Catatan 18 Mac 2008
Posted byFuh! Kadang-kadang hidup ini terasa macam mimpi. Cuba bayangkan kalau orang kampong dapat naik kapal terbang, kemudian sampai di KLIA ada orang tunggu. Fuh!
‘Saya Hasan,dari Institius Terjemahan Negara,” perkenal anak muda berkot, berseluar hitam, bertali leher kepada saya sebaik saja saya sampai di ruang ketibaan KLIA. Anak muda yang peramah dan kacak ini terus mengambil beg saya hendak dibawanya. Saya terus di bawa ke Mercedis mata belalang yang sedia menunggu.
Bukan tidak pernah orang menjemput di lapangan terbang, tapi kali ini lain sekali. Bukan saja Hasan Bolkiah (Bukan Sultan Brunei) tetapi semua kakitangan Insitiut Terjemahan Negara yang bertanggung jawab mengadakan pertemuan dengan Sasterawan Negara dan Pemenang SEA Write Awards pada 18 Mei 2008 ini baik-baik dan ramah mersa belaka.
Sebelum datang, seorang kakitangan bernama Hidayat sangat mesra menghubungi saya. Shida, yang kelola itu ini dan lain-lain lagi, termasuk Pengarah Urusannya Mohd Khir Ngadiron juga sangat ramah. Di loby hotel beliau bersembang panjang.
Hasan Bolkiah menjadikan saya nak bergerak jadi kekuk. Dia mesti menemani saya kalau hendak ke mana. Saya jadi macam tetamu negara luar. Rimas saya!
Pertemuan ITNM dengan para Sasterawan Negara dan Pemenang SEA Write Awards di bilik Mawar PWTC pada 18 Mac 2008 jam 10 pagi sangat bermakna. Kehadiran 4 Sasterawan Negara dan 13 Pemenang SEA Write Awards rupa-rupanya ada agenda yang besar. ITNM sedang berusaha menterjemahkan karya penulis-penulis ini ke bahasa dunia dan segera meminta persetujuan penulis di samping melunasi soal-soal hakcipta.
Pertemuan Sasterawan Negara dan Pemenang SEA Wirte Awards dengan Pengerusi dan Pengarah urusan Institiut Terjemahan Negara
Memang bagus dan itulah yang dimimpikan semua Sasterawan Negara dan SEA Write Awards.
“Dulu kita pindahkan bahasa lain ke bahasa Melayu, kini kita akan pindahkan pula bahasa Melayu ke bahasa dunia,” kata Dr. Wan Hashim Wan Teh, yang tak putus-putus menyindir saya sebagai pembangkang yang cukup seronok. Dr. Wan Hashim ialah Pengerusi ITNM.
Kanan: Pengerusi ITNM Dr.Wan Hashim, Pengarah urusan Mohd. Khir Ngadiron
Dan kemudiannya kami yang hadir merasa lega apabila Mohd. Khir Ngadiron selaku Pengarah Urusan ITNM memberitahu bahawa ITNM sedang mengusaha satu projek terjemahan karya sastera ke bahasa Inggeris dan bahasa asing lain dengan sokongan Kementerian Pelajaran dalam tempoh Rancangan Malaysia ke 9.
Menurut Mohd. Khir Ngadiron lagi, ITNM mahu memertabatkan sastera ke persada dunia. Peringkat awal ITNM sedang menterjemah 40 jodol buku dan diikuti tahun 2009 dan 2010 menjadikan 100 jodol semuanya.
Saya menjadi bangga kerana novel SANGEETHA yang diangkat sebagai karya terbaik peringkat Asia Tenggara (MASTERA) 2007 dan Harga Sebuah Maruah juga sedang diusaha terjemahannya. Selain itu saya mencadangkan lima lagi novel agar diterjemah, termasuk Seorang Tua di Kaki Gunung yang sudah pun diterjemah ke bahasa Jepun tahun 2006.
Penulis bersama dengan Amil Jaya dari Sabah.
Institius Terjemahan Negara (ITNM) sebuah syarikat (GLC) yang ditubuhkan tahun 1993. Ia sebuah organisasi, selain dari Dewan Bahasa bagi membolehkan tumpuan pengurusan terjemahan.
Misinya jelas: Untuk menghapuskan halangan bahasa dan merangsangkan pemindahan ilmu, menjana masyarakat progresif, dinamik dan berbudaya memalui terjemahan.
Memertabatkan bahasa Melayu sebagai medium pemikiran dalam semua bidang memalui terjemahan.
Amat tidak rugi kerana hari itu sempat bertemu dan berbual dengan SN Arena Wati, SN S.Othman Kelantan, SN A.Samad Said, SN Dr.Mohamad Hj Salleh dan Pemenang SEA Write Award, kecuali mereka yang sangat uzur.
ITNM rupa-rupanya sangat tersembunyi dari pengetahuan umum. Bagaimana pun mereka menampakan wibawa dan megah kerana sudah membuktikan puluhan terjemahan termasuk Siri Pembangunan Profesion Perguruan, Siri Kepemimpinan dan Pengurusan Sekolah, Buku Umum, Buku Pendidikan Tinggi dan Siri Sastera Kanak-kanak & Remaja Bahasa Arab.
Terima kasih semua kakitangan ITNM. Sayang makan pagi hari itu tidak ada pulut dengan ikan kering campur kelapa parut. Kalau tidak, sedapppp.
7 comments:
Pergghhh,
Saya ulang ayat saya ustat: "Mana ada orang Kulim mai KL dok di pan Pacific. Haha. Nanti bila turun lagi KL jangan lupa habaq, boleh kita pi pekena kopi o di bangsar lagi.
-Wan-
kepada comen yang di deleted,
terima kasih.
saya tahu siapa anda. saya akui saya ada kelemahan dan anda tunggu saja kelemahan anda.
salam
assalamualaikum ustaz, saya azmir anak cikgu zakaria taman bersatu... anak murid ustaz masa tunku malik. selamat dtg ke blog saya :) http://kanot.blogspot.com
azmir,
terima kasih kerana mengunjungi blog saya. insyaallah saya akan kunjungi blogf azmir dari masa ke semasa.
direktori pertanian & penternakan. http://pertanianmalaysia.blogspot.com
Bang Azizi!
Kepribadian Orang Melayu sudah tidak seperti Melayu sejak pimpinan Umno berkepala batu, egonya tidak menentu, perangai jahatnya lebih dari hantu, semuanya nak disapu, pandai menipu, mengugut lawan nombor satu! Hanya orang Melayu jika benar-benar nak jadi Melayu jangan termakan cakap pemimpin Umno yang berselindung dengan slogan Ketuanan Melayu kerana slogan itu hanya palsu yang dilagukan oleh si pengampu.
Tinggalkan Umno. InsyaAllah Melayu akan kembali bermertabat sebagai Melayu yang jitu!
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Post a Comment