-Azizi Hj. Abdullah
Pagi 31hb Disember 2008 selepas membayar tol di satu Lebuh Raya yang pendek, ketika matahari mula mencecah bumi, ada sebuah kereta Kancil yang pancit tayarnya. Pemandunya seorang perempuan muda yang pastinya akan ke pejabat, berdiri di sisi keretanya, melihat seorang petugas lebuh raya sedang merengkuh menyalin tayar yang pancit itu.
Di samping pekerja lebuh raya yang sedang merengkuh menyalin tayar itu, ada seorang lelaki yang beruniform kemas, berdiri bercekak pinggang, sambil menghisap rokok di sisi lelaki yang membuat kerja itu.
Siapapun tahu, lelaki itu ialah ‘tandil’ atau mandor kepada pekerja tersebut. Mereka adalah petugas di lebuh raya itu.
Barangkali anda yang melihat, tidak merasa pelik. Tetapi saya sangat gelisah, sedih kerana tidak dapat menerima melihat keadaan seperti itu. Mengapa?
Saya yakin lelaki mandor itu merupakan zuriat ‘penjajah’ yang menjajah negeri kita. Sistem mandor kepada kuli-kuli adalah sistem yang diperkenalkan oleh penjajah. Dasarnya memang bagus untuk mengawasi pekerjanya dari culas. Tapi itu dulu.
Tetapi setelah merdeka 50 tahun tahun lebih, tak terfikir oleh saya masih ada lagi manusia ‘mandor’ yang bersikap, berperangai dengan sistem penjahah ini.
Saya bukan saja gelisah, malah sangat sakit hati melihat bagaimana bongkak dan egonya mandor tersebut. Inilah sikap bangsa Melayu yang masih tertanam dengan sifat menghambakan orang lain tetapi jiwanya sendiri tetap memiliki jiwa hamba.
Kalau iya pun menjadi mandor, berpangkat sedikit atas, mengapakah sampai begitu sikap ‘Melayunya’ terhadap kulinya. Apakah besar sangat pangkat ‘mandor’ sampai mengada-ngada perangai dan feel yang seolah-olah dialah tuan yang tidak perlu bekerja dengan kuli-kuli atau membuat kerja seperti itu bukan tarafnya sebagai mandor.
Tak bolehkah berdiri agak jauh agar kulinya dapat membuat kerja dengan megah dan sempurna. Mengapa ‘sampai hati, berdiri di sisi kuli yang terbongkok-bongkok merengkuh menyalin tayar hanya dengan bercekak pinggang sambil menghisap rokok? Saya tidak pasti, apakah ada pula perbuatan menununjuk-nunjuk dengan hujung kasutnya kepada kulinya agar skru yang dipulas-pulas oleh kulinya ketat dan kuat?
Yang pasti mandor itu cukup merasa megah, ego dengan pangkatnya di sisi seorang perempuan. Dia mahu tunjuk kepada seorang perempuan bahawa dia adalah mandor, bukan kuli.
Ini sikap orang Melayu yang ada pangkat sikit terhadap kuli yang sebangsa dengannya. Masih tidak sedar menganggap orang bawah adalah kuli dan hamba.
Apakah tidak boleh dengan sifat integriti, berbudi dan sifat berkerja sama, tolong menolong, membantu menyiapkan kerja menyalin tayar pancit itu? Megah sangatnya jadi pangkat mandor?
Yang saya merasa gelisah dan kesal ialah kerana lelaki itu menganggap dirinya mandor seperti tidak layak bekerjasama dengan kuli. Jika tidak masakan dia sanggup berdiri di sisi kulinya yang sedang merengkuh dalam keadaan berpeluh itu, dengan hanya melihat sambil menghisap rokok.
Bagi mereka yang berjiwa hamba, tentunya melakukan dengan rasa rendah diri dan hujung kasut mandornya tentulah seperti cemeti yang akan membelasahnya jika kerja tidak siap.
(ii)
Sebenarnya kegelisahan saya tentang adanya segolongan manusia memandang orang lain seperti HAMBA, yang diamalkan oleh mereka dari peringkat ‘mandor’ sampailah ke peringkat atasan, institusi-institusi hebat, ternama, dihormati, dipuja sembah dan mempunyai kekebalan, membuat saya resah dan memberontak sendiri apabila membaca akhbar pada 30 Disember, dua hari sebelum habis tahun 2008 lagi.
Rupa-rupanya masih ada segolongan orang diperingkat atasan, dari institusi-institusi hebat menganggap rakyat jelata sebagai HAMBA, maka disebutnyalah dalam teks-terks rasmi itu rakyat sebagai HAMBA.
Saya tertanya-tanya, apakah ucapan atau teks ucapan seperti itu keluar dari penulis teks atau sememangnya ucapan asal?
Apapun bukan soal siapa yang menulis atau siapa yang berkata tetapi sikap kita sendiri. Ia berkait rapat dengan anggapan, cerminan bagaimana sebelah pihak masih menganggap rakyat seperti hamba abdi dan sebelah pihak yang lain menganggap mereka dari golongan yang mulia, keramat yang patut disembah dan rakyat mesti merangkak menyembah mereka.
Tetapi sayangnya ini tidak berlaku dalam era kita memertabatkan bangsa. Masih ada golongan yang menganggap rakyat ini hamba. Maka dengan bangganya dihebah dan dicanang pihaknya akan melakukan keadilan dan kesaksamaan tetapi dalam masa yang sama pihak tersebut tetap menganggap rakyat adalah hamba pecacai.
Saya menjadi gelisah. Mengapa anggapan ini masih digunapakai setelah kita merdeka lima puluh tahun lebih. Mengapa masih menganggap rakyat sebagai hamba? Mengapa mesti hamba rakyat?
Yang menjadi kesal dan gelisah kerana pihak yang terlibat, memandang rakyat sebagai hamba tidak pernah sedar sesungguhnya tidak ada hamba sesama manusia. Yang berhak memanggil hamba dan menamakan hamba ialah Allah.
Sebuah akhbar yang dianggap perdana keluaran 30hb Disember 2008 pada satu muka dalammnya, selain dari gambar yang indah dan cantik terselit dua perkataan yang sangat mengecwakan saya lantas sangat mendukacitakan saya. Selain dari pengakuan memberi keadilan melalui kenyataan dalam akhbar tersebut, disebutnyalah hendak memberi keadilan dan keselamatan kepada hamba rakyat...
Dua perkataan ini jika disatukan, mencerminkan rakyat jelata. Tetapi jika ditafsirkan satu persatu, menggambarkan satu anggapan bahawa setiap kepala rakyat yang berada di bawah naungan, ialah hamba yang tarafnya sama sekali tidak sama dengan yang berkata.
Kita atau pun saya tidak menafikan kedarjatan dan kemuliaan sesuatu pihak. Tetapi apabila sampai menganggap semuanya hamba yang sudah pasti bukan sebagai hamba Allah, tetapi hamba rakyat, maka apakah itu tidak menggambarkan satu perbezaan yang cukup jauh dan melampau antara seseorang dengan seseorang, antara satu golongan dengan satu golongan? Sedangkan kemuliaan hamba ialah mereka yang bertaqwa.
Inilah satu kesilapan yang mungkin dari pihak yang menyusun kata, mengatur ucapan atau dari yang berucap itu sendiri. Kita rasa bukan masanya lagi kita berhamba tuan dan mendarjat, mengakseskan anggapan melalui ucapan.
Saya telah menulis sebuah buku’ JIWA HAMBA’ terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang setelah sekian lama melihat bangsa Melayu masih dijajah jiwanya dan tetap berjiwa hamba. Rupa-rupanya bukan itu sahaja, sebaliknya masih ada pula anggapan atau jenama dari pihak lain terhadap bangsa.
Hamba sebenarnya bererti abdi,budak belian, sahaya. Jika kita dengan bangga menganggap rakyat yang sudah merdeka ini sebagai hamba rakyat, bererti rakyat masih lagi menjadi abdi, budak belian.
Sayalah rakyat Malaysia yang sangat gelisah! Maka kerana itu, di dalam buku JIWA HAMBA muka 112 saya menulis bahawa bukan satu penolakan atau revolusi budaya apabila kita mesti elakkan menyebut: Hamba Tuan, Di atas batu jemala patik, patik yang hina, Pacal yang hina, Maha itu Maha ini dan seumpamanya, tetapi hanya semata-mata untuk kita kembali menjadi manusia adalah sama kecuali memiliki ketaqwaan.
Demikian dua perkara yang menjadi saya seorang rakyat yang gelisah. Kita masih lagi berakar umbi dengan faham ketuanan dan perhambaan sedangkan ketuanan dan perhambaan itu tidak perlu lagi wujud dalam mana-mana negara atau institusi. Kita kadang-kadang tidak bijak meletakkan daulat. Kita tetap menganggap orang bawahan ialah rakyat manakala yang berdarjat bukan rakyat tetapi satu golongan yang mulia, yang tidak boleh disebut rakyat.
Saya sangat sedar risiko tulisan ini. Tetapi apakah lagi yang harus kita jemlakan melalui perasaan sebagai rakyat yang gelisah melihat hal yang sedemikian lama masih kita amalkan.
Apakah rakyat sesebuah negara akan mundur sekiranya ia melemparkan anggap bahawa mereka bukanlah hamba rakyat atau kekebalan institusi itu akan terpelihara sekiranya rakyat tetap menerima rakyat itu mestilah menganggap hamba?
Saya tidak tahu. Yang saya tahu saya sangat gelisah apa yang berlaku pada 30 dan 31 Disember 2008. Barangkali tarikh ini akan menutup kegelisahan sepanjang tahun atau rakyat tetap tidak peka bahawa mereka adalah hamba rakyat menjelang 2020 nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
sekali lagi, saya menggeletar membaca catatan Tukcai.
salam...
di kelantan, ambo digunakan untuk meraikan orang yang lebih tua bukan lebih berpangkat.
Cikli,Saya nai ke Kelantan ni. Nak tengok KT. Macam mana?
-azizi
Ustaz
Petang menjelang awal muharam saya ke Masjid Kulim Allhamdulillah ramai orang.Ramai bekas anak murid ustaz juga.Imam yang bertugas teruja sangat dengan kehadiran jemaah.
Malam menjelang 1-1-09 saya berkain pelikat dan berbaju melayu mundar mandir di pekan Kulim.Dalam pukul 11.30 malam,tasik Kulim dibanjiri umat Melayu yang teruja untuk menyambut TAHUN BARU.....
Tiada ada acara rasmi yang dianjurkan dari pihak berkuasa.Cuma perniaga kecil yang pandai mengambil kesempatan menambahkan rezeki.
Saya hairan sangat apa yang mereka tunggu...?
Seorang rakan yang saya jumpa,memberitahu kat Hotel Sri Malaysia lagi meriah.Dia kat jom...saya berkain pelikat mengikutnya.Ya Allah memang hebat...ada acara stail orang putih disana.Kena bayar,satu kepala RM30.Ada nyanyian dan joget lambak cara orang Melayu Kulim.
Ramai dikalangan VIP POLITIK ,orang-orang besar Kulim dan kaum elit Melayu Kulim.Muka-muka yang saya kenal,maklumlah ustaz depa tu geng saya.
Sakan hangpa semua.Kata saya pada seorang kenalan.Mungkin ada tajaan dari calon yang bakal bertanding bulan 3 atau memang ini budaya orang politik Kulim menyambut Tahun Baru.
Tiba-tiba terdengar bunyi DUM...amboi depa tembak bunga api.Katanya tajaan dari Hotel Seri Malaysia.Kurang 15 minit bergema dan kemudian sunyi kembali.
Para VIP Kulim pun beredar sambil bersalaman mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU.Ada yang berpelukkan.Saya hairan ustaz...kena depa berpelukan?Syok dan megah sangat ka tahun baru.
Ustaz
Tahun baru adalah Perayaan Semua Kaum.Kenapa kita tidak mengambil kesempatan ini untuk menyatu dan merapatkan hubungan kaum.Ini persoalan dibenak saya ?
Saya pun beredar sama,berpusing kapcai saya menghala ke tasik Kulim.Keadaan menjadi sesak kerana semua orang ingin balik ke rumah.
Dalam perjalanan balik ke rumah,terdengar jeritan kuat diringi muzik dari salah sebuah pusat Karaoke..lagu Melayu.Kata saya dalam hati lagi sakan puak ni.Beer Garden dan KAFE dipenuhi oleh kaum Cina muda dan tua.Ramai sangat mereka bersuka ria merayakan Tahun Baru.
USTAZ
Kalaulah ustaz MB Kedah apa perancangan Ustaz dalam menyambut tahun baru?
Di Kedah ada Cina,ada Melayu,ada Siam dan lain lain.Bolehkah kita mengajurkan acara yang akan menggabungkan semua kaum?
Rakyat Kedah dan Khasnya Kulim dahagakan sesuatu hiburan untuk semua lapisan masyarakat.
Ataupun kita buat bodoh dan membiarkan rakyat berpelesiran sendiaran?
abanghalim,
jaga lembu dan kambing aqiqah cukuplah.
saya tak sangka begitu hebat malam tahun baru di kulim. saya terkenang sakit kaki sejak jam 5 ptg hingga 2 pagi. kalau tidak seronok juga join sama.
baguslah halim, jika ada pemerhatian begitu. nanti kalau saya jadi mb, jalim jadi exco kebudayaan.
-azizi
Bang Azizi yang dihurmati,
Keturunan saya yang saya ingat dari moyang saya sampai pada anak-anak saya, kami tidak seperti yang abang ceritakan. Jika kami membawa petugas/pekerja, kami akan mendahului kerja itu sehinggalah ada antaranya meminta kami berehat. Masa pilihanraya kami akan panjat pokok, pasang poster, lepas solat subuh kami bergerak, biarkan dahulu mereka makan kemudian mengekori kami, itulah kelaziman yang keluarga kami lakukan. Jika ada keluarga kami yang tidak berbuat begitu, kami akan tegur dan marah mereka supaya jangan mengulangi tabiat tidak baik itu.
Sebenarnya sistem budaya kehidupan panjajah masih berakar umbi di hati rakyat negara ini. Yang kaya menghamba yang miskin, yang berpangkat menghamba yang di bawah, demikianlah pemimpin UMNO/BN mempesakkan sistem itu pada rakyat negara ini. Bilakah terhapusnya, walallahualam.
Namun saya amat berharap supaya tulisan abang yang hebat ini walaupun agak nipis disampaikan boleh menyedarkan mereka yang masih lalai dengan amanah kedudukan yang dirahmatkan oleh Allah.
Seladang
Terima Kasih.
azizi
melayu bongkak pada saudara sendiri kerana pada mereka sahaja mereka layak berlagak. sedang pada kaum lain, mereka membongkok-bongkok hormat.
Ya. Gelisah itu patut bersarang dalam jiwa kita....
orang sekarang pun gelisah sebab ekonomi lembap....
tapi orang tak gelisah pun tentang Islam.... silap siapa?
Naim, http://naimisa.esasterawan.net/
Alhamdulillah, berkat belajar sikit2 tapi berterusan, banyak perubahan pada diri saya & saya cuba terapkan pada keluarga & rakan2 terdekat.
Contohnya, selepas makan kat restoran kami akan susun pinggan, supaya mudah pekerja2 tu angkat.
Kadang2 tak de meja kosong, yg ada cuma meja penuh bekas2 pinggan kotor (pekerja tak sempat bersihkan), kami akan keluarkan tisu kami & susun pinggan tsb & lap meja. Kami pun untung, selain mendidik jiwa supaya tak ego & sombong, kami dah ada tempat duduk sedangkan org lain masih tercari2.
Ok kot.
Sdra Asalbayu,
Bagus pandangan sdra, tetapi itulah, kita banyak sangat tapi.
Penulis kita sekarang masih lagi dengan nawaitu, apa aku dapat bila aku berkarya, malah kalau ceramah untuk menolong orang lain pun, soal berapa yang nak diberi, menjadi soalan pokok.
Saya menyertai demonstrasi, ada mereka kata, buat apa dah tua-tua tunjuk perasaan. Sia-sia.
Yang sedihnya, kita menyua tabung bantuan, kereta hanya bunyi hon dan mereka lebih senang pilih VCD cetak rompak.
Begitulah...
azizi
Tuan Haji pun terlalu berburuk sangka sangat.
Suami2 yg mengharap isterinya masakan, membuat kerja rumah, sedangkan sama2 cari duit, pulak tu merokok depan anak2 dan isteri, tu agak2 apa cerita ustaz?
Setahu saya Nabi saw tak ajar begitu. Ni salah satunya ustaz2 bila beri kuliah kat surau, kebanyakan merendahkan wanita, sedangkan dlh kutbah terakhir Nabi saw menyentuh ttg wanita. Tak pernak pula disentuh oleh ustaz2.
Yg disentuh spr kisah Nabi Adam makan buah larangan kerana dipujuk oleh Hawa. Quran kata begitu ke ustaz. Pak Hamka dlm tafsir Al azhar pun tak kata gitu.
Susah nak jumpa ustaz2 macam Pak hamka .
Komen kedua terakhir,
Begitulah. Saya pun ada kelemahannya. Tak tersedar saya sangat buruk sangka. Minta maaf.
Hal wanita oleh tok guru di surau, ini pun satu kelemahan. Mungkin ilmu tak sejauh mana. Tapi ini soal tafsiran dan persepsi. Ia bukan soal fardu atau rukun.
Apapun, saya tabik atas kritik sdra.
-azizi
Jumpa lagi, tkasih respond pd komen saya (no 3 terakhir). Setelah fikir2, tak adil juga saya kata susah nak cari ustaz2 di sini yg pemikiran macam pak Hamka. Sebenarnya ada, antaranya ialah TG Nik Aziz, Uzt Ismail Kamus.
Org2 Melayu bertahun2 bila Maulid baca berzanji, majoriti yg tak nak amik inisiatif utk memahami apa yg dibacanya & amalkan. Saya pernah cadangkan di surau, tapi ditolak, mungkin kerana saya wanita.
Kan dlm salah satu ayat terjemahan spr: "Nabi saw adalah seorag yg sangat pemalu & suka merendah diri. Beliau sendiri yg membaiki sandalnya, menjahit bajunya, memerah susu kambing & beliau menguruskan keluarganya dengan baik".
Ini bukan soal queen kontrol ustaz. Ini soal fenomena sekarang ni, masih ada ustaz2 yg ber ceramah, spr berikut "isteri klu tak masak utk suami berdosa". Ful-stop.
Sepatutnya ustaz2 tu kata lebkurang begini:"Isteri2 dah lahirkan anak2 kita, mengandung & menyusukan mereka, & kebanyakan pula akhir2 ni isteri bekerja dpt ringankan beban kewangan kita,jadi apa salahnya sama2 buat kerja rumah mana2 yg boleh, misalnya dia masak, kita jaga anak, dia basuh, kita jemur kain..dll. Tak hina. Org perempuan ni klu kita tolong dia akan menghargai lebih dari yg kita harapkan. Dan kita galakkan dia tuntut ilmu dgn ustazah2 terutamanya, dah kita tak mampu utk ajar hal2 agama. InsyaAllah bila dia pandai agama, dapatlah didik anak2 & (tegur kita sekali?). Jgn sekat mereka belajar. Kenapa pula kita tak sekat mereka bekerja sedangkan tak wajib bagi mereka, sbb mereka bawa duit tiap2 bulan.
Belajar agama ni wajib pada lelaki & perempuan, tak de berhenti hingga akhir hayat, jadi klu isteri dah mula belajar, galakkan mereka. Bila dia pi belajar pagi2 hujung minggu, kita pula malas nak pi, apa salah kita masak nasi, bukannya susah. Ni tak, isteri pi belajar, suami sembang2 dgn kawan2 kat kedai kopi,tengok tv, isteri balik dari belajar terus harap masak itu ini, klu tak masak berdosa, ni ustaz sekian2 yg cakap".
Ok ke, ustaz tulisan ni, panjang ke. Mcam nak lepas geram aja. Tak ustaz, cuma nak perbaiki keadaan utk kedua2 pihak.
Saya ceritakan ni melalui pengalaman, pembacaan, aduan2 drp kawan se kuliah. Kes begini bukan 100% tapi kebanyakan. Bila dah banyak tu kesannya bahaya utk generasi Islam akan datang.
Dan tak dinafikan ramai wanita2 yg melanggar perintah agama kebanyakan kerana ibu bapa, atau suami tak de ilmu. Isteri mudah dibentuk klu suami ikut cara Nabi saw, yg sangat perihatin ttg hal ehwal wanita.
Klu faham Islam semua urusan mudah, hidup tenang, ceria & bahagia.
Sori panjang sangat.
Nur
Post a Comment