Jangan Bunuh Kami!

Posted by Tukya Labels:



Proses Kelahiran Manusia



Seramai 2 juta kami diseluruh dunia di gugurkan setiap tahun. 750 ribu dilakukan oleh remaja yang belum berkahwin dan 6 daripada 10 gadis sudah tidak ada perawan lagi.

Kamilah, janin!!

Apa salahnya dua juta kami ini? Kami tidak berdosa dan tidak punya apa-apa dosa tetapi kamilah generasi alam rahim yang sangat malang, si janin.

Seorang cendiakwan Pilipina, Kardinal Sin berkata; “Tempat yang paling berbahaya di dunia adalah dalam rahim.”

Memang benar pun. Akan kami cerita akibat kebiadaban ini. Yang demikian kekejaman apakah yang dilakukan oleh engkau dan bolehkah kami panggil ibu, yang memiliki rahim yang bererti penyayang?

Barulah kami tahu, dunia bukan saja diporakperanda oleh orang-orang politik, kekejaman jenayah dan bencana alam tetapi juga oleh engkau-engkau yang mengakhiri sebuah kehidupan kami.

Maaf, walaupun risikonya dari kebajingan dan kebinatangan sang lelaki tetapi oleh kerana engkau memiliki rahim janin kami maka yang bertanggung jawab mengakhiri hayat kami tentulah engkau-engkau.

Janganlah bunuh kami, wahai... yang sudah engkau lakukan berabad lamanya.


Proses Kelahiran Manusia


Kami mau menyebut bahawa engkau adalah pengguguran, yang melupus dan melekangkan kami atas nama tiket ini. Engkaulah wahai pengguguran yang paling celaka. Engkaulah yang menghancur kehidupan kejaninan kami yang bakal menjadi umat manusia, yang bakal mewarisi khalifah-khalifah untuk mewarisi sejarah dunia.

Tadi dikatakan satu anggaran seramai 2 juta kami digugurkan, menafikan hak untuk hidup. Bagaimana pun hasil kajian Allan Guttmacher Institute melaporkan setiap tahun sekitar 55 juta kami digugurkan. Ini bererti setiap hari seramai 150,658 warga kami digugurkan, atau setiap minit seramai 105 nyawa diragut sewaktu kami masih dalam rahim.

Kenapa? Apa salah kami?


Proses Kelahiran Manusia


“Bacalah dengan nama TuhanMu Yang Menciptakan.
Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan TuhanMulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam
Dia yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya

-Al-Alaq 1-5.

Huduhkah kami? Hinakah kami? Aibkah kami? Masakan boleh dihukum huduh kalau kami masih setitik mani, segumpal darah beku dan kami yang bernama janin?

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” –At-Tin 4

Tolong hentikan perbuatan ini. Tolong! Baik dalam bentuk sains atau pun perbomohan tradisional. Kami adalah generasi janin. Jangan nafikan hak kami untuk hidup.

Jangan! Janganlah, baik dalam bentuk aborsi alami mahupun aborsi buatan. Jangan, jangan masukkan kami dalam abortus provocatus criminalis.

Baik yang berstatus ibu atau belum berstatus ibu... jangan! Janganlah menghentikan kelangsungan kandungan. Kami ada di dalamnya.

Ini masalah komplek, perkara kekejaman dan tidak berperikemanusiaan. Ini mencakupi nilai agama, moral, etika kemanusiaan. Ini masalah biologi.

Seperti surah Al-Alaq di atas, para pakar biologi telah lama memberitahu bila dan di mana kehidupan kami bermula. Ilmu moden sudah sampai kepada satu tahap bahawa kehidupan manusiawi bermula pada saat kamilah: janin, titik yang akan melahirkan nasab dan generasi. Ini fakta ilmiah, bukan omongan, bukan falsafah, bukan spekulasi, bukan sebuah teori.

Ulangilah baca Al-Alaq.


Proses Kelahiran Manusia


Maukah kami dibunuh juga atas nama janin, atas nama setitik mani, atas nama segumpal darah? Jangan... jangan!

Sejak dulu ada satu kelompok para doktor terkemuka dalam laporan ilmiah mereka, ‘amicus curiae’ kepada Dewan Berdaulat Amerika, menunjukkan satu silkus pembentukan peribadi kami terjadi di saat setitik mani. Ilmu moden yang merangkumi embriologi, fetologi, genetika, perinatologi dan biologi membuktikan terbentuknya syahsiah seorang manusia sudah bermula dari dalam rahim lagi.

Kamilah itu!


Proses Kelahiran Manusia


Ia bukan saja ilmiah tapi ada faktanya. Seketul janin di saat memasuki minggu ketujuh kami sudah menunjukan bentuk dan juzuk-juzuk organ tubuh orang dewasa. Struktur otak kami pun menyerupai struktur dewasa yang mampu mengirimkan rangsangan untuk penyelarasan fungsi organ lain. Jantung kami mula berdenyut. Perut sudah mencairi pencernaan. Hati kami mewujudkan sel-sel darah dan ginjal kami mulai berfungsi menapis asam urin dari darah kami, janin. Otot dan lengan kami mampu bergerak.

Mahu juga membunuh kami? Apa dosa kami. Bukankah yang berdosa engkau?


Proses Kelahiran Manusia


Sudah lama dunia ditempek dengan sipongangnya bahawa sains perubatan telah berhasil mengembangkan teknologi kedoktoran moden. Mereka mampu membuktikan kehidupan kami dimulai pada saat-saat putik pembuahan. Jangan terkejut. Engkau sendiri yang makan buah asam, asalnya sebiji putik, hasil dari debunga dan pergelutan sperma.

Maka teklonogi ultrasound telah menjadi peralatan perubatan yang upaya menggambarkan keadaan dalam rahim, sarang kepompong kamilah. Teknologi inilah yang mampu manusia, termasuk engkau dapat melihat kami dalam rahim engkau. Aduh, alangkah bahagianya janin berada dalam rahim, satu-satunya nama Tuhan Yang Maha Penyayang.

Di sana engkau dapat melihat kami menghela nafas, menggerak-gerak tubuh, menendang menerjah lembut kulit engkau yang memborol. Engkau akan dapat melihat kami kencing. Transvaginal sonography telah menampakan kepada engkau jantung kami yang berdenyut pada usia kami 3 minggu sahaja.

Tidak kasihankah engkau? Bukankah kami dalam keampunan dan kerahiman rahim?

-------------------------------------
-Kolum Tepi Harakah 16-18 April 2010 Bil 1531

4 comments:

  1. weber

    en azizi.

    buang anak kerana malu. buat hubungan di luar nikah. nak atasi masalah mi, kenalah atasi masalah hubungan luar nikah dulu.

    tapi apa kan daya. pemimpin parti dalam BN pun buat hubungan luar nikah. malah diangkat jadi supremo.

    hadapkan je la.

  1. Anonymous

    Negara mana yang paling kurang berlakunya penggugguran haram? Jawabnya ialah negara-negara umat Islam yang masih kuat mengamalkan nilai keislaman mereka seperti di Arab Saudi dan di Pakistan. Telah jelas yang benar dari yang batil- melihat dari fenomena penggugguran bayi-bayi ini.

    Fikir-fikirkanlah.

  1. Orang Kampung

    Zaman jahiliah dulu bunuh bayi perempuan kerana diyakini `membawa' malu . Tetapi bayi yang dilahirkan itu mnenerusi proses persenyawaan yang `sah'. Zaman sekarang pun kelihatan bermotif sama. Tetapi dek sebab proses persenyawaan berbeza. Oleh itu di mana bezanya ?

  1. Anonymous

    http://www.blurty.com/users/hermesbags111
    http://www.blurty.com/users/hermesbags222
    http://www.blurty.com/users/hermesbags333
    http://www.blurty.com/users/hermesbags444
    http://www.blurty.com/users/hermesbags553
    http://www.blurty.com/users/hermesbags552
    http://www.blurty.com/users/hermesbags487
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag1
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag2
    http://www.flixya.com/blog/Hermesbag3