Hadiah Sastera Jubli Emas DBP 23 Februari 2007

Posted by Tukya


Gambar-gambar Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Jubli Emas DBP 23 Februari 2007



Semalam berlangsung majlis penyampaian hadiah Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Majlis diadakan di Dewan Bankuet, DBPKL. NOVEL "Harga Sebuah Maruah" memenangi tempat kedua dan membawa pulang hadiah berjumlah RM40,000.00. Novel yang telah mempertahankan petani Kerpan dan menceritakan keperitan mereka.

Berikut keputusan penuh :
NOVEL

Hadiah Pertama (RM50,000) - Faisal Tehrani "Bedar Sukma Bisu"
Hadiah Kedua (RM40,000) - Azizi Haji Abdullah "Harga Sebuah Maruah"
Hadiah Ketiga (RM30,000) - SN Shahnon Ahmad "Mahabbah"

Hadiah Saguhati (RM10,000 setiap satu) -

Mohamad Faizal Jamil "Anak Ruma' Kadang"
Zaharah Nawawi "Bulan dan Mentari"
Mohamad Khalid bin Hamzah "Kabus di Perbukitan"
Osman Ayob "Ombak Bukan Penghalang"
Noraini Osman "Kembali Sebutir Mutiara"
Muhd. Nasruddin Muhd. Dasuki "Langit Angsana"
Nasruddin Mohammed "Menara"

6 comments:

  1. Unknown

    Tahniah di atas kejayaan. Moga terus gigih memperjuangkan keadilan dalam tulisan.

  1. Amermeftah

    Tahniah dari Kaherah!

  1. BaYu SenJa

    Tahniah Cikgu.
    Tahniah juga buat semua pemenang.

  1. ekspresi

    tahniah saudara azizi. tetap maintain. saya sedang baca sanggheta.

  1. Pakteh

    Besar hadiahnya ya. Tahniah.

  1. Maslina Mahbu @ Armiza Nila

    anTahniah Ustaz, di mana agaknya saya boleh dapatkan Sanggheta di Kuching ni atau hanya di pasaran Semenanjung Malaysia.

    Armiza Nila