Catatan 25 April 2010 Di Ulu Selangor

Posted by Tukya Labels:

Berkampung di Kuala Kubu Baru, menziarahi Batangkali, meninjau ke Kelompang, terkejar-kejar ke Felda Gedangsa dan lain-lain, terlajak ke Ulu Yam untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Ulu Selangor sangat memenatkan.

Masjid Kuala Kubu Baru temuak air dari tangki najis. Tandas terpaksa beratur dan bandan sudah jadi kambing hapak.



Mereka ini tidak mendapat apa-apa pun upah, tapi bersedia berkerja.

Tiba-tiba sekitar 9 malam 25 April 2010 sudah dapat tahu PKR kalah. Ketika itu baru terdengar berdengung - ngiung siren menjerit menghantar menteri ke tempat pengisytiharan calon yang menang.

Tapi seronok. Bersama puak pembangkang dalam pilihanraya kecil memang seronok, walaupun berak tak ketahuan hala dan keadaan serba tidak selesa.

Ketika mengamin bacaan Fatihah Imam Masjid Kuala Kubu Baru setiap maghrib dan Isya tertanya-tanya juga hati, adakah sekian ramai yang ‘mengaminkan’ bacaan Fatihah itu pihak pembangkang sahaja? Jawabnya tidak. Pihak Barisan sendiri pun ada. Tapi bagaimana mereka mengaminkan Fatihah? Demikian jahatnya hati berbisik.


Mereka tidak tahu apapun apa yang mereka pegang.

Ternyata politik memberi berbagai tafsiran, termasuk dalam memahami agama. Tapi yang pasti ialah betapa ramai yang memahami politik tidak memahami tuntutan agama.

Saya percaya kemenangan BN dengan majoriti 1725 berbanding tahun 2008 pihak PR hanya mendapat 128, ramai dari kalangan Umno (bukan MIC atau MCA) sangat mengembirakan walaupun gembira itu bagi mereka tidak tahu apa maknanya dan gembira itu sampai ke mana. Yang pasti Umno bergembira kerana Kamal menang, kerana Kamal dari MIC itu komponen Barisan.

Saya sendiri yang termangu-mangu di celah-celah ribuan petugas dan orang di Kuala Kubu Baru termangu-mangu, apakah sebenarnya yang mengembirakan mereka (Umno?)

Rupa-rupanya yang mengembirakan mereka, tidak ada apa-apa selain dari calon Kamal menang kerana kerja berbaloi dengan apa yang mereka kerjakan di samping menunaikan perentah yang menabur wang.


Sudah berlalu dan orang tua ini tidak tahu untuk apa turun mengundi.

Lebih dari itu mereka tidak merasa ada apa-apa nikmat dan boleh berbangga.

Saya juga masih terfikir sekarang, apakah pengundi Melayu seramai 24,997 yang memangkah Kamal sehingga menang, sama dengan pengundi Melayu di dalam 23,272 yang memihak kepada Zaid?

Begitu juga, apakah Melayu yang ada dalam angka 23,177 di tahun 2008 yang lalu yang memihak kepada Allahyarham Dr. Zainal Abidin, sama dengan Melayu yang ada dalam 22,979 yang memihak kepada G. Palanivel?

Yang sangat mengejutkan ialah kaum Cina yang memberi sokongan 100% kepada PKR. Barangkali bukan saja saya yang tersentak, tetapi pengundi Melayu yang menyokong Kamal juga tersentak, terutama pengundi Melayu di felda-felda.

Bagaimanapun ada jawapan yang mungkin bukan jawapan bersifat cerdik pandai atau penganalisis politik. Hanya sanya itulah gambaran jauh dekat, tinggi rendah, mentaliti pengundi Melayu. Itulah sahaja sukatan yang mampu diukur oleh orang Melayu yang dianggap layak bertateh ke saluran 1,2.

“Islam apa minum arak?” itulah mentaliti orang Melayu, terutama perempuan-perempuan di pihak Barisan Nasional, sambil menjulang gambar calon India (MIC) untuk menarik sokongan pengundi yang hendak masuk ke perkarangan mengundi.


Yang di pandang bukan orang tapi masa depan.

Tapi saya tidak pula mendengar itu di kawasan Felda. Di sana terdengar ucapan rasa syukur kerana penantian sekian lama, kini sudah terletak di tapak tangan, selain menunggu bankdraf RM50,000.

Jadi apa yang digusarkan apabila BN dapat merampas semula dari PKR?

Tapi apapun yang sangat jelas betapa orang Melayu masih dalam keadaan mengeliat membaca nasib bangsanya dan masih menunggu sesebuah janji. Kelemahan inilah yang digunakan oleh sesiapa saja untuk mengekalkan kuasa. Hal ini akan terjadi juga kepada PR jika PR memerintah sekalipun sekiranya sikap dan cara berfikir orang Melayu tidak berubah dan mahu diubah oleh pemimpin.

Golongan orang Melayu seperti di Felda, atau pekebun kecil, penoreh, peniaga kecil sebenarnya takut kepada kehidupan yang mereka alami sekarang dan kesenangan, masa depan bagi mereka berada kepada orang yang berkuasa.

Saya tidak berhasrat tidak menghormati kemenangan BN. Tetapi tentu sekali sedih kerana orang Melayu mengambil sikap ‘sedar’ dalam keadaan terdesak dan memiliki kesedaran dalam keadaan sedang tetapi akan ‘berpada-pada’ ketika ia digula-gula.

Kenapa bangsa Cina tidak begitu? Saya melihat ini kerana tanggung jawab pemimpin kedua-dua bangsa ini berlainan. Peranan dan tanggung jawab pemimpin Melayu terhadap bangsanya hanyalah tanggung jawab mengekalkan kuasa, bukan mencerdikan bangsa. Pintu kekritisan, pintu berfikir, malah apa lagi pintu bertindak tidak pernah dibuka. Jika hendak terbuka, ia cepat-cepat dipalam.

Ulu Selangor hanya pada nama sebagai kawasan terpencil dan ketinggalan. Sebenarnya tidak. Tetapi apabila beberapa ribu orang Melayu yang tinggal di daerah yang dikatakan ‘ulu’ ini, di sinilah kesempatan diambil agar orang Melayu tidak bangkit. Orang Melayu akan di suruh diam-diam dan jika hendak bangkit juga, satu sogokan mestilah diberi.

Ternyata hal ini menjadi. Ternyata orang Melayu terima. Maka jika ini menjadi permulaan analisis, elok sekali hal ini dibetulkan.

Malam terakhir penerangan PKR di Mini Stadium sangat baik. Prenuh dengan huraian fakta dan hujah. Tetapi fakta dan hujah yang baik tidak semestinya diterima dengan baik. Kegagalan PKR dan juga Pas ialah tidak membaca dari peristiwa yang lalu, 50 ribu yang hadir bukan pengundi. Jadi untuk apa mereka menyemak kawasan ceramah sahaja?


Yang dipegang ini ialah iklan ayam sembelih.

Ketika pulang saya berhujah dengan kawan-kawan. Ceramah memang baik tapi kita gagal memberi rakyat faham apa itu servis caj, sebab pembeli yang membeli tidak mengambil nilai atau harga barang tetapi membeli dengan kuantiti barang. Kenaikan minyak dulu, rakyat bukan membeli minyak menggunakan liter, tetapi menggunakan ringgit. Dia membeli RM10, RM5 sedangkan dia tidak tahu nilai RM10 atau RM5 itu banyak mana?

“Islam apa minum arak!” saya tetap ingat laungan wanita Umno di peti undi Kelompang. Dan waktu yang sama saya akan tetap ingat, bagaimana wanita Umno itu memeluk poster Kamal, calon MIC yang seolah-olah kalau tak Islam, apapun diizinkan.

16 comments:

  1. Anonymous

    Badan yang lemah, mudah dikuasai syaitan....

    Banyak-banyakkan rehat dan bersalawat.

    Salam.

  1. azman kamarul

    Badan lemah kalau zikirallah insyaallah lebih kuat dari mereka sihat tapi lalai

  1. jab sp

    “Islam apa minum arak!” saya tetap ingat laungan wanita Umno di peti undi Kelompang.
    Saya berkongsi pandangan yang sama dengan Chegu.Walaupun hakikatnya ia tidak banyak mempengaruhi pengundi lantaran mereka tidak pernah kira siapa calun BN asalkan ada cap kati,ia secara tidak langsong mengiakan ungkapan Dr Mahadhir Melayu Mudah Lupa adalah betul.
    Chegu,kadangkanga hipokrit juga diperlukan.Sewaktu kita melaungkan kerjasam disemua peringkat dan kaum,tetapi bila ia tiba atas nama Melayu dan Islam,wajar kita mendahulu Melayu dan Islam jika keadaannya tidak seimbang.
    Tetapi dengan sikap UMNO,lupa dan hipokrit mereka lebih merelakan Islam dikemudiankan ,parti didahulukan.
    Ini dikira apabila Chegu belum ulas lagi perihal Ibrahim Ali,manusia paling hipokrit yang benar berjaya menunjukan sikapnya apabila dipentas Perkasa,beliaulah Melayu terunggul dalam dunia,tetapi dalam politik ,cari makan adalah perinsipnya.
    Walaupun saya hanya berada 2 hari diHS dan sewaktu meninggalkan 2 hari sebelum PRK,hasil tinjauan dikawasan Felda,dari awal saya berasa amat sukar untuk Pakatan mengekal HS dalam dakapan.
    Namun keputusan terakhir,walaupun tewas ianya ketewasan dalam keadaan yang amat puas.Tewas selepas berusaha memastikan kemenangan.

  1. Anonymous

    JAB SP
    HAI, PERGI JUGA? KITA TAK KISAH KALAH TAPI DUKACITA ORANG MELAYU TIDAK BERUBAH MINDA.
    JAB TUNGGULAH ORANG HENTAM NANTI

    AZIZI

  1. Abu Faiq

    AF: Banyak post mortem & analisis dia orang buat. Tapi bagi aku, ini berakhirnya satu lagi pesta demokrasi yg sangat memilukan .. yg terus memesongkan pemikiran politik umat Muslim dari pemikiran politik lslam yg sebenar2nya.. lnilah perangkap kafir. Kita & orang2 kita; yg tua, yg muda, yg ustaz, yg kaki arak, orang kampung sampai menteri2nya sekali, semua masuk dalam perangkap kafir ini, walaupun tidak membuang lslam mereka...

    Pm: Apa maksud ngkau..

    AF: lyalah...Bukankah pilihan raya ini tuntutan wajib dlm sistem demokrasi. Melaluinya kita telah mengangkat makhluk bernama manusia menjadi lagislator, membuat undang2 bagi menggantikan hukum2 agama kita - hukum syara' - utk mengurus seluruh aspek kehidupan. Walhal, kita ada al-Quran, as-Sunnah, ljma' Sahabat & Qias. Bukankah itu semua mutlak sumber hukum yg Allah perintahkan agar kita berhukum hanya dengannya. Sekarang kita
    'kan diminta & dipimpin supaya berhukum dgn hukum2 yg dibuat oleh manusia2 sperti ini, yg makan nasi srupa kita. Bahkan bnyak yg tidak percaya Allah pun. So, merekalah the law-makers di dewan legislatif di parlimen, mengambil-alih tempat as-Syari' - Allah SWT - yg mutlak Zat Maha Pencipta Hukum.

    Pm: Tapi, hukum2 lslam berjalan.

    AF: lyalah.. for some isolated cases utk Muslim saja. Bukan menjadi mainstream atau pillar undang2 negara pun. Tak taulah aku pada ngkau, tapi bagi aku, ini jenis kehidupan yg menghidupkan syirik yg teramat2 besar dosanya. Manusia membuat undang2, lalu melegalisasikannya. ltu 'kan hukum2 thaghut yg menyengutukan hukum2 Allah. Syirik atas nama thaghut ni, Allah tak akan ampunkan dosanya, Pm.

    Pm: Aku tak pernah nampak sampai ke situ...

    AF: Bukan ngkau aje. Semua pemuja demokrasi tak akan nampak. Kan aku cakap tadi, kafir ni licik. Dah mereka pesongkan ideologi lslam dari otak bangsa kita sejak Lord Reid mula merangka perlembagaan lagi. Lepas tu, dia sodorkan, dan kita pun ambil. Ni, seluruh hiruk-pikuk ni, utk melestarikannyalah.

    TM: Pilihan raya ni..?

    AF: lyalah... Walhal ikut kaedah fiqih; sesuatu yg membawa kpd keharaman, haram jugalah.

    Tm: Habis, tak ada sapa cakap pun.

    AF: ltulah masalahnya. Akhirnya, lslam dah tinggal jadi sekadar kosmetik, macam baju; boleh pakai, boleh tanggalkan ikut suka2, ikut kesesaian. lslam dah tak jadi ideologi, tak jadi tuntunan berfikir, tak jadi ad-deen, sistem yg mengatur urusan kehidupan. Tak taulah, lslam apa macam ni pada penilaian Allah. Malangnya, para pejuangnya umat Muslim juga .. di seluruh dunia pun. Sampai2, bila disebut ideologi lslam atau lslam ideologis, mereka naik bingung, tak faham... Woi Pm, ngkau ni faham tak?

    Pm: Hah? Apa tadi...

  1. abghalim

    Salam Ustaz

    Kalau nak merubah minda Melayu pegangan kena konsisten...sepertimana yang diputuskan oleh Dewan Ulama PAS Kelantan Pada Ogos 1963, mengeluarkan hukum berikut. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram.

    Kita rindukan PAS yang lalu..bukan PAS yang KINI dan Selamanya

    Saya memang berada di Hulu Selangor dan menjangkakan 100% cina akan tolak calon MIC....sebabnya adalah keadaan kaum yang sewaktu dgn MIC disana...? (susah nak cakap)

    Kita mengharapkan PAS yang bertanding tapi PKR yang meletak calon yang semua orang tahu "Siapa Dia"..dulu kena balun teruk dengan PAS bila masa dia menjadi Menteri UMNO...
    Pekerja PAS serba salah untuk berkempen (bukan mereka tidak aktif sepertimana kata TGNA)kerana dulu mereka MEMBELASAH ZAID dengan isu yang sama dan kini kena membela....
    PAS terlalu tunduk kepada DSAI dan merelakan dia jadi PM.Apakah perjuangan PAS cuma sekadar menjadi pengikut dan bukan pemimpin....
    Seperti ZAID...DSAI juga bahan belasahan PAS ketika beliau menjadi TPM....teringat lagi kata-kata Mat Sabu di bawah pokok kabu didirikan pentas,di depan rumah Ad Jawa Kpg Sg Seluang Atas,DSAI di gelar Ustaz UMNO ALjuburi......
    Rakyat KELIRU dengan MATLAMAT DAN HALA TUJU PAS....
    Menjilat setiap ludah yang lama...

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya dan Semua..

    Hmmm... toksah kata sapa pun laa.. sama saja. Dulu masa jadi musuh politik, dia tu jahat la.. agen yahudi laa.. Laa ni, bila dah baik tidoq sebantai, dialah hero.. dialah wira negara..

    Baik BN ka PR ka.. adat-adat politik yang diamalkan, sama. Sikit pun tak dak beza..
    Jadi nak harap beza kat pemerintahan camana? Pi mai pi mai lagu tu jugak laa.. cuma dulu kroni hang dapat projek, lepas ni kroni aku pulak..

    Allahu a'lam..

  1. دندنة قيثارة الوجد

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    أنا من مكة بلد قبلة المسلمين لا أعلم إن كنت تعلم اللغة العربية لأني لا أعرف غيرها .. ولكن أردت المرور بكم وإلقاء التحية

    بارك الله فيك ووفقك

  1. Anonymous

    al wajdi,
    kena belajar bahasa malaysialah.
    saya bukan saja tak mampu baca, komputer nak tulis arab pun tak boleh.

    salam...salam...
    azizi hj abdullah

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Saya pun tak brapa paham sanagt arab ni, maklum saja mengaji takat darjah dua aja.. tapi apa yang Al Wajdi kata takat baris pertama kot maksudnya begini:

    "Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

    Saya dari Makkah negara Qiblah muslimin. Saya tidak tahu jika anda memahami bahasa arab, tetapi saya tidak mengerti selainnya"

    Lepas tu saya sendiri pun tak paham.. maklum saja ngaji tak abis..

    Allahua'lam..

  1. Anonymous

    Abi Qalam

    Haaa...haaa...
    Inilah pertama kali saya tergelak sampai setengah jam.

    Bukan dia yang tak betul, tapi kita yang tak reti. Subhanallah.

    -azizi

  1. ANUAR BIN SAFIAN

    "Kenapa bangsa Cina tidak begitu? Saya melihat ini kerana tanggung jawab pemimpin kedua-dua bangsa ini berlainan. Peranan dan tanggung jawab pemimpin Melayu terhadap bangsanya hanyalah tanggung jawab mengekalkan kuasa, bukan mencerdikan bangsa. Pintu kekritisan, pintu berfikir, malah apa lagi pintu bertindak tidak pernah dibuka. Jika hendak terbuka, ia cepat-cepat dipalam".

    kata-kata tukya ini mengingatkan saya dan kita semua kepada kehidupan harian kita dimana konsep dan cara pendidikan 'tidak langsug'ibubapa dan kaum keluarga melayu kepada anak-anak mereka. ibubapa melayu jarang mengalakkan anak mereka untuk bertindak berani dalam menghadapi kehidupan mendatang, contoh kita mengalakkan anak kita selepas habis sekolah atau kolej mahupun universiti apabila graduate bekerja dengan kerajaan kerana terdapat jaminan hidup. tidak payah fikirkan susah payah, tidak mengalakkan mereka bersaing untuk hidup. berbza dengan masyarakat cina (bukan di Malaysia sahaja) yang mengalakkan anak mereka untuk bersaing agar kehidupan mereka akan lebih mantap. Budaya yang diterapkan pada peringkat awal lagi menjadikan pemikiran orang melayu (Islam) dalam keadaan terkongkong dan tidak dapat berfikir dengan rasional.

    adakah setuju dengan pandangan saya..

  1. Anonymous

    Sdra Anuar bin Safian

    Saya cukuop bersetuju dan inilah yang masih menghantui kita sedemikian lama. Kita di ajar taat tak tentu pasal. Kita di arah jangan menderhaka.
    Saya tetap ingat, apabila SM Mohamaed Idris meminta saya mengajar tuesyen cucu-cucunya, dia berkata: Saya mahu dia sampai berani lawan guru!
    Saya hairan. Rupa-rupanya dia mahu saya ajar cucunya agar tidak jadi orang pak turut. Dia mahu kritis.
    Salam
    azizi abdullah

  1. siberangan

    Ustaz menulis sebagai penganut PAS yang mana mula mengenai ilmu Agama ustaz menuntu di Madrasah Dairatul Wataniah Kepala Batas yang mana pengasasnya Tuan Guru Hj Abdullah Pahim, turun kapada anaknya Hj Ahmad Badwi langsung kapada anaknya lagi Tun Abdullah. Mananya dari pengasas hinggalah masa kini madrasah ini tadbirurusnya UMNO/PERIKATAN & BN.

    Saya menulis sebagai penganut UMNO yang mana mula mengenali ilmu Agama di Madrasah Al Khairiah, Pokok Sena, langsung ka Masriah, Munabiul Ulum Penanti. Allahyarham Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussain Pokok Sena PAS, Allahyarham Hj Ustaz Ahmad Fuaad di Masriah pengasas PAS dan Allahyarham Tuan Guru Hj Mutallib tak mirip ka mana2 tapi menantunya Tuan Guru HJ Salleh UMNO.

    Macamana Ustaz kuat PAS saya kuat UMNO?.

    Ulasan Ustaz mengenai catitan 25 April di Ulu Selangor saya tak mau sentuh. Kerana semua Ustaz tulis dan gambar yang Ustaz tunjuk tu saya geram sampai kancing gigi. Tapi, banyak tak patut dan ianya macam Mat Sabu dan Mahfuz cakap dalam ceramah mereka lah, main tembak. Lepas tu Cina dan India yang dok depan "Allahuakbar....". Mat Sabu bukan fikiar, yang kata "Allahuakbar" tu kapiaq. Mat Sabu oghang Guak Jering dan Mahfuz Foter Airpot Pulau Pinang. Bila yang depa mengaji ugama?. Lepas tu dalam PAS perjuangan keugamaan depa jadi camcamerba lah.

    Jika boleh, Ustaz dari Munabi'ul Ulum, jangan lah macam tuuu... Cakap fasal ugama biar lijik (mantiq) yang Ustaz belajar tuuu...

    Jadi, tak pa lah Ustaz. Jika saya cakap banyak2 pun dan jika saya terang banyak2 pun fasal realiti perjuangan UMNO dan realiti kerja buruk PAS sekarang ini, pun Ustaz tak akan masuk UMNO sampai mati.

    Assalamu'alaikum....

  1. Anonymous

    As Viagra UK is a prescription medication, the prescribing physician should be made aware of all of the relevant issues when discussing whether or not Viagra online is appropriate. There are, of course, non-responders as well; men that simply do not respond to Viagra pills at all.

  1. longge

    http://www.blurty.com/users/hermesbags111
    http://www.blurty.com/users/hermesbags222
    http://www.blurty.com/users/hermesbags333
    http://www.blurty.com/users/hermesbags444
    http://www.blurty.com/users/hermesbags553
    http://www.blurty.com/users/hermesbags552
    http://www.blurty.com/users/hermesbags487
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag1
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag2
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag3