Isnin 27hb Disember 2010, saya dihujani SMS yang sangat menguja dan mengejutkan. Saya sangat bodoh untuk memahami ini. Saya masukkan di sini untuk sdra-sdra kongsi memahami dan kalau yang pandai tolonglah perjelaskan atau komen:
1. 6.57 pagi
Sayalah orang yang awal buat proposal puncak niaga tapi telah ditipu oleh ### dan M***. Bekas Ed PNSB R+++ ++ proxy saya dan Dato ^^^ bawa lari berjuta saham bila Terbitan Awam dilakukan. Allah Maha kaya, Maha Adil balasanNya tetap ada di dunia. Setelah kepentingan kami dikhianati R+++ ++ dengan wang berjuta, dia ditimpa penyakit leukemia. Doa 3 ribu peneroka Sungai Buaya tiada hijabnya. Tanah mereka tergadai gara-gara ^^^ dan R+++ ++ telah menggadai pada bank dan projek-projek terbengkalai di Sungai Buaya itu M*** senyap menyepi. Dialah pemegang saham terbesar PNSB dan sahabat atas nama-nama proxy Umno yang bergaji.Semua rekod ada dengan saya tapi kalau kita tidak menguasai $$$$ tiada maknalah. Saya cucuk K*** dedahkan gerand desing ini waktu di ugut Tuntaik bagi laluan pada ### bertanding lawan Kijangjuah. Tapi jerat bingkas dulu Tuntaik bertindak cepat. K*** diserang oleh ketua anjing gila.
- Hisss, lagi saya tak faham. Menatang apa proxy-proxy ini? Ini semua dunia.
2. 6.57 pagi
Saya dah masuk dalam blog pagi ini. Ini SMS pembaca kawan kita yang membaca kolum tentang gaji CEO Shabas empat ratus ribu sebulan. Mari kita oleh untuk tatapan pembaca. Anak-anak Petronas akan jadi mangsa terbaru. Itulah Umno…
-Sabar….sabar…apa nak hairan, sekarang nak buang air pun kena duit.
3. 6.58 pagi
Hal yang sama akan berulang; Petronas sekarang sedang mengapongkan anak syarikat-syarikatnya terbitan awam. Petro Chem, Gas Malaysia, Carigali.
Sedikit masa lagi termasuk Celcom dan Felda Holding. Dia tu dengan kementeriannya akan mengapongkan dulu jadi Public Listed Company. Kalau tak percaya tengok Januari 2011 Gas Malaysia dan Carigali akan dilisted. Saya dah dapat tawaran dari ****.Ini guna cari duit buat PRU13. Harganya RM2.80 seunit. Target mereka 50 sen seunit akan dilonjakkan. Keuntungan bagi kroni sedang berjalan. Oktober lalu petrol chem. Diterbitkan 51 sen seunit telah dilonjakkan. Ratusan juta saham dikuasai syarikat Umno link company dengan GLC. dan individu tertentu. Petronas akan umumkan kerugian dan pengambilan aleh dapat dilakukan oleh Tuntaik dan D** kerana mereka dah siap siaga jadi syarikat penyelamat kononnya macam Bank Bumi ditelan oleh ular lidi Bank Of Cmere. Tipah tertipu lagi.
Aku dah bagi info kepada ketua pembangkang apakan daya.
-Hoiii,saya pening dan bila saya ajukan kepada Pakteh Sahak yang jual karipap, Dia gelak sampai Nampak anak lidah. Baguslah, kita maju. Produktiviti kita meningkat, katanya.
4. 10.26 pagi:
***, ++++, *** janji nak cuba cari kat stor DBP, macam mana? Saya cuba dekat Sungai Patani,, tak ada. Dah dapat Interloknya?
- Agak saya ini tentu pasal novel Interlok karya Abdullah Hussain yang nak jadi buku teks sastera di zon tengah. Novel Interlok jadi kecuh sekejap dan kononnya ada menteri nak tarik dari jadi teks sastera kononnya kerana ada dialog-dailog yang kata Melayu bodoh, haprak.
Yang syoknya ada Mantan Perdana kata Melayu haprak dan mudah lupa, masih terangkat sampai sekarang. Kononnya pasal Ketuanan Melayu kena jaga. Tapi bila Tanya, apa menatang ‘ ketuanan’ itu? Di mana tercatatnya? Maruahkah? Kalau maruah, kenapa sudah 50 tahun maruah ini dipijak lenyai, tak gaduh pun.
5. 10.12 pagi:
SMS *** ***: Kenapa depa tak minta pandangan kami? Soal nak swastakan bahagian pendaftaran dan saman dah lama kami dengar. Ingatkan tak jadi. Kami pun tak setuju. Nanti saya cuba tulis.
Alangkah baiknya jika sdra tulis tentang saman ekor dan isu-isu lain seperti yang dibangkitkan oleh yb-yb dan timnya semasa menyerah memorandum kepada Yang Dipertuan Agung. Ini dah undang-undang. RUU penguatkuasa jalan (Pindaan) 2010. Bayangkan saman juga telah disubkan kepada kompeni. Betul-betul kerajaan subkontraktor! Semua diswastakan. Apa punya kerajaan?
Alhamdulillah…saya tak kena saman. Jadi ada baiknya kalau saya jawab macam Pakngah Taha Merbau Kudung tentang kenaikan minyak; “Alaa, naiklah berapa pun, Pakngah bubuh lima ringgit saja.”
8 comments:
Kalau Chegu sebagai penerima SMS pun tak paham,kami tentu lagi tak paham.Tapi teka sipi sipi bolih kot.
Semua ni tentu pasai fulus,yang berakhir dengan kawan makan kawan.
Cerita macam ni dah jadi cerita biasa,tambah tambah lagi kalau terlibat orang yang ada kuasa politik didalamnya.Tapi natijahnya,pi mai pi mai,bukan orang lain,satu lambang dan satu cap juga.Yang dah sapu banyak mana pun kita tak dibagitau,cuma yang dicerita sekarang berapa yang hilang.
Saya teringat cerita lama,adalah dalam 12 tahun yang lepas.Cerita dia lebih kurang macam ni juga.
Seorang kawan(peringkat adik),kerja GM sebuah syarikat Cina(CEO pernah jadi ADUN-Exco) hantar proposal untuk jadikan satu kawasan sebagai bandar stelit di kawasan utara ni.Tunggu punya tunggu tak ada respond,akhirnya lepas 2 tahun kemudian keluarlah pengumuman bahawa satu plan bandar stelit akan diujudkan.Tapi tuan punya dah bertukar dan orang semua tau syarikat ini kini kepunyaan seorang yang ada title Tun tanpa dapat gelaran Dato sebelumnya.
Jadi realitinya tikam kawan ni bukan perkara baru di negaraku yang serba bolih ini.
Yang paling syok dan menakjubkan,GM ini tetap dengan pegangan himatnya,"abang jangan dok buat fitnah".
Jab,
Nampaknya fahamlah tu.
Ini dunia politik sekular, yang tolak amanah sebagai tanggung jawab.
Salam
Ustad,
inilah entri ustad yang paling tinggi tahapnya sampai langsung saya tak paham. Ustad cakap apa nih? Buat entri mudah-mudah cukuplah. Ni dalam hidup pun rasa susah, baca entri ustad pun lagi rasa susaah hehehe
Benuasuluk
Tak faham lagi bagus. Tak payah komen.
Takkan mengaji tinggi sampai jadi orang Rais Yatim pun tak faham?
Salam
setakat sms apa2 pun boleh tulis tapi kalu benda tu betul gunakanlah hak kita sebagai rakyat bawa benda ni ke mahkamah ikut perundangan.Ingatlah Allah bersama orang-orang yang benar.
Lurus bendul hanya sesuai untuk duduk dalam gua sambil bertapa.
Inilah akibatnya jika ada orang yang tak dapat membedakan samada dianya berada di alam fantasi atau realiti.
*aku cukup bengang dengan orang bodoh tapi cuba memperbodoh orang lain.
"Sayalah orang yang awal buat proposal puncak niaga tapi telah ditipu oleh ### dan M***."
Kalau tak kena tipu rasanya orang yang menghantar SMS tu masih lagi ikut serta skim teresebut.
Faham, faham..
Biasa le tu, kes tak puas hati le tu sbb kena tipu. Insaf tak? Mudah2n insaf sbb Allah sayng kat dia sbb tu kena tipu.
Kita pun klu sesekali kena musibah, ada le tak kena tu.. yg penting tak tipu & amik hak org.. klu dapat juta2 ke jgn teragak2 utk tolong masy bkn enjoy sendiri
Post a Comment