Kalau bukan disebabkan kes Mohd Fairuz ADUN Penanti yang letak jawatan baru-baru ini pun, kita sudah nampak di dalam PKR sebenarnya cukup banyak peleset dan polong UMNO berkeliaran. Mohd. Fairus letak jawatan bukan pasal kes rasuah sangat tetapi kerana angkara kawan tikam dari belakang dan yang tikam itu ahli PKR yang masih ada jiwa UMNO.
Tidak boleh dinafikan, sebahagian besar ahli PKR, terutama yang berjawatan semuanya bekas ahli Umno. Mereka masuk PKR sama seperti Datuk Sri Anwar Ibrahim yang menubuhkan PKR: kerana tidak mahu lagi bersama Umno/BN dan ada pula yang masuk PKR kerana wawasan yang cukup jauh, duduk dalam Umno pun tak ada apa yang dapat kerana nama mereka dibalck list pasal sokong Anwar.
Anwar patut memikirkan soal ini Gambar pada 4.4.2009
Datuk Sri Anwar meletakkan inti pati perjuangan menentang ketidak adilan, rasuah, reformasi tetapi yang lain kebanyakannya tidak terjerap pun tuntutan perjuangan ini. Di dalam Umno dulu kebanyakan bergantung kepada Datuk Sri Anwar, maka apabila tertubuhnya PKR, mereka mengharap apa yang dimiliki oleh Datuk Sri Anwar dalam Umno akan ada di dalam PKR.
Apa yang silapnya?
Yang silap ialah kerana mereka terus membawa bungkusan, galasan, fail-fail malah perlembagaan Umno masuk ke pejabat PKR. Mereka membawa akta dan peraturan bisnes, penswastaan, lesen kontraktor dan slogan korporat Umno; esok mau makan siapa?
Mereka melaung ‘Reformasi’ dan ‘Keadilan’.
Tetapi pernahkah anda terfikir dan mendapat tahu, selepas mereka (terutama yang berjawatan) memasuki PKR, mereka telah bersedia duduk bersila, berhimpit sesak dalam saf mendengar tuan guru membaca kitab-kitab tentang hubbuddunya, hablumminannas. Pernahkah anda dengar setiap minggu ada usrah dari naqib-naqib?
Dalam ertikata yang lain, mereka tidak ada kitab untuk dijadikan pegangan perjuangan, iaitu kitab seperti yang ditulis oleh Fathi Yakan “Kenapa Aku Memilih Islam” dan lain-lain. Ertinya dalam perjuangan PKR, tidak ada satu kitab rujukan “Kenapa Saya Masuk PKR?”
Saya menulis begini hanya sebagai satu tamsil dan ibarat sahaja. Dalam ertikata yang lain, seseorang yang ingin menyertai sesebuah parti politik, ia perlu ditanam pancang yang kuat.
Pas (bukan nak puji tak tentu hala) yang partinya berdasarkan kepada perjuangan Islam, menegak Islam, meletak Qur`an di atas, maka ahli-ahlinya terlebih dahulu mengenali Islam serta cabangnya sedikit sebanyak. Selepas itu barulah mereka masuk Pas.
Maka atas alasan ini kita jarang mendengar, walaupun badai taufan kebendaan, kemewahan yang ditawarkan kepada ahli-ahli Pas, jarang berlaku tunggang terbalik. Jarang malah hampir tidak ada Adun Pas yang boleh dibeli, letak jawatan atau lompat parti. Kelantan pernah berkuasa hanya dengan satu suara majoriti, tetapi orang lain tidak mampu memelompatklan seorang Adun tersebut.
Orang-orang PKR kenalah tanya, kenapa boleh jadi begitu? Ketika bersumpah hendak menjadi calon bertanding, wakil Pas dimestikan membuat perjanjian dengan sumpah, selain memberi bai`ah, taat kepada pemimpin, mereka diingatkan bahawa sepanjang mereka menjadi wakil mereka dilihat oleh Tuhan dan mereka adalah orang yang diberi amanah.
Apalah sangat dengan janji taat setia begitu? Sedangkan dalam mana-mana parti pun, perjanjian dan pengakuan seperti ini dibuat.
Bagaimana pun, perjanjian, pengakuan kedua-dua ini sangat berlainan. Pas ada roh janji setia berlandaskan Tuhan, keikhlasan, telus, amanah dan ini bukan menefesto, perlembagaan parti tetapi ia berasaskan taqwa. Orang yang tidak ada pancang taqwa ini tidak akan dapat menerima hakikat ini.
Maka kerana itu, saya memandang PKR, apa yang berlaku akhir-akhir ini, sama ada melompat, keluar dan letak jawatan, ia bukan berakhir dengan memilih orang lain bertanding. Ini masalah dalaman, masalah roh, masalah ketaqwaan.
DUN Penanti, bagi saya, letaklah siapa pun hal yang sama akan berulang. Datuk Zaharin bukan penyelesaian atau YB Malik bukan penyelesaian. Mereka sama seperti tokoh-tokoh yang lain, berakar umbi dari Umno dan apa yang berlaku kepada Fairus, bukan mustahil berlaku kepada juak-juak PKR yang lain.
Ustaz Idris ini sepatutnya melenting bantah. Sepatutnya dialah yang jadi calon, bukan Nizar, tapi tak pula dia melawan.
Oleh kerana itu, Datuk Sri Anuar mestilah bertindak cepat. Beliau mestilah menubuhkan satu Jawatankuasa atau Majlis Ulama PKR. Wajibkan setiap pemimpin, YB-YB dan Jawatankuasa parti mengikuti kuliah, usrah dari Majlis Ulama. Tanamkan kepada mereka kewajipan berjuang, keikhlasan, kejujuran, ketelusan dan minta mereka belajar mengikis sekeping demi sekeping daki danur Umno yang ada di dalam diri mereka.
Cepat-cepatlah belajar dari Pas. Setiap AJK, pemimpin parti, Adun atau YB dimestikan mengikuti usrah bulanan. Di sana mereka akan ditarbiah secukupnya.
Kita bukan menuduh hal ini buta tuli. Kejadian di Bukit Selambau, di mana Manikumar di pilih menjadi calon, maka muncul bantahan-bantahan, kemudian sampai keluar parti.
Apa jadahnya hal seperti ini, kalau bukan kerana perjuangan hanya mahu pangkat dan kedudukan? Bukankah ini tidak ada tarbiah yang sepatutnya?
Adakah Pas jadi begitu. Minta dijauhkan Allah dari takbur. Di Kuala Terengganu atau di Bukit Gantang sepatutnya ada ahli Pas bangun berontak sebab yang terpilih mereka yang sudah jadi YB, tapi Alhamdulillah dengan kefahaman yang mereka miliki, dengan erti jihad, erti telus, erti jujur dan berjuang kerana Allah, tidak ada pun yang muncul berontak apa lagi yang keluar parti. Malah boikot jentera pun tidak.
Apa yang berlaku dalam PKR menggambarkan perjuangan mereka bukanlah satu perjuangan yang memiliki kelainan, malah mereka masih berjiwa Umno walaupun sudah lama berbaju PKR.
Sokongan rakyat sekarang Alhamdulillah. Tetapi ia bukan seratus peratus kepada PKR sebaliknya rakyat mahukan satu perubahan, satu alternatif dan perubahan atau alternatif itu ada pada PR. Mood rakyat sekarang bukan kepada BN maka apa saja yang ada untuk mereka memilihnya, mereka akan memilih bukan Umno/BN.
PKR perlu muhasabah tentang ini. Yang jujur dalam PKR hanya seorang saja, iaitu Datin Sri Wan Azizah yang sanggup melepas kawasan kepada Datuk Sri Anwar. Tapi itupun kerana Datuk Sri Anwar. Mungkinkah akan dilepas jika bukan Datuk Sri Anwar?
Apapun cara penyelesaian yang dibuat kepada bekas Adun Penanti itu tidak akan dapat menjamin PKR dari tidak berlaku lagi. Yang mesti dikutuk ialah kepada orang yang menikam Fairuz dari belakang dan orang-orang seperti inilah yang mesti ditarbiah secukupnya kerana orang seperti inilah berbaju PKR tetapi jiwa tetap Umno; Umno dalam konteks ini ialah sikap dan karenah, feel keUmnoan apabila berada di dalam PKR.
Di Pulau Pinang, maaf cakaplah kerana saya tidak belajar politik tinggi. Tetapi dalam telaah dan firasat, tak seorang pun dari kalangan pemimpin PKR boleh menjamin ia tidak akan berulang seperti apa yang berlaku kepada Fairuz. Ia akan berulang. Ia pasti berulang selagi jiwa mereka jiwa Umno.
Atas alasan apa telaah dan firasat ini?
Bacalah dan lihatlah lenggok lenggang, langkah-langkah, dongak dan senyum, gaya dan stail. Mereka masih 80% Umno hanya 20% sahaja PKR. Yang boleh bertahan pun kerana Lim Guang Eng duduk di atas.
Mahukah kita menerima kenyataan ini?
28 comments:
Memang apa yang saudara cerita semua nya benar,budaya rashua yang dibawa olih penyamun yang bertopeng pkr kalau tidak di bendung akan membawa akibat padah ke pr.
saudara azizi,
setuju sangat dengan tulisan anda.kalau asalnya dari puak sebelah sana tak ada hal lain melainkan agendanya cantas mencantas, pangkat jawatan dan rasuah.inilah tarbiah yang depa terima selama bertahun2 berjuang dalam umno dan menjulang panji2 keris telanjang tu.keinginan nak kaya cepat ditokok dengan sifat tamak haloba menyebab adun2 ini mudah kecundang,contohnya dua ekor katak diperak yang telah dibeli.nampaknya ds anuar terpaksa menilai yang ada kelebihan agama
bakal calon di penanti agar tidak mudah dijual beli.
Saya amat setuju dengan tulisan ustaz ini. Namun persoalannya, mampu ke Anwar mengubah identiti PKR ini? atau Perjuangan Anwar telah berubah?
Saudara Azizi.
Tahniah kerana berani berkata benar. Saya bersependapat saudara. Kita dalam jemaah Pakatan Rakyat mesti membantu saudara Anwar dalam mencuci kekotoran yang dibawa oleh jemaah-jemaah berkepentingan material dalam saf perjuangan kita. Hala tuju mesti jelas, dan ianya bukan hanya pada semangat. Pakatan Rakyat mesti ada satu sistem yang lebih fokus dan berjalan atas gagasan yang tersurat. Saya perhatikan, pergerakan kita macam bercell. Integrasi di peringkat pusat adalah sesuatu yang wajib. Sekadar pandangan.
KENAPA PAKATAN RAKYAT PERLU LETAK CALON PAS DI PENANTI….
1. Telah mula ada tanda-tanda rakyat jemu dan muak dengan pilihanraya dan juga PKR kerana pilihanraya diadakan hanya semata-mata untuk melantik TKM 1 semata-mata dan pada masa yang sama tiada alasan kukuh kepada PR untuk menidakkan sumbangan ADUN PR yang berbangsa melayu sedia ada.
2. Sejak akhir-akhir ini PKR terlalu banyak kes yang boleh mengurangkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat khususnya..walaupun mungkin tidak benar berita tersebut yang dipapar oleh media konvensional tetapi sedikit sebanyak ia terkesan jugak di mata hati rakyat.
3. Kes lembu dan kereta lexus di Selangor menimbulkan keraguan di kalangan rakyat betapa MB Selangor dari PKR cuba menggunakan kewangan negeri melalui GLC dengan tidak mengikut prosedur sewajarnya walaupun ia dimbil dan digunakan untuk rakyat bukan untuk kepentingan diri.
4. Apa yang berlaku di Perak sehingga menimbulkan krisis perlembagaan dan undang-undang yang begitu teruk disebabkan oleh Adun-Adun PKR.
5. Sebelum ini semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.. berlakunya kecoh-kecoh pengakuan seorang ahli PKR yang dikatakan terlibat dalam rasuah seks. Amat memalukan.
6. Begitu juga di Kedah sehingga terpaksa diadakan pilihanraya semula di Bukit Selambau sehingga dikatakan MB Kedah terpaksa menjaga betul-betul wakil rakyat PKR termasuk daripada Kulim daripada dibeli oleh pihak musuh.
7. YB Fairus PKR Penanti pulak di Penang terkenal seluruh negeri sebagai YB kaki tidur, pembohong serta tidak berdisiplin.
8. PKR Permatang Pauh terkenal dengan begitu banyak puak atau `klik` sehingga memeningkan kepala sesiapa sahaja yang menjadi ketua bahkan kadangkala PAS pun terkena tempiasnya.
9. Kita dalam PKR atau PR, jangan berasa sombong dan bangga diri terlampau dengan kemenangan demi kemenangan yang kita capai dalam beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini. Sombonglah yang menjatuhkan UMNO dan Bee End dalam Tsunami politik tahun lepas. Jadi dengan kemasukan Tun Mahathir dalam UMNO sedikit sebanyak dapat menarik hati kaum Cina yang begitu yakin dengan Mahathir yang boleh mengatasi kemelut ekonomi negara sekarang ini berdasarkan rekod prestasi selama 22 tahun. Kaum Cina amat sensitif dengan masalah ekonomi.
10. Kabinet baru Najib walaupun mungkin ia kabinet ikan busuk tetapi perlu difahami Najib jugak mempunyai rancangan yang lain dari yang lain setelah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada zaman Pak Lah dan Mahathir.
11. Kalau sekiranya PKR meletakkan orang luar Penanti atau PP hanya semata-mata untuk menagih simpati undi mereka bagi menobatkan seorang TKM .. Rakyat Penanti akan mengamuk kerana mereka pun berasa bahawa diri mereka tidak boleh dijual beli dan dipermainkan sebegitu rupa. Rakyat pada ketika ini telah boleh berfikir secara bijak. Mereka bukannya tongkoi kayu macam dulu-dulu.
12. Kalau sekiranya PR memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Penanti untuk kali ini, ia boleh terus membuktikan bahawa kerjasama PR begitu mantap dan menenggelamkan kata-kata atau suara suara sumbang di belakang tabir yang mengatakan kerjasama PR begitu rapuh sedangkan PR boleh bertolak ansur dan `give and take` di antara parti parti dalam PR yang tidak wujud langsung dalam Bee End.
13. Ia juga menunjukkan bahawa satu satu kerusi DUN atau parlimen bukannya hak eksklusif parti yang bertanding atau menang dalam pilihanraya sebelum ini. Hendaklah ia bergantung kepada rekod dan prestasi Adun atau Parti di sesuatu kawasan tersebut.
14. PAS adalah satu-satu parti sejak berzaman mempunyai rekod yang terbaik berbanding dengan parti-parti lain di negara kita. Pas ikhlas berjuang sejak dahulu lagi walau[un hati kecil ahli-ahlinya remuk menahan nafas `yang tidak bersetuju` dengan sifat wala` dan taat yang begitu tinggi kepada pimpinan.
15. PKR perlu menghargai sumbangan Permatang Pasir dan Yb Hamdan yang menolong tanpa berbelah bahagi kepada pilihanraya Permatang Pauh sebelum ini.
16. PR bukannya parti perkauman .. Masyrakat Cina sekarang ini tanpa segan silu lebih menyanjung pimpinan PAS berdasarkan pengalaman berkempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Jadi tak salah kalau letak calon PAS di Penanti untuk kali ini dan tak mustahil calon melayu dari PKR atau PAS atau DAP bertanding di kawasan majoriti Cina selepas ini seperti di Bagan Jermal.. Sungai Puyu.. Tanjung dsbnya kerana dunia dah berubah.
17. Rakyat boleh `lost confidence` kepada PKR kerana dikatakan bekas UMNO. Jadi kalau sekiranya letak calon PKR dari bekas UMNO. Tak mustahil ia juga boleh menimbulkan masalah dengan melompat parti.
18. Sejarah PAS di mana-mana sekali pun menunjukkan PAS mempunyai jentera kerja yang begitu banyak di semua peringkat, berdisiplin dan boleh bersiap sedia untuk dikerah bekerja bila-bila masa sahaja seperti Unit Amal, Cawangan-cawangan yang banyak dan lain-lain lagi.
19. Dengan meletakkan calon PAS di Penanti, ia menunjukkan bahawa segala keputusan dalam PR diputuskan secara perbincangan bukan keputusan diputuskan oleh seorang individu sahaja kemudian barulah dibawa dalam perbincangan dalam PR untuk mencari faktor-faktor untuk menyetujui keputusan yang telah diputuskan oleh seorang individu.
20. PR hanya diwujudkan selepas pilihanraya umum yang lalu.. Seboleh-bolehnya kita jangan menimbulkan suasana yang tidak harmoni di kalangan parti dalam PR kerana usia kita masih muda setahun jagung sahaja. PAS jaga ahli sebaik mungkin. PKR jaga ahlinya. DAP jaga ahlinya sendiri. Masing-masing ada tugas dan peranan serta tanggungjawab kepimpinan kepada ahli masing-masing.
21. Di pihak PAS pula ia perlu meletakkan calon yang cukup-cukup berwibawa dan berkaliber bukan setakat boleh diterima di kalangan ahli PAS dan PKR atau PR tetapi yang lebih utamanya dia mestilah boleh diterima dan dikenali serta disenangi di Penanti.
22. Mengenai calon TKM 1, sepatutnya Majlis PR berbincang termasuk juga KM Mr Guan Eng kerana selepas ini TKM 1 dan KM akan berbincang dan saling berhubung di antara satu sama lain. Tak boleh kita lepas kepada PKR atau Anwar sahaja untuk buat keputusan untuk memilih calon. Lepas tu biar kepada Mr Guan Eng `kelepiag sorang-sorang` kalau jadi masalah berlaku selepas ni.
Tulisan ini diajukan bukan bertujuan untuk publisiti murahan tertentu.. Hanya sanya kerana ikhlas untuk menegakkan keadilan dan merealisasikan amanah Allah di atas muka bumi ini.
Sekian ... Terima kasih...
Terpaksa bersetuju dengan tulisan di atas walaupun percaya yang saudar Anwar cuba untuk clean-up parti beliau dari liabilities calon2 yang kenyakannya tidak fit the bill untuk sesetengah jawatan yang mereka terpaksa isi. Kalau saudara bertanya pada D.S Ustaz Azizan, perletakan jawatan saudara Arumugam mungkin is a blessing in disguise. Beliau memerlukan pakar ekonomi dan seseorang yang mahir dalam perniagaan di dalam barisan exco2 beliau. This event kat Penang could well be a blessing in disguise. Lim Guan Eng memerlukan seorang TKM yang fit the profile yang beliau perlukan. Inilah satu perjuangan yg kekadang memerlukan pengorbanan. Dan Anwar is taking a risk here. Of course, PAS mempunyai ramai ahli2 yang berkebolehan untuk complement keperluan semasa. Should Anwar make a sacrifice here? I think he should.
salam buat saudara azizi.....
apa yg berlaku di penanti ada bagusnya jg sebab selama ini hanya pihak pembangkang yg disiasat oleh MACC..jgn salahkan PKR kalau ada pilihan raya kecil.INI sebagai bukti yg PKR tidak rela pemimpin yg rasuah atau ada kes spt yg berlaku dlm UMNO..siapa lagi yg boleh menghukum MACC kalau bukan rakyat.jd sekarang ni di persilakan siasat atau buka kes mana2 wakil pkr,kita tengok apa jd,mungkin akan ada lg pilihanraya kecil.bir semakin banyak pilihanraya kecil dan biar UMNO selalu kalah,biar padan muka UMNO.
Kepada semua yang komen,
Terima kasih kerana prihatin dengan tulisan saya. Sangat bagus.Tapi kita harus ingat, sebagai manusia, ia tidak dapat lari dari kesalahan. Pas tidak terkecuali. Mungkin hari ini tidak tapi esok belum tentu...
Tapi apa yang berlaku kepada PKR sangat membimbangkan.
Jauh dari kefanikan parti, saya sangat bersetuju dengan pandangan Sdra Pengundi Di Sekolah Cina Berapit. Demi kepentingan PR, PKR mesti berkorban kali ini, seperti Pas pernah berkorban kepada PKR di mana Mohd. Sabu terpelanting di Kuala Kedah kerana bertolak nasur dengan PKR di pilihanraya yang lalu.
Mari kita jauhkan fatatik kepartian. Apa salahnya PKR tidak melihat 'kerusi peruntukan' tetapi melihat kepentingan PR untuk mengalahkan BN.
Jadi, wujudkan kompromi, muhasabah, tolak ansur dan pacakkan satu keputusan: ambil saja Mat Sabu sebagai ganti kerusi PKR atau Pas cari calon dari kalangan Cina Islam.
Mat Sabu amat dikenali akrabnya dengan Lim Guan Eng, tetapi bukan kerana akrab,sebaliknya apabila sefahaman, kerja mudah diuruskan.
Bolehkah PKR bertolak ansur hal ini? mari kita fikir cari jalan selesai dan bukan bertekak hendakkankan calon.
Bukan mustahil jika wakil PKR dari langit pun, jika dicalonkan, hal yang sama mungkin berlaku. jadi jalan selesai, ganti yang bukan PKR tetapi dalam kalangan PR.
-azizi
Abang Azizi yang dihurmati!
Hebat tulisan abang Azizi kali ini!
Oh ya! Abang Azizi ahli PAS cawangan mana? Isteri abang azizi ahli pas cawangan mana?
Untuk makluman abang ... Isteri saya ahli PAS cawangan Kampung Rantau Panjang. 28500 Lanchang Pahang!
Saya amat setuju dengan tulisan rakan saya Azizi Hj. Abdullah ini. Jangan ingat apa-apa, tapi untuk kebaikkan.
Saya masih ingat sebuah sajak Azizi yang dicipta lebih sepuluh tahun lalu iaitu 'Main-Main'. Antaranya berbunyi-
"Ada orang main politik, ada politi main-main"
Janganlah kita main politik, kalau nak berjuang, pastikan kita benar-benar berjuang dengan ikhlas dan kerana Allah. InsyaAllah Tuhan akan memberi keberkatan kepada setiap perjuangan yang berlandaskan 'Kerana Allah'.
PKR adalah parti politik untuk orang orang berikut:
1. Orang yang dibuang dari parti utama (sama ada pas, umno, mca, mic atau dap). Bila dah tak dapat cari makan dalam parti asal, maka bertenggeklah di PKR.
2. Melayu yang ideologinya tak seiring dengan arus semasa. Masuk pas tak boleh sebab ideologi liberist, anti-hadith atau athist. Masuk umno tak boleh sebab tak sokong ketuanan melayu. Masuk DAP pun tak boleh sebab melayu. Jadi PKR paling sesuai.
3. Orang yang mencari batu loncatan dalam politik. Masuk PKR dua tiga hari, terus jadi calon MP. Menang pulak tu.
4. Orang orang anwar yang tak boleh lagi cari makan dalam UMNO.
Jadi garbage in, garbage out.
Saya minta pandangan saudara diapanjangkan dan disebarluaskannya ke seluruh tanah Melayu supaya anak bangsa sedar betapa pentingnya acuan tersendiri berteraskan Islam sejati itu sendiri.
Sejak mutakhir nie...kita seakan - akan disogok dengan kepelbagaian masaalah yang seolah - olah wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat mengalami sindrom "power shock"...yang kritikal. No doubt yang media pro BN memainkan peranan yang cukup baik, tapi , di pihak PKR pun sedikit sebanyak telah melakukan kesalahan sehingga tercetusnya beberapa kontroversi. Janganlah sampai penyokong - penyokog mulai fed up dgn senario sekarang sudahlah..Tapi, keadaan sekarang memungkinkan ketidakpuasan hati rakyat melihat keadaan yang semakin hari penuh dengan kekecohan dan memberikan satu keadaan 'Political Mileage" kepada BN/Umno. Rakyat diatas pagar especially mereka yang bukan melayu beranggapan,satu kelainan akan tercipta jika memilih PR sebagai wakil mereka..tapi..jika kerap sangat dipukul badai, mereka akan lari dari PR. Bagi saya simple, kita tak mahu apa yang kita tentang mengenai BN/Umno jadi kat wakil rakyat kita. Gelap mata gelap hati dek disebabkan ada sekelumit kuasa , sampai kita nak gah dimata rakyat .. kerja kuat konon tapi batang hidung tak nampak pun dlam kawasan..mulut banyak tapi jauh dihati ..malaih nak turun padang..nampak bila mai p/raya. Akar umbi PAS pun saya rasa dah mula berbelah bagi dengan keadaan sekarang ni. Bukan nak hina sapa - sapa , tapi kita lihat akar umbi sekarang ni dah pandai berfikir dan dah pandai menilai pemimpin..Wala' kat pemimpin tu ada..tapi ..sampai bila ahli PAS nak follow jika yang dibantu tak memainkan peranan yang baik. Tengok saja PRK kecik baru ni kat Bukit Selambau..pendapat saya PAS yang lebih banyak berkempen..mempunyai ramai ahli berkampung kat sana..Jadi saya harap sangatlah kalau Datuk Seri boleh nampak dan boleh buat pengorbanan untuk Stand Up dan give all the voters a break by letting PAS to contest at Penanti..lagi pun dulou pun PAS yang punya seat kalau tak salah saya...
Salam sejahtera,
Hebat dan tangkas serta penuh keberanian tanpa rasa takut dan khuatir difikiran ustaz untuk mengkritik secara telus dan ikhlas sebegini.Amat sesuailah kritik sepedas tetapi sedap begini datangnya dari pengarang 'Jiwa Hamba'.Inilah yang dikatakan luar dan dalam sama.Cakap serupa bikin.Syabas.
Diharapkan agar ustaz dapat meneruskan kritikan-kritikan membina sebegini bagi menyedarkan dan mengilmukan ummat Melayu.Semoga budaya membuat teguran dan mengkritik kelemahan dan kekurangan bangsa sebegini diteruskan dan dapat disuburkan.Banyak pelajaran dan pengajaran yang didapati darinya.
Budaya begini telah dimulakan sejak dari dulu lagi oleh pengarang-pengarang terkenal sperti Syed Sheikh Al-Hadi,Rahim Kajai dan lain-lain lagi.Yang paling terkenal sekali ialah Prof Dr HAMKA sehingga diterbitkan buku kritikannya terhadap Mufti Johor yang bertajuk 'Teguran Suci dan Ikhlas Terhadap Mufti Johor'.Persamaan ini terdapat pada ustaz, kerana selain sebagai penulis buku-buku agama,HAMKA juga menulis novel dan cerpen.
Komen PutraMerang begitu saya kagumi kerana menggunakan bahasa Melayu yang indah dan semasa.
matawang, maklumlah bahana PPSMI perlu bersifat glokal. ceh kalau betul PPSMI, takyahla nk rojakkan bahasa melayu.
pasal artikel ni aku setuju sgt2, ahli UMNO dalam PKR perlu dihapuskan serta-merta
Oh, tentang ini, sudah lama juga saya sedarinya. Seperti tuan, saya bukan seorang penganalisa politik bertauliah, bukan juga pembaca hati dan fikiran orang-orang yang terjun sama mengekori DSAI, tapi pergerakan mereka amat mudah dibaca dan dijangka. Sejauh mana keikhlasan pengikutnya, biarlah Allah yang menilainya. Tapi janganlah menyangka rakyat marhaen boleh dimomokkan dengan kepentingan peribadi yang bertopengkan perjuangan membela keadilan untuk rakyat.
sy amat menyukai penulisan artikel dr saudara..dlm pkr sy hnya nmpk DSAI yg benar2 berjuang tp tidak kpd ahli2nya...terutama ahli2 yg bwh2 ni.mereka tiada semangat perjuagan yg telus.tp sy percaya, DSAI dan yg seangkatan dgnnya terutama yg dahulunya adalah ahli ABIM sedang berusaha mentarbiahkan ahli2nya bermula dgn pucuk pimpinan parti.didoakan semoga sekretariat SEHARUM yg diketuai oleh Mustafa kamil ayub benar2 mencapai tujuan penubuhannya.rasanya x salah sekiranya usrah2 diadakan dikalngan mereka sepeti yg DSAI wujudkan semasa di dlm ABIM.tawakkal 'ala ALLAH
Salam Ustaz....
Baju PKR jenama UMNO...bukan satu kebetulan tapi memang trend politik Melayu macam tu.Politik melayu suka merajuk.
Kalau jujur dan Ikhlas berpolitik nak tubuhkan negara Islam,PKR tak perlu wujud.Anwar tak payah galak ligan nak jadi PM.Tuan Guru Hadi Awang lebih layak.
Dulu PAS lambang sebuah Parti Islam Tulen..dari pemimpin bawah sampai ke atas...tauk pi tang mana depa boleh belaka...dari mengaji quran sampai mandi mayat....
La ni bila bercampur dengan PKR...semua hampas nyiok.PAS dah merapu kerana nak bela PKR yang kekadang tak da identiti dan maklamat perjuangan TULEN....
PAS kembali pada perjuangan asal....lebih afdal dan lebih berkat...
selagi dunia menjadi tuhan selagi itulah manusia manusia hidup dalam kesesatan...
saya setuju dengan tulisan saudara.
Saya tertarik dengan saranan ditubuhkan Majlis Ulama PKR. Saya sangat bersetuju dengan idea ini. Sudah tiba masanya PKR mengikuti dan mengakui keberkesanan tarbiah ruhiyah.
Tulisan Tuan Azizi ini mungkin tidak disenangi oleh beberapa pihak. Namun, saya ingin mengucakan tahniah di atas entri ini.
Kebenaran itu kadang-kadang memang pahit.
nak tergelak baca tulisan azizi.taksub anwar ibrahim.orang permatang sangat kenal tipuhe lah anwar ni.dialah bapak segala perasuah.baling batu sembunyi tangan.kerja ni dia buat lama dah.dari tahun 70an lagi.dia tak boleh tipu semua orang.renugkanlah.
Pak Cik Azizi,
PKR perlu melalui proses tarbiyyah, halatuju yang jelas, perjuangan bukan sekadar slogan dan bendera.
Salam,
Realitinya,semenjak azali, PKR tidak pernah mempunyai jentera yang mantap di Pmtg Pauh. Yang ada hanya retotik oleh DSAI. Realitinya juga, semua gerakkerja pilihanraya digerakkan oleh PAS. Jawapan terkini, dgn apa yang berlaku di Bkt Selambau, menjelaskan siapa PKR.
Salam Ustaz....
Tak puas komen kalau berbicara megenai PKR dan bossnya DSAI...
Taktik licik DSAI ini belum lagi dihidu oleh pemimpin tertinggi PAS.(ataupun depa hidung tersumbat)
Retorit politik Anwar yang suka mengebar gemburkan isu ..walaupun tok tok guru tahu itu cuma palsu tapi tok guru terpaksa akur...ditelan mati mak,diluah mati bapa....Tok!sampai bila nak kulum...
Episod 16 September :Lompat Parti akhirnya makan diri,Perak terlepas.
Episode TKM1 Pulau Pinang :YB Fairus jadi mangsa kerana isteri tercinta mengidam kerusi TKM1 Penang.Apa cara yang dulunya haram kini menjadi Halal.Inilah yang dinamakan Badan PKR Berjiwa Umno.
`
Tok Guru!
Bukit Gantang kita dah korbankan,dari yang berhak seperti Ustaz Idris ini sepatutnya melenting bantah. Sepatutnya dialah yang jadi calon, bukan Nizar, tapi tak pula dia melawan.
Ini semua nak puaskan Nafsu Serakah Boss PKR.
Tok Guru !
Fahamilah nafsu DSAI tak sama dengan nafsu kita.Nafsu kita kalau buas pun,masih lagi Normal tapi DSAI tidak.Dia lain macam sikit..
Tok Guru !
Janganlah dikorban perjuangan asal PAS.Kita sayangkan kepimpinan ULAMA bukan ular dalam semak.Biar kita menang sikit kerana kebenaran perjuangan kita,dari kita bergabung untuk perpecahan umat Islam.
Tok Guru !
Perkahwinan kita dengan PKR belum menampakkan kita bergelar Tok Ayah.Ini kerana anak jantan kita kahwin dengan perempuan dah putus haid.Manakala anak perempuan kita kahwin dengan lelaki yang main belakang.
Tok Guru !
Ampun dan maaf kerana aku berkasar bahasa.Aku rindukan ikhwah lama.Aku rindukan derma jihad kita,aku rindukan pemanjat pokok kelapa mengibarkan bendera,aku rindukan pencari tayar lama dan paling aku rindukan pengorbanan tanpa berkira,tanpa bebelah bagi kearah Perlaksanan Hukum Allah
Bukan senang nak memberi kemaafan setelah diri di hina , di caci , di dera mental dan fizikal, bukan senang nak mendapat seorang srikandi yang sanggup menelan fitnah busuk yang dilontarkan pada suaminya , bukan senang bagi sebuah keluarga yang telah dimangsakan oleh konspirasi politik bangkit meraih sokongan, kita penulis , pemberi komen , hanya menjadi penonton sahaja, cuba selami hati-hati isteri mangsa isa, cuba pergi ziarah dan suapkan makanan ke mulut anak-anak mereka, selepas itu barulah layak untuk buat komentar tentang pimpinan peringkat tertinggi. coretan ini khas untuk abg halim.
Salam,
Terima kasih Tukya. Kami pun nampak, cuma tak gheti nak habaq lagu mana.
Yang lebih rimas, bila ada ahli2 PAS berpresidentkan Anwar. Ingat pulak kat SHIT ayahanda Shahnon, dulu wirawan dok perang dgn Kepala Tahi, tapi jgn lupa, wirawan tu pun TAHI jugak!
Several series of louis vuitton have been through special protective procedure when louis vuitton bag are produced by artisans to prevent dusk and stain, so you’d be more cautious to keep the protecting layer during cleaning. A Louis vuitton bags is a status of endless fortune and timeless luxury. To prolong the glorious journey, you should serve it as a long-term investment and it certainly will repay you juicy interests with the longevity of your lv .
Post a Comment