-Azizi Hj Abdullah
Aidilfitri 1430 sudah berlalu. Ada sesuatu yang tidak kena rasanya terhadap kemuliaan dan tuntutan aid itu sendiri kerana sikap dan cara sesetengah golongan umat Islam kita menyambut hari aid ini. Ternyata sesetengah umat Islam masih kuat berpegang kepada perkara yang tidak ada hujah melainkan terpengaruh dengan keseronkan..Hari aid telah ditunggang balik tujuan, adab, hikmah dan tuntutan yang sebenar. Golongan ini telah mentafsirkan hari gembira yang tak tahu hujung pangkal.
Apa sudahnya jika hal ini berlarutan? Siapa yang bertanggung jawab untuk membetulkan hal ini? Barangkali boleh kita letakkan tanggung jawab ini kepada:
1. Seorang menteri yang berkuasa dalam Kementerian Komunikasi yang juga berkuasa dalam lesen Astro atau dalam bidang penyiaran swasta.
2. Pengarah dan penerbit rancangan hiburan di mana-mana stesen penyiaran.
3. Pelakon, artis, budayawan, fesyen, modeling atau setidak-tidaknya pengarah/ penerbit persembahan.
4. Editor ruangan hiburan atau editor akhbar, majallah dan,
5. Sesiapa yang dirasakan ada memain peranan dengan bidang ini menjelang hariraya.
Golongan-golongan ini mestilah diberi penerangan yang sungguh-sungguh dengan hujah dan hukum. Beri ceramah dan kaunseling yang berkesan tentang salah betul apa yang dikata agama itu. Dan kemudiannya dikuatkuasakan pula oleh undang-undang, di mana menteri berkenaan dan pihak berkuasa komunikasi sudah faham segala-galanya.
Jangan jadi hukum sebat Kartika. Hukum ada tetapi pelaksaaannya uk-ak-uk-ak.
Tulisan ini akan dianggap melampau. Tetapi soalnya kita telah membiarkan hal ini sedemikian lama, maka apakah kita tidak mahu sama-sama membetulkannya?
Aidilfitri sebenarnya sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan, maka Allah membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah. Hari itu Allah menghalalkan berbuka dan mengharamkan berpuasa Tapi mengapa ada golongan yang mengubah tuntutan aid ini dengan imej gila dan tidak ada kena mengena dengan aid.
Dulu kongsi raya. Ada pemimpin beria-ria kata bagus. Pembodek pun kata bagus. Pada tak betul. Yang tak betul ialah amalannya. Tapi kerana kejahilan, perkara itu jadi acara Aid Islam.
Kini program hiburan menjadi program hari raya. Hari raya semacam tidak sah kalau tidak ada program ini. Siapa yang mengajar? Petua mana yang diambil? Ke mana JAKIM, IKIM pula mana dakwahnya. YADIM apa kuasanya? Menteri Penerangan Islam, Kementerian Komunikasi, masakan boleh membiar begitu saja.
Kalau ada golongan yang bawa kepala lembu di katakan mencemar kesucian. Kartun Nabi Muhamad, menghina Islam. Soal penjualan arak di katakan tak jaga maruah Islam. Sebut Tuhan samseng melenting kata kurang ajar. Rasul melayu ditangkap. Tetapi apabila ada program mencemar kemuliaan raya, digalakkan pula.
Bukan mereka tidak tahu di antara adab-adab dan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan ketika menyambut kedatangan hari raya, tapi sayangkan mereka degil. Tak pula dimasukkan ke ISA kerana menghina agama.
Golongan yang disebutkan di atas sebenarnya tidak memahaimi apa yang mereka lakukan itu adakah maruah hari raya atau hiburan hari raya. Bagi mereka hari raya ialah:
1. Pendedahan pelakon A bertunang dengan B, seiring sejalan menghantar tunang balik kampung di perhentian keretapi. Itulah upacara hari raya.
2. Bagi mereka hadiah hariraya ialah pengumuman ia membintangi drama hariraya?
3. Bagi mereka tidak nama hari raya jika tidak dengan Mega Raya Aidilfitri?
4. Bagi mereka hari raya ialah dengan adanya program drama Apek, Raja Azura, Nabil atau Aziz Satar.
5. Bagi mereka, kemeriahan hari raya ialah dengan adanya Roda-roda hari raya?
6. Bagi mereka hari raya mesti ada program telatah dan jeritan dan lompat gedik Aznil Nawawi dengan rancangannyanya?
7. Bagi mereka hari raya mesti ada tayangan filem Duyung, di mana Maya Karin berkemban sisik?
8. Bagi mereka petua memeriahkan hari raya umat Islam ialah hidangan I `m Not Singgle. Tasbeh dan takbir raya ialah dengan pendedahan Pierre Andre dengan Maya Karin dipaksa kahwin dalam usia muda melalui filem untuk hari raya?
9. Bagi mereka persembahan sempena hariraya hanya dengan kemunculan Farid Kamil, Lisa Surihani, Intan Ladyana?
10. Kenapa mesti meletakkan acara sempena hariraya umat Islam dengan Impak Maksima, Nana Tanjung3 yang menggambarkan seorang bapa kena main dan dibuli oleh anak-anak?
11. Apakah dengan tidak ada acara Habibi Mawi Aidilfitri maka hariraya tidak wujud?
12. Filem-filem hancai dan tidak memberi apa-apa makna selain menjerat emosi anak-anak muda, seperti syarat wajib tayang menjelang Aidil Fitri. Maka apakah rancangan hariraya dengan Kelab Pop, Fantasia, Macam-macam Aznil, Evolusi KL Drift, Monsert Reunion Af7 itu benar-benar dituntut oleh adab-adab hari raya?
13. Apakah megahnya hari raya dengan konsert Datuk Siti Nurhaliza dan akan tambah nilaikah fadilat hari raya?
14. Pihak rikod dan perushaan CD juga berebut-rebut menjelang raya, kononnya mahu mengambil sempena hariraya. Apakah hari raya hari MTV Karaoke Raya? Hari Nostalgia lagu raya? Hari Kompilasi lagu lama baru? Itulah amalan hari raya?
15. Apakah keberkatan hari raya kesahnya Abby yang sudah jadi solo dan menduduki rumah baru? Megah apa untuk hari raya hanya kesah seorang artis dikapit anak-anak yang bapanya sudah bercerai?
16. Tak jadi hari rayakah jika tidak ada Santai Bersama Seloka Lebaran.
17. Tak berserikah hari raya jika tidak menayang pakaian cantik dari modelling yang menyatakan gembira sambul lebaran dengan teman lelaki?
18. Bermaknakah hari raya yang mulia lalu diberita tentang seorang mantan johan menyanyi yang menangis di hari raya?
19. Itukah hariraya dengan barisan modeling menyatakan inilah songket sempena hariraya?
20. Hari rayakah kalau hanya dengan artis-artis kacau dodol di pakarangan rumah, kemudian pakat-pakat menyanyi hari raya?
Betulkah program seperti ini untuk hari raya umat Islam? Siapa yang mengajar mereka? Siapa yang merancang program seperti ini?
Ternyata mereka: dari peringkat kementerian, pengawal selia media, pengarah rancangan, penerbit, edtitor, pengarah drama, yang melulus rancangan, yang menamakan slot itu sempena hari raya perlu menilai semula minda, pengetahuan yang sedia ada. Setidak-tidak-tidaknya tanya minda sendiri, apakah ini betul program hari raya yang dituntut oleh Islam?
Atau yang bertanggung jawab dalam soal ini perlu berhimpun dan jemputlah pula mana-mana badan, alim ulama, cendekiawan agar hari raya tidak dicaca merbakan dengan program yang tidak ada sangkut paut dengan kemuliaan dan tuntutan hariraya dari sudut agama. Kalau sekadar menari, menyanyi, hiasan lampu dan pelita, kawah dodol dan lawak bodoh, filem-filem yang tak sampai ke mana, bukan hari raya pun boleh dibuat. Tetapi mengapa hari mulia dengan adab-adabnya yang tersendiri, kita menempelnya menjadi program raya?
Ini belum disebut tentang konsert hari raya. Dari mana nama dan konsep ini datang? Tapi sayang umat Islam tetap tidak peka. Apabila ada sekumpulan membantah, dituduh bermacam-macam. Yang anihnya, pegawai yang meluluskan permit pun tumpang sekaki dengan erti kosert raya seperti itu.
Kita sudah banyak menyeleweng. Pihak JAKIM, IKIM, YADIM, YAPEIM dan institusi keagamaan, alim ulamak dalam kerajaan, Pusat Pengajian Islam, Kementerian Penerangan, Komunikasi, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah penyiaran, ketua editor akhbar, majallah, TV dan lain-lain perlu mengambil satu sikap memelihara kemuliaan hari raya. Kita sudah lama tersasar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
atas nama kebenaran, saya akui tulisan Azizi ini betul dan perlukan perhatian kepada semua.
salam lebaran,
apa yang dinyatakan pak Azizi itu semuanya benar, tiada yang salah dan tiada yang melampau. di mana melampaunya jika kita menyatakan yang hak. melampau ialah jika kita telah menyeleweng dan lari dari landasan yang telah digariskan oleh hukum Islam. teruskan menegur kerana agama itu nasihat menasihati.
wassalam.
bukan aidilfitri 1430 sahaja.. 1380 pun macam itu juga kot..
rasanya ramai dah ustaz/penceramah yang bagitau cara sebenar nak sambut raya...dengan tasbih&takbir, ziarah, sedekah, dll...
tapi orang ramai sendiri yang nak tengok TV pagi raya.. nak buat camno..
Salam Aidil Fitri.
Segala apa yang dinyatakan amat betui sekali. Dah lama dah. Dah bepuloh puloh tahun menda ni dok jadi tapi sekoq pun hat kata berkuasa tu dok ambik perhatian. Pakat dok nganga ja.
Pelik sungguh.
Mengkala kata hat dok bantah depa tu kan men lagi depa perang dan cincang.
Beginilah dunia kita di Malaysia ni. Hat menda tak berkaitan dgn kita pakat don julang megah. Yang menjadi budaya/amalan kita punyalah kuis kuis dok tepi pakat buat tak gheti.
Ka camna masyarakat kita nak jadi elok kalu puak puak yg berkuasa tu dok hidangkan menda menda camni.
Marilah kita sama sama 'merubahkannya'...
Saya membaca dari mula hingga akhir posting chegu dengan penuh perhatian dan tumpuan.
Tidak dinafikan bahawa semua catatan ini benar belaka dan bukan perkara baru.
Sebenarnya kita telah terlanjur jauh dan amat sukar untuk berpatah balik.Selagi nawaitu politik sebagai wadah utama,siapa pun yang berkuasa ia tidak akan berpatah balik kerana jika ada niat berpatah balik akan setakat itulah sahaja usia kekuasaan politiknya.
Apa yang bolih dilakukan hanya cuba untuk kurangkan secara berperingkat,namun jika ini dilakukan bagaimana kita termasuk chegu akan membuat ulasan teguran kerana tanpa menonton sudah pasti chegu tak akan tahu dan mendetailkan pogram tv ini seperti dalam catatan.
Ia sama dengan kuliah dan tazkirah ustaz pada Ramadhan yang lepas,memperincikan semua perkara "lalai" yang dilakukan termasuk kisah Bazar Ramdhan,kunjungan terakhir malam raya,bila bermulanya lagu lagu raya dimana hanya mereka yang lalai mengikutinya sahaja akan dapat membuat ulasan dengan begitu baik.
Terima kasih anda semua. Prihatin ini amat baik.
Apakah caranya? Kita bukan nak ubah dunia, tetapi sebenarnya minda.
Apajah kita perlu demo seperti membantah PPSMI? Atau sejuta tanda tangan dan serah kepada dua kementerian; 1 Kementerian penerangan yang menguasai TV1,TV2 dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia? (SKMM)
Soalnya, siapa nak mula?
-azizi abdullah
Salam,
Ana sokong 500%!
Sdr. Azizi,
Begitulah agendanya yang ada untuk rakyat jelata apabila penguasa-pemodal bersatu tenaga menentukan apa yang patut dan afdhal@elok untuk rakyat. Sebabnya? Mereka sangat "tahu apakah yang terbaik untuk kita". Bukankah begitu?
Dan malangnya kita (sebagai rakyat) semacam merelakan semua ini terjadi. Apakah tulisan, peringatan, teguran dsbnya yang sekategori dengan tulisan sdr ini disebarluaskan, dipedulikan? Atau semua ini hanya sekadar bacaan yang tidak membawa apa-apa makna apatah lagi kesan?
Di samping itu yang tidak kurang pentingnya dan paling teratas dalam isu ini ialah para birokrat agama/pentadbir macam yang Sdr sebut: Jakim, Menteri penjaga agama, Kementerian, dan para alim ulama yang di bawah ketiak pemerintah...Mampukah mereka bersuara?
Apakah mereka semua ini bebas dan berupaya bersuara?
Atau apakah mereka hanya dibenarkan menjadi penghibur atau juru lawak?
Ya, kita (sebagai rakyat) dapat dan perlu katakan secara berterusan bahawa lawak-lawak ini tidak begitu jenaka dan meghiburkan.
Dan kita (sebagai rakyat) wajar memaklumkan bahawa Eid itu istimewa. Dan ia bukanlah pesta hiburan.
Tidak kurang pentingnya, siapa agaknya yang wajar mentarbiah para penguasa-pemodal yang mencekik kehidupan kita?
"Selamat Hari Raya" kepada semua
Dilaga...
Sdra Dilaga,
Pandangan yang baik. Tapi soalnya siapa. Kata Ali Syariaty, siapa yang akan bermula? Jawabnya kitalah.Kita itu siapa?
Inilah masalahnya. Dua orang menghulur tangan, tiga lagi menarik balik.
Apa kata kalau 'Budayawan bertindak' memulakannya dengan menghantar memorendum kepada pihak yang berkaitan. Budayawan juga mesti menyangkut halnya dengan agama.
Salam TK.-azizi abdullah
Salam
Agak sukar mengharap kerajaan mengambil tindakan.Apa yang perlu kita lakukan :-
1.Mendidik anak-anak dan keluarga kita
2.Jangan tonton Rangcangan yang melalaikan
3.Jangan tonton TV Kerajaan atau TV yang melalaikan
Bila orang lain tak nak berubah selepas ditegur,kita yang memulakan perubahan itu.
susah juga nak ikut cadangan abghalim.. sebab rancangan TV yang baik dan tak baik bercampur aduk..
langkah awal, saya cadangkan stesen TV memisahkan program hiburan dengan program ilmiah/kerohanian. kalau ASTRO tu, kena ada pakej yang tiada di dalamnya hiburan yang melalaikan.
kalau kita boleh ada makanan halal yang dipantau pihak berkuasa, kena ada rancangan halal yang dipantau juga. siaran rancangan halal ini juga tidak seharusnya diselangi dengan iklan produk yang merosakkan umat.
Salam
Kat Malaysia ada kedai arak dan kedai ekor.Kat Hyper Market ada babi dijual dan makanan tidak halal.Kita yang ISLAM ni jangan beli.
Kat Bank pun ada Halal dan Haram.Tapi yang ni kena TELITI.UMPAMA Sebotol MINERAL bercampur dengan setitik RACUN..berani ka kita minum?
Salam Adilfitri semua,
Saya amat tertarik untuk membuat komen, kerana ianya suatu amat ketara sekarang!
disinilah perlunya artis berjiwa Islam,pengarah berjiwa Islam...dan segalanya ,barulah product yang dikeluarkan berunsurkan ISLAM dan dapat dihayati!
Kadang2 filem kita lebih teruk menghentam Islam secara halus dari membina ,kita lihat pengeluar filem dari Iran,unsur2 Islam jelas dan mengkagumkan!
Sayangnya artis dan orang kita....aaaaaarrr hampeh!
lancar anda dgn program-program 2 semua. Saya sndiri tak hafal. Adakah anda salah seorang penonton tegarnya?
tulisan ini tidak melampau. Yang benar tetap benar. Kepincangan itulah yang melampau. Aidilfitri bukan lagi carik malah sudah rabak hancur. Anak2 tidak layan tetamu kerana asyik layan TV. Semput ibu-bapa nak 'berperang' dengan unsur2 yang merosakkan itu.
tracinsPSL NEGARA MEREKA TKDAK ORG KUNING, ORG COKELAT, ORANG SAWO MATANG DAN CAMPUR2..setidak-tidaknya tak spt di Iran, takdak yg menyembah api d sini haby oooi!
yolah,bila org ckp A ko ckplah A...apa pun tak parti yg haram...PAS adalah parti ajaran sesat..pandai2 ckp parti lain haram..tp bekerjasama juga dgn parti lain.kata nak tutup kilang arak,tp kesudahannya...lu fikir lah sendiri.tahniah pada BN kerana menang..hidup BN!!!APA YG KORANG GUNA,DUDUK DAN SBG NYA KERAJAAN PUNYA..BERSYUKUR LAH OK...
PAS TELAH DI TERAJANG SEHINGGA LUMAT DI BAGAN PINANG PADA PILIHANRAYA KECIL INI. MANA TAKNYA??? BERMACAM-MACAM FITNAH YANG MELAMPAUI BATASAN MALAH AGAMA JUGA TELAH DI LACURKAN OLEH MEREKA PUAK PAS YANG TAKSUB INI.
DARI KES PUKUL MEMUKUL SEHINGGALAH PARANG MEMARANG SI PUAK TAKSUB SYURGA AYAH PIN NAUNGAN NIK AJIS INI CANANGKAN MERAIH UNDI SIMPATI DARI PENDUDUK BAGAN PINANG.
NAMUN PENDUDUK BAGAN PINANG MALAH SELURUH RAKYAT MALAYSIA SUDAH TAHU APA ITU PARTI hamPAS!!! PARTI PAS YANG PENUH DENGAN DOSA, PENUH DENGAN KURAP, MALAH PENUH DENGAN PERASUAH!!!
SEPANJANG PROSES BERKEMPEN PIHAK PAKATAN HARAM INI TERUS-TERUSAN MEMBURUK-BURUKAN TAN SRI ISA SAMAD DAN BARISAN NASIONAL. TIDAK KELUAR SEPATAH PUN AGENDA YANG MENJAGA RAKYAT DI BAGAN PINANG INI OLEH PAS!!!
JIKA DI AMATKAN DENGAN TELITI, BUKAN SAHAJA DI BAGAN PINANG MALAH DI MANA-MANA PILIHANRAYA SEKALIPUN. PAKATAN HARAM INI AKAN MENFITNAH, MENCACI MAKI MALAH MENGHINA CALON DARI BARISAN NASIONAL. TIDAK PERNAH SAMA SEKALI PAKATAN HARAM INI MEMBAWAKAN ISU BERKENAAN MASAALAH RAKYAT MAHUPUN PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR BUAT RAKYAT DI KAWASAN PENGUNDIAN TERSEBUT!!!
ISU LIBASAN PARANG MERUPAKAN SATU ISU FITNAH YANG SUNGGUH MENGAIBKAN RAKYAT BAGAN PINANG. PAS CUBA MENJADIKAN RAKYAT BAGAN PINANG MANGSA DALAM KEKECEWAAN MEREKA PUAK PAKATAN HARAM INI. SEHINGGAKAN SAMPAI DI SATU TAHAP PENDUDUK DI SALAH SEBUAH KAMPUNG TELAH MENGHALAU JENTERA-JENTERA PAS YANG SEDANG MEMEKIK TERLOLONG DI KAWASAN RUMAH MEREKA.
RAKYAT BAGAN PINANG TERNYATA TIDAK DAPAT MENERIMA SIKAP DAN FALSAFAH PAS YANG MENYELEWENG DARI LANDASAN ISLAM. YANG HARAM PAS HALALKAN, MALAH YANG HALAL DI HARAMKAN PAS. TIDAK CUKUP DENGAN ITU PAS JUGA TELAH MENGHINA PARA TENTERA-TENTERA DI PORT DICKSON INI.
SOKONGAN PUAK PAKATAN HARAM TERUTAMA PAS PADA KEPIMPINAN CHIN PENG KETUA KOMUNIS YANG TELAH MEMBUNUH BERATUS TENTERA DAN POLIS TELAH DI TOLAK OLEH PARA TENTERA DAN SANAK SAUDARA ANGGOTA TENTERA DAN POLIS DI KAWASAN PORT DICKSON INI. PARA TENTERA DAN POLIS SEMESTINYA TIDAK AKAN DAPAT MELUPAKAN KEKEJAMAN KOMUNIS INI.
PAS TERNYATA TELAH DI SEPAK TERAJANG OLEH SEKALIAN RAKYAT BAGAN PINANG. MALAH CAKAP-CAKAP MENGENAI PARTI PAKATAN HARAM INI BERTERUSAN SATU PORT DICKSON. MAJORITI RAKYAT MENOLAK KEBIADAPAN DAN KEJAHILAN PAS SEMASA BERKEMPEN DI BAGAN PINANG INI.
TERIMA KASIH KEPADA SELURUH PENGUNDI DI BAGAN PINANG YANG TELAH MEYEPAK PAS PARTI AJARAN SONGSANG INI. SAYA YAKIN, TAN SRI ISA SAMAD AKAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAP YANG IKHLAS DAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA RAKYAT DI KAWASAN BAGAN PINANG INI.
SEMOGA SEMANGAT JUANG YANG TINGGI PENDUDUK BAGAN PINANG INI DAPAT DI IKUTI OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA AGAR KITA MENENDANG DAN TERAJANG PAKATAN HARAM PAS, PKR DAN DAP INI DARI TERUS-TERUSAN MEMPERBODOHKAN KITA!!!
PAKATAN HARAM MESTI DI SINGKIRKAN!!!
Anony...jam 5:25 am. (Pengkomen yang ke 18.
Saya rasa blog inilah blog yang tidak menyempurnakan luahan pandangan buruk sdra terhadap Pas dan Pakatan.
Mungkin sdra tujukan kepada saya tuan punya blog ini kerana sdra tahu saya ini sokong Pas. Dan saya juga tahu sdra, iaitu sdra yang pernah saya sekat memasuki blog dan e mail saya.
Jika sdra rasa cukup puas dengan meluah kebencian terhadap Pas dan tetap menyokong UMNO, BN, teruskan kerana sdra bukan orang terakhir yang masih setiap dengan dasar perjuangan Umno. Tapi saya sangat kesal kerana anda melambung puji terhadap Isa.
Kalau beginilah fikiran sdra tentang Isa, ini diantara perwakilan orang melayu yang masih tidak mampu berfikir matang.
Salam
Yang benar AZIZI ABDULLAH, Tuan Punya Blog, hampas kepada Nasi Siru.
Assalamulaikum Ustaz,
Ustaz pernah menjadi cikgu yang dihormati di kampong saya ketika saya kecil dulu.
Pandangan Ustaz memang benar dan saya akui tetapi ia bukan satu realiti untuk diterbalikkan senario yang berlaku itu.Ustaz boleh tulis dan mengeluh terhadap apa yang berlaku. Pihak pembaca akan melihat kerajaan sekarang tidak cukup Islamiknya. Tetapi ia akan tetap begitu biar siapapun yang mentadbir atau memerentah. Ia umpama novel-novel karya ustaz yang penuh dengan imiginasi dan berjaya membuai pembaca serta melupakan seketika realiti kehidupan dan persekitaran yang wujud.
Ustaz akan terus begitu berimiginasi dalam realiti kerana jiwa dan raga telah sebati sebagai penulis novel dan cerpen.
Golongan seperti Ustaz ingin melihat dunia seperti dalam novel karya mereka.Mereka sukar untuk memisahkan realiti dunia dan realiti dalam karya mereka sehingga terbawa-bawa dalam penilaian mereka terhadap manusia dan persekitaran. Ini berlaku sejak dulu lagi. Kita boleh kaji dalam catatan Syed Sheikh Al-Hadi. Begitu juga apa yang berlaku kepada Pak Samad Said. Dia tidak perlu berjuang sejauh itu dalam dunia realiti kerana bagi saya ia akan merosakkan karya-karyanya yang penuh kritis dan mengikis persepsi manusia 'luhur'yang telah dicop kepadanya.
Adalah lebih baik golongan seperti Ustaz menegur, mengkritik dan menghentam dalam berkarya.
Menghadapi kerenah dunia tidak semudah menghasilkan sebuah novel, cerpen atau sebuah sajak kritis.
Jejakasuci
Post a Comment