Bagi saya, secalit tahi pun tak tersentot apabila mendengar Dr. Mahathir keluar dari Umno. Bagi saya Dr. Mahathir, sama ada dalam Umno, tak ada dalam kepompong Umno, sama saja.
Bagi saya kenyanyukan Dr. Mahathir meracau dan berlinglong-linglong ke sana sini mengutuk dan merapu merawit tetang Datuk Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri selepasnya, sekupang pun tak hendak beli.
Bagi saya, desakan Dr. Mahathir supaya Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dari menjawat Perdana Menteri sedikit pun tidak ada makna.
Semuanya saya masih ingat dengan segala kefanatikan saya terhadap ucapan Presiden Pas Allahyarham Dato Fadhil Mohd Nor, bahawa Dr. Mahathir sedang menuju ke satu alam yang tidak pernah ada dalam sains politiknya, bahawa dia akan tersorong kepada satu dunia yang melucukan kepada anak cucu yang suka menderhaka kepada datuk nenek mereka yang tua.
Maaf cakap, hanya episod melonyang tahi saja yang belum berlaku. Berdosakah kita jika menunggu hendak melihat itu? Jika berdosa, jangan tunggu hendak melihat. Tunggu saja rakaman video kalau ada nanti.
Maka oleh kerana tak terkejut, tak hairan, tiba-tiba menjadi hairan dan terkejut pulalah saya apabila Presiden Pas turut mengambil gaduh dan sebuk dengan ‘murtad politik parti’ Dr. Mahathir ini? Lebih naik hairan pula apabila Mursyid Am Pas komen yang Pas sedia terima ‘seketul tahi’ ini jika teringin nak masuk Pas.
Ya Tuhan, apa sudah jadi ni? Apakah Mursyid Am anggap Pas hari ini terdiri dari kawasan-kawasan tong sampah yang mengkhianati alam sekitar? Takkanlah begitu murah maruah dan harga diri Pas? Dan yang paling kita hendak tanya: Apa kelebihannya Dr. Mahathir dalam abad mundur mandir, belinglong-linglongnya kini? Apa pentingnya dia ketika dia berkenala di padang pasir yang tiada dihuni orang, kecuali Datuk Sanusi Joned, Datuk Aziz Tapa dan teman setianya Toh Puan Siti Hasmah Ali.
Sebenarnya segala-gala tidak penting. Yang penting kalau-kalau beliau mengumumkan hendak mengambil alih menjadi Perdana Menteri ke enam kembali. Ini baru penting. Ini sama seperti kata Subky Latif , Lebai Taha dari Kampung Tebengau gigit anjing, bukan anjing gigit kaki Minah yang baru balik dari kerja shif malam.
Orang Pas jangan seronok bertepuk tangan. Orang seperti Dr. Mahathir boleh lakukan apa saja asalkan dia merasa puas walaupun benda yang hendak dilakukan itu tidak sepadan dengan usianya. Apa, orang Pas fikir, termasuk Tuan Guru Musyid Am Dr. Mahathir keluar Umno, nak masuk Pas?
Jangan! Sekali-kali jangan berfikir begitu. Atas nama Dr. Mahathir, kalau dipaksa sampai lembik, di bawa dengan kerusi roda ke hospital, balik semula ke rumah, beliau tak akan masuk Pas malah jeling pun tidak.
Dr Mahathir hanya mau tonyoh Pak Lah saja. Tersungkur Pak Lah, betapapun bercalar dadanya, akan legalah Dr. Mahathir. Ini bukan pasal Umno tak betul. Ini pasal Pak lah saja tak betul bagi pendapatnya.
Ertinya kalau esok Pak Lah isytihar dengan lenangan air mata letak jawatan Perdana Menteri, Dr. Mahathir akan telan beberapa biji pil cergas dan lompatlah balik ke kepompong Umno.
Ketika itu kemungkinan Sanusi Joned dan Datuk Aziz Tapa menjadi juara mengah dan semput, mengangkat tongkat melaung sekuat hati bahawa Mahathir bin Mohamad tidak pernah benci kepada Umno, kerana itu ia perlu dilantik semula membetulkan herot pedot Umno dan sekaligus menjadi Perdana Menteri dalam masa ‘darurat’ bagi membaik pulih luka calar Umno.
Menulis artikel ini saya sedaya mungkin tidak mahu membaca sebarang komen dari mana-mana pihak, kecuali komen Presiden Pas dan Mursyid Am. Saya sangat berharap, Mursyid Am janganlah sekali-kali mengambil kesempatan berumrah pada minggu ini berdoa di hadapan Kaabah minta Dr. Mahathir masuk Pas. Janganlah Tuan Guru berbuat begitu. Huduh sangat doa itu, bagi saya.
“Habis, kemana Dr. Mahathir nak pergi?” Saudara Kasim Mohamad, kawan saya yang ada di Pekan Pahang tanya melalui SMS apabila saya berkata seperti tulisan di awal ini.
Dalam hal ini Dr. Mahathir tidak bodoh, kata saya. Dan saya cuba meyakinkan cerdik pelanduk Dr. Mahathir selepas meletak jawatan menjadi Perdana Menteri sejak 31 Oktober 2003. Dia kacau kepada orang yang dia tidak berkenan seperti mengacau air telaga menjadi keruh dan sampai ikan-ikan di dalamnya naik pening. Soal jambatan bengkok sampailah kepada yang lain, semuanya menjadikan pemimpin Umno berbelah bagi sama ada hendak menyokongnya atau membenci Pak Lah.
Semua jawapan dan tindakannya seperti hendak membersih dan menempik di sana sini memberitahu dia adalah Perdana Menteri yang bersih, yang betul dan terhebat, walaupun jawapannya dalam mahkamah ‘ tidak tahu dan tidak ingat’ menggambarkan dia seorang yang sangat berpura-pura.
Melihat suasana politik dan arus tsunami yang melanda politik Umno, Dr. Mahathir sangat cepat beralih. Dia tidak menjadi wira membetul parti seumur hidupnya, sebaliknya menjadi tukang pukul, tukang cerca, tukang kondem, tukang gertak dan tukang peleceh. Lucunya, beliau sokong perjuangan anaknya Mukhriz tetapi tidak sokong Umno walau pun anak beliau Umno.
Apa makna ini?
Yang dilihat ialah gelombang PKR dari olak alik Datuk Sri Anwar Ibrahim. Seperti orang lain, tiada siapa pun menduga bahawa BA dapat mengubah haluan politik sehingga Umno jadi terkejut beruk. Maka Dr. Mahathir sangat cepat membaca firasat politik.
Kemenangan BA, termasuk PKR tidak boleh dipandang ringan. Ura-ura lompatan wakil BN seramai 22 lagi tidak boleh dipandang ringan. Tapi Dr. Mahathir orang yang bijak menyembunyikan makna dan menutup cuak dan gelabah. Perjalanan fikirnya, firasat dan cuaknya terhadap BA bertali arus.
Kenapa?
Dilihatnya peristiwa video Linggam, namanya disebut-sebut. Hal-hal kehakiman, namanya terpalit. Hal-hal rasuah menteri itu dan ini, juga terasa hendak demam. Lalu dia mensipongangkan suara; saya tidak takut. Buktikan kesalahan saya!
Memang perkataan ‘bukti’ itulah yang dilaungnya sejak dulu. Dan jawapan ini semuanya berpunca dari kerobek kerosek Datuk Sri Anuar Ibrahim.
Maka apakah jalan dan cara hendak melegakan demam hantu ini?
Kepada siapa yang hendak dibelai lagi supaya hal-hal seperti itu ‘tak payahlah kot’ dipanjang-panjang. Hendak mendekati Peguam Negara, hakim dan pembela paling top di Malaysia, bukan masanya lagi. Maka...
Yang demikian, tiadalah jalan lain hendak memperlahankan, melainkan mencari jalan bagaimana mahu tarik dan sentot, kemudian belai dan pujuk lagi supaya janganlah ditimbul-timbul lagi...ala......
“Saya insytihar keluar dari Umno berkuat kuasa serta merta!” demikian pengumuman yang kononnya mengejutkan, sampailah sekelian ahli, pemimpin yang fanatik, terkencing terberak dalam seluar.
(kredit kickdefella)Bagi saya, desakan Dr. Mahathir supaya Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dari menjawat Perdana Menteri sedikit pun tidak ada makna.

Maka bermadahlah:
Doh besan mari kita berbesan-besan
Elok mejelis rupanya insan
Sifat dipandang bagaikan pengsan.
Kelemunting di Tanjung Pauh
Kapal sarat dimuat jerami
Ada untung digantung sauh
Kalau tidak laratlah kami
Cencang ke kiri, ia lompat ke kanan
Cencang ke kanan, ia lompat ke kiri
Cencang ke atas, ia susup ke bawah
Cencang ke bawah, ia melompat ke atas.
Penatlah sudah sahaya bergalah
Orang bergalah ke Sungai Tinggi
Penatlah sudah sahaya beralah
Membalas pula belum lagi.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda)
Dalam buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu, dinamakan jenis pemimpin . Begini pantunnya;
Menjadi pemimpin ianya angkuh
Hati busuk akal tak senonoh
Negeri rosak rakyat bergaduh
Menjadi pemimpin suka menghasung
Perangai buruk lidah pun lancung
Orang merugi ia beruntung
Fitnah tumbuh rakyat terpasung
Rosaklah negeri binasalah kampung
Dijadikan pemimpin rakyat tergantung
Dijadikan tua akalnya pesong
Dijadikan induk mulutnya pekong
Dijadikan tiang tegaknya condong
Dijadikan tudung merosak kampung
Memimpin umat hidup menanggung.
Natijah dari apa yang berlaku ini, dalam firasat saya, Tun Dr. Mahathir akan meminta dalam diam, bersosek-soksek sebelah malam, kenyit mata jangan pejam, minta borang, cepat tanda tangan, sebagai ahli PARTI KEADILAN RAKYAT. Sah!
Dan Datuk Sri Anuar Ibrahim, walaupun masih banyak pilihan lain, tapi ini juga satu pilihan yang cerah masa depan. O.K., setidak-tidaknya sebahagian kedawang dan jongos Umno di ranting dan bahagian, yang sudah lama munggu projek, akan mengeluar kenyataan:
Kami berdiri di belakang Datuk Sri dan Tun!
Maka apakah segala saman dan tuntutan, rasuah dan salah laku, mahkamah dan kezaliman akan terlerai kemudiannya? Setidak-tidaknya Tun Dr. Mahathir berkata kepada teman setianya; Inilah satu-satunya cara hendak menyekat gelombang tindakan kepada aku dan engkau Anwar, sudilah maafkan aku. Bukankah kita dalam satu perahu. Ayuh, mari kita sama-sama kayuh.
Wallahu aklam.
18 comments:
Artikel di Blog ini bagus dan berguna bagi para pembaca.Anda bisa lebih mempromosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda topik yang terbaik bagi para pembaca di seluruh Indonesia.Telah tersedia plugin/widget.Kirim artikel dan vote yang terintegrasi dengan instalasi mudah dan singkat.Salam Blogger!!!
http://berita-politik-dunia.infogue.com/d
http://berita-politik-dunia.infogue.com/dr_mahathir_keluar_dari_kepompong_umno
ehhh...
Finally I found my Malay cikgu! I can't believe it! How are you cikgu?
Bless you and I hope you are well!
gangeticus
saya tak perasan tahun berapa di tunku malik? pernah jumpa?
kalau datang ke kulim, marilah ke rumah.
maaf
-azizi
Dah hampir 30 tahun! Rasanya macam kelmarin sahaja! Saya bekas pelajar cikgu di Tunku Malik, tahun 1974 hingga 1978. Semuanya di kelas Hijau...Hehehe... Best student and the naughtiest!
Berkat dari cikgu dan rakan seperjuangan cikgu, saya ke Sek. Men. Sains Kedah (1979-83). Kalau nak tahu, pelajar Cikgu Azizi sahamnya tinggi di Sek. Sains! Hahaha... Malah ada cikgu (dan pelajar juga) yang akan bertanya: "Engkau bekas pelajar Azizi ke?"
Kemudian saya ke USM dan selepas itu menghabiskan sarjana sains dan baru2 ini menghabiskan Doktor Falsafah.
Harapan saya, bila saya pulang ke kampung nanti, saya boleh bertemu dengan cikgu, kalau masa cikgu mengizinkan.
anakanda gangeticus,
badan sangat besar. ulas dan kekar hebat. macam mana anak murid saya besar macam ni?
baguslah, saya bangga kerana kejayaan anda.orang sarjana pula.dan dr pula, hebat.
balik mai kulim singgahlah. hubungi dulu saya 019 4396060. ok.
selamat
Cikgu!! You are always the same la cikgu. Your words are magic! Acap kali membaca blog cikgu, kena bawa bersama Kamus Dewan!
Harapan agar cikgu sentiasa menulis untuk kami yang dahagakan kehalusan dan kecantikan Bahasa Melayu.
Terima kasih kerana pelawaan cikgu, "kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan"!
jangan menghina sampai begitu sekali pada dr.mahathir,saya pun tak suka dr.mahathir,saya orang pas,tapi jangan keterlaluan menghina orang.
sdra faizal, terima kasih banyak.
maaf jika artikel itu melampaui menghina. rasanya kebencian terhadap seorang pemimpin yang saya tak dapat ubah, salah satunya ialah dr.m
maaf
sdra infogue
saya tak dapat http:// tuan. macam mana?
azizi
Saya juga bekas pelajar Ustaz...
Sekolah Tunku Malik.
Apa komen Ustaz mengenai kepentingan melayu di masa kini dan masa hadapan? Siapa lagi pejuang melayu hebat yang ustaz rasa layak mewakilkan kita di arina politik antara bangsa?
Mungkin bagi ustaz Dr Mahathir bukan berjuang untuk melayu apatah lagi pada agama Islam.
Ustaz mewakili parti Pas, siapa dikalangan ahli politik Pas yang layak diberi peluang memimpin Malaysia dalam negara dan di arina antarabangsa.
Adakah ustaz hanya dapat melihat buruk Dr Mahathir sahaja?
wasalam.
Saya kagum dengan istiqamah ustaz mempertahankan pendirian sejak saya sekolah rendah ustaz masih sama...
Terima kasih atas jasa ustaz memberi ilmu dan pengajaran pada saya.
maafkan saya jika ada salah dan silap.
rumah kebun,
wah hebat pengembaraan.
tanggung jawab tentang bangsa melayu, kitalah. yang tua, yang muda, yang remaja. ia bukan dr. mahathir, bukan pak lah, tapi kita semua yang bertunjangkan Islam.
apa ada pada bangsa kalau tak ada roh Islam?
Assalamualaikum, mohon izin Tuan Haji kerat dan tampal artikel tuan Haji di blog saya pak-utih.blogspot.com. Saya sukakan pandangan Tuan Haji yang kritikal dan skeptikal tersebut. Banyak juga artikel Tuan Haji telah saya kerat dan tampal di blog saya tersebut.
sdra muallim,
buatlah apa yang patut. ambillah. tak ada larangan.
azizi
Bagi sesiapa yang berjuang untuk Islam, tidak sahlah kalau dia tak tengok sirah Nabi. Dan.. siapa kita? Nak baca fikiran mursyidul am PAS dan Presiden PAS?
Kalau tak hormat pun, kena akurlah kepada pemimpin, itu yang dikatakan wala'.
Satu lagi, Nabi pun tak hina musuhnya. Maka kita pun tak boleh menghina sembarangan, itupun kalau kita ikut Nabi.
sendiri nyanyuk tua.... sasterawan tahi.. banyak merapu... sumbanganpun baru seharpak sayu mahu cakap pasal orang lain... piiiraaaaaaaaa
Salam Cikgu..
Sy pn peminat cikgu, serta Dr M.
Kesemua blog idola sy, sy akn baca.
Ambil mna yg sy rasa btol, dan sekadar membaca mna yg sy xsetuju.
Bg sy xsalah utk suarakn pndpt kerana kta mmg yakin dgn pndpt kta, btol atau x pndpt tsebut, biarla org lain mnilai.Tp xperlula dgn komen2 yg negatif.
Jd, kpd komen2 negatif di blog ini, sy harap anda semua dpt bfikir dgn lebih matang dan jka mahu menegur, tegurla dgn baik.
Post a Comment