CATATAN APRIL

Posted by Tukya Labels:

24hb April 2009 Jam 3 hingga 5 ptg.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17-26 April 2009 yang lalu telah mencatat sejarah yang tersendiri.
Puluhan syarikat buku tekah mengambil peranan. Pusat Dagangan Dunia Putra sesak dengan peminat/pembaca buku dari berbagai bangsa.

Saya sangat kagum melihat bagaimana masyarakat kita sudah mula meminati buku walaupun kini pengaruh TV besar, tetapi buku masih mempunyai peminat yang tersendiri.

Ramai di antara penerbit yang berusaha dengan pendekatan masing-masing bagi menarik pembaca ke gerai mereka. Di antara yang memain peranan ini ialah Gerai Dewan Bahasa dan Pustaka, bersama DAWAMA yang bertanggung jawab menerbitnya.
Saya dijemput pada 23hb April dalam Sesi Bersama Penulis, di mana penulis diminta berbual, berinteraksi dengan pembaca, peminat setelah buku penulis itu dibeli dan ditandatangani. Novel saya Sangeetha dan Harga Sebuah Maruah telah diperkenal oleh pemudahcara E-Pian Pro Paul dan di situ pembeli, peminat berbual bicara dengan penulis.

Alhamdulillah, tertepis dan terjawab rupanya tuduhan yang mengatakan anak-anak remaja hanya gilakan buku-buku cinta remaja apabila di gerai Dawama. Untuk kenangan, saya sempat merakamkan suasana pada 24hb April 2009 di Gerai DAWAMA dan Dewan Bahasa.














24hb April 2009 Jam 8 malam hingga 11 malam.

Malam, kawan dari Kuala Nerang Rizdwan Harun pensyarah Aswara heret dengan Pesonanya ke Store Teater Dewan Bahasa, satu ruang pentas teater yang amat sempit. Tengok jugalah apa yang dikata teater itu. Begitu rupanya. Tergelak pun ada, tak seronok pun ada. Salah satunya teater yang mengesahkan pasangan GAY yang penuh cemburu.
Heee, tak ada cerita lain ke? Teater Tok Dalang karya Rahimidin Zahari, pemuisi tu, ada sikit-sikit nak lepas geram. Amboi!








25hb April 2009 Jam 12 tgh hingga 1 tgh

Kali ini kena giliran duduk di Gerai Institiut Terjemahan Negara Malaysia. Berinteraksi dengan peminat novel Sangeetha yang telah diterjemah ke Bahasa Inggeris.

Seronok juga. Anak buah Institiut Terjemahan Negara ini sangat setia dan bersusah payah melayani dan juga mampu menarik orang ramai ke gerai ITNM, di mana puluhan/ratusan buku-buku/ novel berbahasa Melayu yang diterjemah ke Bahasa Inggeris.
Mohd. Khir Ngadirun, bos ITNM pun turun padang. Saya rasa beliau ini cerdik dalam cara memertabatkan novel-novel Melayu ke bahasa lain.








2-30 petang hingga 5-30 petang.

Di Restoran Tupai Jalan Lapangan Terbang Lama ada pula perjumpaan Ahli Jawatan Kuasa PAKSI, satu NGO baru yang merasa bertanggung jawab mengembalikan Bahasa Melayu ke dalam Pelajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains. NGO ini juga bergerak kearah menyatukan satu budaya Malaysia dan cuba memain peranan mengikis anggapan negatif soal-soal budaya kaum, fanatik agama dan cuba melestarikan satu budaya bangsa Malaysia.

Saya terkejut di antara yang hadir itu terdiri dari kalangan cendekiawan Cina, guru, doktor dan arkitek, Ir. Rupa-rupanya fikiran mereka sangat terbuka dan mereka di antara yang terawal saya temui ingin kepada satu budaya, satu bahasa teras kepada Malaysia di samping menjaga akar umbi dan jati diri bangsa masing-masing.

Kaedah ini menurut mereka masih gagal ditegakkan. Ia semacam mimpi yang belum selesai.

Saya kagum kepada mereka dan merasa tertanya pula; di mana cerdik pandai Melayu?






Empat program di atas yang saya turut bersama saya rasa cukup penting. Di PWTC di mana Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 seperti sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengetuk pintu pengetahuan alam.

Dan program terakhir barangkali orang memandang tidak ada apa-apa tetapi mungkin satu hari nanti, ia akan diterima. Ketika itu Dinsman selaku Pengerusi tidak lagi bermata rudoi kepada Hasni Abas yang menjadi setiausaha, dan tidak mengeluh lagi kepada Datuk Hasan Ahmad, SN A.Samad Said.

Sdra Kasim Mohamad pun tidak lagi mengesat peluh masam dan Dr. Irwan akan mula menulis meja 1001 pula.
-----------------------------------------------
Catatan belian di pesta Buku 24-25hb April 2009: Sekadar membaca dan rujukan:
1.Rengkasan Sahih Bukhari RM280.
1.Keabadian Masa dan Hakikat Takdir- Harun Yahya RM24.90
2.Mensucikan Jiwa-Said Hawa RM45.00
3.Penunjuk Jalan kekayaan-Dato Dr.Rusly (Hadiah dari Penerbit Al Ameen
4.Kawin-Kawin, 2 naskhah RM50
5.Sangeetha Duet 4 Naskhah RM152.
6.Harga Sebuah Maruah 2 naskhah RM35
7.Dunia Sophie, Jostein Gaarder RM +-50
8.Iltizam The Moslem Reborn –Muhamad Husain Yaaqub RM56
9.Wltanschauung-Shahnon Ahmad RM70
10.Atas Nama Cinta-Isa Kamari (Hadiah dari Penerbit Al-Ameen)
11.Memeluk Gerhana- Isa Kamari (Hadiah dari Penerbit Al Ameen)
12.Penamat Sejarah dan Manusia Terakhir- Francis Fukuyama RM55
13.Fenomena Al Qur`an- Malik bennabi RM45
14. Hujung Diraut Pangkal Dijaga-WS Uzala RM1.00
15.Bagai Intan Patah-WS Uzala RM1.00
16.Mekar dan Layu-WS Uzala RM1.00
17.Rakan antonimnya Musuh WS Uzala RM1.00
18.Lulus Gagal-WS Uzala RM1.00
19.Salah betul-WS Uzala RM1.00Sempena kasih Ayah- Shailey Azizah RM1.00
20.Kasih Sejati- Shailey Azizah RM1.00
21.Laksana Danur-WS Uzala RM1.00


- Sufian-Moderator blog

12 comments:

  1. D'Rimba

    Ada satu penulis yang amat menarik dan berjaya memujuk saya yang liat untuk membaca terus menjamah karyanya sekali baca sahaja amat luar biasa Harun Yahya......Karya beliau amat mempersona hati saya tidak terkata dalam terjemahan bahasa Melayu.

  1. Anonymous

    Sdra D`Rimba

    Rupanya gila ni bukan satu macam.
    Yang dok simpan pasu antik dan segala macam herba tu buat apa?
    Haa...haaa...blog yang menarik.
    Terima kasih. Rugi juga kalau tak pergi ke Pesta Buku tu. Setidak-tidaknya beri sokongan.

    -azizi

  1. benuasuluk

    Ustad,
    hulu sangat tu kuala enrang. ha ha. Berentikan saya takat pokok sena sudahlah. keh keh.

  1. Anonymous

    Benuasuluk,
    Maaf. Saya terlajak, tanya orang, depa kata nuuuuu, di Kuala Nerang balik bukit.

    Haa..haaa....maaf. Bihun pedas sangat.
    azizi

  1. Ust Halim Nasir

    Aii! comel2 je yg bergambar dgn anta. Ni yg ana jealous ni.... he he he..

  1. Anonymous

    Kita orang KL
    Puiii, itu bukan orang KL. Depa orang Ulu Tembeling, Ulu Kuala Nerang, Ulu Labis.
    Haa...haaa, cemburu tanda kasihlah.

    azizi

  1. Unknown

    Salam.
    Apa khabar? Saya enchelah yang menghantar Tuan Azizi ke Tupai-tupai tempoh hari..semoga dikurniakan ketenangan hati.Tak sangka PBAKL hari itu pun saya banyak membeli buku..

  1. Anonymous

    Sdra Enche`s
    Terima kasih banyak. Kalau tak kerana sdra dan baiknya ITNM, tentu saya terkial-kial, mengah-mengah mengusung beg yang berisi buku.
    Mujur pakai troli.
    Lain kali tolong lagi tau, beritahu bos Mohd. Khir Ngadiron tu, tahun depan bikin lagi baik.
    azizi

  1. Juliana

    Salam Tuan Azizi,
    Saya tak berpeluang langsung bertemu tuan semasa pesta buku tempohari. Memang setiap kali berlangsungnya program di mana tuan berada di dalamnya, saya pasti ada urusan kerja.

    Saya pun cemburu juga melihat peminat-peminat karya tuan bergambar dengan tuan.

  1. Anonymous

    Juliana,
    Saya nak khabar sesuatu. Ada satu buku yang sangat baik, di jual di koperasi um. saya tak pernah dapat buku yang sangat menarik pendekatan penulisannya. Penulisnya macam ada di depankita, sedang mengajar.
    Cuba cari buku ILTIZAM The Moslem Reborn oleh Muhamad Husain Ya`qub, terbitan PT Sahara, RM66.
    Pasti memuaskan
    -azizi

  1. Juliana

    Tuan Azizi
    Saya pasti akan mencarinya! Buku Dari Penjara Taliban .. masih belum saya temui. Di PBAKL pun tiada. Saya akan cuba pesan dari Pekan Buku/Koperasi UM selepas ini.

  1. Unknown

    Salam Pak Azizi,
    Maaflah sekiranya saya tidak memberikan layan terbaik semasa Pak Azizi di gerai ITNM. Saya pun terlupa mendapatkan tandatangan Pak Azizi untuk buku Azizi yang saya beli.

    Lagi satu...Saya rasa pada pertengahan bulan Mei ini, kita akan bertemu lagi di majlis yang sangat hebat! Saya akan hubungi Pak Azizi:)