PERIHAL DEBAT:ANUAR SENYUM, AHMAD SHABERY CHEEK BERBUIH MULUT.

Posted by Tukya Labels:


Dalam buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu, terbitan BDP penulisnya Tenas Effendy menulis, di antara jenis pemimpin,ialah ‘Pemimpin Ahli dan Pemimpin Bebal.’

Pemimpin Ahli, kata orang tua-tua, dadanya bersisi. Dalam ungkapan adat dikatakan pemimpin ahli banyak fahamnya, kepala berisi penuh dadanya.

Sebagai pemimpin ianya ahli
Pengetahuan luas serta berbudi
Kesusahan rakyat ia amati
Kesulitan orang ia peduli
Sumpah dijunjung amanah diikuti
Memikul beban sepenuh hati
Rakyat rukun padi menjadi.
Dijadikan pemimpin berutah negeri
Dijadikan tua ia terpuji
Dijadikan induk tuah berdiri
Umat sentosa bertuah negeri.


Manakala Pemimpin Bebal pula, pemimpin yang sama sekali tidak memiliki kecerdasan dan tidak pula mampu melaksanakan tugasnya. Orang tua-tua berkata: Apa tanda pemimpin bebal, sampai tua tidak menyorong akal, tak tahu beza nangka dan temabal.

Menjadi pemimpin dungu dan bebal
Dada kosong akal sejengkal
Bercakap tidak berhujung pangkal
Mempimpin bagai kehilangan akal
Diberi nasihat telinganya tebal
Rakyat sangsara negeri tertinggal
Dijadikan pemimpin pasti menyesal
Dijadikan tua hilanglah akal
Dijadikan induk anak dibedal
Negeri rosak rakyat terjual.


Demikianlah adanya. Wlallahu aklam.

Semalam ( Selasa 15hb Julai 2008- jam 9 malam) tunggu punya tunggu, bermulalah Debat Hari Ini Memerintah, Esok Harga Minyak Turun.
Saya yang nak tenguk sangat ialah kerana dikatakan inilah debat yang hebat, profesional, debat cerdik pandai, berperaturan, berdisiplin dan teratur. Ini bukan debat macam Pak Kasim bertengkar dengan Pak Sahak di genehok kenduri.

Apa lagi pula seorang moderetornya Datuk Johan Jaafar, yang dikatakan suka memintas cakap dalam debat di RTM satu ketika dulu.

Saya pun tabeklah pada Datuk Shabery kerana bersungguh melempar hujah sampai berbuih air liur di tepi bibir. Tersangat kagumlah saya akan ilmu Datuk Shabery akan kelantangannya’ berulang-ulang’ tetapi sesekali bercanggah hujah pula.

Tak sangka saya kepetahan Datuk Shabery dapat menundukkan Datuk Anwuar sampai tak terjawab apabila dihentam peribadi, diungkit soal demonstrasi Baling, himpunan jalanan. Begitulah bagusnya debat ilmu ini.

Saya akan hamput moderetornya kalau menahan Datuk Shabery berhenti dari menyerang Datuk Seri secara peribadi, tapi moderetornya pun satu, sangat faham peraturan yang diperingatnya, maka dibiarkan kelelong kelelang hujah itu. Bagaimana pun saya kagum geram yang dilempar, senyum yang diberi.

Saya tak pernah lihat debat seperti ini. Tahniah kepetahan dan keanggulan hujah Datuk Shabery Cheek. Maka akan angguk dongaklah sekelian kakitangan Kementerian Penerangan . Tahniah kerana pendebat ini berjaya memberi ruang kepada rakyat, memperlihatkan betapa cangkat hujah beliau. Ini satu keberanian yang jarang orang dapat lakukan.

Yang lebih mengkagumkan apabila dibuka soalan kepada Tan Sri Norordin Kardi, orang nombor one di UUM bertanyakan Datuk Seri Anwar. Kekomanan soalan itu ternyata sekali. Saya sangat bangga kerana seorang ilmuan masuk perangkap tidak faham sampaikan yang diajukan pertanyaan suruh membaca sampai habis ilmu yang diajukannya.

Saya hempuk kepala di dinding kerana, kenapa Datuk Seri Anwar mampu melekehkan seorang cerdik pandai itu. Hal ini sangat tidak patut dalam debat perdana agung ini.

Ternyata dari segi input kepada rakyat sangat berat sebelah. Saya sendiri menyangka ada satu tepihan hebat dan pembentangan dahsyat dari Menteri Penerangan ini kerana beliau beria-ria hendak menerangkan kepada rakyat keadaan yang sebenar, kononnya. Tapi apa yang berlaku, ungkitan yang sangat berjaya terhadap Anwar, hujah yang tiris, berjaya mengelabui mata rakyat. Yang demikian bagi saya, debat ini sangat berjaya dari sebelah pihak dan ia lebih berjaya kepada pihak yang mahu berfikir.

Ada dua SMS yang saya terima hasil kesan kemeluatan mereka barangkali.

1. Debat semalam tu, Tok Bilai masjid aku pun lebih bijak berhujjah. (sms dari Seberang Prai)
2. Mike Tyson bila rasa nak kalah sewaktu lawan dengan Mohamad Ali, dia gigit telinga lawan.Begitulah dengan Shabery Cheek bila habis modal, ungkit peribadi Anwar Bangkrap idea. ( sms dari Pekan Pahang)

Saya?

Saya hantuk kepala kerana, kenapa tak bagi sampai tiga jam? Kan seronok dan bagus kalau diberi peluang kepada Datuk Shabery Cheek belasah dan ungkit hal-hal peribadi. Di situlah akan timbul input dan di situlah kita akan lihat semakin banyak buih-buih meleleh.

11 comments:

  1. Hidemichimomotani

    Hahaha... Gelak je la yang saya boleh komen pun. Komen saudara yang halus dan sinis tu pun Bilal Masjid kawan saudara tu boleh faham agaknya.

    Shabery takpalah dia byk 'massa' lagi nak cakap kosong. Bijaknya Anwar menggunakan 'massa' yang tak berapa lama untuk memberi impak yang berkesan. Kalau orang yang menonton masih tak celik2 jugak, tak tau nak kata apalah.

    Tapi yang menonton geram juga bila soal peribadi disentuh tak kena tempat.

    Yang tepuk beria-ia menyokong Shabery tu agaknya antara yang pekak, buta dan bisu tu lah.

    Tgk jelah dalam paper harian dan berita TV komen apa. Masih nak menegakkan benang yang basah.

    Harapnya, harapan DSAI ketika penggulangannya tu menjadi kenyataan. Amin.

  1. CUCU TOK KEDU

    Abang Azuzi yang dihurmati,

    Debat Anwar - Shabery bukannya satu debat yang hebat.Ianya tidak seimbang! Seorang berhujjah dengan fakta, sdeorang berhujjah dengan emosional. Malahan Jkk kampung kon hulu sungai pun tahu bahawa ianya cakap-cakap biasa!

    Anwar bercakap mengikut tajuk perdebatan.Anwar mengeluarkan satu demi satu fakta kenapa harga minyak boleh diturunkan di negara pengeluar minyak ini.

    Si Shabery pula tak tentu huja untuk berhujjah menyatakan fakta apakah yang mengukuhkan dan menyakinkan rakyat bagi Kerajaan BN menaikkan harga minyak? Tidak ada!

    Hanya cerita tentang latar belakang Anwar dan kehebatan Kerajaan BN menaikkan harga minyak sehingga rakyat menderita kesusahan.

    Nampaknya Anwar sudah silap bertemu dengan menteri tak berilmu. Hanya kaki berpidato sahaja. Ini ertinya pahlawan berani tanpa ilmu. Berbeza dengan Anwar ialah pahlawan berani dan berilmu!

    Rakyat yang cerdik sudah menghakimi kebodohan Shabery yang petah dengan Anwar yang petah, tenang dan berhujjah dengan fakta yang ditentukan oleh kehendak perdebatan.

    Yang lain terlibat kon rasa untuk cari makan saja! Untuk menunjukkan mereka pembodek besar kepada seorang menteri yang tidak berilmu.

  1. Anonymous

    cik hidemichimomotani,
    mama apa ni? terima kasih kerana perihatin dengan perkembangan semasa.
    saya cuba komen dalam blog anakanda, tapi tak berjaya. saya ni bebal sangat dengan blog ni. jadi komen di sini sajalah.
    cerita yang ditulis tu, bagus. teruskan

    azizi

    cucu tok kedu,
    terima kasih kerana rajin. pendebat ini kena bawa ke ulu tembeling, biar rasa sejuk air sungai gunung tahan.

    cucu tok kedu di antara ratusan yang dibanci, mengatakan debat itu, sokongan yang betul ialah kepada anwar.
    terima kasih

    azizi

  1. Doc

    Assalamualaikum,
    Memang kalau dibandingkan dengan debat sekolah2 hujah2 lagi berapi & bersandarkan fakta2. Walaupun saya bukannya ahli fan club DSAI, bliau telah cuba memberikan hujah2 berdasarkan fakta semasa manakala ASC lebih kepada memesong pandangan kepada DSAI daripada mematahkan hujah2/fakta dar DSAI.

    p/s: Mike Tyson gigit telinga Evander Holyfied.

  1. NGINAP SRENGENGE

    kalau peluang diberi lebih lama baru kita tau bahawa depa ni banyak kelemahannya.Air lior pun tak boleh kawal.Baru diberi peluang menyoal tok mahaguru menara gading pun dah tersungkor.Malu seluruh rakyat kedah.Universitinya dahlah tercorot di sempadan.Ustaz hantuk kepala ? kepala apa ? Zaman la orang suka tuduh berhantuk2 ni.Jangan buat pasal Ustaz,Malaysia negara pelek , semua boleh......pasai tu pak shahnon tuleh SHIT.

  1. Anonymous

    saya nak kutuk sikit saja dekat Shabery Chik, orang dah kata babi tu haram,tak boleh makan. tapi dia kata sedap,dia nak makan juga..

  1. pedang.malam

    Salam

    Kepada rakan-rakan pembaca yang dihormati sekalian.

    Pada saya, debat yang berlangsung oada hari tersebut sebenarnya lebih kepada debat yang tidak bijak.Khususnya ianya tidak dibincangkan oleh orang yang ahlinya.

    Maksud saya kerana krisis kenaikkan harga minyak ini adalah masalah ekonomi dunia maka orang paling afdal berbincang tentang isu ini biarlah orang ekonomi dengan orang ekonomi.

    Kedua,apa yang lebih penting ialah membincangkan satu penyelasain yang dapat meredakan kebimbangan rakyat tentang kenaikkan kos sara hidup.Bukan menegakkan benang yang basah.

    Shabery ini orang politik.Begitu juga dengan Anwar.Jadi kita takut apa yang dihujahkan mereka lebih kepada tawaran pilihanraya walaupun PRU12 sudah lama berlalu.Buktinya, Shabery bercerita tentang kerelevanan penarikkan subsidi minyak yang menyebabkan minyak naik harga sampai RM2.58 dari RM 1.92 dan Anwar merceritakan kemampuannya menurunkan harga minyak sebanyak Rm0.50 sen jika PR( dia ke PR) berjaya memerintah keesokkan harinya.

    Yang anehnya mereka berdua langsung tidak menyebut yang kenaikkan harga minyak ini hasil dari putar belit Dollar Amerika.

    Penarikkan subsidi ini sudah kita jangkakan tetapi apa yang rakyat mahu ialah jangan sampai rakyat terbeban hasil dari penarikkan subsidi tersebut.Peniaga,petani,nelayan dan mereka yang berpendapatan rendah antara yang merana hasil dari kenaikkan harga minyak ini.

    Anwar pula mahu menurunkan harga minyak sebnyak RM 0.50 sen.Tawaran ini sangatlah aneh kerana sebelum PRU12 yang lalu,tawaran ini jugalah yang disebutnya.Jika sebelum ini minyak berharga RM1.92 ditolak RM 0.50 akan jadi RM 1.42.Adakah Anwar sedar yang tawarannya ini menunjukkan dia masih tidak mampu mengawal harga minyak? Harga minyak tetap naik.

    Harga minyak di Venezela dan Iran memang jauh lebih rendah dari Malaysia dengan kadar inflasi dan pengangguran yang tinggi. Memang tidak adil jika mahu dibandingkan dengan kita.

    Bagi mereka yang menonton AWANI di ASTRO akan menyedari yang perbincangan dan hujah yang dikatakan oleh Datuk Salleh Majid jauh lebih patut diambil kira dari hujah Anwar maupun Shabery.

    Sebelum ini Iran memberi cadangan yang lebih baik.Cadangannya supaya urus niaga minyak dari dollar ditukar kepada Emas(dinar emas barangkali).Di sini kita boleh nampak yang krisis inflasi mungkin dapat dikurangkan.Kerana kita faham yang inflasi ini timbul hasil dari pengeluaran wang kertas yang banyak.Jadi negara pun ada aset dan capital yang stabil kerana harga emas dunia tidak turun.

    Pemberian subsidi untuk mengurang beban rakyat juga bukalah satu tindakan yang bijak untuk jangka masa yang panjang. Mungkin boleh menaikkan populariti Anwar tetapi negara pasti akan mengalami kemerosotan wang.Fikirkan.

    Mungkin dalam masa 10 ke 20 tahun minyak negara pasti akan habis.Sebijak manapun pengrusan Petronas minyak dunai tetap akan habis dan bila tiba waktu itu pengeluaran minyak dunia terhad disamping permintaan dunia yang tidak terhad.Jadi adakah dengan subsidi dapat mewujudkan minyak dunai yang sudah pupus.

    Ayatollah Ali Khamenei, pimpinan tertinggi Iran kata,"Sampai bila nak nak bergantung sumber tenaga fossil [minyak mentah]. Sedangkan ianya akan habis dan mahal."

    Kami tidak setuju dengan Datuk Salleh Majid bila dia mengatakan yang kincir angin sebagai jalan penyelesaian krisis tenaga ini. Kerana negara kita berpotensi untuk mengeluarkan tenaga Nuklear. Dengan nuklear krisis tenaga sama ada elektrik maupun sebagai pengganti bahan bakar kereta kan selesai.Malah kosnya di masa akan datang jauh lebih murah.

    Jika Malaysia membinanya sekarang, ia mungkin akan mengambil masa selama 10-20 tahun dan ini sangat menguntungkan rakyat di masa hadapan.Elektrik murah,pendapatan akan bertambah hasil dari percambhan industri di Malaysia.Inilah yang USA benci sangat dengan Iran sebab USA bercadang mahu memonopoli teknologi dan ekonomi ini sebelum Iran mampu mengeluarkannya sendiri.Singapore pun bengang dengan kita kerana perkara inilah.Tetapi sekarang singapore tak marah,sebab PakLah lembab dalam membuat keputusan untuk menyiapkan kajian dasar tentang pelan pembinaan nuklear di Malaysia walaupun sudah diarahkan sebelum ini.

    Untuk pembangunan nuklear kita perlu ada:
    1) regulator. Kita dah ada Lembaga Pelesenan Atom;
    2) promoter. Kita dah ada Nuklear Malaysia. Dulunya dikenal Malaysian Nuclear Technology(MINT);
    3) operator. Tak de siapa nak jadi. Sebab tak de dasar yang jelas. Kalau PakLah kata nak buat reaktor nuklear untuk membekalkan 20% tenaga elektrik pun dak cukup untuk pakar-pakar kita mulakan kerja mereka selanjutnya.

    Jangan sempitkan fikiran nuklear hanya berkait rapat dengan bom dan perang.Ini adalah persepsi lapuk yang hanya melemahkan bangsa kita.Kita lihat Jepun,walaupun Jepun mangsa 2 bom nuklear sekarang mereka sudah memiliki 60 reaktor nuklear.

    Kata Ahmadinejad " Sekarang ini zaman dialog dan zaman perbincangan ketamadunan.Bukan lagi zaman perang dan bom."

    Perancis adalah sebuah negara yang 80% tenaga elektrik di negaranya bersumber dari tenaga nuklear.Bukan hanya kilang tetapi seluruh negara.Perancis siap mengeksport tenaga tersebut.

    Jadi sejauh mana keyakinan kita terhadap sumber baru yang diilham oleh Allah kepada insan yang mahu berfikir ini.Seperti pisau,jika salah digunakan akan meragut nyawa yang tidak berdosa.Nuklear juga demikian.Fikir-fikirkan.

    Salawat

    p/s:Anwar kalau nak kutuk USA liat betul.Susah sangat ke nak marah pembunuh saudara2 kita di Palestin tu?

  1. Anonymous

    Best china wholesale service, quick china wholesale list, nice wholesale products, is there anything more you can expect on this platform? tradetong.com is your fist choice to link you with your supplier to do wholesale clothing trade. The account managers will take care of all your wholesale products questions, inquires and help you manage your account. We provide popular wholesale products such as wholesale toys , wholesale handbags and wholesale electronicswholesale shoes. Well begun is the half done. Please choose our platform to shorten your way to the success.

    we offer hermes kelly,hermes birkin,Balenciaga Bags,Mulberry handbag,mulberry purse,prada handbag,prada fringe bag,coach handbags,coach bags,Dior bags,Dior bag,fendi handbag ,gucci handbags,gucci messenger bag

  1. Anonymous

    楼梯有机玻璃电焊机硬度计测厚仪北京汽车租赁防静电地板 白癜风 白癜风治疗网络地板 白癜风遮盖白癜风资讯白癜风资讯白癜风治疗有机玻璃加工数控切割机数控火焰切割机数控等离子切割机焊机健身器材点钞机特灵特灵空调保险柜白板
    尖锐湿疣 尖锐湿疣治疗 生殖器疱疹 生殖器疱疹治疗
    Chinese antique furniture supplier and we can supplycar wash systems. car wash systems .car wash equipment. car wash equipment. automatic car wash .automatic car wash .car washing machine. car washing machine. car wash. car wash if u need ,contact me
    帕金森轻松过关名师课堂
    职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试报名会计职称称准考证会计职称考试时间会计从业资格考试会计职称培训初级职称培训中级职称培训初级职称报名中级职称报名初级会计会计资讯2009年会计2009年会计报名会计资格会计专业资格会计专业资格考试会计专业技术资格会计从业资格证会计从业资格试卷会计从业资格试题会计从业资格证书09年会计从业资格考试

    会计专业资格会计专业资格考试会计从业资格证书会计专业技术资格会计从业资格证初级职称初级会计资格初级会计职称会计报名中级会计资格中级会计职称初级会计职称考试中级会计职称考试09年中级会计职称考试轻松过关名师课堂闫华红田明王燕会计答疑会计试题会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称历年试题会计资讯会计职称考试报名会计职称称准考证会计名师会计职称培训会计从业资格试题09年会计从业资格考试2009年会计报名2009年会计职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试时间中级职称初级职称培训初级职称报名中级职称报名中级职称培训职称考试初级会计中级会计初级会计初级中级
    铜门

    无机钢筋锚固料 锚固料 融达 北京融达 北京融达建业 渗透性聚合物砂浆 聚合物砂浆 高强渗透性聚合物砂浆 灌浆料 灌浆 北京灌浆料 不锈钢钢绞线 粘钢胶 植筋胶 结构胶 灌浆剂 高强无收缩灌浆料 建筑结构胶 水泥灌浆剂 加固料 碳纤维胶 碳纤维胶 灌注粘钢胶 树脂灌缝胶

    疱疹治疗 疱疹的治疗 疱疹图片 病毒性疱疹 单纯疱疹 疱疹病毒 疱疹症状 男性生殖器疱疹症状 男性生殖器疱疹 什么是生殖器疱疹 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹怎么治疗 生殖器疱疹如何治疗 生殖器疱疹治疗方法 生殖器疱疹怎么治 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹的治疗 中药治疗生殖器疱疹 复发性生殖器疱疹 治疗生殖器疱疹的药物 治疗生殖器疱疹的特效药 生殖器疱疹治疗 尖锐湿疣症状 什么是尖锐湿疣 宫颈尖锐湿疣 阴道尖锐湿疣 男性尖锐湿疣 假性尖锐湿疣 尖锐湿疣怎么治疗 尖锐湿疣治疗方法 尖锐湿疣的治疗 中药治疗尖锐湿疣 治疗尖锐湿疣的药物 治疗尖锐湿疣的特效药 男性尖锐湿疣 尖锐湿疣复发 尖锐湿疣图片

  1. Anonymous

    At the same time, the influential replica handbags logo plays an quite important pole in making replica handbags and wallets very recognizable. Certainly, what really make replica bags and its wallets gain the huge popularity among celebrities is their amazing and fashionable styles, and thoughtful design details. As an illustration, we may take designer replica handbags .

  1. longge

    http://chanelbags.spaces.live.com
    http://chanelbags7.spaces.live.com/blog/
    http://chanelwallet.spaces.live.com/blog/
    http://chanelwatch.spaces.live.com/blog/
    http://chanelhandbag101.blog.com/
    http://chanelaha.blog.com/
    http://chanelbags01.blog.com/
    http://chanel1221.blog.com/
    http://fuckingchanel.blog.com/
    http://chanelahaaha.blog.com/