Terkenang Sebelum 25 Ogos 2009

Posted by Tukya Labels:

Kalah atau menang keputusan 25 Ogos 2009 (esok) bukan bererti segala-galanya selesai. Bagi mereka yang menang bermulalah menunaikan janji, menjalankan amanah dan perjuangan mengikut dasar yang ditetapkan.

Sesekali terkenang beberapa peristiwa sepanjang sepuluh hari sepuluh malam ketika kelamkabut ini berlaku, di mana Umno/BN dan Pas masing-masing berentap merebut hatibudi pengundi seramai 20 lebih.


Aik, mana kerisnya?


Bagaimanapun malam kedua terakhir (23 Ogos 2009) berlaku kelucuan yang pertama kali saya alami seumur hidup. Sungguh nak tergelak.

Berhampiran kedai kopi Prtg Tok Kandu ada dua pentas berdekatan; Umno/BN dengan pentas Pemuda Pas. Ketika pentas Pas belum bermula, Umno/BN sudah pulun bersyarah. Ketika saya dengar, ialah YB Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno.

Sedang dia bersyarah, terdengar satu lagi suara bersyarah dengan lantang di seberang jalan.

“Itu suara apa pula. Dia orang tak faham ke kita tengah bersyarah ni,” kata YB Ahmad Maslan sambil meninaju-ninjau kepalanya seperti burung gelam hilang anak.

Rupa-rupanya suara lantang itu suara kempen Umno juga tetapi YB Ahmad Maslaz tak tahu. Macam mana boleh jadi begitu, sedangkan beliau Ketua Penerangan. Tentulah sebarang atur susun ceramah, dia lebih tahu. Tapi malam itu orang Umno bersyarah di depan beliau pun beliau tak tahu. Pelik!

Tadi ketika maghrib, sebuah kereta Waja Polis berhenti di depan Masjid Batu. Keluar seorang yang berpangkat bunga lawang, tanya seorang anak muda Pas di mana ‘Masjid Permatang Janggus’ kerana di situ ada majlis baca Yasin Umno, yang dihadiri oleh TPM.

Saya nak tergelak apabila anak muda itu menggawang-gawang tangan kepada pegawai polis itu (tentu jauh datangnya) memberi petua hendak ke Masjid Permatang Janggus. Saya tenguk tangan anak muda itu gawang ke kiri, gawang ke kanan, melonjak-lonjak tangannya, ke kiri, kekanan.

Aik, susah sangatkah nak pergi ke Masjid Permatang Janggus sedangkan ia jalan lurus selepas lampu trafik, jumpalah.

Saya tergelak. Bijak dia memberi pertunjuk.

Pidato YB Ahmad Maslan, bersemangat tapi isinya sangat merohoi, demikian ada yang bersungut. Katanya:

Siapa beri air? Umno.
Siapa beri api? Umno.
Siapa buat sekolah? Umno.
Siapa buat klinik dan hospital ? Umno.
Siapa buat jalan raya? Umno
Siapa buat masjid? Umno.
Siapa yang buat semua...bla...bla..bla...? /Umno

Saya terdengar suara ketawa berdekah-dekah dekat pagar yang kebetulan yang dengar dalam khemah itu, lapan orang petugas Umno. “Aik, macam kempen tahun 60an pulak. Pasal jalan raya, sekolah, negeri komunis pun buat juga.” Demikian kata yang ketawa itu.

Saya tetap setia mendengar ceramah YB tersebut kerana inilah peluang terbaik saya hendak mendengar maklumat dan penerangan dari Ketua Penerangan Umno. Lalu YB itu pun memberitahu:

Permatang Pasir ini kawasan anak emas!
Tuan-tuan bertuah kalau undi Umno.
Tuan-tuan boleh dapat apa saja yang tuan-tuan minta.
Saya sendiri, sudah banyak tolong rekomen anak-anak di Permatang Pasir.

1. Saya sudah rekomen seorang pelajar masuk UITM. Saya tulis surat kepada Naib Censelornya, minta masukkan budak ini. Alhamdulillah Naib Censelor itu terima.

2. Saya pernah rekomen budak Permatang Pasir, masuk kolej, Alhamdulillah rekomen saya ini diterima.

Kemudian ada lagi dua tiga ‘saya rekomen’ anak-anak pengundi di Permatang Pasir? Betulkah? Mengundi di Permatang Pasir 25 Ogos 2009, takkan masa ini juga tarikh buka tawaran kolej dan UITM?

Ha...ha...ha....Boria Pulau Pinang mula bercerita....yeee babbb!

Hujah-hujah karton ini sama dengan pertanyaan yang bersifat ‘lapuk lagi masam’ oleh seorang yang menamakan dirinya NASI SIRU sering menghantar e mail kepada saya. Dia selalu berkata misalnya:

“Satu lagi nak tanya, amacam Putrajaya? Ustaz pusing-pusing tak pekan dia?
Itulah antara 'rasuah' Umno untuk Melayu dan Islam sepanjang 50 tahun. Pas? mungkin ustaz boleh berbangga dengan Kelantan dan 'Putra Rusila' dan 'Bukit Meriam'
Selama 50 tahun Umno telah melahirkan ramai sarjana Islam yang hebat-hebat tapi Pas buat apa untuk Melayu dan Islam selama itu selain daripada pelekeh kerja orang (Umno)

Renungkanlah berapa banyak sekolah, kolej, universiti ugama yang didirikan Umno selama 50 tahun, tapi apa yang dibuat Pas selama 50 tahun?”

Demikianlah. Saya hanya tersenyum. Bagi yang menghantar e mail kepada saya itu, kejayaan Umno selama 50 tahun sangat banyak itu, sepertilah Menara Kembar Petronas. Di dalamnya siapa? Hisss, ada lagi anak muda Melayu yang tak pernah cair pemikirannya.

Dia tak pernah tanya tentang bahasanya sendiri? Dia tak pernah tahu tentang Akta IPTS 1966 sehingga 250 IPTS daripada 282 terlingkup dengan karenah bahasa ini.

Jika tahun 1999 lebih 60% Melayu menolak Umno dan 2004 menolak lebih lagi, apakah semua Melayu ini haprak? Berapa juta (rujuk ucapan TPM di Australia) murid-murid menjadi mangsa PPSMI dan kemudiannya 17 tahun pula baru nak dihapuskan? Itupun mujur dengan desakan rakyat melalui demo.

Penghantar e mail itu tak pernah tahu tujuh lapan tahun yang lalu berapa juta wang caruman KWSP hilang, pelaburan rugi, pelaburan tidak beretika, sistem transit yang rugi. Umno? BN yang bagus, tetapi 1.4 juta luput pada tahun-tahun berlalu. Kemana 388 keping cek milik perasa bernilai RM1.4 juta. 47 cek lagi bernilai RM320,612.74. Sepuluh tahun yang lalu juga, ke mana 287 cek dengan nilai RM417,102,40. Sehingga tahun 2001 pun masih ada malaun 457 cek bernilai RM 709,470.48 ghuyup.
Kita tanam padi tapi beli beras. Siapa kontrol bernas. Kini mengapa 31% dikuasai oleh syarikat asing. Siapa main dan dalang?

Macam mana kes Perwaja? Apa yang terjadi kepada RM2,985 juta dan 7 bilion hutang bank?

Mana duit pendeposit Tabung haji misalnya RM4.415 juta dan RM3.310 juta?
Ke mana wang Petronas dan tidak zalimkah apabila hak rakyat yang berhak mendapatkannya dinafikan?

PPRT dapat peruntukan RM400 juta dalam tahun 1995, apa yang berlaku? Kenapa perbelanjaan RM2,400 dibongkar sampai tak sudah sedangkan perbelanjaan 42 juta ambil kisah?

Ini cerita lama. Sudah basi. Belum timbul yang baru. Bagaimana dengan keadilan, kroni, salah laku?

Ini bukan soal Pas dan Umno tetapi cara Umno mengendalilah maka terjadi seperti ini. Ia ada sesuatu yang tak betul.

Adakah Umno itu berkiblat kepada Machiavelli, Hetlar, Nazisme?

Siapa pula yang menutup SAR? Hebuh tentang Islam Hadhari, kini apa jadi? Kenapa tak mahu pakai saja Islam hakiki?

Kata nak bela orang Melayu, tapi tanah rizab Melayu sendiri diambil sesuka hati. Konon nak bela orang miskin tetapi sekangkang tanah payah nak diberi.

Dulu kita ada 4,545,937.39 hektar tanah rizab, kini (beberapa tahun yang lalu) tinggal 4,419,110.75 hektar. Sedang padang golf mampu dibuat seluas 1,253.715 hektar.

Melihat tesis dan kajian kedudukan tanah orang Melayu, sangat menakutkan. Tanah saja nama tanah Melayu, tetapi jika dilihat peta dan geran, siapa yang menguasai.

Jangan salah pembangkang atau PR. Yang melakukan ini sejak 50 tahun yang lalu, sedang PR hanya baru setahun.

Siapa yang ramai menyalah guna kuasa? Siapa yang ramai melingkup menggelap wang rakyat?

Hahhh, semakin banyak yang timbul kalau hendak dibangkit. Apakah ini pil-pil yang boleh menyembuhkan kesakitan dan parahnya negara Malaysia yang dicintai?

Sahabat yang bernama NASI SIRU ini mungkin berpegang kepada 1 (satu) seperti 1Malaysia dan itulah mindanya juga satu: Terbaik dalam dunia ialah Umno.

Yeebabbbb!

9 comments:

  1. asalbayu

    Assalamu'alaikum yebeb,

    Almarhum bapa saya adalah penyokong tegal UMNO. Saya juga pernah jadi AJK UMNO di Alor Setar. Tapi kini hati dah tawar nak jadi kuda UMNO.
    Kini saya perhatikan kawan-kawan dari media arus perdana yang dulu aktif bila ada aktiviti seni budaya di Alor Setar. Tapi kini setelah kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa, tak nampak mereka cover aktiviti seni budaya di sini. Seolah-olah aktiviti sedemikian dah tak ada selepas kerajaan bertukar kuasa. Sebab itulah saya buat laporan aktiviti seni budaya di SIASAH.
    Seperkara yang patut semua tahu ialah berkenaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) yang kini sudah menjangkau usia lebih 5 dekad. Saya kini adalah salah seorang Ahli Jawatankuasanya. Pada 23.5.2009 lalu ia mengadakan majlis tersebut yang pertama kali dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah. Tahu siapa dia kan?
    Selama ini tak ada seorang MB pun yang jenguk. Jauh sekali nak nyatakan minatnya dengan aktiviti-aktiviti PSMCK. Saya ada buat artikel mengenainya dalam SIASAH terbitan 14 - 20 Jun 2009.

  1. chegarMD

    ustaz!
    hari ini 24 ogos 2009 muka10 dlm akhbar sinar,sesuatu yg memilukan
    umat islam di malaysia.Shahrizat
    nasihat kartika kemuka rayuan agar
    tidak di hukum sebat, kerana minum
    arak takut malaysia dianggap mengam
    alkan hukum islam yg mengerunkan.
    alangkah malang nya malaysia mem
    punyai pemimpim wanita yg bersikap
    anti islam. adakah ini cuntuh terbaik utk anak2 kita .walau bagaimana pon sikap kartika dan bapa nya amat menharukan saya mengikuplaporan laman klpost karti
    ka engan turun dari kereta bila di minta ,takut hukuman di batalkan,
    sementara bapa nya meminta hukuma
    n di laksanakan agar shariat tidak di persendakan .jazakllah kartika
    dan bapa nya. sementara menteri umno mengangap hukum islam memaluk
    an negara.

  1. pokmudo

    Satu lagi yang Ahmad Maslan lupa cerita kat orang Permatang Pasir, dia pernah tolong 'toreh getah' penduduk Manek Urai semasa kempen PRK N41.

  1. abu muaz

    Saya punya pendapat UMNO sudah diserang sawan babi bukan selsema babi.....

    Nanti kalau terkancing gigi teruk la...

  1. Zaidin

    Orang yang dok paham 1 (satu) saja tu dh ketinggalan zaman. Dah tak leh pakai lagi pemikiran macam tu. La ni orang dah cerdik, dah bukak mata, dah bukak minda, bukan macam org yang sms kat ustaz tu. biaq pi la kat dia ustaz, biaq pi di tenggelam dalam satu kepercayaan dia tu sorang-sorang. Dia ingat UMNO/BN tu saja yang terbaik, terhebat dan terterror.

  1. Anonymous

    bukan nak kata apa, tapi kat lumut setiawan nuh, YB nizar dulu pegang. waktu tu, apa yang dah jadik?
    tanah berhektar2 dijual kepada bussinessman cina. Kar Sing sdn Bhd. Yu Neh Huat Properties. Dah la dijual. dipajak 999 tahun pulak tu.
    Fikirlah elok-elok.
    Kalau dari zaman Melaka Parameswara 1411 pun sampai sekarang tak sampai 900 tahun lg, sampai bile gamaknya tanah2 dekat sitiawan dan lumut tu orang melayu nak dapat blk?
    jadi kalau nak salahkan UMNO sebab tanah rizab melayu hilang, harap2nye adalah cermin untuk tengok diri sendiri.

    Saya tak kata UMNO bagus. Cuma saya sakit hati bila tengok orang ISLAM sendiri memperlekeh umat ISLAM lain semata-mata untuk menunjukkan kebaikan sendiri.
    Kita sama-sama Islam semua. Kalau salah kita tegur. Amar Makruf Nahi Mungkar. Bukan kita label orang yang kita rasa salah dengan macam2 nama. Bukan kita biarkan mereka sesat selamanya.
    Kalaulah Baginda Rasulullah SAW masih ada, adakah kita rasa baginda akan merestui tindakan kita dengan memperlekeh orang lain?
    Adakah baginda akan bangga melihat 'perjuangan' kita mematikan aqidah muslim lain?
    Patutlah Baginda risaukan ummatnya sebelum wafat. Patutlah baginda pernah menceritakan kelemahan umat islam masa depan yang ibarat buih-buih dilautan kerana perpecahan dan sifat cintakan dunia dan takutkan mati.

    Sekadar renungan. Tak berniat mengkucar-kacirkan ummat. Tidak bermaksud memecahbelahkan Khairun Ummah.
    Minta maaf andai ada silap salah.
    Wassalam.

  1. Anonymous

    Saya sokong anon 1:10pm ni. Itu baru setahun, kalau 50 tahun tentu Melayu jadi hamba abdi je... Nauzubillah min zalik.

  1. Anonymous

    sdra Ano 1:10 dan 9:29
    Macam mana pula separuh negeri johor selesai diratah oleh cina singapura dalam projek Iskandar? Pulau Pangkur sebelum ini siapa punya, Genting bagi kat sapa, Tioman dan Batu Putih siapa pemiliknya? Siapa yang bagi? Woodland di Singapura, tapak kawasan keretapi apa sudah jadi? Singapura dulu, siapa pula yang sedekah. Adakah polisinya sama dengan polisi Nizar?
    Salam, semoga kita bersaudara.

  1. Anonymous

    At the same time, the influential replica handbags logo plays an quite important pole in making replica handbags and wallets very recognizable. Certainly, what really make replica bags and its wallets gain the huge popularity among celebrities is their amazing and fashionable styles, and thoughtful design details. As an illustration, we may take designer replica handbags .