CERITA DI MUSIM PR DI PENANTI

Posted by Tukya Labels:

Satu malam di Penanti 24.05.2009

Satu malam kami ikut serta dengar kempen PR di kawasan Penanti. Ya Tuhan, manusia tetap ramai macam ada perlawanan dengan BN/Umno juga.

Senang pula masuk. Tak ada sekatan. Tak ada bunyi prtit sana prit sini wisel polis sekat jalan. Tak ada pula polis kuak sana kuak sini.


Lintas pun senang apabila tak ada sekatan

Tak Nampak pula trak bawa FRU. Tak ada pun boldozer dan trak bawa tangki water canon. Teringin sungguh nak kena sembur ges pemedih mata.

Tak ada pula.

Tiba-tiba seorang perempuan menjerit di tengah padang. Kena samun beg tangan. Kereyau sana, kereyau sini, orang ramai terkam. Tak pula datang seorang polis pun.

Orang pun bertanya kenapa tak ada polis, sedangkan khemah, kontijen dibuat bukan main hebat.

Pak Taha yang jual kacang rebus kata; “Sebab BN tak masuk bertandinglah!”

“Jadi?”

“Ertinya kalau BN tak bertanding, suasana pilihanraya amanlah!”

“Ertinya?”

Pak Taha menyinga: “Keburukan dan tidak tenteram sebenarnya ada di pihak BN. Sebab tu, kalau BN bertanding, adalah ribuan polis, ada water canon, ada sekat jalan raya, ada ges pemedih mata.

Kami pun ketawa.

“Kalau macam tu, karut sungguh BN,” kata Tijah, penolong calon bebas yang merajuk kerana tak dapat upah merayu undi.

Saya dengan kawan-kawan cukup terasa betapa sunyinya tanpa Umno/BN dalam pilihanraya hanya atas alasan membazir wang.

Tetapi jangan gusar, di Manik Urai nanti, tak membazir pula.
Yeee babbbb! Kata Tukang Karut Boria Pulau Pinang.

14 comments:

  1. D'Rimba

    Mereka tetap akan tertewas dengan pejuang bahasa sekalian...........Mereka sedang mengkhianati bahasanya sendiri secara berterusan.

  1. saleeh rahamad

    Abang (orang lain panggil cikgu tapi saya panggil abang dah la. nampakk muda sangat lagi. muka merahnya), saya ada di Sintok dari 21 sampai 27 Mei tapi tak sempat ke penanti. Yang jelas, disebabkan tiada calon BN bertanding maka tak merasalah rakyat Penanti menikmati projek segera. Kalau tidak mungkin sampai tengah malam pun ada lori hantar pasir nak bina rumah orang miskin atau nak bina titi reput. Habis2 pun buat bumbung tempat tunggu bas. La ni kempunanlah. Jadi, bukanlah elok kalau BN bertanding selalu?

  1. Cikgooden (Selumbar Emas).

    manik urai pakat pi gelut...di penanti buat derk ja...

    apa muslihat depa?...tghn dok pikir2 nih...

  1. Anonymous

    saleeh rahamad,
    awat tak habaq. kalau tidak boleh juga belanja ikan bakar di kuala perlis.
    datang ke penanti bukan kerana pilihanraya sangat. ada istimewanya di gerai tepi masjid kubang semang, penanti.
    macam-macam ada.
    salam
    azizi

  1. abghalim

    Salam

    Ya Allah....BN bertanding salah tak bertanding pun salah.
    Mungkin kita rasa tak lengkap hidup kalau tak mengata dan buat dosa....
    Selama kita dah tau dan faham BN banyak dosa...awat kita dok tebiang nak ikut BN buat dosa...?
    Disini nampak sangat pendirian kita....kita bukan pandai memajukan Negara tapi cuma pandai cari salah BN yang banyak dosa....
    Akhirnya KITA dan BN masuk Neraka...
    Disinilah peluang kita untuk membuktikan pada rakyat yang inilah cara orang islam berpolitik....

  1. edolah

    abg halim woi...
    yang ustaz azizi nak habaq bukan pasai be end masuk bertanding ataupun tidak... yang nak dibagitau ialah kalau beerlakunya pertembungan antara be end dengan PR maka akan berbarislah lori merah macam akan berlakunya peperangan...sapa yang kerah masing-masing tau lah... awat yang hang bangang sangat ni?!

  1. Anonymous

    edolah, abghalim bukannya bangang, tapi dia bengang! tak sangka pula saya Ustaz Azizi tulis beginipun Malaikat boleh kira berdosa. Kalau begitu tak payah berpolitiklah... takpayah adakan pilihanrayalah... takut bila kempen nanti berdosa. Kalau takut berdosa, abghalim pun takpayahlah komen-komen kat blog, nanti berdosa. dok diam-diam di rumah sudahlah...

  1. Deramae Lleh

    Dibandar Kuala Krai serta pekan Pahi,Lakloh dan Manek Urai..SiputBabi mula menyibok(gelewact) mencungkil maklumat dari orangorang kampong...tiba waktu solat mulalah meloloskan diri
    pegi 'minum'...tak sembahyang bang..?

  1. abghalim

    salam ustaz...
    salam semua

    aku cuma mampu tersenyum

  1. Anonymous

    Kita harus mengundi dengan hati bebas. Tanpa tipu helah. Lepas itu, kita perlu menumpu perhatian demi meningkatkan produktiviti, kekayaan dan keharmonian negara kita. Hapuskan amalan rasuah. 1Malaysia jangan dijadikan cogankata sahaja. Dulu pun ada "Bersih, Cekap, Amanah" dan macam-macam.

  1. naimisa

    jadi jadilah aku penanti yang sepi...

    hahaha.....

    nak bercakap dengan siapa pula ya?

  1. Amermeftah

    Kah Kah Kah

  1. Anonymous

    As Viagra UK is a prescription medication, the prescribing physician should be made aware of all of the relevant issues when discussing whether or not Viagra online is appropriate. There are, of course, non-responders as well; men that simply do not respond to Viagra pills at all.

  1. longge

    http://blogs.bigadda.com/bag5064319/
    http://blogs.bigadda.com/her5071781/
    http://blogleaf.com/hermesbags123/
    http://blogleaf.com/hermesbags478/
    http://blogleaf.com/hermesbags852/
    http://blogleaf.com/hermesbags589/
    http://hermesbags333.bravejournal.com/
    http://hermesbags444.bravejournal.com/
    http://hermesbags487.bravejournal.com/
    http://hermesbags553.bravejournal.com/