Dungukah Jais? Terburu-Burukah Asri?

Posted by Tukya Labels:



-Azizi Hj Abdullah

Semakin hari semakin menjadi isu perbalahan Dr. Asri dengan JAIS. Sampai jadi melalut-lalut. Yang lain tumpang sekaki. Penulis juga naik semak serabut. Apalah kita orang Melayu Islam ini. Benda sebesar tahi hidungpun, nak tunjuk juara dan kuasa, sampai mempelengongkan orang awam.

Jalan selesainya mudah. Pegawai JPJ bagaimana kualitinya pun dalam kerja hal-hal JPJ, kalau tak ada lesen memandu, dia tetap salah. Polis boleh tangkap. Tapi ingat, ilmu JPJnya tidak terjejas. Dia tetap pegawai yang mempunyai kepakaran pengurusan JPJ.

Air yang mengalir dari puncak gunung, meleleh turun melalui katur dan lurah, mengalir ke hulu sungai, mengalir ke batang kalinya, tidak boleh disekat dan di ampang begitu-begitu. Dan akhirnya air itu mengalir atau menerjah ke kuala. Di kuala mereka berkompol. Mereka tetap bernama air.

Dr. Asri diumpamakan pegawai JPJ yang tak ada lesen memandu. Titik. Pemikiran, aliran fahaman, ilmu yang dipelajari kemudian menjadi pegangan ada dalam otak Dr. Asri dan orang-orang yang seumpamanya. Ertinya mereka belajar. Bukan berguru; kepalang berguru bagai bunga kembang tak jadi. Masakan Profesor yang menjadi gurunya iblis? Masakan Universiti Jordan bangsal tunggu durian?

Kalaulah Dr. Asri akur dengan penangkapan kerana tanpa permit, kita fikir perkara ini selesai. Kalaulah JAIS pula tidak menunjuk ‘bodoh sombong’ yang ternyata menjadi tunggangan pihak lain, kita juga rasa hal ini tidak jadi melilau macam layang-layang putus tali.

Apabila membaca wawancara wartawan Utusan, Mohd. Radzi Mohd. Zin dengan AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor, (MAIS) Mahfuz Muhamad, ternyata sarang tebuan yang dipelihara Dr. Asri telah dijolok. Mahmud Muhamad kita rasa telah menyorot pendangan dan pemikirannya ke 100 tahun ke belakang.

Dr. Asri mempertahan dari segi pemikiran. Ilmu ilmiahnya dan tidak salah sama sekali jika dia pegang sampai mati. Bukan tuduhan Wahabi yang penting, tapi apakah yang dipegang,yang diamal, yang diyakini dan yang menjadi aliran pemikirannya itu salah.

Kafirkah Asri kalau tak baca qunut solat subuh? Kafirkah Asri kalau tak baca talqin ayahnya meninggal? Zindiq atau mulhidkah Asri kalau tak buat tahlil?

Apakah syumul Islam jika budaya Israk Mikraj, Maulid, Marhaban dilakukan setiap tahun?

Kita hairan dalam rencam pemikiran kita melebar aliran pemikiran, berjuang kearah kebebasan berfikir, keterbukaan akal dalam agama, tiba-tiba kita disempit dengan hanya menerima petua dan kitab jumud hal-hal furuk atau cabang. Kita tinggal perkara asas.

Kita rasa cukup malu apabila ditimbulkan hujah hendak mematah tengkuk Asri dengan alasan membawa implikasi kepada syiriknya amalan Maulid, marhaban, menziarahi kubur dan tabarruk.

Ya Tuhan, kona mereng, cabut ceninin, tiba-tiba undur 100 tahun yang lalu. Tak pula berani bertegas tidak sah solat subuh di Mekah kerana tak ikut Syafiee, tak Ahlussunnah Waljamaah?

Tulisan ini bukan menidak aliran pemikiran Ahlussunnah Waljamaah ( saya lebih selesa menamakan aliran pemikiran dari hukum) dan tidak pula menyebelahi apa yang sangat elegik oleh JAIS, MAIS, iaitu Wahabi.

Tapi dari sudut ilmu dan ijtihad para ulama, apakah kita berpendapat Ahlussunnah Waljamaah saja yang betul, terpakai dan muktabar? Mau dilempar ke mana ilmu dan pemikiran ulama-ulama lain. Nak dihumban ke mana Hambali? Nak ditolak ke mana Hanafi dan ramai lagi pemikir, failasuf, ulama yang terdahulu yang tidak sealiran dengan Ahlussunnah Waljamaah.

Mahukah kita kata mereka tak terpakai? Mereka sesat? Mereka penghasut?

Mungkin orang akan menuduh, menolak Ahlussunnah Waljamaah bererti menolak Hadis Rasulullah, harapan Rasulullah. Tapi bagi kita, yang menjadi harubiru, caca merba dan pertelingkahan ini bukan itu, tetapi ketaksuban, kefanatikan kita tentang aliran pemikiran yang lebih terbuka.

Isu ini seingat saya sudah berlarutan di tahun 50an lagi. Penerbitan majallah Qalam sudah mendahului MAIS, mendahulu Mahfuz Muhamad.

Apakah MAIS atau JAIS beranggapan dengan menyekat dan menangkap orang yang beraliran berfikiran seperti ini membawa kebaikan dan ia satu kejayaan?

Hal Ehwal Agama Negeri Selangor selalu silap. Beberapa tahun yang lalu, ketika Datuk Rahman Palil jadi Pengerusi Agama Kerajaan Selangor (BN) ditangkap ahli Arqam (Rufaqa) kononnya ajaran sesat. Tapi yang ditangkapntya ialah mencungkil rumah kedai, menghimpun kueh baulu, karipap, kek yang dibuat oleh Rufaqa, seolah-olah ajaran sesat, seolah-olah Tuhan Rufaqa ada di kuih-kuih itu.

Mengawal aliran fikiran tidak seperti itu dan tak bukanrnya dengan cara menangkap orangnya. Aliran pemikiran seperti air yang mengalir. Ia seperti kepulan asap. Yang penting kita menafikan, berhujah dengan ilmu juga.

Apa salahnya aliran pemikiran begitu dibiarkan berkembang? Apakah mereka ini tidak mengucap? Apakah mereka ini menduakan Tuhan? Apakah mereka ini bersekongkol dengan ‘Ayah Pin?’ atau Rasul Melayu.

Ternyata JAIS atau MAIS tidak ada persediaan dalam usha membasmi apa yang mereka tidak suka aliran pemikiran seperti itu sama ada Ahlussunnah atau bukan, baik Wahabi atau Labu Labi. Dan apa yang mereka bertindak hanyalah kerana ‘tidak ngam’ bukan berdasarkan ilmu dan aliran pemikiran.

Kalau wawancara Mahfuz Muhamad AJK Pengawalan Aqidah MAIS diambil kira sebagai satu aliran pemikiran yang merbahaya, termasuk penangkapan Dr Asri juga dianggap membawa aliran pemikiran yang merbahaya, kita rasa MAIS, JAIS sekali lagi silap besar.

Ketika Arqam diharamkan, adakah aliran pemikiran Arqam itu berkubur? Hanya Asyari saja yang menjadi mangsa. Aliran pemikiran Arqam tetap hidup. Ketika hebuh buku Hadis Satu Penilaian Semula dan diharamkan, apakah pemikiran itu juga berkubur? Yang jelas ia merebak ke pusat pengajian tinggi.

Ada beberapa buku yang mencabar pemikiran umat Islam dijual secara terbuka, termasuk di Pustaka Indonesia Kuala Lumpur. Di antaranya Einstein Mencari Tuhan, Melalui Musik, Falsafah, Sains. 10 Filsuf Pemberontak Tuhan Dengan Argument Ateisme Modern, memperoalkan kenapa ‘ADA’ malah buku Unsur-unsur Menurun Dalam Persembahan Teater Melayu Tradisional oleh Dr. Amran Kasimin.

Juga novel ‘Tuhan Singgah Di Pelacuran’. Tahun enam puluhan dulu ada novel ‘Perjalanan Ke Akhirat oleh Jamil Suherman. Ada novel Atiehs malah buku-buku kerohanian. Tiba-tiba yang diharam hanya buku ‘Sembahyang Rasulullah’ oleh Abu Bakar Shaari yang kononnya dikatakan Wahabi.

Apa ni? Cerdik dan logikkah kita? Pada hal buku-buku pengaruhnya lebih dari Dr. Asri berceramah tanpa permit. Yang murtad bukan orang Perlis, tapi seorang gadis yang ikut boy freindnya.

Kalau beginilah sikap kita, yang berlegar hanya ke kawasan kenduri aruah, bacaan Yasin Malam Jumaat, Berzanji, Marhaban seolah-olah itulah tonggak Ahlussunah Waljamaah, mau ke mana umat Islam Malaysia?

Mempersoalkan bercanggah dengan hukum juga kita selalu ‘melepas pandang’ (bukan terlepas pandang.) Mana lebih bahaya (kalau benar) soal qunut solat subuh dengan doktrin agama dengan politik tidak sangkut paut. Mana lebih bahaya tidak tahlil dengan pengakuan isme atau aliran politik sekular lebih baik dari Islam? Mana lebih bahaya kenyataan Nik Aziz Umno tidak masuk syurga dengan tidak baca Fatihah ketika jenazah di usung?

Masukilah ke dalam rumah Umno dan Pas ketika membahas politik dan Islam. Tak seorang pun kata kafir atau murtad. Tak seorang pun kena tangkap.

Buka internet. Dalam bilik di rumah pegawai-pegawai JAIS dan MAIS pun ada. Mana lebih buruk dan bahaya terhadap Islam lebih dari Dr.Asri tak ada tauliah.

Inilah kita. Dalam masa kita hendak mencegah agar Islam itu terpelihara, agar aqidah itu terjaga, kita tidak sedar yang lebih dari itu kita tidak peduli.

Saya terlupa siapa yang menulisnya di dalam buku Dunia Yang Dilipat. Katanya lebih kurang begini:

Kita menanam pokok, tapi tak mengajak tanah. Kita menyuburkan tanah, tapi tak mengajak air.

60 comments:

  1. Ronn

    teringat pepatah Melayu - ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Tak cukup dengan kerenah pemimpin yang membosankan, ditambah dengan kerenah para ustaz.

  1. Panglima Perang Cyber

    tuan - saya suka baca tulisan tuan walau sama atau kontra dengan pendapat saya.

    kerana tuan sangat tinggi tahap daya penulisan dan tidak jenis suka maki orang kerana terikat dengan emosi atau sentimen parti...

    cuma kali ini saya harap tuan dapat kupas dengan penuh ilmiah da hemah persoalan wahabi vs sunni ini.

    semoga blog tuan menjadi sumber penilaian kepada rakyat bawahan..

    Insya Allah !

  1. aleb

    "cuma kali ini saya harap tuan dapat kupas dengan penuh ilmiah da hemah persoalan wahabi vs sunni ini."

    knapa kene wahabi vs sunni??

    tuan fahamkah dengan jelas makna wahabi??

    kalo ia pon term 'wahabi' itu ujud, wahabi sudah cukup sunni utk di versus kan

  1. OMARA

    Ya Azizi, begitu panjang dan lebar tulisan ini. Seperti kata Dr. Danial Zainal Abidin yang saya dengar di radio, umat Islam hari ini hanya mempersoalkan benda-benda yang remah. Masih lagi dok pertikai rakaat sembahyang tarawikh. Masih lagi dok pertikai yang kecil-kecil sehinggakan terlupa nak bangunkan Islam itu sendiri.....
    Oleh kerana saya orang seni (macam Ustaz Azizi juga dulu), ramai yang pi mai pi mai dok hentam orang seni... Apakah orang seni ni tak sembahyang? Tak puasa? Tak tunai haji? Tak bayar zakat?
    Saya cari rezeki dengan kebolehan saya di bidang seni. Saya berdoa kepada Allah. Allah makbulkan... saya diberikan rezekiNya...
    Seorang kawan Ustaz Azizi yang tinggal di Kulim (yang saya tak mahu sebut namanya di sini) selalu perli saya kerana buat kerja ni... dia tak tahu kalau poket saya kosong dia mahu saya pi mencuri atau merompak kah? Berapa duit dia pernah bantu saya ketika perut saya dan anak bini saya lapar?
    Sudah lah.... wahai umat Islam...Pikiaklah habis-habis... toksahlah dok bergaduh dan pertikai perkara yang kecil-kecil... Yang besar banyak lagi belum diselesaikan.....

  1. Aishah Jamal

    Yang saya tak faham tu kenapa isu 'Tauliah' yang diperbesarkan.
    Jika dibanding dengan kempen politik, lagi susah nak berdakwah kat Malaysia ni..

  1. mat luku

    salam...

    Tuan,
    Bukan masalah wahabi ini berkisar dlam soalan yg remeh temeh seperti marhaban,soal qunut,talkin dan persoalan remeh lain...tetapi pandangan saya melihat wahabi ini cuba memparaktikkan islam tanpa bersandar pada mana2 mazhab dan mereka menolak pandangan imam2 mazhab...

    mereka menilai bahawa cukup sekadar Al-Quran dan Al-Hadith sebagai pegangan dan segala macam masalah,perbuatan,pandangan,hukum@fatwa boleh di bicarakan dan diambil keputusan HANYA melalui DUA sumber tersebut...

    makanya sumber dari mazhab di tolak dan mereka tidak mau terikat dgn mana2 mazhab..alasan mereka kerana mereka mahu mengambil hanya dari Al-Quran Dan Al-Hadith...masalahnya,adakah sumber2 dari mazhab2 yang ada ini di ambil dari kitab panduan Budhha @Hindu?seolah2nya imam2 mazhab tidak mengambil dan membuat mazhab berdasarkan Al-Quran Dan Al-Hadith??

    Kemudian,di kondemnya pulak imam2 mazhab yg ada...aduhai....macam2 perangainya...sudah lah diri tak setaraf dgn imam mazhab,ada hati nak buat mazhab sendiri,kondem pulak imam mazhab dgn pelbagai gambaran...
    dah la jahil,tak sedar diri tu dah jahil...imam syafie pun tak pernah kondem imam malik dan begitulah sebaliknya...baru belajar 2/3 kitab,baru hafal beberapa kerat hadith,baru pandai cakap broken arab ada hati tak nak ikut mazhab...muka tak malu wahabi ni....

  1. Anonymous

    Ronn,
    Panglima Perang,
    Aleb
    Sayatak persoal betul ke salah Wahabiatau Sunnahwaljamaah. Tapi kita dahberundur ke belakang. Benda furuk, apa nak sebuk. Semua tu persoalan cabang, bukan asas.
    Saya pun tidak pandai tapi rasa tak sepatutnya bercakap perkara yang dah lama.
    -azizi abdullah

  1. Anonymous

    OMARA,
    Saya faham. Tak apalah. Saya juga tahu keadaan.

    Teruskan. Seni itu indah tapi bukan mengghairah.
    Salam.
    -aziziabdullah

  1. Anonymous

    Mat Luku
    Maaf, saya tergelak baca komen anda.
    Betul juga. Tapi ingat, saya timbul soal yang ditimbul tentang perkara remeh temeh. Kalau sampai maki hamun imam lain, mazhab lain, tak tahulah saya.Saya pun tak belajar tinggi. Tapi setahu saya, yang dok mau hadisdan qur`an saja, bukan Wahabi. Kasim Ahmad pun macam tu. Kafirkah mereka?
    Allah...lemah saya; azizi abdullah

  1. KiLaT

    Kebesaran Allah lebih besar dari apa yang boleh dibayangkan oleh fikiran kita. Bila kebesaran Allah masuk dalam hati maka barulah manusia akan menyerahkan seluruh kehidupannya kepada Allah. Siapa yang ambil agama dan usaha agama, dialah yang beruntung. Shafie tak pernah kata Hanafi, Hambali dan Maliki semuanya tak betul. Akidah yang sama... untuk Allah yang sama. Berbeza mungkin dari segi cara ibadah, muamalat, muasyarat. Perlukah kita berbalah??? Umat masih menderita. Masjid surau masih kosong. Orang tinggal sembahyang tanpa ada rasa sesal dan dosa. Umat bangga dengan banyak dosa. Kehidupan umat seoalah-olah tidak ada kehidupan akhirat. Kenapa tak ini yang kita fikirkan? Fikir dan risau bagaimana umat ini dapat selamat dari azab Allah. Entahlah...

  1. aleb

    mat luku ni mesti 'pemburu tegar' si 'mat wahabi' ni

    tuan azizi: saye pown xtau knape perkara yg furuk ni selalu jadik point

  1. Anonymous

    Petikan ayat Tuk Azizi :

    Tapi dari sudut ilmu dan ijtihad para ulama, apakah kita berpendapat Ahlussunnah Waljamaah saja yang betul, terpakai dan muktabar? Mau dilempar ke mana ilmu dan pemikiran ulama-ulama lain. Nak dihumban ke mana Hambali? Nak ditolak ke mana Hanafi dan ramai lagi pemikir, failasuf, ulama yang terdahulu yang tidak sealiran dengan Ahlussunnah Waljamaah.

    --------------------------

    Saya rasa Imam Hambali, Imam Hanafi diiktiraf oleh ulamak ASWJ sebagai golongan ASWJ, malah ada banyak mazhab fekah di dalam ASWJ selain dari empat yang utama iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafei, dan Hambali adalah mazhab fekah di dalam ASWJ.

    Yang saya faham, Wahabi bukan sahaja membawa kecenderungan berbeza dari bab fekah dan perkara furuk tetapi juga berkaitan dengan akidah.

    Itu persoalan utama yang dihujahkan oleh golongan ASWJ. Kerana salah satu akidah wahabi ialah "menyatakan Allah itu bertempat".

  1. port6

    Salam,
    Saya sangat teruja bila membaca kupasan tuan berkaitan dengan isu Dr. Asri VS Jais. Ulasannya sangat 'simple' tapi menarik perhatian. Pada pandangan saya, adalah lebih baik ulasan dan kupasan seperti ini dapat di muatkan di media arus perdana yang mempunyai rating pembaca yang tinggi. Saya percaya dengan bakat serta nama besar tuan di dalam bidang penulisan, dapat mengajak pembaca supaya boleh berlapang dada dan minda terbuka dalam membahas dan memahami kehendak sebenar Ugama. Ianya bersangkutan dosa dan pahala, kehidupan dunia dan akhirat. Persoalan tentang Ugama adalah bukan isu yang remeh seperti sebahagian sangkaan orang!

  1. Syazwann Al-Qwantani

    stuju dgn kilat, tp yg dok canang2 wahabi ni,boleh tak cakap tu berdasarkan sumber mana2 yg leh dirujuk utk buktikan tu wahabi dan,setahu sy , org2 yg kene tuduh wahabi ni,bukannya lari trus dari pndapat imam2 tu,cuma mereka sesuaikan dgn keadaan di negara kita.

    sy agak bosan bila seseorg disebut ulamak,maka langsung tiada cacat celanya,pendapatnya seperti wahyu,tak boleh dibincang,apatah lagi ditolak,kalau tolak,alamatnye dihentamlah kita.serap saja macam span.ada hikmahnya tuhan tidak memaksumkan hambanya kecuali yg terpilih.fikir.

    pucuk pangkalnya kita mahu BELAJAR,malah kita beruntung mnjadi org terkemudian,boleh menyaksikan perkembangan pemikiran insan2 mulia yg semuanya mencari tuhan.gembirakah kita melihat nasib umat sekarang?yang hidup segan mati tak mahu,mrempat di ngara sendiri,mrasa ckup dgn apa yg ada,dan bila ada insan2 yg mahu mmbuka kotak2 pmikiran ke arah yg lbih baik,supaya tidak jumud,spaya boleh maju,tak mahu pula kita,seolah2 sudah pndai,dan seolah2 tiada lagi ilmu yg kita mahu pelajari,tak mahu lagi berbahas,bukan tak pernah kita dgr,"perbezaan pndapat itu 1 nikmat"?

    jgnlah dek kerana tak boleh memandang langsung perkataan wahabi,kita ilang kewarasan berfikir,jgn lupa,pihak yg dituduh itu tidak berganjak kerana hujah mereka sangat didokong oleh ilmu bukan emosi,justeru jika mahu masuk gelanggang juga,tak menang kita hanya dgn cacian dan air liur,tmbah lagi mengajuk idea org lain.

    maaf sekiranya ada terkasar bahasa.sekadar memberi pndangan,salam!

  1. zuraima

    saya lega adanya artikel ini sebab saya celaru dengan perbalahan minda cetek umat Islam khususnya di Malaysia. Sepatutnya umat Islam bangga dan berusaha menjadi dinamik seperti ajaran Islam sendiri dan tidak lagi hanya berlegar di kalangan orang Islam dengan isu trivia. Sepatutnya umat Islam keluar dan bercampur dengan penganut agama lain untuk berkongsi keindahan agama Islam.

    Sekian.

  1. zeqzeq

    sa-salam,

    Potong potong kenapa tak potong lagi,
    DAKWA saja lah..tunggu apa lagi walasalammm

  1. zeqzeq

    pandangan yang sesuai segenap peringkat umur dan fahaman.

  1. Anonymous

    Assalamualakium tuan..
    Pelik saya dengan puak puak yang menuduh puak yang di gelar wahabi ni menyatakan Allah bertempat...kalau mengatakan Allah tak bertempat ini bermakna ia menyembah yang tidak ada...agak2 puak2 yang menuduh ni baginya Allah dimana ye ?cube khabor kat teman ...mudah2an dpt teman satu ilmu yang berguna ...kalau tidak puak2ni bawak2lah bertaubat dari mensyirik kan Allah dengan mengengkari FirmanNya dan Sabda rasulNya serta menuduh dan memfitnah tanpa siasat ...Wallahhuaklam..

  1. zeqzeq

    as-salaamm, Ustaz

    minta izin copy entry ini ke dalam Blog saya,,,

    terima kasih..

  1. jab sp

    memadai saya catatkan ianya satu ulasan yang cukup menarik .sebagai seorang yang ilmunya tidak seberapa,tiada ulasan lanjutan daripada saya.
    cuma untuk mat luku:saya cadangkan selepas jemaah HAJI tahun ini pulang,usahakan untuk berangkat menunaikan umrah.semasa berada di sana ,selepas solat Maqrib kunjungilah kawasan kuliah seorang anak Melayu yang dibenarkan mengajar olih pihak Majid Haram.Bertentangan pancur emas.Dengarlah apa yang dikatakan Wahabi dan nilaikan sendiri adakah ajaran yang dikata salah ini bolih diajar dalam Masjid Haram.

  1. Anonymous

    mat luku......
    bukan menolak terus pandangan imam2 yang empat. tapi tiap2 isu dan masalah dalam islam ni, ader pelbagai pendapat dari imam2 ini. tapi, selalu kita dengar dalam Khutbah Jumaat, Kalau kamu berbantah2 atau berselisihan dalam islam, kembalilah kepada Kitab Allah Al-Quran dan Sunnah Rasulnya, Hadith.
    even Imam Syafie pon pernah berkata, jikalau apa-apa dari mazhab ku ini bertentangan dengan sunnah Nabi, maka tinggalkan lah dan ikut sunnah Nabi.... (someyhing like that la) persoalannya adakah orang cam mat luku sanggup meninggalkan apa yang tersilap oleh Imam Syafie dan mengikut sunnah Nabi. Ingat,kita umat Nabi Muhamad. jangan ketepikan Rasulullah.

  1. akuatik

    Salam,
    Selalu wahabi dikaitkan dengan persoalan akidah depa, tapi tak penah saya dengar ceramah asri yang bercerita tentang akidah sampai ke tahap camtu...kebanyakan kuliahnya berkaitan amalan kita seharian...persoalan qunut, tahlil, baca yasin...nisfu syaaban..pergaulan dengan non muslim....pada saya apa yang dibangkitkan tentang amalan-amalan ni dah banyak dibincangkan oleh ulama seluruh dunia bukan ulama saudi je

    kalaupun dia berceramah tentang akidah..takkan takdak tokoh-tokoh agama yang boleh berhujjah dengan dia...yang penting pernah ke asri mengaku wahabi

  1. Anonymous

    Tuan Azizi;

    Saya banyak bersetuju dengan anadaian JPJ Tuan. Seperti Michael Schumacher memdau di atas jalan di Malaysia. Adakah beliau tidak akan didakwa memandangkan beliau adalah pemandu bertaraf dunia? Undahng2 dad lah Undang2. Kalu Undang2 itu yang dungu, ubah Undang2.

    Kalu tidak ada Tauliah, apakah nanti Ayah Pin atau Rasul Kahar boleh memberi ceramah?

    berkenaan "Kelulusan Ijazah", ada sedikit kerumitan. Saya memberi contoh. Kalau mau jadi doktor di Singapura misal nye, hanya kelulusan Universiti Malaya diiktiraf. Jadi dalam hal pengiktirafan, agak sedikit rumit. Apakah Tuan Aziz sedia menerima kelulusan dari Universiti Ulan Batar, Monggolia, sebagai contoh.

    Saya ingin menarik perhatian mengenai Tauliah di Amerika. Di USA, sekira nay anda doktor, peguam, jurutera, maka anada perlu mendapat lesen/taulih dinegeri berkenaan. Misal ny, kalau anda jurutera bertauliah di California, anda tidk boleh bekerja di Kentucky, melainkan mendapat lesen/tauliah di negeri tersebut. Ini bermakna, walaupun ada kelulusan, sekiranya anda mau bekerja di kesemua 51 negeri2 Amerika, anda memerlukan 51 lesen/tauliah (walu sehebat mana ijazah anda).


    MRSM Kalae Chepo 66/73

  1. TokTam

    Maaf cakap. Kalau kita tak reti jangan dok teka nanti tak pasai-pasai keluar perkara yang sesat dan menyesatkan. Ijtihad bukan boleh gitu-gitu saja sebab nak sampai maqam ijtihad tu kena lalui apa yang Rasulullah SAW lalui seperti yang diwarisi para ulama. Imam-imam yang muktabar yang menjadi murid kepada 4 imam besar pun tidak berani nak ijtihad inikan pula kita yang sebesar taik kuku mereka pun kita tak ada. Bukan sekadar ilmu, amalan sunnah seperti berzikir (bukan baca zikir) dan berfikir serta munajat menghampirkan diri kepada Zat Allah Yang Maha Suci sehingga 4 @ 5 jam sekali duduk kita tak pernah buat macam mana kita nak tafsir semula apa yang mereka catatkan seperti Imam Al-Ghazali yang menulis kitab berdasarkan perjalanan hatinya menuju Allah SWT? Kalau nak hurai dekat mereka yang menolak amalan sunnah sampai kiamatpun mereka tak akan mengakuinya. Macam dalam Quran apabila ditanya kepada puak musyrikin tentang siapakah yang menjadikan alam ini? Mereka menjawab Allah, tetapi mereka tetap tidak beriman. Kita yang Islam ni pun baru Islam, tidak beriman lagi, apatah lagi berihsan, semuanya maqam yang hanya diperolehi dengan amalan penyucian jiwa yang diwarisi kepada ulamak muktabar seperti Syekh Abdul Qadir Jailani, Syekh Bahaudin Naqsyabandi, Syekh Abu Hassan Syazali yang zikirnya diamalkan oleh Sultan Solehuddin AlAyubi semasa menentang tentera salib. Carilah guru yang ada sanadnya tentang zikir-zikir amalan Sunnah Rasulullah SAW semoga Allah SWT melimpahkan Rahmat serta Kasihsayangnya serta memberi kekuatan serta pertolongan kepada kita semua dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

  1. Anonymous

    kEPADA KAWAN,
    oRANG YANG MENUDUH FAHAMAN wAHABI TU, ANGGAPtUHAN BERTEMPAT, LALU MENEMPELAK wAHABI, DEPA FIKIR wAHABI TU BERFAHAM tUHAN BERTEMPAT MACAM DUDUK DI PANGGUNG WAYANG ATAU tUHAN TU BERSILA DI LANGIT KE TUJUH? GITU?
    HIII, AWATLAH CETEK SANGAT FIKIRAN. BELAJARLAH FALSAFAHSIKIT KALAU PUN TAK BANYAK.
    -SALAM. CUCU ABDUL WAHUB

  1. Anonymous

    SDRA ZEGZEG
    Tidakada hak cipta terpelihara. Sebarang petikan dan ambilan dibenarkan malah disibarkan jika ia memberi manfaat.

    Apa yang saya nampak, ternyata sekarang ada fahaman tua dengan fahaman muda tapi bukan orang tua dan orang muda. Apapun jangan kategorikan fahaman tua tak terpakai, fahaman muda terpakai.
    Salam-
    aziziabdullah

  1. aleb

    "Imam-imam yang muktabar yang menjadi murid kepada 4 imam besar pun tidak berani nak ijtihad inikan pula kita yang sebesar taik kuku mereka pun kita tak ada." - komentar tok tam

    ni tidak lebih hanyalah alasan yg amat2 skeptical utk menghalang kemajuan ilmu...balik2 dibezekan orang

    hanya kerana kite tidak se-Gah ulama silam, tidak bererti kite hanya perlu duduk bersimpuh diatas katil mengharapkan 'hanya orang2 yg muktabar' pergi mencari ilmu...yang kita??...nak jadik lemau je seumur hidup??

    usaha la sikit tok

  1. Redz da Tsar

    Saya sokong Azizi... tapi, cuma tak setuju dengan perenggan berikut:

    "Tapi dari sudut ilmu dan ijtihad para ulama, apakah kita berpendapat Ahlussunnah Waljamaah saja yang betul, terpakai dan muktabar? Mau dilempar ke mana ilmu dan pemikiran ulama-ulama lain. Nak dihumban ke mana Hambali? Nak ditolak ke mana Hanafi dan ramai lagi pemikir, failasuf, ulama yang terdahulu yang tidak sealiran dengan Ahlussunnah Waljamaah."

    Saya tak setuju kerana ia macam menampakkan bahawa Hambali bukan ahli sunnah wal jamaah sedangkan Ahli sunnah wal jamaah terdiri daripada imam yang 4 dan berbagai-bagai lagi mazhab yang kurang terkenal... Bukan Syafie sahaja Ahli Sunnah...

    Dan dalam komen Panglima Perang Cyber pulak, jangan menyatakan wahhabi vs sunnah sebab JAKIM sendiri pun kata wahhabi itu sunnah wal jamaah... Mana mungkin wahhabi vs Sunni, umpama Pahang vs Malaysia...

    Jazakallah

  1. tinta kasturi

    salam tuan azizi,

    moga dirahmati Allah.Saya terhibur, suka dan minat ada orang yang mcm tuan azizi ini. Yang mengatas utamakan kebenaran saya kira. Dlm erti kata lainnya, mengutamakan apa yg benar bukan siapa yg benar. Kelihatan hr ini, ramai sungguh yg terlalu membenarkan siapa berbanding apa, menyokong siapa berbanding apa, walhal siapa itu tidak kekal, yg kekal itu adalah apa. Manusia akan mati, kebenaran tidak akan berkubur.

    Saya ingin tamsilkan senario yg berlaku dewasa ini dgn satu perumpamaan yg ringkas dan mudah difahami.

    Apabila sudah lama belajar matematik, bertahun2 belajar asas matematik. Asas itu jarang diulang2, apabila sukatan pelajaran semakin tinggi. Teori2 yg dipelajari semakin rumit. Kaedah penyelesaian persoalan matematik semakin panjang. Tak cukup semuka, dua muka. Bila sampai tahap ini, tahap perlu selesaikan kalkulus, janjang arithmetik, pengamiran dan theorem pitagoras (dan pelbagai lagi, sy bukan ahli matematik, maaf jika silap eja), bila sampai tahap ini, tanpa asas matematik yg kuat, maka sulitlah hendak mencari jawapannya. Bila silap asas matematik, maka kemungkinan silap jawapannya akan jadi lebih tinggi.
    Bila tidak menguasai asas dan sudah beljar sejauh ini, maka silap-silap tak daya nak bagi sepatah jawapan pun. Akhirnya kertas jawapan dipenuhi dengan tanda merah sebab banyak salah. Akhirnya, yg lebih teruk, kepala menjadi pening sebab ketiadaan asas yg membantu menjawab soalan matematik peringkat jauh/tinggi, lantas keras jawapan kosong dr jawapan. Sia-sialah perjalanan yg jauh itu hanya disebabkan tidak menguasai asas.

    Asas itu penting. Kembalilah kepada asas. Kuasai asas dan pergilah ke mana sahaja. Asas itu dapat dikembangkan. Berbalik kpd asas, isu rumit dpt dijawab dgn tepat atau erti kata lainnya tidak lari dr asas. Jgn peningkan anak-anak darjah satu dgn teorem pitagoras.

    Tamsil ini boleh dikembangkan dgn lebih baik lagi saya kira. Harap dpt kita sama-sama difikirkan.

    Harap dpt difikirkan bg org2 yg ingin berfikir dan dikurniakan aqal oleh Allah. Syukuri aqal kurniaan Allah dengan menggunakannya, bukan dgn asyik menggunakan aqal org lain. Ibarat dihadiahkan kereta, disimpan sahaja dalam bangsal tak diguna.

    Maaflah jika adayg tak faham dan tak setuju. Ini pandangan percuma dan tak berbayar dr saya. Manusia biasa. (kita semua juga)

  1. amyvirago
    This comment has been removed by the author.
  1. Anonymous

    MEREKA KATA WAHABI, TETAPI MEREKA TAK FAHAM SANGATPUN WAHABI TU. PERBANDINGAN SANGAT MUDAH, BAGI HAMBA, ULAMA-ULAMA DI MAKKAH DAN MADINAH (MASJIDIL HARAM DAN MASJID NABAWI)JAUH LEBIH BERKALIBAR DARI USTAZ-USTAZ BERSONGKOK DAN BERTALI LEHER KAT MALAYSIA NI. KITA LABIH YAKIN DENGAN PEGANGAN MEREKA DI SANA. DI MALAYSIA NI, KALAU PANDAI BERZANJI DAN SEDAP/MERDU KETIKA TAKBIR RAYA TU, DIA KIRA ITULAH YANG IKUT SUNNAH(?)YANG TERBAIK IKUT UKURAN MEREKA. ORANG SEKARANG TIDAK MACAM ZAMAN 30 TAHUN DULU YANG KERJANYA MENGHAFAL SIFAT 20 SIANG MALAM. ORANG SEKARANG SENTIASA TERDEDAH DENGAN ILMU PENGETAHUAN YANG TIDAK ADA BATAS SEMPADANNYA LAGI...

  1. zeqzeq

    Ustaz Azizi,

    terima Kasih,,

    sama-sama mencari yang baik.

    Nota: Tambah Kuah kisah JPJ,

    "..bila Dr.Asri kena tangkap oleh JPJ, muncul pulak watak dari kedai kasut mendakwa Dr tak pakai kasut, muncul pula, Tayar kereta DR , botak dari tokey kedai tayar..."

    ..?????..macam-macam..

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Laa ni Dr Asri la hero.. dari Tok Najib sampai TG Nik Aziz semua bela dia.. dan boleh kata satu Malaysia lah.. Mufti-mufti lain cakap-cakap dah tak laku dah. JAIS dah jadi nangoi..

    Tukya, saya ni sekolah bawah pokok nyiok saja. Tapi terperasan satu benda dlm perkara ni. Iaitu bila diulang-ulang byk kali kita mula bosan dan mangli dan lebih teruk tembak merata macam senapang larasnya pecah, tak kira betui salah dah.

    Dalam buku sejarah ada tulis, Wali Allah Tok Kenali tulis majalah 'Pengasuh' pasal nak luku puak ni lah.

    Bukan masalah menghalang pemikiran baru atau fanatik terhadap mazhab Syafi'i atau takut berubah yang menjadi tunjang isunya. Dan bukan pula kita marah sebab depa tak buat tahlil, qunut subuh dan tak berzikir berdoa lepas solat... yang tu lantak depa laa..

    Tapi yang menjadi marah, ialah bila puak wahabi ni bersikap melampau dan tidak beradab. Sampai timbul isu bida'ah sana bidaah sini dan syirik sana syirik sini, sesat itu dan ini.. siapa yang mencanangnya??.
    Dan dari sudut AQIDAH yang menyalahi aqidah salaf dan mazhab-mazhab usuluddin seperti Ashariyyah, Maturidiyyah mahupun Tahawiyyah dengan mengisbatkan Allah dengan yang tidak layak baginya, iaitu memahami nas mutasyabihaat secara makna zahir yang mendekati mujassim.

    Adakah Ulama' akan diam bila masyarakat umum di asak dengan pemahaman macam ini? Inilah yang diperjuangkan dari zaman Wali Allah Syaikh AbduLlah Al- Fathoni sampai ke zaman sekarang. Supaya Aqidah dan amalan ibadah masyarakat umum terpelihara dan tidak keliru...
    Mungkin Tukya yang orang gelar ustaz boleh paham letak duduk perkara ni, tapi apa dosa orang awam yang lain.. kepala ekor pun tak tau.. main ikut sahaja.. tiba-tiba puak ni kabarkan kepada mereka yang buat tahlil tu bidaah, zikir ramai-ramai selepas solat tu bidaah, baca yasin tu bidaah dan setiap bidaah masuk neraka.. abih tu mak ayah tok nenek depa semua masuk neraka lah? Amboih!!

    Mana yang lebih bahaya ni? Pemikiran nak bidaah dan sesatkan orng lain tu sihatkah Tukya yang saya kasihi?

    Dan kita tahu, dalam islam, AQIDAH merupakan pucuk pangkalnya.. tetapi apakah dosa bila orang awam dimomokkan dengan aqidah yang Allah tu di langit.. Allah tu bersemayam diatas arash.. maka dungukah ulama' yang menentang pahaman macam ini?
    Orang awam pun pening, dulu masa blajar sifat 20 depa paham yang Allah tu tak bertempat dan tak takluk pada masa.. laa ni atas langit pulak dah? Abih mak ayah dan tok nenek dulu sembahyang tunggang terbalik tu tak betuilah aqidah depa? Masuk neraka lah??

    Pendekatan untuk berbentuk ilmu dan hujah serta debat memang boleh dilaksanakan.. tetapi adakah boleh membiarkan masyarakat umum menjadi hakim? Kemudian dengan membiarkan bahan-bahan bacaan terbuka kepada umum adakah membantu masyarakat umum memahami duduk isunya? Atau lebih mengusutkan keadaan?? Tindakan ini lebih kurang bagi buku/ajar metafizik pada budak tadika(kecuali yang tahap geniuslah)..

    Saya rumuskan dlm bentuk point.

    @ Marah terhadap wahabi bukan kerana sebab perkara-perkara kecil dalam Mazhab Fiqh sahaja, ia lebih kepada ADAB dan Methodologi Ilmu dan Aqidah yang menyisih jumhur.

    @ Fahaman wahabi menggalakkan pertembungan ilmu secara tidak sihat bagi masyarakat umum kerana kekerasan mereka menghukum bidaah, syirik dan sesat dan tidak bersikap berlapang dada.

    @Pendekatan hujah ilmu haruslah dikalangan yang ahli, bukan dibuat dikalangan masyarakat umum.

    @Maslahat umum perlu diutamakan dalam perkara ini.

    @Dr Asri ada phd, pasai pa tak mai pi ke Jais mintak tauliah.. kalau depa tak mau bagi tu lain lah(baru ada alasan).. tapi kalau tak usaha tu salah sendirilah. Awat.. tak tau ka hormat undang-undang dan Sultan Selangor??

    Maoh la kot kasaq sikit noo..

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Tambah sikit.. mungkin lepas ni Dr Hasan Ali kena handoh lagi dengan kepimpinan PAS sebab Sultan titah dia untuk pertahankan tindakan JAIS.. hmmm.. padahal 2-3 hari lepas Harakah kata tindakan tahan Dr Asri didalangi Amno.. Silap sikit Amno.. silap sikit Amno..
    Haaii.. celaru sungguh..

    P/S - Err.. tindakan penyokong Kelantan masa Final Piala Malaysia tu Amno jugak ke?

  1. Anonymous

    kenapalah awak suka tulis benda putar belit. Cakap pun putar-putar. Kan elok tindakan Jais. Kalau semua tak berpermit macam Dr Asri nak berceramah akhirnya orang yang tak tau agama pun akan berceramah denga penuh kebebasan. penyakit ni sangat bahaya. tindakan Jais tu tepat demi menyaring semua risiko pendakwah beracun ini. kenapa pertikaikan tugas yang memang diamanahkan pada dia? Walaupun saya sokong pas tapi saya tak kata orang umno kafir kerana dalam umno tu sama juga dalam pas, ada orang yang tak senereh. Semua sama saja. Jadi jangan persoalkan tugas orang lain. Tak ke gila pegawai JPJ tak ada lesen memandu. Nak bagi contoh bagilah yang betul. Haliza

  1. Anonymous

    Betul cakap abi qalam. Saya dah menyampah dengan PKR yang suka sangat menyalahkan Umno. PKR ni macam tak reti cari alasan lain. Ikut hati nak aja ajak member PAS lain tubuh parti Islam baru supaya boleh kuar dari Parti Komunis Rakyat versi baru ni. Nak -nak Adil yang langsung tak relevan tu..eiiii..menyampah!

  1. Abdullah Ngah

    Saidina Umar RA berkata yang bermaksud: suatui masa nanti ulama akan guna hawa nafsu.

    Ulusan Ustaz Azizi ada gambar hawa nafsu, boleh sahaja sebarang pendapat dari mana mana ulama.

    Rasulullah SAW pernah nyatakan ulama terbahagi kepada dua. Satu "baik" dan satu lagi "jahat".

    Yang guna hawa nafsu mereka adalah ulama jahat manakala yang menggunakan wahyu dan sunnah adalah ulama baik.

    Rsulullah SAW berkata orang perempuan tidak tutup aurat tak bau syuaga, manakala Dr Asri berkata tidak masuk nereka.

    pendapat Dr Asri, orang yang banyak bertanya lemah iman.

    Banyak bertanya tentang zat Allah dan banyak bertanya mengenai Israk Mikraj tanda orang lemah iman kerana tidak percaya dengan kebesaran dan kebenaran Allah dan tidak percaya dengan kisah Nabi naik kelangit dalam satu malam.

    Inilah yang dikatakan guna hawa nafsu. Ulsan ustaz juga ada uansur unsur menggunakan hawa nafsu.

    sekian, terimakasih.

  1. Anonymous

    Sokong Abdullah Ngah..Jangan kerana Dr Asri versus govt dia baik. Klu macam ni, sapa saja yang menghamput kjaan d sokong PKR troklaa PKR. Musuh mudah masuk. Asal saja menentang kjaan PKR kte dia terbaik..Apa kes..tak sekolah ker. Mai kita pakat ramai-ramai ajak PAS kuar PKR dan tubuh parti baru yg suci dari semua noda dan dosa ni. Tak mesti membangkang mesti jadi kotor macam ney. Selamatkan PAS dr org2 beracun! Seblom terlambat! - Haliza

  1. Abdullah Ngah

    saya pernah berbicara dengan Dr Asri melalui Email mengenai hadis tidak tutup aurat tidak akan mencium bau syurga.

    Maksud: " Perempuan yang memakai baju tetapi terlanjang dan dia memandang lelaki lain dan membuat lelaki lain terpandang padanya, Maka perempuan ini tidak akan mencium bau syuarga, sedangkan syurga sudah boleh dicium bau dari jarak 500 tahun perjalanan" (riwayat Bukhari dan Muslim).

    Hadis ini adalah hadis muslim yang pernah berjalan sejuah 300 batu untuk mengesahkan shahih atau tidaknya hadis hadis yang dikumpul

    Apa dia kata, ini adalah rekaan.

    Saya pernah menghadiri seminar hadis di UKM.memang ada hadis dikatakan bukan hadis dan ada bukan hadis dikatakan hadis. termasuk pendapat sahabat.

    Inilah adalah kerja manusia syaitan sepertimana pernah dilakukan oleh Ali Al Razik. Sheikh Al Azhar juga pernah bertindak menlarang pelajar perempuan berfurdah macam negara kafir yang menlarang umat islam menutup aurat.

    Mesir juga pernah mengiktiraf orang yang menghina Nabi SAW sebagai tokoh diberi hadiah nobel atas sebab menghina nabi.

    Hadis Hassan dan hadis Ahad. Apabila dia sebut hadis itu adalah adalah rekaan, maka dapat saya buat kesimpulan hujah itu adalah hujah hawa nafsu.

    Kerana pakar hadis yang tesis phdnya mengenai hadis mengatakan ia adalah hadis.

    Kalau Kasim Ahmad tolak hadis tidak mengapalah kerana dia bukan ada PHD agama.

    Tapi Dr Asri ada PHD agama. Sekurang kurang dia tahu mana dia hadis shahih dan mana dia hadis daif.

    lepas itu saya minta dia buat kenyataan Umum bahawa hadis itu adalah hadis rekaan kepada rakyat Malaysia.

    Sampai sekarang dia tidak jawap email saya.

    Adalah tanggungjawab beliau untuk memberitahu kepada semua rakyat akan kesilapan besar seumpama itu. lebih lebih lagi dia masa itu adalah seorang mufti.

    Ata sebab itulah saya kata beliau egois dengan gelaran PHD, sedangkan beliau bukan pakar hadis sepertimana Bukhary dan muslim yang boleh membaca sanad hadis sebanyak 3,000 hadis ketika gurunya meminta berbuat demikian kerana tidak membawa catatan.

  1. Anonymous

    Btol Abdullah Ngah..byk org buat silap. Tp enggan membetolkan k khalayak. Mereka pengecut. Walhal itu tindakan berani yg tiada tara. Macam Dr Masitah yg mencium tangan seorang pemimpin lelaki, sbagai ustazah, akuilah dia tersilap supaya org tak kata, kalau ustazah boleh, takkan kami tak boleh cium tangan lelaki? Dan Dr Asri..wlpn brpendidikan agama. Adakah beliau memiliki majoring di bidang syariah yg membolehkan beliau memberi justifikasi pada hadis-hadis ini. Jangan sampai org check latar belakang akademik tu. Bukan sukar sangat..Haliza

  1. imlan adabi

    Sdr Azizi, saya amat tertarik isu Jais dan Asri. Mereka perlu wajar kewarasan. ada tangan tersembunyi di sebalik isu ini
    Andai sudi, sila layari blog imlanadabi.blogspot.com

  1. Anonymous

    sdra imlan adabi

    apa khabar. lama tak bertemu.
    terima kasih.
    masih di berita harian ke?

    azizi abdullah

  1. donmny

    ... terima kasih datang ke cyber cafe tadi, kenapa tak ajak Dr Asri sekali.

  1. Anonymous

    salam..para umat islam sekalian..kalian mmg pandai berkata-kata.. memperjuangkan islam..demi apa?..sepatutnya ilmu yang ada perlu di asah,di gunakan,di fahami,dan di amalkan.. maaf kata aliran selain ahlusnnah wajemaah..untuk faham diri sendiri..kegunaan sendiri.. pernah kita ingat semasa iman syafie solat di mekah beliau tidak membaca qunut..sebab beliau menghormati gurunya..semoga Allah mengampunkan saya.

  1. Anonymous

    sdra donmny

    tak sangka jadi taukeh siber kafe.
    tentu hebat.

    lain kali saya singgah pula bila ke alor setar.

    azizi abdullah

  1. Anonymous

    salam..
    agak2 tuan la..knp majoriti golongan agama menolak DrMAZA?..bknkh mereka lbh tahu urusan agama berbanding dgn kita ni?..kalau org agama buat komen dlm urusan / bidang kita..komen plk slh..mst kita rs marah kan?..sbb kita mst tahu mn2 yg slh & mn2 yg btl dlm bidang kita..kita bljr bidang tu..atau bagaimana?

  1. army00

    Kenapa dibezakan antara Wahabi dan Sunni? Padahal pengasasnya Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab bermazhab Hanbali. Habis, kalau Pengasas kepada wahabi itu bermazhab hanbali, bagaimana pula wahabi dikatakan tak ada mazhab?

    Kaji dengan teliti baru bercakap. Nanti jadi fitnah pula.

  1. army00

    Tuan tak tahu ke yang 4 mazhab semuanya ahli sunnah wal jamaah?

    Ya, memang betul. Selain ahli sunnah wal jamaah, yg lain semuanya sesat.

  1. Anonymous

    salam tuan Azizi,

    Menulis jangan emosi. Nampak dari tulisan tuan, tak tahu banyak dari tahu.

    Ikut rasa binasa, cuba kaji-kaji semula bagaimana aliran Wahabi ini berkembang

  1. Anonymous

    Sdra Anonymous terakhir 8:58
    Memang saya amat jahil tentang ini Bagi saya bukan soal Wahabi atau Ahlussunnah, tetapi kita kepada perkara furuk, remeh temeh. Kenapa tak kembali soal pokok?
    Orang selalu rujuk peada ulama, tak dahulukan Qur`an dan hadis. Selalu pakai pendapat tok guru, ketepikan hadis dan qur`an. Kita tak mahu ikut hiraki dalam membahaskan hukum hakam.Maaf jika ini pun saya tak betul.
    -Salam; azizi abdullah

  1. Anonymous

    Ingat diakhir zaman, syaitan dijelmakan dlm bentuk manusia yg alim sangat. Tp tak siapa sedar halusnya muslihat dia dalam penyelewengan tauhid insan. Dgn klykn agama yg tinggi melangit, tp ada satu kekurangan yg orang tak ambil peduli kerana dia pndai brbahasa arab dan mengaji tinggi. Jais buat kerja ikut garis yang ditentukan. Jangan salahkan mereka kerana komited dengan tanggungjawab. Tp selidik tuntas org yang suka buat kontroversi ni. Ulama zuhud takkan mahu tersenyum kala mempublisiti dirinya. Yg penting, dia ada kelulusan optima dalam bidang syariahkah..Eii..check btul2. jgn cepat memuja pada zahir. Takut terpuja syaitan bertopengkan manusia. Syaitan akan cari golongan agama seperti ini untuk menusukkan senjatanya. Bila ada yg tersesat, mereka akan bertemasya dan mengejek-ejek kedangkalan iman manusia.

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Terpanggil nak kongsi sikit berkenaan dengan hiraki hukum hakam.

    Ya memang kita utamakan ulama', tetapi bukan bermakna kita ketepikan Quran dan Hadith. Kita rujuk ulama' pasai depalah yang paling paham Quran dan Hadith. Depalah pakar bila merungkai kusut kita yang jumpa 2-3 hadith sahih yang kelihatan bertentang, atau nas quran yang tidak jelas.
    Isyarat dalam Quran dan Hadith sendiri pun ada, iaitu Nas 'Yas'alu bi ahlih' dan Hadith 'Al Ulama warasatul anbiya''..
    Kalau main kita sendiri bukak Quran dan Hadith untuk buat hukum... amboih.. bukan takat 4 mazhab saja.. berjutalah jadinya.. awat kita paham sangat ka Quran dan Hadith sampai tak payah rujuk Ulama?
    Terlalu bahaya pernyataan ini, sebab kita bagi authoriti agama suka-suka kepada sesiapa yang kita nak.. tu yang jadi (Quran ALone)Rasyad Khalifa dan muridnya kat Malaysia si Kassim Ahmad tu.. Sunan Sab'ah pi buang dlm longkang..
    Dan Lagi satu Tukya, ambilan hukum bukan takat Quran dan Hadith saja.. sebab kalau cukup takat Quran dan Hadith, semayang kita pun gelong.. Mana ada Quran dan Hadith terang satu-satu qiyam, rukuk' sujud..
    Nabi Sabda ' Sollu kama roaitumuni Usolli.. Solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat.. Maksudnya kita solat dengan cara TIRU perbuatan tok-tok guru kita yang tiru perbuatan tok-tok guru mereka yang meniru-niru sampailah kepada TIRU perbuatan Para Sohabat RA yang TIRU perbuatan RasuluLlah.. Amal Madinah pun jadi sumber hukum sebab dekat dengan sunnah Nabi..
    Tukya, dah banyak kepunah ranahan bila seorang yang bukan AHLI dilantik untuk buat kerja yang AHLI.. dalam ceramah PAS pun selalu dengaq benda ni.. tapi kenapa tak mau terima bila keadaan ni jatuh ataih batang idung sendiri..
    Tentunya Tukya pun loya bila budak mentah (macam saya) yang tak pernah tulis cerpen pun kritik karya Leo Tolstoy atau Arenawati.. ka lagu mana? Inikan pulak dalam bab agama yang paling penting..

    Quranu hujjatun lakum wa hujjatun 'alaikum..

    Maoh laa kalau kasaq noo..
    Salam Tukya..

  1. Anonymous

    ABI QALAM,Saya tak pernah merendah-rendah orang, termasuk sdra. Saya tabek ilmu sdra.Jangan silap faham. Begitu juga tentang ulama, tuan guru.Saya tak nafikan peranan mereka. Merekalah penghurai madsalah furuk dan yang tidak ada dalam Qur`an.
    Tapi yang saya persoal, kita mendahului ulama,tuan guru benda-benda yang jelas sudah ada tapi sengaja tidak diambil peduli.
    Contoh:Rekaat sembahyang terawih, bukan tetap 20, bukan pula 18. Ertinya Nabi pernah melakukan kedua-dua itu. Tapi bila perbahasan ini sampai ke tahap kita yang buta tulis taklid, terus kata, mana boleh tok guru aku kata 20, ulama itu kata 20. hal ini sampai berlarut-larut. Sedangkan puncanya ada pada hadis Rasulullah.
    Sehingga sekarang, apabila berhujah, yang dinukilkan bukan dari Qur`an, bukan hadis, tetapi diutamakan kata tok guru aku. Kata syaikh itu ini, sedangkan tidak disemakpun, adakah ada atau tidak dalam Qur`an. Ini maksud saya Abi Qalam.
    Dr. Asri juga kadang-kadang tersasar (maaf saya tidak mengaji tinggi) selalu benar Ibni Qaiyum, Al Jauzi. Apa tak ada ulama lain ke? Adakah selain dari Ibnu Qaiyum, Al Jauzi itu lemah dan koman?
    Ini persoalan saya, kita tidak kembali pada pokok.Saya tak buang ulama tgapi hiraki dan disiplin menukilkan hujah dan ilmu mestilah hiraki.
    Salam Abi...salam.
    azizi hj abdullah

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Pertama, saya ikhlas mintak maaf jika cara saya ni kasaq dan melukakan hati Tukya, dan sesiapa saja. Tukya adalah tok guru saya yang saya kasih dan hormat.

    Saya mula nampak kegusaran Tukya, iaitu sedikit sebanyak berkenaan dengan kurangnya adabul khilaf dalam masyarakat kita dan kecenderungan untuk 'sami'na wa ata'na' terhadap tok - tok guru tanpa soal lagi.

    Bab kurangnya Adabul Khilaf, memang saya setuju dengan Tukya. Masyarakat awam kita hanya terdidik dengan kaedah Mazhab Syafi'i dan tidak terdedah dengan mazhab-mazhab lain. Tidak macam di Negara Arab/Afrika/India.. Tapi yang jadi onarnya disebabkan anak-anak murid, bukan tok tok gurunya. Dan ubatnya pulak, ialah menerapkan cara-cara beradab bila berjumpa isu yang khilaf.. Maksudnya, bila sesorang tu berkeras nak beramal dengan apa yang dia tahu, cth solat terawih tu 20 rakaat, maka itu bukanlah cela atau salah.. asalkan dia tak mencela/menyalahkan pihak yang lain pulak..
    Tetapi lain pulak isunya jika ada orang yang dahla kurang beradab, tuduh pulak orang yang solat terawih 20 rakaat sebagai bidaah atau orang yang buat kenduri tahlil tu bidaah, atau baca Yasin malam jumaat tu bidaah.. haa yang inilah kita marah sangat. Bukan isunya 8 rakaat ka atau 20 rakaat atau buat tahlil ka dak.. tapi isunya bila kita tuduh orang yang tak sama dengan kita sebagai bidaah laa.. sesat laa dan sebagainya.. Nilah baru penyakit..

    Berkenaan dengan dengaq dan patuh tanpa soal terhadap tok-tok guru biarpun tanpa rujuk lagi Quran dan Hadith, pada pendapat saya ini bukan sesuatu yang cela. Mungkin berlainan dengan pendirian Tukya, tapi asas pendapat saya adalah begini..

    1) Orang awam tidak terbeban untuk mengeluarkan hukum syariah mereka sendiri, jadi mereka ini adalah boleh taklid buta.
    Lagi haru bila orang awam bukak sahih bukhari, jumpa hadith Saidatina Aisyah yang kata orang muda yang hisap susu wanita akan dikira ibu susuan.. oih, mampuih laa macam ni.. habih brapa laki bini kena 'automatik' cerai ni? Padahal, Ulama' kata pandangan para sahabat yang lain tidak sebegitu, mereka hanya tetapkan dari lahir sampai 2 tahun sj, baru jd ibu susuan..
    Bagi yang mangkuk orang awam macam saya ni manalah nak pi tau pendapat lain, tapi nak beramal dengan hadith sahih tu la akibatnya kena cerai dengan bini.. mana satu ni.. nak ikut hadith sahih ka atau kata Ulama'??
    Sebab tu, mengeluarkan hukum bagi orang awam adalah salah dan fitnah besaq.. Sebab bangang dan bengongnya kita tak tahu kepala ekoq, terus kita ambik hukum sendiri tanpa rujuk tok-tok guru yang lebih mahir berkenaan dengan Hadith, Quran, Ijma' dan Qiyas.

    2) Kita dan tok-tok guru kita bukan sahaja diikat oleh ilmu.. tapi kasih sayang.. dan ta'at dan wala' kita kepada mereka kena adalah, selagi mana tok-tok guru kita mengikut pandangan jumhur. Kenapa dalam politik kita kena taat dan wala' pada pemimpin tapi dalam bab ilmu mengelupoq tanya dalil itu dan dalil ini?? Dari satu sudut baguih laa kalau nak tau dalil, tapi takut-takut akai kita pulak tak sampai bila tok guru terang cara istimbat hukum.

    3)Sumber hukum bukan takat Quran dan Hadith, tu kena paham sungguh-sungguh.. Kita yang perasan pandai dah istimbat hukum hanya pasai ada terjemahan Quran dan Sahih Bukhari dok simpan kat rumah tok sah perasan laa.. Mujtahid Mutlak dulu hapai busuk-busuk pun 500 RIBU hadith sanad dan matan, kita yang ada sebiji buku hadith ni boleh mengaku mujtahid jugak ka??

    Salam Tukya, sekali lagi mintak maoh kalau kasaq.. Tukya tetap guru saya..

    Abi Qalam

  1. Anonymous

    akum..mencelah.. maaf ya pakcik azizi, rasanya pakcik azizi kena amik kata2 abi qalam; edit bg jd bhsa formal dan post kat web pakcik azizi.. pakcik azizi org yg berpengaruh..kata2 pakcik azizi ada org pakai.. walhal dlm kes nih pakcik azizi bukanlah ahli..maaf ya buruk adab..

    dan saya tau..mcm saya..pakcik azizi pun dah bosan dgn isu ini..dah luahkan apa yg pakcik azizi rasa..itu cara kita org seni..tp adakah cara kita betul? nak tau betul kena la cari org dlm bidang tuh..betul tak.. kalau saya mengarang buku.. saya akan cari pakcik utk edit.. kalau saya nak tau apa hukum kencing berdiri..saya tanya guru agama saya..tak begitu?

    bnyk2 komen..abi qalam lah yg paling tepat.. org kita akhir zaman nih cepat melatah.. kita masih pegang dgn nafsu amarah.. semua kita buat..tu ja yg betul.. tapi betul kah kita.. maka dlm nak menilai diri kita yg hanyut ni..kena la cari org yg boleh bagi petunjuk.. yakni tok2 guru yg alim lagi wara..yg ckp dia tuh..tak lari kemana..tak kata org tuh bidaah, org tuh sesat..tp kata " marilah nuntut ilmu dan beramal dgn ilmu akhirat, dekat diri dgn Allah n Rasul Saw, moga kita dan anak cucu tak sesat.." org ni la yg kita kena cari..

    stakat ni..saya tak berjumpa lagi dgn tok2 guru yg kata wahabi sesat atau dr.asri sesat.. tp saya slalu dngr org puak2 satu ni ckp tok2 guru yg sesat.. sbb amal amalan yg dah beratus tahun diamalkan..BERATUS TAHUN DIAMALKAN.. yah mmg perkara furuk/ khilaf yg dibicarakan..tp bila menuduh org sesat..itu sudah lain jadinya..

    bayangkan la.. pakcik azizi dah lama mengarang ni..tetiba saya dtg entah dr mana..tp ada jwtn di DBP dan kata.." azizi abdullah tu pengarang picisan.. buku dia hanya layak di bahagian komik2 shj. paling bagus jgn dibiar org baca" apa perasan pakcik azizi? dan kalau dah terpapar di media.. apa kata peminat2 pakcik azizi..mestilah jadi hairan. terpinga.. rasa marah..nak merusuh..lantas naip mcm2 dlm blog mengata DBP mcm2.. tak sama..tp hasil yg serupa..masyarakat akan berpecah.. tambahan pula dlm hal agama!!!!

    saya ketika ini sngt hairan dgn rakyat malaysia.. belajar agama tak kemana.. amal masih mcm buluh kasap, sekejap ada sekejap lesap.. tapi berlagaknya semacam sudah mengarang kitab besar berpuluh jilid... pakcik azizi tahukah amalan tok2 guru terdahulu yg kitabnya banyak diajar di alam melayu ketika ini.. sbg contoh; sblm mengarang mereka akan sembahyang sunat dua rakaat, mohon diberi hidayah dan petunjuk dlm mengarang, dan sentiasa dlm keadaab berwudhuk ketika mengarang kitab..dan dlm karangan mereka, penuh dengan adab dan tidak meninggi diri.. dan ini yg dikatakan sesat?

    saya juga bukan ahli dlm bidang agama, ilmu saya bnyk yg keciciran.. kerna bidang saya dlm sains alam sekitar. saya hanya memberi contoh2 yg mudah difaham. berdasarkan apa yg saya paham drpd pengajian saya dgn guru2.


    nasihat terakhir saya kepada semua yg mengikuti blog pakcik azizi, marilah sesama muhasabah diri..tuntutlah ilmu dr guru yg mengasihi Allah dan Rasul saw lebih drpd dirinya sendiri.. bukan dgn guru yg mengata org itu sesat, org itu bidaah.. ini amalan salah.. aku shj yg betul..(wlaupun katanya indirect..tp bnyk bwk maksud ke situ) wallahualam..

    maaf ya pakcik azizi jika ada kata yg mengguris hati..saya budak berwatak kecil shj dlm dunia ini..dan paling penting saya masih sayang pakcik azizi dan karya pakcik. wasalam

  1. Anonymous

    Assalamu alaikom Abi Qalam

    Saya membaca komen tuan yang panjang lebar entry 6.00 pm.
    Saya dapati minda Abi Qalam masih berada di tahun 30an, minta yang tak berubah dan masih berpegang kepada ortodok. Satu pemikiran yang statik, tak pernah berubah.
    Patutlah pemikiran umat Islam sebegini, masih terkebelakang.
    Maaf. Anak Kelembai.

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya dan Semua,

    Saya sebenaqnya bersyukur sungguh bila Tn Anak Kelembai kata minda saya ni dok takuk tahun 30-an.. walaupun hakikatnya saya baru 30-an. Dan saya mengaku dari satu segi itu memang betul. Cuma saya tak tahu dari segi mana punca saya dikatakan begitu, maka saya buat andaian seperti dibawah;

    Adakah salah dari sudut Fiqh saya berminda macam tu. Adakah dengan saya menolak gesaan untuk bidaahkan amalan warisan dan menyesatkan orang membuatkan saya dikatakan berminda 30-an? Jadi saya berminda dinamik jika hanya saya membidaah dan menyesatkan orang?

    Atau saya perlu selidik dan kaji Quran dan Hadith semula dan menolak ijtihad Ulama'2 silam untuk tidak berminda statik? Padahal Aliran Fiqh 4 mazhab sudah wujud lebih 1000 tahun, dimurnikan oleh ratusan ulama'-ulama' mazahib dan berjaya melalui 1000 tahun itu dengan jayanya. Inilah dinamiknya Fiqh, diuji zaman-berzaman dan masih berjaya hidup subur.. Dan apakah yang kita kata moden dan dinamik itu boleh berjaya melaluinya?? Laa ni pun dah celaru.. hmmm.. malang sungguh..

    Maaf Ya..

    Salam..

  1. Anonymous

    Tuan Azizi..demo salah tu..hambali,maliki,shafie dan hanafi memang aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dlm bidang fekah....teras aliran ilmu islam terbahagi 3 secara umum fekah,tauhid dan usuluddin..ketiga2 bidanng ini dalam ASwj memang ada ulamak muktabar yang di iktiraf...maka dlam aliran fekah 4mahzah tu adalah mazhab yg di iktiraf muktabar selaian ada lagi beberapa aliran yang di terima pakai....

  1. Anonymous

    Sdra Anonymous terakhir 11:06 am.

    Minta maaf. Saya tersedar kesilapan itu. Kalut menaip, maka tersilaplah. Saya faham tokoh mazhab itu dalam Ahlussunnah.
    Saya pohon maaf.Terima kasih atas teguran.
    Yg benar; Azizi Abdullah

  1. fadz

    Saya bersyukur bahawa pemuda 30-an seperti Abi Qalam masih ada di Malaysia, alhamdulillah..