MUSTADH`AFIN yang tertindas.

Posted by Tukya


Buku baru tulisan Azizi Hj Abdullah:

MUSTADH`AFIN yang tertindas.
Boleh pesan kepada:
Penerbit Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
No 5 Jalan Pinhorn
11600 Pulau Pinang.
RM20.00

Buku ini adalah sebuah pemaparan reality mustadh`afin dan mustakbirin, sekaligus sebuah kritikan sosial. Ia bertujuan untuk mencelik masyarakat kepada dua jenis dunia yang hidup di bawah sistem dan wilayah yang sama.
-SM Mohamed Idris, Presiden CAP.

Wajah kemiskinan bukan sahaja terpapar di Afrika tetapi juga di Malaysia.
Di manakah salahnya sistem pemerintahan? Apakah mereka dari korupsi? Apakah dari penyelewengan? Apakah dari darah rakyat?
-Sasterawan Negara Dato’ Prof Emeritus Hj. Shahnon Ahmad.

Azizi Hj Abdullah memang selalu mengkritik melalui karya-karya feksyennya. Buku ini ternyata lebih cepat membantu kita untuk memahami mengapa beliau menjadi seorang sasterawan sinis.
-Sasterawan Negara A.Samad Said.

Jangan sangka dalam kaya tidak ada miskin.
Jangan terkejut dalam miskin ada derita
Bukan senang hendak jadi senang
Bukan susah hendak jadi susah.
Bacalah buku tulisan Azizi Hj Abdullah untuk mengetahui di mana kemiskinan berada sebenarnya.

11 comments:

  1. Anonymous

    salam.. tukya

    tahniah dengan buku baru, sesuai dengan mood pilihanraya

  1. Anonymous

    salam cikgu azizi.

    saya nak tanya, lagumana nak dapat koleksi2 penulisan cikgu dari tahun 2003 sampai la. puas cari merata.. yang dapat sangeetha ja yang terbaru. bosan gila tak dak bahan bacaan ni..

  1. Anonymous

    sdra karim,
    terima kasih kerana baca buku tu.

    mood pilihanraya, pemimpin melayu umno masih dok takok lama.
    menyampah
    azizi

  1. Korakora

    cikgu azizi sudah berkempen. :)

  1. Anonymous

    nazmi, saya dah lama masuk umo.
    nak mampueh.

  1. Amiene Rev

    Salam,

    Pak Azizi, setahun lalu saya ada mengulas novel berjudul "Beruk" yang saya miliki belasan tahun lalu.

    Ada seorang pengunjung datang dan katanya berminat untuk memiliki buku tersebut.

    Kalau-kalau buku itu diulang cetak?

    Sekian.

  1. Anonymous

    sdra amiene,
    tak ada pula novel BERUK dalam simpanan. Hanya ada satu saja.

    Maaflah. ahhh beli yang baru lebih bagus.
    beli SANGEETHA DAN HARGA SEBUAH MARUAH.

    SALAM. AZIZI ABDULLAH

  1. Anonymous

    shahrulrock.blogspot.com
    Assalamualaikum,
    Apa khabar saudara?Bagaimana dengan bahang pilihanraya?
    Sangeetha sudah tersusun kemas di rak buku,sudah selesai perjalanan mencari diri Geetha...
    Apa khabarnya pula dengan Seorang Tua Di Kaki Gunung?
    shahrulnizam.ahamid@my.panasonic.com

  1. Korakora

    terima kasih. saya sudah terima buku itu.

  1. Taiki

    salam.. pak azizi abdullah, tahniah buku baru anda. pemeritahan telah berlaku anjakan kita lihat nanti

  1. Anonymous

    xde ke cara pembelian buku yg senang..saye student..saye suke membace..xpon bg no akaun bank saye bank in kan duit, tuan poskan utk sy...pls..[famizzie143@yahoo.com]