Seminar Pemikiran Azizi Abdullah

Posted by Tukya Labels:


Kepada peminat sastera dan penulis, peminat buku, ilmuan dan sesiapa saja yang berminat, adalah dijemput:


  • Ke : SEMINAR PEMIKIRAN AZIZI ABDULLAH


  • Pada : 3hb Ogos 2010 (Selasa)


  • Tempat : Dewan Seminar, IPG (Institut Perguruan Sultan Abdul Halim) Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah


  • Masa : 9 pagi hingga 4 petang.


Seminar dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dengan kerjasama ASASI, 2PNP dan Institiut Perguruan Sultan Abdul Halim Sg Patani.

Ucaputama akan di sampaikan oleh Sasterawan Negara Dato Dr. Anwar Ridwan. Sebanyak sembilan kertas kerja akan dibentangkan, di antaranya; Dr. Hashim Ismail dari UM, Pro. Mokhtar Hassan UM, Prof. Dr. Abdul Rahman Aziz UUM, Dr. Sohaimi Abdul Aziz USM, Dr. Sakinah Abu Bakar USM, Dr. Siti Hajar Che Man USM, Hasan Baseri ASASI, Dr. Rahimah Abdul Hamid USM dan Dato Mohd. Mansor Abdullah AJK Gapena.

Seminar tersebut bertujuan melihat sejauh mana perkembangan, pemikiran, falsafah, hasil karya dan pemikiran Azizi di dalam karyanya sejak dahulu hingga kini.

Azizi telah menghasilkan lebih 30 buah novel, tidak kurang 300 cerpen, ratusan artikel sastera dan kritik sosial, 5 antologi cerpen, penulis drama Radio, drama TV dan empat buku social. Kini beliau menjadi Editor Utusan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Azizi juga dianggap oleh sesetengah penulis sebagai ‘Penulis Sayembara’ kerana sering menggondol hadiah.

Semua dijemput hadir.

- Pian, Pengelola Blog

4 comments:

  1. Anonymous

    ada bayaran penyertaan ka?

    alimsa

  1. Anonymous

    SDRA ALISMA,

    PERCUMA

  1. Cikgu Nor Hayati @ Nur Sakinah

    Asalamualikum...sy merupakan salah seorg peminat hasil karya tukya..kebetulan salah seorg panel seminar ini iaitu Dr Sakinah merupakan pensyarah sy ketika sy pjj di usm , penang. Syang seminar ni agak jauh dr tempat sy di n9 ini...anywy semoga semuanyer akn sukses

  1. Anonymous

    NUR SAKINAH,
    Tak apalah kalau tak datang pun. Novel yang sakinah sebut itu, tak ada lagi pada saya, kecuali untuk koleksi. Cuma yang ada novel baru, seperti MEMOIR SEORANG GURU, TUKCAI,SURIATI, BERUK.
    Kalau terbitan Dewan bahasa, carilah di kedai Dawama.
    Salam
    azizi