(Petikan dari artikel yang akan disiarkan dalam Utusan Pengguna keluaran November-Disember 2009)
1.
Saya rasa orang-orang seperti ini ( rujuk tulisan dalam blog ini Saturday, September 05, 2009) tidak akan menuntut sebuah banglo atau sebuah apartment atau rumah kos rendah. Malah mereka tidak pernah menyembah kepada Pejabat Zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hari ini mereka hidup, esok mereka makan apa yang boleh. Mereka tidak pernah bertanya esok hendak makan apa dan mereka tidak sedarpun ada pertanyaan ‘esok mahu makan siapa.’
Ketika cerita ini saya masukkan ke dalam blog, simpatinya dapat dirasai. Seorang entri memberi komen:
Bagaimana mulanya kemiskinan menimpa mereka dan berterusan pula? Sebab utamanya miskin akal dan budi.
Akal gagal mmemikirkan bagaimana mahu keluar dari miskin dan budi yang miskin gagal mertabatkan diri.
Ajarlah mereka keluar dari masalah kemiskinan. Itu yang tepat. Tugas siapa?
(1) Jiran
(2) JKM-JKK
(3) Baitulmal
(4) Pemimpin setempat.
(5) Kerajaan?
2.
Seorang entry (Anonymous 6:12 PM) yang mengaku belajar di Afrika mencadangkan, siapa yang sudi menjadi pengumpul (collection) terhadap keluarga miskin yang saya bentangkan di dalam blog ini.
Bagi saya, terpulanglah. Namun saya tidak terdaya kerana ini melibatkan amanah. Takut jika tidak tertunai. Oleh yang demikian, jika anda prihatin, berusahalah setelah mendapat maklumat.
Setakat hari ini (Khamis 10 Sep 2009, saya terima dari seorang hamba Allah RM300, yang tinggal di luar negara, iaitu di Jazirah Arab. Di kirimnya melalui akaun bank.
Selain itu, pada saya sudah terkumpul dari rakan-rakan hamper RM200, dua tiga kampit beras dan barang-barang keperluan dapur, sepasang dua saya beli pakaian untuk anak-anak berhari raya.
Esok, Jumaat pagi saya dengan rakan akan ke Gunung Sali, menemui keluarga tersebut untuk menyerahkan sumbangan.
Terima kasih kepada penyumbang.
Melihat dan cuba membantu keluarga miskin sebenarnya sudah kami lakukan ( melalui Persatuan Pengguna Pulau Pinang-CAP) tapi dasar CAP tidak memberi ikan untuk makan. Ia lebih bersifat membeli jala atau pukat.
Tiga tahun yang lalu kami kunjungi di utara dan pantai timur. (Silalah rujuk buku saya terbitan CAP: Mustadh`afin) kami kunjungi Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah. Kami buat laporan tentang keluara miskin ini di mana-mana yang kami kunjungi. Laporan itu kami hantar kepada kementerian berkenaan dan pihak bertanggung jawab.
Alhamdulillah salah satunya yang kami dapat maklum balas, keluarga miskin ( suami lumpuh sedang anak-anak pintar) di Kg Pengkalan Nyirih, Besut Terengganu telah mendapat bantuan RM400 sebulan dan sebuah rumah sederhana.
Tempat lain kami tidak dapat maklum balas.
Maka, akan hal keluarga di Gunung Sali ini, saya sangat sedar, sekadar bantuan kewangan dan makanan tidak akan mengubah hidup mereka. Ia bergantung kepada sikap dan kesedaran.
Melalui CAP, saya akan cuba berusaha memanjangkan hal ini kepada pihak kerajaan, agensi yang bertanggung jawab selain dari meminta masyarakat Malaysia turut prihatin.
Salam
-Azizi Hj Abdullah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Rumah ini adalah rumah aman
salam
saya cadangkan selain laman web, tuk ya sediakan juga facebook, di samping ada ruangan untuk nota, juga boleh diselitkan gambar,( memandangkan kurang yang membaca tapi suka melihat gambar, agar dengan gambar teruja mereka untuk menolong atau mewar warkan) pengguna facebook di Malaysia makin bertambah.
sekadar cadangan
sdra admin
memang bagus facebook tapi soalnya saya tak tahu.
ni cuba nak masuk facebook anda tadi pun tak berjaya.
blog saya sebenarnya dikendali oleh anak saudara. saya cuba bagi bahan.
dah tua, bodoh tu bodoh jugalah.
salam
azizi
Khabarnya, sebelum PRU12 Mac 2008 MB dari UBN bina banglo berharga RM4 juta di Naka, Kedah siap dengan tempat landing helikopter. Juga ada cerita andai UBN dapat kekalkan kuasa, para Exco nak pi makan angin di Negeri China. Jiran saya ada beritahu kawan baiknya pernah lalu dekat rumah banglo tu jam 3 pagi masih ada pekerja sedang bertukang. Kalau nak percaya cerita ni terpulanglah. Abaikan saja kalau ini cerita tak betul.
askum,
ustaz selamat berpuasa,menyentuh tentang kemiskinan melampau yg berlaku di sekitar kita suatu yg sangat menyayatkan hati,seseketika
menyebabkan perasaan marah kpd orang2 yg bertanggunjawab memerint
ah negara ini, sepatut nya dgn jalur kerja mereka tidak sepatut tersembunyi manusia2 yg terlalu miskin. mana dia jkkk, mana
dia nebeng, mana dia wakil rakyat yg berkukuk setiap waktu, satu lagi kes yg dapat dilihat dlm akhbar sinar tarikh 15/9/09 di kg jernang ,buleh menghancur perasaan melihat penderitaan mereka. saya
rasa kalau mb kedah melihat nya tidak akan lena tidur, begitu juga tuanku melihat rakyat baginda merimpat tentu beginda tidak rela perkara ini berlaku. di manakah wang zakat? tulung lah mana 1mala
ysia ,sangat2 aib perkara ini berlaku,bagaimana pemimpin kita akan berhadapan dgn tuhan,samaada
pas ke atau pon umno, mereka semua bertanggungjawab di hari yg tidak guna lagi mainan politik...
Asalbayu,
Mai kita pergi tengok sama-sama.
Bila ada masa lapang, ajak saya. Saya belanja.
azizi abdullah
cegarMD,Salam.
Susah bercakap dalam soal ini. Sebab tu, ada orang, seperti CAP yang saya dok disini, politik tidak boleh diharap dan dipercayai. Yang penting masyarakat sedar dan bertanggung jawab. Bukan hanya memberi makan, tetapi yang penting memberi alat bagaimana mereka hendak cari makan. Tapi ini jarang diberi.
Insyaallah, saya akan ke kampung Jernang. Tapi di mana?
Salam
azizi abdullah
ustaz,
saya menyeru kpd ustaz tulung menulis dgn mata pena ustaz yg tajam itu, bagi menentang musuh2 islam dari kalangan orang2politik dan ngo dari kalangan kerajaan yg
mendesak saudari kartika sepaya membuat perkara yg beliau tidak mahu.saya merasa terlalu terharu dgn pengakuan nya mahu bertaubat,
tapi masih di gangu dan dan di pertikaikan kemahuan nya. perbuat
an mereka itu melangar hak asasi
sesorang yg mahu bertaubat malah
menyeru kpd mungkar dan melarang kebaikan, maka sya menyeru kpd
mufti2 terutama harsani yg menjadi
muti perak sepaya mempertahankan
rakyat yg dia bertanggongjawab dlm
hal2 islam.
Salam hari raya yg bakal menjelma.
smga syawal yg kita rayakan & raikan adalah dari hasil semangat berjuang mengawal nafsu.
& smga tiada kesedihan menjelang syawal.
bicara saya di sini.
http://kangnasir.blogspot.com/2009/09/salam-aidil-fitri.html.
alhamdulillah.
dengan berkat ketabahan & kesabaran ayah & ibu.
serta dengan berkat doa ayah ibu.
saya mampu berbicara di alam maya,
walaupun masih serba kekurangan,
namum saya bersyukur atas nikmat yg allah kurniakan pada saya.
disini syurga saya.
http://myname63.blogspot.com/2009/06/menyusuri-jln-kebahagiaan.html.
kemiskinan mengajar saya tabah & bersyukur.
kemiskinan kadang2 org akan salah anggap.
kerana kemiskinan juga mereka terpaksa menyendiri bagi tujuan menghindar dari fitnah.
kemiskinan tidak semestinya org yg miskin itu pemalas.
kemiskinan juga amat erat dengan penghinaan & cercaan.
kemiskinan mudah diperalatkan.
smga mereka tabah sebagaimana ibu ku.
& smga mereka akan berjaya insya'allah.
Selamat Hari Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
Daripada:
Mohd Roshidan Hassan
Junaidah Kassim
Nurul Ain Fathihah
Mohd Afnan Fathurrahman
Nurul Amirah Fatin
Nurul Adeebah Farzana
Nurul Atiqah Farhani
Nurul 'Adilah Farihah
Mohamad Adnin Firdaus
Salam AidilFitri 1430 H, teruskan perjuangan menata kebenaran yang nyata!
http://2.bp.blogspot.com/_NjZfwZCiUGU/SrTaQxuUtNI/AAAAAAAAAMs/_x_6oswPWHc/s1600-h/SALAM.JPG
Assalamualaikum Cikgu,
Saya ucapkan tahniah atas usaha yang cikgu lakukan. Kalau nak harapkan Pusat Zakat memang payah. Saya pernah mengemis di Pusat Zakat untuk menuntut hak saya, bukan main payah. Namun, apabila akhirnya saya berjaya mendapatkannya saya berasa sangat bersyukur.
Tahniah atas bantuan yang sedang cikgu lakukan terhadap mereka yang memerlukan.
Berhari raya dengan pengertian takbir
pak zizi,
boleh ke bermewah-mewah dianggap sebagai jenayah?? kalau boleh alangkah bagusnya..
takkan timbul isu kaya-miskin.. kalau yang kaya tak dapat bermewah.. limpahan akan tiba juga kepada yang miskin...
Post a Comment