Saya Dengan Pak Usin Kulupbana

Posted by Tukya Labels:




(untuk masa depan selepas 12 Mei 2009)

I

Dalam Harakah Daily.Net, Ustaz Ahmad Awang, Pesuruh Jaya Pas Perak bersungut, katanya: Keputusan yang berubah-ubah dalam jangka masa pendek umpama gelanggang sarkas yang menjadi pentas untuk Umno/BN menyalah guna kuasa mereka.

Saya garu kepala. Menatang apa sarkas bagi generasi sekarang. Sekarang sarkas orang tak tengok lagi. Di TV boleh jengil sampai terbeliak biji mata.

Kini rakyat mula bengung dan sangsi akan mudahnya mahkamah dipergunakan BN, kata Dr. Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong.

Fullamak! Berani pula sentuh gesel mahkamah. Hiiii, takut kena saman.

Hal ini pedulikan. Yang bercakap orang Pas. Sewellah kalau cakap mereka tak menyebelahi Pas. Buktinya sebelah BN pun sama. Banganglah kalau Umno/BN bercakap tidak menyebelahi Umno/BN. Tengok peguam mereka. Mereka orang berilmu, mempunyai ijazah,penghujjah mencari kebenaran, tapi apabila disebelah Umno/BN, mahu tidak mahu dia bercakap Umno/BNlah yang betul.

Biasalah yop!

Tetapi apapun selewang pukang, serabut kusut atau merengkuh untuk menang sampai tinggal tahi secamca, puncanya kerana politik, kemegahan kuasa yang angkuh dan takbur, sampai menyahkan keadilan.


II.

Barangkali saya bukan orang undang-undang dan tidak pernah belajar pun undang-undang, maka apakah layak hendak bercakap tentang undang-undang/ mahkamah?

“Apa salahnya,” kata Pak Usin, penghuni warong kopi Taman Harmoni. “ Aku bukan faqih fardu ain, tak mengaji sampai Azhar pun. Tapi kalau engkau solat jenazah ibu engkau, dengan ruku` dan sujud sekali, aku boleh tegur. Orang berhak membantah. Ertinya kami tahu sedikit hukum itu, walaupun kami tidak ada ijazah atau kad kuasa dari Majlis Agama.”

Saya tergamam. Nak sendawa tak jadi.

“Mungkin engkau akan jawab kerana sembahyang jenazah emak engkau dan hendak membutikan kasih sayang engkau sebagai anak, lalu memebihkan sembahyang itu dari orang lain,” sambung Pak Husin yang rongak giginya. “Tapi apapun alasan, semua orang tahu yang engkau buat itu tak kena. Walaupun Nabi wafat, sahabatnya tak ruku` dan sujud pun.”

Saya terpikir lama.

“Begitu juga apabila orang hampir sewel dan bengung apabila kemelut politik negeri Perak sehingga melibatkan undang-undang dan mahkamah. Memang pun orang mengharap mahkamah dan hujah dari segi undang-undang. Sekarang orang tidak fanatik lagi kepada Pas atau Pakatan Rakyat atau Nizar yang dianggap kemaruk jawatan. Sekarang orang menilai apakah pertikaian sehingga membawa kepada undang-undang dan apakah mahkamah ini benar-benar adil, saksama, bertepatan dengan fakta, jujur, ikhlas, telus baik parti yang terlibat mahupun keputusan oleh hakim.

Orang tidak melihat keputusan hakim berdasarkan kepada fakta. Orang melihat siapa hakim itu dan siapa yang melawan dan siapa yang kena lawan dan kemudian kepala semua mendongak, siapa pula di atas.

Maka atas pola-pola ini akan ketepilah jujur,amanah,adil,saksama, telus malah kedaulatan undang-undang itu sendiri.

Oleh itu kenalah seseorang hakim itu terlarang dari musibah-musibah yang disebut di atas.

Soalnya, ada ke? Itu kena tanya Penasihat Perdana.

Dari apa yang berlaku, rakyat tidak melihat ‘undang-undang mengatasi segala-galanya’ tetapi rakyat melihat dengan mata syak wasangka, ‘suk uzzhan’ malah sehingga keramatnya cakap mufti (misalnya) maka sangat cepat mufti itu dianggap ‘ulama suk.’

Maka saya pun berkata kepada Pak Usin. Bagaimana kalau kita buat mahkamah baru dengan kuasa-kuasanya, undang-undang dengan kuasa yang bersamaan dengan mahkamah tersebut.

“Cakap jadah apa ni sampai nak ubah mahkamah?” Pak Usin herdik. Dia benar-benar hormat kepada mahkamah walaupun dia pernah naik kot turun kot hanya pasal seorang pegawai tanah cuba ubah nama dalam gerannya.

Saya pun berkata: Bagaimana kalau kita jadikan undang-undang berlapis, dengan kes-kes yang berlapis. Mahkamah bertingkat, apabila berhadapan dengan kes bermacam-macam corak.

“Untuk apa?” Pak Usin mengorek tahi hidungnya. Tak dinafikan, busuk bagaimana pun tahi hidung, orang tetap mencium.

Busuk celah kaki dimakan air lagi sedap baunya! Macamlah karenah membusuk undang-undang, lagi lawan dan menang, busuk itu cukup anih baunya.

Saya pun berkata: Letakkan kesalahan itu dalam kategori tertentu. Misalnya sekadar kes tampar bini hingga guru tendang murid, satu seksyen dan ia mestilah diputuskan oleh kuasa mahkamah sekadar itu. Yang penting jangan bawa ke mahkamah lain.

Kesalahan tipu bini sehingga tipu yang sekian-sekian nilainya, jadikan satu seksyen lain dan bawalah ke mahkamah khusus untuk itu. Kalah atau menang, jangan dibenarkan ada rayuan untuk ke mahkamah lain.

Kes bunuh, buat seksyen lain dan jangan sekali-kali boleh di bawa kepada mahkamah lain. Hukuman yang perlu ialah betul atau salah walaupun sampai lima tahun.

Begitulah seterusnya.

Kes-kes jangan pula terpilih. Jangan sesuatu kes hanya boleh dipanjangkan apabila Peguam Nombor satu kata haaa, maka barulah boleh. Jika tidak, tak jadi. Ini apa cerita. Masakan kesalahan itu kesalahan terpilih? Masakan ada kesalahan tak jadi, ada pula kesalahan boleh jadi. Apapun, perbicaraanlah yang menentukan.

Sebab itu, jika ada mahkamah bertingkat, kes-kes yang diseksyenkan secara berlapis mengikut kepadaan mahkamah bertingkat itu, maka tidak ada perbicaraan yang boleh diulang atau dicabar.

Hakim adalah manusia biasa. Hukuman yang dijatuhkan berdasarkan hujah peguambela dan peguamcara. Bersama daya intelektualnya, hakim juga membawa hati, perasaan, simpati, memicing sebelah mata, terasuk, kasihan, benci, meluat, rimas dan segala-galanya ketika menghadapi kes.

Memang benar itu tidak sepatutnya ada. Profesion hakim bukan begitu. Tapi harus diingat, hakim juga manusia biasa. Tidak ada dalam profesion hakim atau syarat hakim apabila hendak menjatuhkan humukan, mesti solat istikharah dahulu, melainkan hakim yang warak.

Bagaimana kalau hakim yang main golf ketika orang solat Jumaat?

Sekiranya ada mahkamah bertingkat dan tidak dibenarkan membawa kes selanjutnya ke tingkat yang lain, saya rasa akan terelaklah dari kejadian, hari ini jatuh hukum, 16 jam kemudian mahkamah lain pula kata no!

Bayangkan jika tingkat mahkamah ini sampai dua belas takah yang kenamat bicara dengan sumpah “Haram Panah Lintar,” apa akan jadi?

Hukuman dan undang-undang tidak semestinya menentukan salah dan benar tetapi memain peranan juga kepada rakyat, ketenteraman.

Bagi saya yang bodoh bengung ini, yang jahil lagi tongong tentang undang-undang, sudilah kiranya memaafkan saya jika saya kata begini:
Hukuman yang dijatuhkan oleh seseorang hakim berdasarkan hujah, fakta yang dibentang, saksi dan lain-lain yang ada kaitan bukti. Hakim tidak pernah menjatuhkan hukuman setelah ia menyaksikan sendiri kejadian itu. Tidak ada hakim yang menjadi hakim di atas kesalahan membunuh setelah dia sendiri menyaksikan pembunuhan itu.

Kerana itu, keputusan berdasarkan hujah. Hujah hanya akan kalah apabila tidak menasabah dan tidak relevan. Tetapi ada hakim yang menggunakan releven dan tidak relevan sebelum hujah.

Yang berlaku sekarang atas dasar hujah dan bukti-bukti hujah dengan berbagai nama diberikan. Apakah yang dikatakan ‘hujah’ akan selesai dari dua pihak?

Bahlollah kalau ada orang kata dengan berhujah kes boleh selesai? Yang selesai bukan hujah, tetapi hukuman yang menamatkan hujah. Akan tetapi jika hukuman itu tidak ‘muktamad’ oleh kerana adanya peluang ke mahkamah lain, maka hujah itu akan berlarutan lagi dan kemudian akan terhenti pula. Kemudian dihidupkan semula kerana hujah itu akan dibawa ke peringkat satu lagi.

Tetapi ingat, hukuman tidak pula berdasarkan dari hukuman peringkat sebelumnya. Contoh, keputusan Nizar sah Menteri Besar, tidak akan diambil kira apabila keputusan itu di bawa ke peringkat lain.

Dan ingat, hakim semestinya tidak sama. Kerana hakim tidak samalah maka terjadi pakai purdah tidak boleh bagi perempuan yang bekerja di pejabat.

Tiba-tiba Pak Usin kulupbana, yang rongak gigi bangun begitu saja. Dia mendengus sekali. Rupa-rupanya dia pun orang Pulau Pangkur dulunya, dan dia masih mengundi di sana tahun lalu.

Wallahu aklam.

5 comments:

  1. abghalim

    Salam Ustaz

    Terlebih dahulu Selamat Hari Guru

    Sapa yang perintah Perak tidak penting lagi.Yang merisaukan kita rakyat hanyalah keadaan ekonomi yang kian meruncing.Dulu kerja kilang 26 hari sebulan dengan ot tapi la ni tinggal 16 hari sebulan tanpa ot,

    Ustaz
    Ini semua taktik kotor Anwar nak serang ekonomi dengan percaturan PILIHANRAYA kecil.Sekali pilihanraya kecil,duit gomen habis berjuta-juta.Serangan ini dengan niat untuk menjatuhkan BN dengan alasan gagal mengukuhkan ekonomi.
    Bila BN jatuh dapatlah beliau yang KEMARUK nak jadi PM tercapai.PAS nga-nga saja.PAS pun tanpa ULAMA dan digantikan ular dam semak.
    ANWAR ni pandai,dia tubuhkan PKR dan PKR bukan parti Melayu dan Bukan Parti Islam tapi PARTI HINDU,CINA dan MELAYU.
    PAS terpedaya dan berbangga dengan Parti Islam tetapi terlupa bertanya pada HAKIKAT dimana Islam nak diletak di Malaysia TANPA ORANG MELAYU kerana MELAYU di Malaysia adalah pendokong Islam.
    Takkan nak letak kat Kapal Sink,Gobalan atau Lim Guan Eng kerana depa la ni depa dah pandai baca Quran.
    Bolehkan depa tolong baca Quran kat arwah orang tua kita?

  1. Anonymous

    Halim,
    Anak murid yang selalu ceninin.
    Ini bukan soalnya. Soal kita sekarang atas nama undang-undang, kita seakan diminta bertanya berkali-kali dan akhirnya kita diminta tutup minda untuk mencari keadilan dalam undang-undang.

    salam.
    ustazmu;azizi

  1. dilaga

    Harapan kita (kita=seluruh rakyat jelata yang tentunya amat dambakan kejernihan) ialah semoga segala-galanya akan segera berakhir.

    Mohon sekalian sasterawan, budayawan, penulis baik besar maupun jalanan dll membantu jernihkan suasana dengan doa tulus...Dan nyatakanlah sesuatu lewat/via tulisan sdr sekalian.

    Sdr dinsman telah menyatakan sesuatu yang besar maknanya di dalam pojok tetapnya "wacana budaya" Harakah (Isnin, 18mei 2009).

    Walllahuaklam.

    barajiwa

  1. pokmudo

    Parti politik hanyalah alat bagi mengumpul Tok-tok wakil yang mewakili rakyat disekeling mereka. Dalam isu ini, bagi saya tak berjuruh (sopan)kalu kita asyik mencaci mana2 pihak, bukankah gitu abg halim? Hak rakyat biarlah dikembalikan kepada rakyat memilihnya kembali... duit kerajaan, duit rakyat juga...

  1. Pyanhabib

    `...kalau engkau solat jenazah ibu engkau, dengan ruku` dan sujud sekali...'
    (tukya, izinkan gua ketawa, kah kah kah! kah kah kah!)