Suplemen dan Vitamin Kesihatan : Sejauh Mana Selamat Dan Berguna?

Posted by Tukya Labels:


Hari ini sekiranya anda masuk sahaja ke farmasi atau kedai makanan kesihatan, anda akan melihat pelbagai jenis suplemen kesihatan dan vitamin. Anda seperti dijamin dapat hidup seribu tahun lagi dengan kesihatan yang baik.

Brosur dan risalah memberitahu: Vitamin B komplek dan C boleh menghilangkan stres, Vitamin E akan meningkatkan ketahanan dan stamina, vitamin B12 boleh menghilangkan letih, jeli raja meningkatkan tenaga dan lain-lain lagi, seolah-olah di situ adalah rumah penambahbaik kesihatan seumur hidup anda.

Adakah suplemen kesihatan seperti ini wajar?
Adakah ia menyokong kehidupan yang menyihatkan?

Adakah anda fikir bagaimana penyakit kronik kini yang dideritai oleh ramai orang disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat, stres dan gaya hidup yang tidak sihat, boleh ditukar atau dicegah dengan menelan pelbagai suplemen pemakanan setiap hari?
Adakah pil vitamin memberi jawapan hidup anda akan lebih panjang dan bebas penyakit?

Sebenarnya semua ini adalah kerja iklan yang agresif, diikuti dengan masyarakat yang mencari penyelesaian secara cepat untuk penyakit mereka.

Hal ini menjadi amat popular di Malaysia. Kajian menunjukkan 1 setiap 2 rakyat Malaysia mengambil suplemen pemakanan.


Apa yang dapat kami beri jawapan ialah kebanyakan suplemen tidak berkesan dan banyak daripadanya toksik.. Beberapa kajian mendapati ramai yang “membuang masa dan wang”.

Ikuti ini di Utusan Pengguna keluaran Julai/Ogos 2009 nanti.

4 comments:

  1. SIS

    setiap penyakit ada hikmahnya.. kembali kepada sifat sel2 dalam badan manusia...setiap sel bersifat ikhlas, tenang, sabar dan redho...jika manusia kembali kpd sifat2 tersebut..sel2 akan berfungsi sebaik2nya..krn sel2 tubuh manusia tidak pernah mempersoalkan tugas2 yang dilakukan krn asal kejadiannya hanya patuh kpd Penciptanya..tgn2 manusia itu sendiri yang memusnahkan diri mereka sendiri...

  1. Bunnybaby

    Salam.

    Sangat lega apabila mendapati CAP berinisiatif membuat pendedahan tentang perkara ini. Sudah lama saya saya beranggapan yang sama tentang suplemen, tapi tidak mempunyai fakta yang kukuh untuk mempertahankannya.

  1. Anonymous

    As Viagra UK is a prescription medication, the prescribing physician should be made aware of all of the relevant issues when discussing whether or not Viagra online is appropriate. There are, of course, non-responders as well; men that simply do not respond to Viagra pills at all.

  1. longge

    http://tuan.pcpop.com/space-7728036.html
    http://wealllovelv.spruz.com/
    http://blogtext.org/lovuitonbag/
    http://wealllovelv.i.ph/blogs/wealllovelv/
    http://lvneverchange.i.ph/blogs/lvneverchange/
    http://wealllovelvs.i.ph/blogs/wealllovelvs/
    http://123vuttionbags.webs.com/
    http://bags123.webs.com/
    http://123louisbags.webs.com/
    http://vuttionhandbags.webs.com/