinamakan saham akhirat dan juga ibadat yg dianggap menjaga hablun minallahi dan hablun minan naasi...sekali pergi umrah kurang2 5 hingga 6 ribu ringgit habis, banyak tu belanjanya...kalau kita derma 4 ribu untuk bina masjid, wahh sudah dikira besar derma tu dan insya allah pahala kita akan dapat dari mula orang menggunakannya sampailah kita mati pahalanya terus berjalan dan kita dapat rahmatnya dalam kubur...renungkalh dan fikirkan lah mana yg lebig afdhalkita buat...
innalillahiwainnailahirajiuunn...semoga blogger ditempatkan bersama para salihin...alhamdulillah...ilmu yg sgt berguna dan byk manfaat bagi yg nak mencari ilmu dan keberkatan..tulisan ini pun cukup membantu membuka minda umat akhir zaman ni...Allahu Rabbi...
محمد احلام فردوس بن عبد الله جيك:
Assalamualaikum wrth.
Kepada,
Tuan/Puan
PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT/SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBIAYAAN PENGAJIAN SYARIAH DI MEDAN INDONESIA.
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas
2.Suka cita dimaklumkan bahawa saya, muhammad ahlam firdaus bin abdullah chek(No. K/P:920115065237) adalah Mahasiswa Tahun akhir p, Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan
dalam bidang Syariah
3.Saya telah pun menduduki 13 semester di Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, namun saya harus akur dengan masalah kesempitan wang untuk meneruskan pengajian disini.Untuk makluman pihak tuan/puan, nilai matawang Indonesia tinggi melebihi matawang Malaysia jatuh 100.000 Rupiah bersamaan 30.00 Ringgit Malaysia dan semua kos pengajian dan perbelanjaan selama 5 tahun di sini (dianggarkan sebanyak lebih kurang rm3000) adalah dibawah tanggungan sendiri. Saya terpaksa membahagikan masa belajar dengan bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong di Medan ini untuk menampung kos sara hidup disini disamping mengurangkan beban ibu yang terpaksa menghantar kiriman wang kepada saya.
4. Memandangkan ibu saya seorang suri rumah yang manakala bapa saya pula bekerja sebagai jaga kilang papan dan khidmat nya akan diberhentikan pada bulan 3 ini,pendapatan ayah saya tidak cukup utk menampung kelapan2 adik2 saya termasuk saya.dulu perbelanjaan saya serba sedikit ditanggung oleh abg saya,akan tetapi dia telah pun meninggal dunia akibat kanser tulang tahap
4.Dengan hal yang demikian,bantuan zakat/sumbangan derma dan perhatian daripada pihak tuan amatlah diperlukan.
5. Dengan itu saya dengan rasa rendah hati memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat membantu saya.
6.Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah saya hargai, dan saya dahului denga n ucapan ribuan terima kasih, semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan did unia dan diakhirat.
Sekian,wassalamualaikum wrth.
Yang benar,
(Muhammad ahlam firdaus bin Abdullah chek)
Pelajar Tahun akhir,
Syariah muamalah
UIN Sumatera Utara Medan Indonesia
No.Tel : +60174005735/0139955368
No akaun bank:7035820229/cimb bank
محمد احلام فردوس بن عبد الله جيك:
Assalamualaikum wrth.
Kepada,
Tuan/Puan
PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT/SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBIAYAAN PENGAJIAN SYARIAH DI MEDAN INDONESIA.
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas
2.Suka cita dimaklumkan bahawa saya, muhammad ahlam firdaus bin abdullah chek(No. K/P:920115065237) adalah Mahasiswa Tahun akhir p, Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan
dalam bidang Syariah
3.Saya telah pun menduduki 13 semester di Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, namun saya harus akur dengan masalah kesempitan wang untuk meneruskan pengajian disini.Untuk makluman pihak tuan/puan, nilai matawang Indonesia tinggi melebihi matawang Malaysia jatuh 100.000 Rupiah bersamaan 30.00 Ringgit Malaysia dan semua kos pengajian dan perbelanjaan selama 5 tahun di sini (dianggarkan sebanyak lebih kurang rm3000) adalah dibawah tanggungan sendiri. Saya terpaksa membahagikan masa belajar dengan bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong di Medan ini untuk menampung kos sara hidup disini disamping mengurangkan beban ibu yang terpaksa menghantar kiriman wang kepada saya.
4. Memandangkan ibu saya seorang suri rumah yang manakala bapa saya pula bekerja sebagai jaga kilang papan dan khidmat nya akan diberhentikan pada bulan 3 ini,pendapatan ayah saya tidak cukup utk menampung kelapan2 adik2 saya termasuk saya.dulu perbelanjaan saya serba sedikit ditanggung oleh abg saya,akan tetapi dia telah pun meninggal dunia akibat kanser tulang tahap
4.Dengan hal yang demikian,bantuan zakat/sumbangan derma dan perhatian daripada pihak tuan amatlah diperlukan.
5. Dengan itu saya dengan rasa rendah hati memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat membantu saya.
6.Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah saya hargai, dan saya dahului denga n ucapan ribuan terima kasih, semoga Allah membalas kebaikan tuan/puan dengan kebaikan did unia dan diakhirat.
Sekian,wassalamualaikum wrth.
Yang benar,
(Muhammad ahlam firdaus bin Abdullah chek)
Pelajar Tahun akhir,
Syariah muamalah
UIN Sumatera Utara Medan Indonesia
No.Tel : +60174005735/0139955368
No akaun bank:7035820229/cimb bank
Alhamdulillah saya faham dengan perkongsian di atas..Dimana kita sibuk kumpul duit untuk ibadah umrah sedangkan kita langsung tidak pedulikan anak-anak yatim yang masih dalam kesusahan..meminta-minta bantuan dari kita..sedangkan pahalanya lebih besar dan berpanjangan ibarat air sungai yang mengalir.
Org pergi umrah sebab berasa tenang di 2 masjid suci ni.
Slm
Kenapa isu umrah berulang kali dianggap sebagai trend membazir atas alasan masih ramai org miskin perlu disedekahi kalian ??...
#pembaziran secara gaya hidup mewah,membeli barangan berjenama, beg tangan,jam, kereta,barang kemas, rumah mewah dll harta dunia patut dijadikan isu oleh pihak yg melihat
org kaya² membazirkan wang utk menjadikan ibadah umrah yg kerap . sebagai tidak wajar kerana ramai insan miskin yg perlu bantuan dan dana utk sesuap nasi.
Dr pandangan secara peribadi sy.. mereka yg berulang kali ke Mekah dan Madinah adalah mereka yg dekat hatinya pada Allah..rata² adalah orang yang pemurah dan menyantuni org miskin.
Lantaran itu..Allah dorong hatinya utk beribadah di masjid terindah buat org Islam... Ramai org Islam yg kaya raya lebih bahagia shopping di kota London, Italy maupun di Istanbul....
Tak perlu bersangka yg tidak baik atas ibadah org yg mampu.. kerana rezeki itu kurniaan Allah juga... .dan yg lebih penting ibadah mereka ada ganjaran pahala dr Allah swt ... Kita tak tahu berapa banyak mereka telah penyumbang utk org miskin secara sembunyi² dan jika dibandingkan dengan kos umrah mereka yang mencecah puluhan ribu ringgit atau cuma pakej ekonomi serendah rm 5999 shj...
Wallahu'alam
📿Bersangka baik itu lebih baik 🔅
Post a Comment