Komentar

Posted by Tukya Labels:



(1) Tun Mahathir & DS Dr. Rais


‘Orang Melayu akan hilang kuasa dan suara sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara,’ kata Tun M, mantan PM yang paling lama memerintah.

‘Sungguh, benar berasakan fakta politik, rekod pemerintah dan Perlembagaan’ tokok penanda aras penyokong Dr. M, Menteri canang dan gong, Dr. Rais Yatim.

Dalam kontek kini, yang tak jadi pembangkang ialah Umno/BN, yang pembangkang itu Melayu dan Pakatan. Nampaknya cakap macam ni macam cakap nak beritahu orang Melayu, rakyat Malaysia, lain dari Umno/BN, parti apa pun tak layak. Di berinya contoh Perak.

Puiiii, yang Kelantan tak pula diberi contoh. Apa raaa punya saranan.

-Ya Allah, berilah kekuatan pada aku untuk mempercepatkan menyudahkan novel FOBIAku.


(2) Saya Sedang menulis Cerpen SEBATANG TUBUH TANPA AURA

Petikan: ‘Apakah mereka Melayu?’ tanya Surinam Malacindia, kepada Ubado Salam, kawannya yang menuntut di UIA, yang menyewa rumah di Kampong Kerinci.

“Kau akan kenal sendiri, kalau kau lama di sini. Secara rengkas, ada dua macam Melayu di sini.”

Surinam Malacindia membeliak mata.

“Melayu pertama, Melayu asobiah. Melayu kedua, Melayu Islam. Engkau akan tenguk macam mana Melayu asobiah dan Melayu Islam.” Kata Ubado Salam dengan tertib dan lembut.

“Tamadun?” Udabo Salam agak hairan.

“Ya, tamadun Melayu yang hebat, sejak dulu hingga sekarang.” Katanya.

“Engkau belajar antropologi?”

Surinam Malacinda mengeleng kepala tapi dia meyakinkan kepada Udabo Salam dengan bahasa matanya bahawa dia mampu memahami. Dia tidak akan menaruh apa-apa syak wasangka tentang bangsa Melayu kerana dari bacaannya dia tahu bangsa Melayu adalah bahasa yang sangat hebat, berbudi bahasa, bersopan santun, beramal dengan kasih sayang, bertolak ansur. Berat sama di galas, ringan sama ditanggung. Berenang-rengang ketepian setelah berakit-rakit ke hulu. Gunung sama di rengkuh, ke lurah sama diranduk.

(2.1)
‘ Malangnya Melayu itu kuat bersorak. Terlalu ghairah pesta temasya,sedangkan kampung telah tergadai, sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual.Meski telah memiliki telaga, tangan masih memegang tali, sedang orang mencapai timba.’

Haram jadah punya Melayu! Demikian maki seranahnya. Sungguh tak disangka bangsa Melayu diungkap begitu dalam abad 21 ini. Mau dia mengirim e-mail kepada Sarini-sarini, kekasihnya yang setia di Surinam untuk memberitahu teruknya bangsa Melayu menjelang abad 21.

Dibacanya lagi:
'Berbuahlah pisang tiga kali, Melayu itu masih bermimpi. Walaupun sudah mengenal university, masih berdagang di rumah sendiri ‘.

“Dajal! Haram jadah! Babi sesat!” begitu dia maki kepada Melayu apabila puisi Usman Awang dibacanya. Terasa Melayu seperti itu akan tempias kepadanya.


(2.2)

Dibacanya apa yang ditulis oleh Swettenham tahun 1885 tentang orang Melayu. Meradang habis apabila imej Melayu yang ditulis oleh Hugh Clifford .
“Haram jadah!” makinya.

Tom Pires bangsa Portugis yang hidup tahun 1512 – 151 pun haram jadah. Dikatanya; ‘Bangsa Melayu cemburu kuat. Isteri tidak penting bagi mereka di muka umum. Jika isteri mau pergi, semua kena tutup,’ demikian Ton Pires menulis tentang Melayu. Duarte Barbosa 1518 pula lain bunyinya; ‘Melayu terkemuka adalah kelompok Muslim, taat, menyenangkan, rumah besar, punya kebun buah-buahan, taman, kolam air, halus budi bahasa, sopan, gemar muzik dan menyanyi.’

Alhamdulillah, dia tersenyum. Dia mahu jadi Melayu seperti gambaran Duarte Barbosa, kerana katanya lagi; ‘ mereka sangat terampilan dalam segaja jenis pekerjaan, terlatih dalam setiap kadar kebencian, walaupun pun kurang disiplin- gagah berani, miliki senjata- bertempur tanpa takut.’

Yeeeaaahhhhh!

Tetapi yeeeaaahhh itu tidak berlarutan. Ada kerut-kerut berlapis di dahi dan matanya mula berbianglala. Surinam terus membaca petikan yang dipotostat yang ditulis oleh Emanuel Godhino de Eredia, seorang Pegawai Portugis kepada Raja Sepanyol; ‘ Orang Melayu telah menemui pengalaman diri sebagai komuniti sasaran selama satu abad. Orang Melayu menyenangkan, nakal dan sangat ceroboh- banyak akal, cerdas tapi semberono, mengabaikan pelajaran dan sastera, suka bersenang-senang, sikit ilmu matematik, suka meramal bintang.

Orang bangsawan suka sabung ayam dan muzik- orang biasa lebih baik, memanfaatkan waktu dan keterampilan teknik dalam mendapat pendapatan, ahli ukir, mahir dalam bidang kimia, melebur besi dan mengerasnya.’

Lambar potostat yang lain dibaca lagi. Kali ini tulisan John Francis Gamelli Careri yang datang ke Melaka tahun 1695. Tulisnya: ‘ Melayu Islam pencuri yang handal- musuh yang garang- suka menolak jalinan hubungan dagang- liar seperti binatang.’ Francois Valentyn dari Belanda pula menulis pada 1726M: ‘ Melayu lincah-lucu-sombong diri-penduduknya cerdik,berbakat, sopan santun tapi tak banyak boleh dipercayai.’

Dia menepuk-nepuk dahi. Mengeluh panjang.
‘Melayu biadap!’ demikian pula de Vellez Guirreiro seorang Kapten Portugis menulis.
“ Babi mandul!” jerkahnya sangat kuat. Geram sangat.



(3) PKR Macam Air Liur Basi BN Juga

Masakan tidaknya. Perangi berebut jawatan macam proses perhimpunan Umno, MIC , MCA dan lain-lain komponen juga. Nampak sangat berjuang nak berebut pangkat. Komplen sana sini. Laporan polis pun sudah semakin banyak. Aparaaaaa!

Kalau ya pun, janganlah Nampak sangat yang kita itu masih meleleh air liur basi Umno, MIC atau MCA. Ini bukan mustahil akan berlaku baling punggal kerusi. Aparaaaa!

Memang ada yang tak betul. Baguslah kalau nak perbetulkan. Tapi kalau sudah sampai ketahap nak perbetul kerana nak berebut jawatan, Nampak sangatlah siku-singgung, meleleh berlenja air liur basi Umno.

Kata Minah Jambul, itu buan salah PKR tapi itulah perangai ahli PKR yang menetas dari kepompong Umno.

Lantaklahhhhh!

(4)
‘Saya malu kalo ini TV keluar dari rumah saya. Saya malu pada itu jilan-jilan dan saya sanggup mati kalo kamu masih mahu buat gitu!’

‘Jika kamu mau ambil juga, cubalah. Sebelum kamu sempat balik pejabat kamu akan dapat panggilan saya bakar diri sendiri di belakang rumah.’ Demikian rayu dan ugut Ammatanu 76, ketika Penguatkuasa MPSPK merampas TV milik anaknya kerana tidak bayar cukai pintu tertunggak.

Ini kejadian di Sg Patani, menurut laporan harian Sinar keluaran 25 September 2010.
-Saya teringat bagaimana CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) sering memperingati kesan dan keburukan TV, terutama kepada kanak-kanak.
Ternyata, TV sudah menjajahi minda kita. Ugutan itu bukan saja ada dalam kepala Ammatanu, tetapi sebahagian besar rakyat kita, terutama orang Melayu.

-Saya kagum akidah Ammanatu.

10 comments:

  1. Anonymous

    AROURIS
    TERIMA KASIH KERANA INFO YANG AMAT BERHARGA.

    TERIMA KASIH.

    Azizi Abdullah

  1. hamidi

    Ust.dalam keadaan hari ini BN perintah pun melayu hilang kosa.PAS/DAP/PKR perintah pun hilang kosa.Ini kerana kaedah tawar menawar kuasa politik sedang berlaku dalam keadaan berat sebelah.UMNO dah lama buat kerja ini.Nampaknya PAS pun tiru lagi laju dari UMNO.Saya tak pasti sapa lebih cerdik.Melayu cerdik ke bukan Melayu lebih cerdik.Semua nya ini kerana kepentingan politik kepartian untok mendapat kosa.UMNO dah lama joli dengan kosa.Nampaknya PAS pun sedang menikmati pertambahan kosa.Melayu UMNO/PAS/PKR sedang khayal dan syok sendiri.Semuanya jual
    bangsa
    dan agama.

  1. Anonymous

    sdra hamidi,
    persoalan jual kuasa dan hak melayu/islam, ada lebih baik kita semak dan buat perbandingan. dulu bukan umno seorang yang perintah, dengan komponen lain juga dan sekarang kita mencurigai parti bukan umno yang memereintah.
    lalu kita namakan, dulu pun sama, sekarang pun sama.
    saya syorkan, baca statistik tentang hak melayu dan islam dalam perkara;
    tanah rizab melayu, 50 tahun, kedudukan agama islam, hak pelajaran dan biasiswa, kota perniagaan, berapa juta wang yang lesap, berapa juta hasil negara/negeri yang tak sepatutnya susut, berapa projek pembangunan yang membazir dan lain-lain.
    kuasa sekarang dari bukan umno/bn hanya baru 2 tahun, kenapa tidak melihat 53 tahun?
    saya tidak fanatik, pas atau PR ada kelemahannya, tetapi kenapa kita mesti cemburu dan meluat sedangkan mereka belum khianat seperti penguasa dulu.
    kelantan yang aman damai 20 tahun lebih, kenapa tidak menjadi bandingan. bukankah di sana melayu?
    saya bukan apa sdra hamidi, saya sangat hairan, mengapa melayu dan sesama islam kita mencemburui, malah bermusuh?
    tenguk, kenapa kita bermati-matian nak rampas kelantan sedangkan tanah di singapura sudah terhakis? kenapa tidak melihat bukit frezer, genting, pulau tioman, johor bharu?
    inilah saya saya tidak faham, kita mencemburui sesama bangsa.
    kuasa sekarang, tidak pernah kita dengar lagi hilang jutaan ringgit, pemimpin bina mahligai walhal pendapatan tidak sebanyak itu.
    hahh, saya rasa cukuplah. yang penting kita tidak pernah melihat hakikat kebenaran dan kita tidak mahu membaca sejarah. kita asyik syak wasangka, bukan melayu semua tak berguna, sedangkan yang melayu lebih dari tak berguna, kita tidak pun kisah.
    sdra hamidi, dalam hidup ini, apa yang lebih penting dari kejujuran, amanah dan kebenaran.
    salam
    azizi abdullah

  1. Anonymous

    Bila aku order roti canai dan teh tarik,aku akan memanggil:
    Mamak,teh tarik satu,roti canai banjir punya juga 1.
    Bila masa lapang aku berbual dengan mamak ni.Dengan bangga dia cerita asal usulnya dari negara mana dan telah berapa lama berada dinegara ini.
    Tup tup ,alih tak alih,sedar tak sedar,tengok punya tengok,gambar mamak juga berada dalam kumpulan yang menamakan merekalah Melayu.Pening,pening.

    Pemilihan PKR:
    apa pasai jadi macam ni.mudah cerita,banyak yang asalnya dari umno dan mic.jadi budaya dibawa bersama.cuma apa yang ada setakat ni belum lagi terdengar kerusi melayang.bermakna umno dan mic lagi champion dalam mesyuarat depa.

    Kisah aci tak bayar cukai pintu.
    ada lapuran(dari akhbar)anak dia dah bayar separuh,cuma gagal ansuran berikutnya.
    adakah mpsp dan lain penguatkuasa nak buat perkara yang sama pada depa yang ada "title" tetapi hutang beratus kali ganda daripada hutangnya.
    jab sp

  1. Anonymous

    Bukan takat UMNO/BN. sapa pun perintah Melayu akan hilang kuasa. Kes Kelantan lain....

    Yang kita cakap atau TDM cakap, Melayu hilang kuasa jika pembangkang jadi pemeintah di Pusat. Krlantan tak apa laaahhhh..

    Kita nak sekalikan sekarang, bukan mesti PAS masuk UMNO. Buat perpaduan dah cukup. MP UMNO berpadu dengan MP Melayu PAS/PKR/UMNO kera ok laahhh...

  1. Cikli

    salam tukya,

    persoalan. adakah thesis phd rais masih valid. jambatan baru dah dibina? bengkok ke straight?

  1. NAN times

    Ustaz.saya rasa tak pa kot no cerita Lim Guan Eng KM pulau Pinang beri bantuan pada orang miskin termasuk Islam melalui duit judi.Sorat habak utusan ini jahat juga no.Lagi pun bukan judi ekok cuma lumba kuda saja.Depa yang terima itu pun dah belanja habis dah pun.Kesian orang miskin.Orang miskin bukan pandai main politik.Orang miskin dipergunakan oleh orang politik untok mendapat nama.Kesian orang miskin.Tapi tak ramai yang mau dudok dng orang miskin.

  1. Anonymous

    NAN ,
    aku tau hang perli Lim Guan Eng tu.aku juga tau hang bulat bulat terima apa yang UM cerita.baguihlah tu.teruskan melanggan dan baca utusan.
    cuma apa yang hang tak cerita,banyak mangkok jenis hipokrit,hampir sama dengan murtad peribadi.
    orang lain buat baik dia bising,cari alasan nak pelekeh,tapi dia dan adik beradik dia bantai gaji hasil duit judi,dia buat diam saja.
    sekali sekala bacalah juga kitab kitab agama,bukan kitab 52 yang jadi amalan kawan NAN.

  1. Kampung kelawar

    Salam,ya ustaz.
    Tiada kelebihan pada Mahathir,setiap perdana menteri datang dan pergi dan pembangunan tetap berlaku.Sebenarnya kerosakan yang saking menular dan merosakkan budaya kehidupan rakyat Malaysia adalah angkara perbuatan Mahathir sebenarnya.
    Yang teramat penting dan utam adalah berkenaan bahasa Melayu.Mahathirlah orang yang bertanggung jawap dan mengepalai meruntuhkan kejituan dan kemantapan bahasa Melayu.Kalau sebelum ini di universiti semua pelajaran menggunakan bahasa Melayu dan ianya berjalan lancar.Kalau di hospital,terutamanya UKMdoktor-doktoryanya berbincang berhubung dapatan dan tindakan mereka,semua perbualan dan perbincangan dalam bahasa Melayu.Kini sudah tiada kalau adapun campur-campur.Kalau dulu tak kira Melayu ke,Cina ke atau India ke,semua bercakap sesuatu perbincangan perubatan dan bualkan perubatan dalam bahasa Melayu.Ini sebenarnya bermula dari sikap Mahathir sendiri kerana perjuangan bahasa Melayunya sebelum menjadi perdana menteri dulu bertujuan agenda politik in gin mendapat sokongan yang membolehkannya pergi lebih jauh hatta memaut jawatan perdana menteri sedang bualan haria dia dengan rakan atau keluarga dalam bahasa Inggeris.Silapnya silap orang Melayu kerana memberi kepercayaan bahasa orang yang bukan Melayu.Mereka tidak peka dengan keindiaan dan kemamakan Mahathir.

  1. Anonymous

    Salam dari Murid mu

    Jangan sebab terlalu taksub menyokong PAS bersama Pakatan hilang ketajaman imiginasi Ustaz dalam menghitung masyarakat, Islam dan Melayu masa depan. Perbandiungan antara PAS Perak dan Kelantan adalah satu perbandinngan yang salah. PAS Kelantan lebih baik dari BN kerana Melayunya masih menjadi tuan untuk memelihara bangsa dan Islam. Kelantan biar begitu sampai bila-bila pun tak apa. PAS Perak orang Melayu akan hilang segala-galanya termasuk bangsa dan keluhuran serta kesucian agamanya sekali. Kalau tak percaya ustaz kaji dengan mata hati kerana ustaz adalah orang politik yang lebih memahami...

    Walalhuaqlam