Israk Mijraj Dan Dr. Harun Din

Posted by Tukya


Semalam, 30 Julai 2008 jam 8 malam ceramah Israk Mikraj di Masjid Jamiul Makmur, Kulim.

Ucap Utama Dr. Harun Din.

Saya secara mendadak diminta menjadi pengerusi majlis kerana sebelum itu, Dr. Harun Din bertanya tentang saya ketika dia menginap di Hotel Seri Malaysia.

Saya lontarkan isu Israk Mijraj yang ditulis oleh seorang penulis yang saya seret ke blog saya di mana dikatakan Israj Mikraj Satu Pembohongan.

Alangkah hebatnya Dr. Harun Din mengupas tentang Israk Mikraj. Beliau membandingkan seekur anak ikan karin yang ditangkap di dalam parit belakang rumah, di masukkan ke dalam botol dan dibawa mengelilingi negara, termasuk Putra Jaya, kemudian anak ikan karin itu dilepas kembali ke dalam parit asalnya.

Pasti kawan-kawan ikan itu tidak percaya segala apa yang dicerita oleh ikan itu.

Kesimpulannya kata Dr. Harun Din, ialah soal iman, kepercayaan. Jika seseorang itu mempunyai pasak iman, Israk Mijraj adalah keagungan Allah. Ini bukan soal logik.

Solat Isya yang ditimbulkan oleh penulis blog dalam Umno Reform, yang saya seret ke dalam blog itu rupa-rupa-rupanya hujah jahat dan dangkal. Mana ada solat Isya ketika Nabi solat sebelum Israk. Yang ada Nabi solat mutlak, bukan solat lima waktu.

Sewaktu makan, saya lontarkan lagi keharubiruan masyarakat sekarang tentang Muzakarah, Muqabalah.

Dr. Harun Din tersenyum.

Katanya, sebagai orang Islam, sumber rujukan kita di mana?

Lalu beliau meminta saya buka Qur`an surah Al-Anfal ayat sekitar 60 hingga 65. Di situ ada jawapan jika kita meraguinya.

Salam Dr. Harun. Makan ikan masak 3 rasa memang sedap di Restoran Pokok Manggis.

3 comments:

  1. CUCU TOK KEDU

    Abang Azizi!

    Ayah(arwah) kon selalu berpesan pada anak-anaknya:

    Kalau nak meminjam wang biarlah pada orang kaya! Kalau nak jadi pesilat tuntutlah ilmu pada pendekar! Kalau nakkan ilmu Islam yang benar tuntutlah pada alim ulamak bukannya ular dalam semak!

    Kerana itu bila ulamak yang benar-benar berilmu seperti Dr. Harun Din berhujjah. Kita lebih jelas lagi tentang keimanan.

    Yang si rakan abang tu agaknya orang UMNO. Memanglah UMNO sedang memperjuangkan Islam Hadhari ( ada- had- hari) yang sama sekali bercanggah dengan ajaran Islam yang syumul berpandukan al-Quraan dan Hadis!

    Maaf bang Azizi dan Dr. Harun Din, kon ni bukan ustaz tapi kon terima kasih kerana dapat ilmu yang baik dari orang-orang seperti abang Azizi dan Dr. Harun Din.

    Cuma sibebal sahaja yang masih tercari-cari kebenanran Isra' Mikraj ini. Agaknya Ustaz-ustaz UMNO hanya jadikan Isra' Mikraj seperti Pesta Jom Heboh! Suka-suka sambut Isra' Mikraj dengan sedikit bacaan sejarah kemudian jamuan dan balik membawa sampul surat berisi $$$$ sebagai upah menghiburkan pendengar/penonton dengan tidak membawa persejarahan itu ke arah menebalkan ketakwaan/keimanan ummah kepada Allah swt.

    http://rp-semantan.blogspot.com

    CUCU TOK KEDU

  1. lutfi

    Assalamualaikum Cikgu Azizi.
    Seingat saya, suatu ketika dahulu, Syed Naquib Al-Attas pernah melontar tentang bahaya sekularisme terhadap dunia Islam. Kini, setelah 20 tahun perkera itu dilontarkan, kesan sekular itu sudah jelas di hadapan mata kita. Tentunya termasuk dalam hal ini ialah Israk Mikraj. Sekularisme, yang menjadikan rasionaliti dan empirikisme sebagai timbang tara, atau dacing - tentunya menolak sesuatu yang bersifat metafizik, termasuk israk mikraj. Malangnya, hal ini tidak disedari oleh umat Islam. Akal memang penting, namun, orang Islam tidak berfikir menggunakan akal semata-mata, tetapi, juga dengan iman. Salam.

  1. Doc

    Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. (60) Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (62) Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (63) Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (64) Wahai Nabi, perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (65)

    Al-Anfal 60-65