Azizi jawab Affandi Hassan

Posted by Tukya

INTROVERT bahasa Inggeris. Saya jahil bahasa Inggeris. Tetapi seorang kawan telah SMS kepada saya istilah ini setelah dia membaca sebuah artikel sastera minggu lalu (Ahad 3 Sep 2006). Kerana bodoh tapi ingin belajar, saya bertanya kepada yang lebih tahu.

Saya sangka introvert atau pemalu ini penyakit yang hanya hinggap kepada mereka yang bertaraf 'cokia' atau kelas tiga dalam masyarakat. Rupa-rupanya sifat ini hinggap juga kepada mereka yang bergelar intelektual, sarjana dan sasterawan.

Kerana kejahilan semula jadi agaknya, maka saya membaca tulisan dalam Sudut Sastera Mingguan Malaysia itu, lebih berbau busuk-masam sirat-rajut rumput basah burung-burung merbah yang sedang membina sarangnya dari apa yang tersurat, walaupun permulaannya seakan-akan sangat suci lagi murni.

Kata kawan saya, ada dua kemungkinan yang akan terjadi kepada manusia jika dihinggap penyakit introvert ini. Pertama, seseorang itu akan merasa dirinya tersangat hina, rendah diri, sehingga tidak berani bersuara dan merasa segala perbuatan dan pendapatnya lekeh, tak sepadan.

Kedua, jika tidak berlaku seperti di atas, seseorang itu bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian pada dirinya sendiri, tidak suka bergaul dalam masyarakat dan dia sering menganggap bahawa ia sahaja yang betul, pandangan, pendapatnya sahaja yang benar; orang lain tak terpakai, menafikan intelektual orang lain. Maka selamanya, apabila dia berhujah, dia menafikan pandangan orang lain dan terus menerus mengatakan saranan, pendapat, hujahnya sahaja yang betul.

Masyarakat

Jika masyarakat menolaknya, masyarakat itu yang bodoh. Tetapi yang anehnya, manusia seperti ini, apabila memperkatakan sesuatu produknya pula, ia menjadi semacam iklan shampu di mana tiadalah orang lain memuji akan kejelitaan dan kekilatan rambutnya, melainkan model itu sendiri yang memujinya. Dan lebih aneh lagi, apabila ada diskusi, forum atau wacana, walaupun tajuk untuk dia bercakap telah lama diberi dan ditulisnya kertas kerja 50 muka, tetapi tidak pula dibentang dalam majlis tersebut. Dia sengaja meleret-leret ke arah lain sehingga waktu untuknya tamat. Dia semacam takut hendak berhujah.

Saya melihat ini apabila ada di kalangan penulis, yang menulis dalam keadaan kemabukan rasa. Kerana penekanan terhadap 'persuratan' yang dianggap betul lagi 'haqqulhaq' maka penulis dari kalangan ini cuba menidak segala-galanya. Pada hal memperkatakan hal-hal kesusasteraan yang dibangunkan oleh kekuatan kreativiti, nilai jawabnya atau formulanya bukan matematik yang membawa jawapan 2 kali 5 jawabnya 10.

Kerana itu, penulis-penulis seperti ini semacam dihinggapi ‘introvert’ kerana ia bukan saja menolak pandangan semua orang tetapi turut memperkecil dan merendah-rendah pemikiran dan kreativiti seseorang. Ia berada dalam dunianya sendiri, memencil dalam kepompong yang dianggap itukah kepompong yang terbaik.

Ambil saja petikan; ‘Berasaskan fahaman salah ini, sebuah novel yang cetek dan keliru seperti Seorang Tua Di Kaki Gunung mereka sanjung sebagai karya penting Abad 20, walaupun tidak ada apa-apa yang boleh dipelajari daripada tokoh utama novel itu selain kebodohan, kedegilan berasaskan kebodohan tadi, dan sifat kurang ajar yang jauh dari kebijaksanaan’.

Dalam sudut apa pun kita membicara sastera dan kesusasteraan, ia bagaikan membicara sebuah kepompong, seperti sebuah sarang lebah di mana kepompong itu mempunyai juzuk-juzuk tersendiri pula dan juzuk-juzuk itu memiliki kehebatan dan kelemahan. Kreativiti adalah daya cipta. Daya cipta adalah kreativiti manusia, bukan Khaliq.

Kesusasteraan atau hasil kesusasteraan itu sendiri memiliki juzuk-juzuknya. Bagaimana pun memperkata juzuk-juzuk ini bukanlah layak bagi mereka yang berpenyakit 'introvert' kerana ia tidak akan membawa makna yang sihat. Introvert bukan bersifat sastera, tidak berbaju kreatif.

Jika Seorang Tua Di Kaki Gunung tidak boleh dipelajari apa-apa daripada tokoh yang ditonjolkan, selain dari tokoh yang bodoh, degil, maka itu adalah hanya satu dari beberapa sudut dalam sebuah cerita sastera. Melahirkan kebodohan seseorang watak, menimbulkan kedegilan watak adalah satu ilmu sebenarnya dan mencari hujah dan membodoh-bodoh pengarang kerana membodoh pembaca melalui karyanya juga satu ilmu. Tapi ingat, ilmu itu tidak terhad. Pendapat adalah sebahagian dari ilmu.

Keterangan gambar Azizi Hj Abdullah bersama Dr. Fujimuray
NOVEL SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG, karya Azizi Hj Abdullah, di antara novel-novel yang disenaraikan sebagai novel Abad 20 sedang diterjemahkan ke Bahasa Jepun dan dijangka April 2005 akan di terbitkan. Novel tersebut di usaha terjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh Pn Thaiyibah Sulaiman dan di terjemahkan pula ke Bahasa Jepun oleh Dr. Fujimuray dari Universiti Tokyo, Jepun


Kerana itu saya sebagai penulis novel Seorang Tua Di Kaki Gunung cukup berasa bangga apabila kebodohan tokoh yang tidak boleh dipelajari apa-apa itu, menjadi bacaan sebahagian orang-orang Jepun, sehingga menterjemah ke bahasa Jepun. Adakah sebahagian orang-orang Jepun bodoh, bangang kerana terpesona dengan novel tersebut? Jawapannya mudah; kalau orang Jepun tidak bangang, kitalah yang bangang kerana tidak dapat mempelajari dari kebodohan itu. Atau pengarangnya sendiri telah berjaya membodohkan ‘pembaca itu’.

Soalnya sekarang, dalam memahami sastera, seseorang tidak boleh muncul sebagai sarjana muktamad. Tidak ada istilah; Katakan ya! Atau katakan tidak! Dalam memahami sastera jangan sekali-kali ada manusia, sama ada pengulas atau pengkritik atau penulis kertas kerja yang mengakui; Ini! Ini betul, kalian bodoh!

Jangan sekali-kali begitu. Kata-kata begitu sarjana lain akan tersenyum dan minta dijauhkan dengan anggapan 'introvert.' Alasannya mudah. Jika dalam sastera mahu pun apa yang diwacana sebagai 'persuratan' ia bukan saja satu saluran melihat ketokohan yang semestinya ditulis sebagai tokoh cerdik tetapi juga mempunyai saluran lain seperti teknik, tema, latar, tradisi, sosial, sejarah dan lain-lain. Sebuah hasil sastera tidak hanya memiliki tokoh atau watak.

Bodoh

Sesungguhnya saya bodoh dalam hal ini, tetapi tentu sekali saya tidak bodoh semuanya dalam hal ini. Apa yang sangat dibimbangkan jika benar seperti yang dinukil oleh penulis rencana minggu lalu, kononnya Dr.Fatimah Busu mula sedar akan kepalsuan ini setelah karya beliau tidak mendapat perhatian yang sepatutnya.

Kita ingin bertanya, jika benar dakwaan ini, kenapa kita tidak mencari dan berusaha dari sudut ilmu supaya karya kita diterima? Apakah apabila orang ramai tidak menerima bererti orang ramai terus mengamalkan kepalsuan dan 'kita' saja yang betul?

Sayang saya tidak berapa faham makna sebenar' introvert,' tetapi mungkinkah pula ' Selfrighteous?' Di akhir tulisan ini saya perturunkan petikan dari S.T.Alisjahbana yang terkenal di Indonesia:

‘Sekiranya seseorang pengarang berbeza gayanya, dalam usia yang berbeza pula, bukan sesuatu yang menghairankan, bagaimana dua pengarang, dengan watak yang berbeza, akan berbeza pula gayanya, biarpun mereka termasuk dalam satu golongan.’

9 comments:

  1. ~albazrah~

    Assalamualaykum,Cikgu,

    Introvert yang keterlaluan memang buruk, extrovert yang melampau juga buruk. Tapi bila diharmonikan kedua2nya,akan indah..adil. Wasatiyah.

    Apa jua pun komen atau pujian tentang Novel Seorang Tua di Kaki Gunung... saya sebagai anak banyak mengambil pengajaran darinya.

    Saya memang tak pandai untuk menilai content, apatah lagi dari sudut pandangan sastera. Apa yang saya boleh buat ketika membaca setiap karya atau tulisan, ialah mencari sisi baik, untuk saya tingkatkan diri saya. Yang masih perlu byk belajar.

    Novel Ayahanda juga. Sebab saya memang sukar memahami ayah saya sendiri.

    Jazakumullah. terima kasih banyak cikgu.

  1. afna-z

    Salam..
    saya tak berkesempatan nak membaca apa yang diperkatakan Pak Affandi...
    Ustaz Azizi..saya minta kebenaran link blog ustaz di blog saya...

  1. hamba

    assalamu'alaikum wa rahmatullah

    memberitahu :
    Seorang Tua di kaki Gunung ialah novel serius pertama yang saya baca pada usia 8-9 tahun, dan terus jatuh cinta.

    terima kasih, membawakan alam dekat dengan saya, yang hamba kedua-duanya.

  1. mazizi99

    Assalamualaikum..wbkth

    nama saya pun azizi jugak..

    saya pernah baca cerpen2 cikgu yang sudah di jilidkan..skrg buku itu telah hilang..tajuknya pon saya sudah lupa tapi byk cerita dlm buku tuh..

    kisah anak dan ayah mengail ikan sembilang, cerpen keakuan, kisah cucu tercekik ikan pekasam..dll

    kalau cikgu ada tajuk buku itu koleksi penulisan cikgu bley email kat saya tak..di mana saya nak cari buku tersebut..saya bukan orang sastera..tapi minat dengan sastera nie..

    mazizi99@gmail.com

    sekian..

  1. Pakteh

    Masa di tingkatan 4, saya belajar sastera. Antara novel yang dijadikan teks waktu itu ialah "Seorang Tua Di Kaki Gunung"

  1. Anonymous

    楼梯有机玻璃电焊机硬度计测厚仪北京汽车租赁防静电地板 白癜风 白癜风治疗网络地板 白癜风遮盖白癜风资讯白癜风资讯白癜风治疗有机玻璃加工数控切割机数控火焰切割机数控等离子切割机焊机健身器材点钞机特灵特灵空调保险柜白板
    尖锐湿疣 尖锐湿疣治疗 生殖器疱疹 生殖器疱疹治疗
    Chinese antique furniture supplier and we can supplycar wash systems. car wash systems .car wash equipment. car wash equipment. automatic car wash .automatic car wash .car washing machine. car washing machine. car wash. car wash if u need ,contact me
    帕金森轻松过关名师课堂
    职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试报名会计职称称准考证会计职称考试时间会计从业资格考试会计职称培训初级职称培训中级职称培训初级职称报名中级职称报名初级会计会计资讯2009年会计2009年会计报名会计资格会计专业资格会计专业资格考试会计专业技术资格会计从业资格证会计从业资格试卷会计从业资格试题会计从业资格证书09年会计从业资格考试

    会计专业资格会计专业资格考试会计从业资格证书会计专业技术资格会计从业资格证初级职称初级会计资格初级会计职称会计报名中级会计资格中级会计职称初级会计职称考试中级会计职称考试09年中级会计职称考试轻松过关名师课堂闫华红田明王燕会计答疑会计试题会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称历年试题会计资讯会计职称考试报名会计职称称准考证会计名师会计职称培训会计从业资格试题09年会计从业资格考试2009年会计报名2009年会计职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试时间中级职称初级职称培训初级职称报名中级职称报名中级职称培训职称考试初级会计中级会计初级会计初级中级
    铜门

    无机钢筋锚固料 锚固料 融达 北京融达 北京融达建业 渗透性聚合物砂浆 聚合物砂浆 高强渗透性聚合物砂浆 灌浆料 灌浆 北京灌浆料 不锈钢钢绞线 粘钢胶 植筋胶 结构胶 灌浆剂 高强无收缩灌浆料 建筑结构胶 水泥灌浆剂 加固料 碳纤维胶 碳纤维胶 灌注粘钢胶 树脂灌缝胶

    疱疹治疗 疱疹的治疗 疱疹图片 病毒性疱疹 单纯疱疹 疱疹病毒 疱疹症状 男性生殖器疱疹症状 男性生殖器疱疹 什么是生殖器疱疹 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹怎么治疗 生殖器疱疹如何治疗 生殖器疱疹治疗方法 生殖器疱疹怎么治 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹的治疗 中药治疗生殖器疱疹 复发性生殖器疱疹 治疗生殖器疱疹的药物 治疗生殖器疱疹的特效药 生殖器疱疹治疗 尖锐湿疣症状 什么是尖锐湿疣 宫颈尖锐湿疣 阴道尖锐湿疣 男性尖锐湿疣 假性尖锐湿疣 尖锐湿疣怎么治疗 尖锐湿疣治疗方法 尖锐湿疣的治疗 中药治疗尖锐湿疣 治疗尖锐湿疣的药物 治疗尖锐湿疣的特效药 男性尖锐湿疣 尖锐湿疣复发 尖锐湿疣图片

  1. Anonymous

    Whether you are looking for sports replica watches, rolex submariner replica, you've come to the right place at www.swisswatcheszone.com. Our replica replica watches have high grade, the low price superiority. On this site you will find the latest model Swiss Replica Watches .Our customers are provided by a Satisfaction Guarantee offer for all replica watches. All Longines Watches 1:1 quality . Also in and so on what? Quickly rushes to purchase our Chanel J12 Watches , your choice cannot be wrong!GRAHAM Watches IWC Watches Rolex daytona watches Replica Piaget Watches Montblanc Watches Franck Muller Watches Replica Breitling watches Replica Panerai watches Replica Tag Heuer Watches Breitling Navitimer Watches

  1. Anonymous

    Hogan scarpe are ideal for anyone who wants a comfortable shoe that does not lack on style. No matter what type of Hogan scarpe donna you end up buying you will be able to have the most comfortable hogan donna on your feet and you will always be happy with the way that they look. These are the Hogan scarpe uomo that will be able to take you just about anywhere without having your feet ache after the long haul.

  1. Anonymous

    http://www.blurty.com/users/hermesbags111
    http://www.blurty.com/users/hermesbags222
    http://www.blurty.com/users/hermesbags333
    http://www.blurty.com/users/hermesbags444
    http://www.blurty.com/users/hermesbags553
    http://www.blurty.com/users/hermesbags552
    http://www.blurty.com/users/hermesbags487
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag1
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag2
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag3