TENTANG KEBENARAN DAN BETULKAH BEGITU?

Posted by Tukya Labels:

Adakah yang betul itu benar? Adakah yang dikata benar itu benar-benar benar? Hakikat kebenaran itu ukurannya dengan apa?

Kini sudah sekian banyak kita menghadali delima tentang benar. Pembongkaran tentang sejarah, pemberitahu tentang kejadian Semasa, mendengar cakap dan membaca berita, sumber yang Dikata saheh, mutawatir, ahad dan sebagainya selalu juga Dipertikai tentang apakah ia benar? Sehingga Al-Qur`an yang dianggap benar dan suci itu sendiri Ada yang mempertikainya tentang kebenaran isi dan kebenaran hikmat, kebenaran akibat sehingga menimbulkan berbagai-bagai keraguan pula.

Saya terima satu e mail dari seorang kawan “Barajiwa’ yang dia pula terima dari seorang kawannya yang sedang membuat PhD di luar negara. Amat mengejutkan satu tesis yang menyongsangkan tradisi pemikiran kita selama ini. Tapi saya tetap terima kerana ia sangat
menunjukan sebagai pencari kebenaran.

Adakah ia sama dengan penemuan dari mereka yang dalam keadaan jumud perihal bukan Islam boleh berdiri dan bercakap dalam masjid? Orang bukan Islam menziarahi masjid dan mendoakan bukan Islam Agar mendapat hidayah?

Kongsilah bersama membaca tulisan di bawah ini.

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.


Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.


Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”


Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -


1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.


2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.


Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…




tnazi-baca


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

sujud

jsolat

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

hitler-w-sheikh


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…


m-tgk


mufti-barisan


mufti-alquds

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.


Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :


1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :


(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…


Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.


Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar


Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.


” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”


Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=411669814626&id=1081327063


10 comments:

  1. asalbayu

    Suatu ketika yang lama dulu, barangkali 15 tahun silam iaitu semasa hayatnya, saya pernah berbual dengan Affrini Adham (Allahyarham) yang pernah dinobatkan sebagai Perintis Puisi Kedah Darul Aman dan kemudian sebagai Tokoh Budaya Kedah Darul Aman. Allayarham adalah pengkagum Adolf Hitler. Saya pada mulanya berasa pelik. Beliau memberitahu saya, Hitler dikagumi kerana telah bertanggungjawab melakukan pembunuhan kaum Yahudi secara besar-besaran. Sehingga kini belum ada pun sesiapa yang sanggup berbuat begitu!! Sumpah!!!

  1. ibni ismail

    tulisan ini amat baik dan bagus.Cuma ingin membela isu semasa yg panas hari ini soal bukan islam ziarah masjid.Perkara ini timbul pun kerana ust-ust PAS jugalah suatu masa dulu yang melakarkan jangan berbaik dengan bukan Islam.Ust dah lupa ke atau terlupa.Hari ini pun dikampung terpencil ust PAS memain isu yg lama dulu.Kalau dah boleh dan tak salah kenapa 50 tahun dulu tak cakap cepat-cepat supaya orang kita tal berpecah-belah.Golongan ust-ust pun satu juga kadang-kadang lebih kapada kepentingan undi politik kepada kekuatan Islam itu sendiri.Cuba Ust pejam mata renung balik apa kata ust PAS 50 tahun dulu tentang isu yg ada hari.Mari kita kongsi idea.Letakkan kepentingan politik kejap.

  1. Anonymous

    SDRA IBNU ISMAIL
    itulah yang dikata manusia. jika begitu keadaannya, salahlah jawabnya. itu bukan kerana islam, tetapi kerana orang islam. jika itu orang pas, mereka juga tetap salah.
    bagaimana pun ilmu bukan statik. ia berkembang dan kebenaran diselongkar oleh ilmu untuk menentukan benar atau salah.
    saya juga tak setuju jika itu dilakukan oleh mereka yang menamakan diri mereka' pas'. mungkin pemikiran mereka ketika itu jumud dan salah sasar.
    jika sdra melihat itu sebagai kebenaran, tolaklah tapi jangan pula menolak dari kesinanbungan mereka kini yang melihat kebenaran itu dari sudut ilmu.
    salam
    azizi hj abdullah

  1. AK

    "Betulkan Yang Biasa,
    Biasakan Yang Betul".

    Bagitulah motto bekerja seorang ketua pejabat kepada anak buahnya. Mungkin kita pernah mendengarnya. Mudah , tapi berbelit-belit. Asasnya tetap satu, buatlah apa-apa pun berdasarkan kepada kebenaran.

    Mungkin 50 tahun lalu, barat@penulis-penulis yahudi telah berjaya menggambarkan cerita buruk hidup Hitler kepada kita semua. Hitler adalah penjenayah yang paling tersohor kerana telah mengetuai pembunuhan berjuta-juta orang yahudi yang lebih mudah dikenali sebagai Holocust . Pada waktu itu, kalau ada penulis yang cuba membela Hitler, pastilah ianya akan menerima padah maut. Namun demikian, pada masa sekarang banyak pihak mempertikaikan peristiwa Holocust itu. Presiden Republik Islam Iran, Ahmaddinejad turut mempertikai kebenaran sejarah peristiwa itu yang telah ditulis oleh penulis Barat. Saya berpendapat kalau kebenaran itu benar-benar telah terbukti, terima saja lah. Mula-mula, betulkan lah apa-apa yang biasa kita buat. selepas itu, lama kelamaan kita akan selalu buat benda-benda yang betul@benar.

  1. Anonymous

    sdra AK,
    SAYA SANGAT SUKA JAWAPAN DAN PANDANGAN SDRA.
    BARANGKALI INILAH MASANYA KITA MULA BERTOLAK SEPERTI APA YANG SDRA KATAKAN.

    SAYA DAPATI SDRA MEMPUNYAI SUMBER DAN ILMU TENTANG HITLER INI. SANGAT BAIK

    -AZIZI

  1. iiiiid

    Sebenarnya hari ini soal kebenaran atau sebaliknya dari pemerhatian dan amatan saya banyak bergantung pada aliran pemikiran masing-masing.Kalau sepuluh aliran pemikiran maka sepuluh pendapat dan bukti hujah dicari.Yang sealiran pemikiran akan menyokong yang sealiran dengannya.Begitulah sebaliknya.Mungkin ambil masa.

  1. Anonymous

    Tk atas info ni. Berkembang ilmu kita semua. Ttg tulisan ibni ismail tu sy agak setuju juga, & saya pun setuju dgn jwpan dr sdr Azizi.

    Pendapat saya pula, mereka2 yg hatinya nak berlapang dada/positif akan memahami kenapa kadang2 prinsip bule berubah.
    Yg penting, prinsip terkini lebih baik (dari sudut Islam) dari yg lepas2. Manusia tak 100% perfect. Tu kita kena akui, melainkan Nabi saw. Yg Maha perfect hanya Allah.

  1. asyirah

    sy da 2 pndapat mngenai hal ini...
    1. hitler dikagumi krana mrupakn pmbunuh yahudi..di pihak islam..bgus dlm mnegakkan islam...
    2.nmun..di pihak yahudi...kes hitler ini mndorong yahudi dan agama lain dlm mletakkan islam sbg terrorist..

    dn klau dfikirkn..kjadian pmbunuhan yahudi bramai-ramai trsebut tlh mmbentuk masyarakat yahudi yg rmai pd ari ni..
    di mna...mreka yg bpuak2 di mrata rata, dkumpul dan tlh dbawa msok ke kwasan palestin pd saat kjatuhan tersebut atas dasar simpati krana dtindas oleh islam yg "jahat" lalu mmbentuk sbuah ngara israel yg sedang mnguasai dunia pd ari ini...

    wallahualam.....

  1. Anonymous

    Assalammua'laikum dr..
    Tentang apa yang diceritakan disini memang ada kebenaran.Namun,apa pendapat dr apabila ada pihak yang mengatakan bahawa Adolg=f Hitler menggunakan Islam untuk berselindung di sebalik perbuatannya?Maksudnya disini,bukankah nama umat Islam yang terjejas kerana tindakannya?

  1. Anonymous

    Setuju dengan asyirah..sebenarnya bagaimana?