Pemudaiman dan Mutiara Wahyu

Posted by Tukya Labels:

Aidil Fitri hari ke empat 1431 yang lalu, saya dikunjungi oleh tiga anak muda dari pengajian tinggi. Seorang pensyarah dari UIA, seorang dalam proses PhDnya di USM yang bukan bidang keagamaan dan seorang lagi saya sudah lupa, tapi berperanan dalam ilmu-ilmu kebajikan.

Mereka datang menziarahi orang-orang yang mereka rasa patut diziarahi dan mereka memberitahu, mereka adalah kumpulan dari blog http://pemudaiman.blogspot.com. Mereka mewujudkan blog tersebut hanya semata-mata sebagai wadah dakwah, menyampaikan apa yang dirasakan patut, sesuai dengan ilmu dan perjuangan mereka.

Saya tersentak kerana ada juga golongan anak muda yang begitu prihatin tentang perlunya ilmu disebarkan dan ia tentunya secara percuma. Saya berfikir, alangkah baiknya jika ramai lagi yang dengan sukarela berbuat begini. Mereka dari kalangan terpelajar dan tentunya ilmu yang mereka lontarkan tidak sia-sia.

Baru-baru ini saya ke Medan Indonesia dengan hasrat mencari sedikit buku-buku. Di antara buku yang saya beli ialah “Menyibak Rahsia Sains Bumi Dalam Al-Qur`an’, ‘Mencari Tuhan Yang Hilang’, ‘Islam & Ekologi Manusia’ dan ‘The Amazing Stories of Al-Qur`an’. Buku-buku ini sangat hebat, termasuk juga dari segi jodolnya. Kehebatan jodol buku-buku Indonesia, menjadikan saya melontar kata dalam wacana TVRI SUMUT di hari saya ke sana, sebagai buku-buku yang penuh dengan penipuan jodol, touching dan memancing.

Kembalinya, saya menemui sebuah buku kecil dan nipis dari Pemudaiman ini, yang ditulis oleh Mohd. Syauqi Mod Zahir, salah seorang penggerak blog dan kerjamal ini bertajuk ‘Mutiara Wahyu.’


Huraian dan penulisan buku ini tidaklah sehebat mana, tetapi pemilihan mauduk (tematik) yang kemudian diadakan sedikit rengkasan, ulasan menjadikan buku ini sangat perlu dibaca oleh semua peringkat.

Saya tertarik dengan pancingan tajuknya seperti Qur`an dan Gunung, di mana sebuah buku Indonesia yang saya beli bertajuk Murka Alam, seakan begitu persamaannya. Kemudian ‘Manusia Pemakan Bangkai’, ‘Anak dan Isteri Menjadi Musuh,’ ‘Eksperimen 4 Ekur Burung,’ dan lain-lain.

Buku setebal hanya 104 muka, tidak membebankan untuk menghabiskan bacaan bagi mereka yang pemalas. Ia rengkas dan padat. Setiap ayat akan diulas dan disisip dengan maksud, dititip untuk amal.

Memang tepat hanya untuk mereka yang ingin Tadabbur dan tafakkur. Pelajar university sangat sesuai menjadikan ia ‘halaqah’.

Alangkah baiknya mana-mana korporat atau individu yang memiliki kelapangan kewangan, membelinya beberapa nakshah dan disedekah kepada setiap masjid sebagai pengisi khutub khanah. Ia pasti berfaedah.

5 comments:

  1. Ukhtie Rashidah

    salam.saya sudah membacanya.bagi saya yg ada latar belakang Qur'an dan Sunnah,buku ini sesuai dijadikan pancingan buat orang awam mendekatkan diri dengan tafsir Al Qur'an lantas mengamalkannya.

  1. alitantawi

    assalamualaikum ustaz
    kami terharu dgn ulasan ust mgenai buku kami. terasa kerdilnya kami bilamana mengetahui ustaz turut mengikuti blog dan karya kami.
    mohon tunjuk ajar ustaz utk kami terus berkarya.
    http://pemudaiman.blogspot.com/2010/10/ulasan-berharga-dari-seorang-sasterawan.html
    wassalam

  1. shamsudin

    Ust tolong habak sat.Kat kedai buku dimana dimalaysia boleh dapat buku berkenaan.Wassalam

  1. alitantawi

    salam ust,
    mohon mnjawab bg pihak ust mengenai soalan saudara shamsudin
    to akhi shamsudin: pemudaiman tak jual dikedai buku. kami jual sendiri by pos atau kami bawa buku tersebut ke mana2 program yg kami buat atau kami minta kawan2 yg terdekat tlg jual terus kpd pembaca.
    jd klu saudara brminat bleh layari blog kami:
    http://pemudaiman.blogspot.com/2010/09/karya-sulung-pemudaiman.html

  1. shamsudin

    t.kasih alitantawi