Catatan Santai 13 hingga 21 Disember 2008: MERENGKUH MEMENUHI KEHENDAK

Posted by Tukya Labels:

Kadang-kadang naik bosan juga apabila kerja-kerja yang mencabar dengan usia tua ini. Tak dibuat seperti ada yang rasa tak sempurna hidup seharian. Jika dilakukan, tak terdaya pula hendak menyempurnakan.

Pagi 13 Disember 2008 memandu di atas Jambatan Pulau Pinang sangat rilek kerana hari Sabtu kereta tidak banyak. Rupa-rupanya destinasi yang dituju, Bay View Hotel tak betul. Jadual ceramah ialah di Bay View Resort Batu Feringgi. Melalui HP Puan Shahida dan Pengarah DBPWU Hj Arshad sudah gelisah. Mujur sampai tepat pada masanya. Seronok juga bentang kertas kerja proses menulis novel kepada calon-calon penulis novel utara.

Malamnya menjadi tamu di Pesta Pulau Pinang sambil menanda tangani buku yang dibeli. Di gerai pesta tersebut agak bagus. Nampaknya pihak Perpustakaan Pulau Pinang sudah ada idea baru. Ia sangat memberi menafaat selain dari orang datang nak berhora-hora. Lakukanlah setiap tahun begini.Drs Anuar Asmadi tentu kerja lebih kuat nanti.

Petang 14 Disember 2008 kapal terbang Mas buat hal lagi. Jadual terbang ke KL 6.30 ditunda sampai tiga kali. Jenuh tunggu. Mujur di KLIA orang Dewan Bahasa sabar menunggu. Malam di Hotel Sri Cempaka Ceras, sahabat yang dahaga berceloteh: Rizduan Harun penyair dari ASWARA dan Rahimidin dari Istana Budaya sudah siap menunggu.

Tiba-tiba dibelanja kopi O dengan roti canai. Puah!


Bersama Peserta MPR di Sri Cempaka Ceras KL 15.12.2008


15 Disember 2008 seronok juga beri ceramah proses novel kepada calon penulis remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa. Satu slot yang diberi, calon-calon itu mati-matian minta tambah satu lagi slot. Syok dan kelakar, kata mereka. Samsudin Osman, moderator pun tumpang sekaki.

Hebatnya kerana para remaja sekarang nampak bersungguh hendak jadi penulis. Mungkin pendapatan menulis, terutama novel remaja sekarang cukup lumayan. Beruntung mereka, kerana zaman saya dan seangkatan dengan saya tak merasa seperti yang mereka rasai sekarang.


Pesta buku 17 21.12.2008 di PPAPP


Balik 16 Disember kelamkabut menyediakan pameran Pesta Buku di Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang Seberang Jaya. Terima kasih kepada PPAPP kerana memberi tempat khas kepada saya menjual buku dan menanda tangani setiap buku yang di beli. Sehingga 20 Disember dari pagi hingga petang, dengan seorang pembantu Mohd Ridzuan Mohamad, kami menunggu dan melayani pelanggan. Nampaknya buku Jiwa Hamba dan Memoir Seorang Gurulah yang laris.


Bersama penulis novel remaja Alaf21 di PPAPP pada 19.12.2008


Drs Anuar Asmadi sangat kelamkabut menyediakan acara. Bagus juga Pengarah Perpustakaan ini mengadakan pesta santai seperti ini. Lakukanlah setiap tahun, walaupun menurutnya, putara membaca orang Malaysia setahun hanya 2 buku seorang.

Sdra Zulkifli Harun, Pegawai Pelajaran dan beberapa lagi pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, bersama guru-guru pula sanggup membuat pertemuan santai membicarakan hal-hal buku dan penulisan di caffe house perpustakaan.

Dr. Lalita buat temujanji. Sabtu 21 Disember Dr. Lalita datang. Dr. Lalita bekas pensyarah di USM, sekarang sedang menterjemah novel SANGEETHA ke Bahasa Inggeris.


Bersama Dr. Lalita di gerai buku PPAPP pada 20.12.2008


Hari itu ternyata Dr. Lalita masih tidak faham banyak pribahasa Melayu, tetapi nampaknya sebagai seorang akademik, beliau sanggup belajar setiap apa yang beliau tidak tahu. Terima kasih Dr. Lalita kerana menghadiah muzik Tabla dunia kepada saya. Semoga terjemahan SANGEETHA selesai.

21 Disember 2008 menemani Dramatis Khaled Salleh yang membaca puisi di Pesta Pulau Pinang. Kami diheret ke konti Radio Pulau Pinang. Apabila pengacaranya meminta kami memperkenalkan diri, ternyata pengacara anak muda itu tidak ada maklumat dan tidak kenal kami.

Rasa malu juga kami bila dijemput tapi tidak tahu siapa kami. Kepada Khaled Saleh di sebut Sasterawan Negara. Khaled cepat menepis mengatakan dia bukan Sasterawan Negara tetapi dramatis dan penyair.

Khalid membisik kepada saya; aku malas nak bercakap. Memang pun kami hanya diminta jawab satu soalan saja.

Begitulah...

6 comments:

  1. Anonymous

    Walaupun sedare dah berumur 66 thn tp tengok muka nampak macam muda lagi... tulisan masih `up to date` lagi.. masih berbisa.. masih mengancam.. Masih aktif lagi... Lari sana... Lari sini... Ada orang kata menulis ni boleh membantu melanjutkan usia ? Awet muda ? Betul ke ? Kena buat kajian nie.....

  1. Leenoh

    Assalamualaikum.
    Kita rakan sejawat pernah berBTN di Langkawi, masa tu anta sedang berkira-kira nak cerita pasai Langkawi, anta cerita pada ana hal tu.

    Memang betul kata rosidi, kalau kita selalu aktifkan akal kita insya Allah ianya akan berperanan sebagai awet muda.

    Cuba lihat gambar kawan kita di atas tu, nampak masih tegap dan ceria, apapun segala pujian itu untuk Allah.Puji hamba untuk Allah dan puji Allah untuk Allah.

    Sebab itu saya turut menulis walaupun sebelum ini tidak pernah mengarang seperti ini, bahasa yang saya gunakan kalang pukang saja tapi saya tetap terus menulis juga, disamping dapatlah juga saya membuat kebaikan untuk diri dan orang lain.

    wassalam.

  1. Anonymous

    tuan rosidi dan leenoh,
    itu muka waktu la ni. kalau dulu lagi comel. ha..ha...
    macam ni lah. kita patut bertanggung jawab dan menunaikan amanah di atas anugerah Allah. Penulisan bidang saya yang dianugerah Allah, Wak Seman mungkin bijak canai keris, kerislah yang diusahakannya.
    Terima kasih
    -azizi

  1. benuasuluk

    sahabat yang dahaga berceloteh?
    wo wo wo.

  1. Anonymous

    hmmm....

    Lepas baca Harga Sebuah Maruah, insyaAllah, saya baca pula Sangheeta...

    -:)

  1. Anonymous

    http://bagbagbag.21classes.com/
    http://bagbagbag.blog.com/
    http://www.blogsinn.com/?w=bagbagbag
    http://bagbagbag.blogge.no/
    http://www.azcentral.com/members/Blog/bagbagbag
    http://www.articlesbase.com/authors/bagbagbag/622608
    http://www.edisonnation.com/users/bagbagbag/
    http://freeblognetwork.com/bagbagbag/
    http://glowindia.com/bagbagbag
    http://halqa.com/bagbagbag/