Budaya Lapor Melapor

Posted by Tukya Labels:

Sekarang budaya baru sudah muncul. Dulu tak ada. Hari ini cuba kira, teliti dan analisa, siapakah yang paling banyak buat laporan polis dan berapa ratus ribu pula laporan itu dibuat, dibentang, dihantar, diunjuk dan diserah ke balai polis.

Kalau boleh buat statistik, orang Melayulah dan NGO Melayulah yang paling ramai, paling banyak, paling pandai, paling emosional, paling gatal, paling cepat mengambil kesempatan membuat laporan polis ini.

Seman derebar teksi dari Jalan Dang Wangi pernah ikut sekali. Dia tergelak kukkik-kukkik. Esok, lusa dan tulat dan tulatnya lagi dan tulat,tulatnya lagi, habuk pun tak ada.

Apabila ditanya kenapa, Seman yang cepoh itu geleng-geleng kepala. Dia tergelak lagi sampai tersembur air liur.

Memang pun kita tidak ada jumlah tepat mahu pun tidak tepat, sudah berapa ribu laporan polis yang dibuat oleh pertubuhan, NGO, parti politik dan mereka yang kononnya wira membela Melayu, pahlawan membela agama.

Dan dari jumlah yang tidak tahu itu pula, berapa pula yang telah diambil tindakan, yang berkesan?

Tidak tahu! Yang kita tahu, hari ini buat laporan polis, esok keluarlah dalam surat khabar empat lima cangok berdiri tengah panas menjulang sepanduk, kain rentang, kononnya mereka bantah itu ini.

Din Beruang tak pedulipun. Lebih baik dia buka surat khabar yang ada keputusan empat nombor ekur.

Demikianlah kalau kita hendak bercakap tentang laporan polis. Sebenarnya budaya ‘lapor melapor’ ini baru sangat. Tapi sangat jenuh. Dari isu-isu karton Nabi Muhamad hinggalah ke murtad, dari kes yang dianggap rasuah hinggalah kepada politik tikam menikam, dari silap cakap sikit, hinggalah kepada mendakwa bla-bla-bla.

Yang syoknya, paling banyak laporan ialah dari kalangan NGO Melayu, ahli politik Melayu kepada politik Melayu, dari aku Melayu kepada hang Melayu.

Dalam keadaan kita berhati-hati betapa tidak boleh sangat cakap tentang Melayu, tentang Melayulah yang dibuat laporan. Dalam keadaan kita tidak boleh melampau cakap pasal agama, tentang agamalah yang dibuat laporan.

Yang seronoknya mereka yang ingin mertabatkan Melayu lalu dibuat laporan, merekalah sebenarnya yang ‘kongkiak’ Melayu. Yang hebatnya mereka yang buat laporan tentang isu agama, mereka sendiri mencabul kemuliaan agama.

Kini sudah melarat laporan itu tentang raja, tentang sultan. Yang kita naik bengung, laporan apa pun kita tak tahu biji buahnya. Ada semacam main badminton. Silap sikit bagi bola tanggung, nahaslah jawabnya.

Budaya lapor melapor ini sudah jadi semacam berita rogol, buang anak dan rompak kedai emas.

Apa hasilnya?

Ini yang kita tidak tahu. Mungkin kita tidak ada pengetahuan perihal lapor melapor ini. Mungkin ada kelebihan apabila cara mengadu kepada polis ini. Tapi apa yang jelas perihal lapor melapor ini sudah jadi permainan ‘biliard’. Engkau tojoh aku, aku tojoh hang. Ada bola terpelanting ke kiri, ada masuk poket. Tapi semuanya diambil semula, tojoh lagi, dijolok lagi.

Macam main biliard:
Ada orang politik buat laporan terhadap polis :Hua-hua-hua.
Ada SPRM buat laporan terhadap polis: Ehem-ehem-ehemmm.
Ada polis buat laporan terhadap pemimpin politik: Hisss-hhiiisss-hiisss.
Ada golongan politik buat laporan terhadap golongan politik: Kah-kah Ada parti buat laporan polis terhadap kerajaan: Cit-cit-cit.
Ada artis buat laporan sesama artis: Bla-bla-bla.

Yang menjadi mulut kita ternganga dan terus menguap, ada laporan dibuka, ada laporan ditutup dan ada laporan tak buka langsung.

Jangan terkejut, oleh kerana kita telah berbudaya dengan laporan polis, satu hari nanti akan timbul generasi yang bencikan agama, maka akan muncul laporan polis membantah Tuhan kenapa haramkan arak, sedangkan arak minuman antarabangsa. Mungkin akan ada laporan, kenapa judi sedangkan industri judi itu memperkayakan negara. Mungkin akan ada laporan minta Allah tangguhkan kiamat kerana ada agenda belum selesai.

Maka melaunglah Hishamuddin Rais, bloger Tukar Tiub; Woooeeettt!

Saya kira masyarakat politik kita dari mana-mana parti sekalipun, yang galak dan gila isim membuat laporan polis, haruslah ada kotakfikir pada teks-teks politik dan isu yang hendak dibuat laporan. Ia bukan emosional dan fanatik karat. Teks-teks itu mestilah yang ada berkaitan dengan masalah politik.

Bertindak dalam hal ini seseorang atau NGO atau parti itu sendiri mestilah mampu mengikuti terus menerus isu, apa lagi dalam bentuk berita.

Perlu memiliki pengetahuan isu yang hendak dilaporkan, jika tidak orang akan ketawa begitu sahaja. Sebagai contoh ada NGO yang berselindung dibalik parti politik membuat laporan tentang Melayu, sedangkan mereka sendiri menjadi mala`un Melayu.

Cubalah mengidenttifikasi peristiwa, perkara, kejadian dengan cara memeriksa secara teliti dan sumber yang adil.

Kita sebenarnya tidak memusuhi sesuatu laporan tetapi selalunya laporan yang dibuat, bukan Mat Sudin kopral polis saja yang hendak tergelak, tetapi Lebai Karim siak masjid Batu Lima juga tergelak.

Yang sangat menggelikan hati ialah bentuk laporan polis yang nampaknya begitu hebat, pelapornya terdiri dari wakil-wakil berperut buncit, berjawatan Ketua Biro Cawangan. Isi laporan itu bukan main hebat kerana ia melibatkan raja, sultan,perlembagaan, agama. Tanya sana, selidik sini, dia sendiri pun tak tahu.

Patutlah Pak Taha nak tergelak kukkik-kukkik.

Demikian adanya. Alangkah baiknya ada dari kalangan penyelidik boleh buat kiraan, berapa semuanya laporan polis yang telah dibuat. Kalau ada bolehlah hantar satu. Terima kasih!

5 comments:

  1. Anonymous

    i.Budaya sebagaimana ustaz kemukakan sudah menjadi budaya buruk bagi mengadu dumba dan kepentingan peribadi dan kumpulan sendiri.Sekarang ini pun budaya lapor-melapor dan demo serta bantahan terhadap undang-undang dan peraturan Allah pun ada dilakukan oleh kumpulan tertentu,mencabar kewibawaan Allah sebagai Tuhan - Rabb sekelian alam.
    Mencabar Allah, tunggulah...
    "Oleh itu,janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka) , sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahannya).As-Sajdah"30)

    ii.Pohon stan dan kehidupan -(untuk pertimbangan ustaz) t.kasih -Hajilah

  1. zeqzeq

    Budaya periuk nasi..

  1. dagey@bungkill

    assalamualaikum
    minta tolong sahabat link kan
    http://lagenda-cinta.blogspot.com/
    terima kasih

  1. siberangan

    Sesungguhnya Ustaz Azizi niii.. amat bijak bermain ayat. Bahasanya wadduh wadduh amat enak sekali. Baca dalam posnya bertajuk "Budaya Lappor Melapor" macam baca cerpen. Mula tu risau juga nak komen. Tak pa lah kita cuba.

    "Lapor Melapor" ni bukan lah budaya. Tapi ianya sudah berlaku sejak zaman berzaman. Zaman Tok Nadoq laaahh kata orang Melayu. Bom Amerika di jatuhkan di

    "Hiroshima dan Nagasaki kerana di LAPORkan telah banyak negara di Asia Tenggara jatuh ka tangan Tentera Jepun".

    "Tentera Portugis berjaya menyerang Melaka kerana di LAPOR kan oleh Sikitol bahawa balatenteria Raja Melaka tidak kuat. Nampak macam meriam ditepi pantai, sabenarnya, kata sikitol,punggung orang di bulatputihkan".

    Jadi, zaman tok nadoq lagi "LAPOR MELAPOR" ini sudah berlaku. Ianya bukan budaya.

    Laporan kapada Polis, Melayu lapor Melayu, Cina lapor Cina, India lapor India, Orang Kita (orang Asli) lapor Orang Kita, Kadazan lapr Kadazan dan saterusnya itu ma'ananya sesiapa yang dianggap salah, harus di lapor kapada Polis. Jika tak di Lapor Polis tak ada kerja dan Mahkamah tak ada kerja.

    Cakap pasal, pihak atau mana2 badan yang membuat laporan itu lebih salah daripada pihak yang
    di lapor. Pihak yang kena lapor, buatlah laporan pulak, kata pihak yang melapor ini salah. Polis bawa perkaranya ka Mahkamah.

    Apa pun, biarlah hal "LAPOR MELAPOR" ini berlaku semoga memuaskan hati semua pihak khasnya dan rakyat Malaysia 'amnya. Negara ini ada undang2. Perbicaraan boleh dibuat, dari Mahkamah Rendah, Tinggi, Persekutuan dan jika tidak puas hati boleh dibawa ka Mahkamah Rayuan macam Spiker Kedah buat la ni