WOI, ISLAM ITU TINGGI MANA?

Posted by Tukya Labels:



Dalam tahun 60an yang lampau, ketika saya sedang bersyarah penuh semangat di dewan Sekolah Dairatul Maarif Al Wataniah Kepala Batas Seberang Perai, (sekolah kepunyaan Allah Yarham Datuk Hj Ahmad Badawi, ayahanda kepada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi) atas tajuk “Islam itu tinggi” (Islam, Yukla Wala Yukla Alaih) Saya menghurai secara budak-budak hingus bahawa Islam itu tinggi, tiada ada yang lebih tinggi darinya.

Hampir lima ratus orang pelajar yang mendengar. Begitu setiap Khamis, jam 9 pagi kami di pilih membuat syarahan dengan tajuk tertentu, selama setengah jam mesti berpidato.

Mudir Dairatul Maarif, Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi dan guru-guru lain sedang duduk dalam bilik untuk mendengar kami pidato. Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi bermisai melentang, mata terbeliak. Cukup garang. Kami semua takut. Tapi sebenarnya dia guru yang baik, berhati lembut.

Entah apa salah saya, sama ada bacaan atau tajiwd saya atau tafsir saya atau makhraj saya atau saya mirip kepada semangat Pas, tiba-tiba Tuan Guru Hj Ahmad Badawi keluar dari bilik lalu merampas pembesar suara yang saya pegang. Semua pelajar tersentot, terkejut beruk. Saya sendiri naik berpeluh. Mampueh saya.

“Islam itu tinggi mana,haaa? Tinggi pokok nyok (kelapa) ke? Tinggi mana?” jerkah Tuan Guru Hj Ahmad Badawi. Urat di bawah lehernya timbul.

Saya tergamam. Kalau tahi nak keluar tentu tinggal secamca. Kecut habis.

Maka Tuan Guru Hj Ahmad Badawi bersyarah dengan lantang, bersemangat menghurai ayat yang saja baca. Yang saya masih ingat ialah kata-katanya berulang kali; siasah syariyah. Assiasi…maqasid, Umno tidak Pas pun tidak.

Maka sejak hari itu saya sangat yakin bahawa Islam itu tinggi. Tidak ada yang lebih tinggi darinya. Menurut Tuan Guru saya ini, dalam semua bidang, tidak ada yang mampu mengatasinya, apa lagi tentang hukum hakam, malah bahasa Al Qur`an itu sendiri tiada siapa yang boleh tanding.

Tapi saya hairan pula, kalau sudah Islam itu tinggi, undang-undang itu tinggi, kenapa Tuan Guru saya ini tidak masuk Pas ketika itu, sebaliknya dia masuk Umno dan berkedudukan pula?

Lama saya pendam tentang Islam itu tinggi dan tidak pernah berubah sehinggalah menjelang bulan April 2010 ini tiba-tiba saya diubah (di...bukan ber...) dan mengajar pengertian bahawa sebenarnya Islam itu tidaklah tinggi.

Saya teringat jerkahan Tuan Guru saya; “Tinggi? Tinggi mana? Tinggi pokok nyok ke?”

Jika Tuan Guru saya itu masih hidup kelmarin, akan saya terkam ke rumahnya dan saya akan jawab jerkahannya; “Memang benar Islam itu tidak tinggi pun, Tuan Guru! Sekarang sudah jelas, Islam tidak tinggi pun!”

Memang pun. Yang mendakwa Islam itu tinggi bukan Islam saja tetapi umatnya juga.

Hari ini apabila ada sesiapa saja yang mengatakan Islam itu ‘Yukla’ atau tertinggi, itu adalah pembohong.

Takkan kata begini jadi kafir? Saya tak kata Islam itu rendah tapi umat Islam yang pembohong itulah kata Islam itu rendah, terumata umat Melayu yang terdiri dari fatawa fatawi, mutawa mutawi, ulama ulami yang duduk di sebelah sana bukan di sini.

Tinggi apanya kalau sejak dulu Islam disektor-sektor, di juzuk-juzuk dengan jabatan dan pejabat. Tinggi apanya kalau bertahun-tahun lamanya, ulama bertukar ganti, tapi syaraknya hanya ada dalam kitab? Tinggi apanya kalau hukum dijatuhkan gedebuk macam nangka masak, tiba-tiba bila diambil, buah itu busuk meneneh. Tinggi apakah dalam masalah hukum, mahkamah yang Islam kena tunduk koro kepada mahkamah bukan Islam? Tinggi apanya kalau junjung Qur`an tapi tak junjung ajarannya. Tinggi apanya kalau undang-undang tertinggi hendak dijatuhkan ke atas umat Islam, dikelencong ke undang-undang; permudah, ehsan, kasihan, pindaan dengan alasan yang dikeluarkan oleh pemetua-pemetua setelah hukuman itu dihempap ke atas pundak mereka.

Tinggi apanya kalau sudah ditetapkan oleh mahkamah syariah yang boleh gagah jalan kuasa Islam, tiba-tiba diubah hukum hanya dengan kuasa istilah. Dan yang lebih saya meraung, kalau boleh mahu kerobek gali kubur Tuan Guru hendak memberi tahu; Ustaz, tinggi apakah namanya kalau hukum lima kilo tiba-tiba diubah jadi setengah kilo. Ustaz, tinggi apakah namanya, undang-undang dan hukum yang dipersetujui, yang dibahas oleh semua ulama dari segenap ayat dan sunah, dari segenap kitab fekah dan tafsir dan hadis dan ijmak tiba-tiba disentot dan dicabut bulu pahatnya lalu Islam itu menjadi seumpama ayam dogiang yang terkepak-kepak di atas selut.

Tinggi apanya kalau hukum Islam sama dengan hukum sapu sampah tepi jalan!

Bukan payahpun Islam itu direndah dan tidak mahu mengakui tingginya. Ia dilakukan dari kalangan umat Islam sendiri. Waooo, kalau orang lain buat onar tentang Islam, macam lukis karton Nabi Muhamad, bukan main melenting kita. Tapi bila Islam itu dicabut bulu pahatnya oleh umat Islam sendiri, timbullah berbagai daleh helah kononnya, dari segi bahasa, bla...bla...bla. Dari segi pengertian istilah hukum, sebutan buluh kasap itu tak betul, sebenarnya qazaf.

Kenapa, kenapa hal ini boleh berlaku? Jikalah Islam itu tinggi, sepatutnya jika sesuatu hukuman itu dijatuhkan, jika hendak diubah, ia mestilah lebih wibawa, martabat, memacu, upaya, bukan belok turun kepada yang lebih rendah seperti batal wuduk kerana bersetubuh diubah kepada batal wuduk hanya kerana kentut.

Satu perkara yang sangat mustahak sekarang ialah bagaimana kita umat Islam terutama mereka yang berkuasa dan para ulama yang masin air liur dalam kerajaan ialah menggilap dan manik taraf imej undang-undang kepada tahap yang sepatutnya.

Tugas kita sekarang, bukan saja mampu melaksanakan hukum yang sudah sedia ada dalam undang-undang, tetapi mencerna imej keyakinan tentang hukuman itu sendiri menjadi wibawa.

Satu contoh yang paling kecil misalnya; siapa peduli hukuman mahkamah syariah apabila waran tangkap pesalah memukul isteri? Siapa yang menggeletar apabila waran dari mahkamah syariah minta potong gaji saraan untuk anak atau nafkah. Malah denda dan tuntutan bernilai juta-juta pun, yang kena saman itu masih tersenyum.

Bukankah itu imej? Bukanlah itu satu nilai yang rendah dianggap oleh kita sendiri, maka apatah pula jika ada pihak lain yang merombak atau mengubah hukum lalu menjadikan pihak lain terpaksa tunduk kerunas kuku.

Tuan Guru, maaflah murid tua ini. Hukum Islam itu sebenarnya tidak tinggi . Kita cuma merak buih!

-Tersiar dalam ruangan Kolum Tepi, Harakah 12-15 April 2010.

14 comments:

  1. Zaid Akhtar

    Islam ya'lu wala yu'la 'alayh.

  1. Tok Dalang Moden

    Islam itu banyak hikmah..

    en kordi's blog (sini)

  1. Awang Putat

    Awang kadangkala terkedu dgn tulisan sdr Azizi yg banyak menyedarkan saya perihal Islam dan tanggungjawab kita sebagai penganutnya.teruskan menulis buat sdr Azizi selagi berdaya.

  1. Abu Faiq

    Salam,

    1 Al-lslamu ya'lu wa laa yu'la 'alayh! Subhan Allah! Alangkah maha benarnya!

    2 Tapi benarkah pernyatan itu telah dizhirkan ke dalam kehidupan real jika kehidupan di negara ini bahkan TIDAK langsung mnggunapakai
    hukum-hukum syara' {syriah] untuk mengatur seluruh aspek kehidupan, mencakup: sistem politik, ekonomi, undang2, brnegara & brpemrintahan, sosial, pendidikan, diplomatik dsb?

    3 Jika benar kita berhukum dgn hukum syara' [syariah] untuk mengarus-atur aspek2 tersebut, maka apa perlunya lagi kita kdp dewan legislatif [parlimen]- dewan di mana manusia [para MP] drp yg
    Muslim & yang kafir duduk bersama; mencadang & membahas [dgn merujuk kpd Prlembagaan warisan Srhn'jaya Reid - bukan merujuk kpd al-Quran atau as-Sunnah, atau ljma' Sahabat atau Qias]; lalu mengundi mencari majorti 2/3 utk tujuan melahirkan, memansuh, merubah, menokok atau mengurangi undang2, yg kemudiannya dimintalah perkenaann raja, yang kmudiannya digazetkan, yg akhirnya dilaksnakan segala undang2 trsebut ke atas kita untuk mengatur setiap perjalanan kehidupan bernegara...

    4 Lalu, ke mana hukum2 syara', hukum2 Allah [syariah]? Bukankah dilontar jauh2; tidak berperanan di dalam urusan kehidupan? Walhal HANYA dgn HUKUM2 SYARA' [syariah] itu sahajalah manusia diWAJIBkan-Nya berhukum - tak kira yang Muslim atau yang non-Muslim [kafir dzimmi]...?

    Masya Allah! Sungguh dahsyatnya keengkaran yg sedang berlaku apbla hukum Allah disekutukan dgn hukum Sivil-Sekular, hukum2 tahghut ciptaan akal manusia Muslim & yg kafir di dewan lagislatif di Bukit Parlimen itu.

    Wallahu a'lam.

  1. Unknown

    Islam sebagai Addin tidak dimertabatkan di tempat yang sewajarnya.Ustaz menyindir penguasa yang mempermain-mainkan Agama Islam. begitulah jadinya bila Islam diperintah bukan Islam yang memerintah. Wahai semua!!sedarlah!!!!. Tahniah , dalam usia 68 tahun, ustaz masih gagah dan gah menghasilkan karya. Ana tunggu lagi bila buku ustaz akan keluar?

  1. AjiLah...hajilah57@yahoo.com...

    Alhamdulillah ustaz daN HAMPIR 70 NAMUN MASIH LAJU MENGHASILKAN KARYA. YANG TERKINI SELEPAS BERUK,KARYA APA LAGI .TERUSKAN .

  1. Anonymous

    Wan Omar, AjiLah
    Yang melebal kita tua ialah MASA.
    Berjuang dalam bidang masing-masing, mana ada tua. Cuma tak larat saja. Haaa.haa..haaa
    -azizi

  1. Anonymous

    Kepada Anda Semua,
    Maaf kerana tersilap eja rasanya:
    Yu'la atau Yaklu.
    Maaf Abi Qalam. Zaid Akhtar. Depa lebih arif. Dah tua, selalu silap.
    -azizi abdullah

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Silap dan salah ni adalah fitrah manusia dah, semua tertakluk dibawah mungkin. Tapi apa-apa pun niat dan mesej Tukya sampai dan difahami. Terima kasih Tukya.

    Izinkan saya yang bodo piang ni nak bincang tajuk yang Tukya sampaikan kali ni. Sebab tajuknya menarik sangat minat saya untuk lebih faham tentang tajuk ni.

    Allah dah firman, Islam itu tiada yang lebih tinggi darinya, maka kebenaran pernyataan ini adalah absolute dan tidak boleh dipertikaikan hakikatnya.

    Cumanya penyampaian Tukya dalam tajuk ini wajar difahami dalam ruang lingkup mempertikaikan tindakan umat islam kini yang menidakkan pernyataan Allah yang islam itu tinggi. Itu lah yang saya paham dan rumuskan dari penyampaian Tukya.

    Cuma setakat apa saya yang bodo piang ni paham, yang paling penting adalah penilaian Allah. Allah kata islam itu tinggi maka tinggilah islam secara hakikinya, yang jadi islam itu rendah bila kita nilai islam itu ikut akai kita.

    Pada kita, bilamana orang itu tidak pas partinya, maka dia tidak meninggikan islam. Maka sampai bilalah islam itu rendah, kerana sudut pandang kita hanya dari segi politik semata. Dan tambah pulak terlalu banyak adat-adat dalam politik itu bukan menampakkan ketinggian islam, bahkan menakik-nakik bagi rendah lagi tu adalah.

    Kenapa saya kata macam tu? Sebabnya kita biarkan adat-adat politik menguasai perjuangan islam kita. Kita dah lupa yang ketinggian islam itu mencakup segala genap sendi kehidupan( baca; udkhulu fissilmi kaaffah). Kerana dorongan adat-adat politik juga, kita mendahulukan puak parti kita (baca; asabiyyah) biarpun tindakan mereka tidak menampakkan ketinggian islam atas alasan; inilah siyasah syar'iyyah.. saya kata palahotak!

    Itu baru segi politik, belum dari segi Akhlaq lagi.. belum dari segi ukhuwwah lagi.. Allah kata mukmin itu bersaudara, kita kata tengok parti dulu.. Laa.. kata Allah pun kita bangkang?

    Maka, dalam semangat kita memperjuangkan islam sendiri pun, kita sendiri dah merendahkan islam.. apatah lagi mereka yang lain yang Allah dah jamin depa takkan redho dengan islam (Baca; walan tardo 'ankal Yahuda walan Nasoro hatta tattabi'a millatahum).

    Tapi islam itu Allah kata tetap tinggi. Dan yang rendahnya ialah nilai islam disisi kita yang kononnya cuba mendaulatkan islam.. Hmmm.. rupanya dalam tak sedaq kita sendiri yang palit selut..

    Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada Tuan Guru kita Tn Hj Ahmad Badawi dan Wali Allah Tuan Guru AbduLlah Fahim.. amin.

    Allahua'lam..

    P/s - Antara yang tertulis adalah monolog dalam diri saya sebelum melepaskan diri dari dunia politik.

  1. faeez

    tiada yg lbeh tgi dr Islam..kite prlukn tokoh Islam yg mmpu mengangkat kmbali Islam yg sdia tnggi..sbab i2 la smua umat Islam msti b'cita-cita ke arah itu..Allahuakbar!!!

  1. gitu-gitu aje

    percayalah, 50% Melayu Islam akan kembali kepada PAS termasuk saya sekiranya:
    1) PAS kembali perjuangkan Negara Islam dan Hukum Hudud
    2) PAS takkan bekerjasama dengan DAP dan PKR lagi

  1. pang5bugis

    islam tetap tinggi dan mulia... definasi islam itu juga.. bermaana sejahtera , myerah diri pada khaliq ...HAMBA ... YANG RENDAH... orang nya....

  1. Anonymous

    As Viagra UK is a prescription medication, the prescribing physician should be made aware of all of the relevant issues when discussing whether or not Viagra online is appropriate. There are, of course, non-responders as well; men that simply do not respond to Viagra pills at all.

  1. Anonymous

    http://chanelbags.spaces.live.com
    http://chanelbags7.spaces.live.com/blog/
    http://chanelwallet.spaces.live.com/blog/
    http://chanelwatch.spaces.live.com/blog/
    http://chanelhandbag101.blog.com/
    http://chanelaha.blog.com/
    http://chanelbags01.blog.com/
    http://chanel1221.blog.com/
    http://fuckingchanel.blog.com/
    http://chanelahaaha.blog.com/