Perihal Melayu Berfikir

Posted by Tukya Labels:

Sekarang orang galak kembali bercakap tentang Melayu: Kuasa Melayu. Melayu akan hancur. Perpaduan Melayu. Kemudian ada pula dakwaan, menyesal jadi Melayu. Melayu lenyap pun tak apa. Yang penting Islam.

Fikir-fikir sungguh juga. Melayu batas geoghrafinya sekadar sampai ke lubang kubur, lepas itu Melayu pasti akan lenyap. Malaikat tidak akan tanya, apa bangsamu.

Saya pernah menulis sebuah cerpen dalam tahun 80an dulu bertajuk ‘Menyesal Jadi Melayu.’

Tapi yang sangat anih, orang yang bercakap mempertahankan Melayu, termasuk mantan pemimpin yang mendakwa tentang pentingnya Melayu, merekalah yang menjahnamkan Melayu. Merekalah yang melingkup Bahasa Melayu. Mereka yang memusnahkan indentiti Melayu dan jati diri Melayu. Raja-raja Melayu. Hak Istimewa Melayu.

Yang bangang pula mereka tak pula kata Islam lebih baik.

Pemikiran Melayu mesti diubah sekarang, kata us. Monaliti.


Dua tiga malam yang lalu, saya hadir di kuliah maghrib di surau Taman Sri Petaling. Pengkuliahnya ialah Us. Monalito Ghazali (bukan orang Maxico) Sangat menarik kuliahnya tentang mentaliti dan pemikiran Melayu. Dia bagi contoh;

Saya letak di sini, sebelah kiri seekur babi . Di sebelah kanan seorang gadis comel.

Saya pasti sebelum saya buat apa-apa, anda sebagai orang Melayu/Islam akan marah kepada saya. Berdecit-decit bibir kerana marah. Babi tak sepatutnya di tunjuk di sini. Macamlah hebuh kepala babi dalam surau.

Orang akan lebih marah lagi apabila saya memegang paha babi, lalu mengoyak kangkang dia.

Anda pasti berpaling muka, meludah dan maki-maki saya.

Bagaimana kalau saya membuka dada babi, memegang memicit tetek babi. Anda akan menyumpah-nyumpah saya. Anda merasa jijik. Mungkin ada tuduhan kafir.

Begitu juga jika anda melihat kubang babi atau babi berjaras-jaras di atas lori di bawa ke tempat sembelih. Anda akan menutup hidung, meludah tanda meloya.

Begitu kebanyakan orang Melayu berfikir tentang babi.

Tapi dalam masa yang sama, dalam keadaan (orang Melayu) dalam sedar, sempurna akal, melihat saya memegang gadis ini, saya yakin anda tidak akan melihat dengan jijik, sebaliknya anda akan melihat untuk mempastikan apakah saya memegang gadis ini.

Kemudian mata anda akan terbeliak dan kagum apabila melihat saja membuka baju gadis ini, apa lagi kalau saya membuka dada dan memegang buah dadanya.

Anda akan berkata saya berani atau saya tidak sepatutnya buat begitu. Dan anda pasti tidak akan berpaling muka kerana jijik jika saya mencium pipi gadis ini.

Apa yang anda boleh berfikir jika begini yang berlaku? Tanya Ustaz Monalito. Fikiran yang bermain dalam kepala kita sebagai orang Melayu, orang tetap memandang jijik, marah, meluat dan sanggup mengutuk, membuat laporan polis jika saya berbuat begini dengan babi.

Tapi malang orang tidak merasa apa-apa, malah merasa hebatnya pula saya, beraninya saya memegang seorang gadis. Sedangkan dalam Islam, memandang ruang aurat bukan muhrim kita pun sudah haram, apa lagi jika kita melihat saya berbuat lebih dari ini.

Apakah melihat babi, memegang babi, mencium babi lebih hukumnya dari meilhat, memegang,mencium gadis?

Adakah orang Melayu mahu berfikir begini? Anih, fikiran orang Melayu songsang, maka sebab itu mereka membuta tuli mempertahankan Melayu tak tentu sebab.

Sama seperti gadis yang mengandung di luar nikah, kita menyediakan berbagai kemudahan, malah bertaraf ‘menteri’ pula menyambutnya. Pemikiran apakah namanya ini? (Ini bukan soal menghina) tetapi siapa pula yang mahu menyambut seorang hafiz atau seorang gadis yang menghafaz al Qur`an 30 juzuk dalam masa enam bulan? Menteri mana yang sanggup menyediakan sebuah rumah untuk anak-anak muda yang melakukan kerja-kerja agama?

‘Pemikiran orang Melayu masih terbalik sekarang,’ katanya. Dan aka nada lagi mereka yang bercakap tentang Melayu sedang dalam masa yang sama mencemik Perpaduan Islam.

-Hahhh, cerpen saya tentang Melayu Surinam mahu jadi Melayu 1Malaysia belum juga siap.

Komentar

Posted by Tukya Labels:



(1) Tun Mahathir & DS Dr. Rais


‘Orang Melayu akan hilang kuasa dan suara sekiranya pembangkang berjaya memerintah negara,’ kata Tun M, mantan PM yang paling lama memerintah.

‘Sungguh, benar berasakan fakta politik, rekod pemerintah dan Perlembagaan’ tokok penanda aras penyokong Dr. M, Menteri canang dan gong, Dr. Rais Yatim.

Dalam kontek kini, yang tak jadi pembangkang ialah Umno/BN, yang pembangkang itu Melayu dan Pakatan. Nampaknya cakap macam ni macam cakap nak beritahu orang Melayu, rakyat Malaysia, lain dari Umno/BN, parti apa pun tak layak. Di berinya contoh Perak.

Puiiii, yang Kelantan tak pula diberi contoh. Apa raaa punya saranan.

-Ya Allah, berilah kekuatan pada aku untuk mempercepatkan menyudahkan novel FOBIAku.


(2) Saya Sedang menulis Cerpen SEBATANG TUBUH TANPA AURA

Petikan: ‘Apakah mereka Melayu?’ tanya Surinam Malacindia, kepada Ubado Salam, kawannya yang menuntut di UIA, yang menyewa rumah di Kampong Kerinci.

“Kau akan kenal sendiri, kalau kau lama di sini. Secara rengkas, ada dua macam Melayu di sini.”

Surinam Malacindia membeliak mata.

“Melayu pertama, Melayu asobiah. Melayu kedua, Melayu Islam. Engkau akan tenguk macam mana Melayu asobiah dan Melayu Islam.” Kata Ubado Salam dengan tertib dan lembut.

“Tamadun?” Udabo Salam agak hairan.

“Ya, tamadun Melayu yang hebat, sejak dulu hingga sekarang.” Katanya.

“Engkau belajar antropologi?”

Surinam Malacinda mengeleng kepala tapi dia meyakinkan kepada Udabo Salam dengan bahasa matanya bahawa dia mampu memahami. Dia tidak akan menaruh apa-apa syak wasangka tentang bangsa Melayu kerana dari bacaannya dia tahu bangsa Melayu adalah bahasa yang sangat hebat, berbudi bahasa, bersopan santun, beramal dengan kasih sayang, bertolak ansur. Berat sama di galas, ringan sama ditanggung. Berenang-rengang ketepian setelah berakit-rakit ke hulu. Gunung sama di rengkuh, ke lurah sama diranduk.

(2.1)
‘ Malangnya Melayu itu kuat bersorak. Terlalu ghairah pesta temasya,sedangkan kampung telah tergadai, sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual.Meski telah memiliki telaga, tangan masih memegang tali, sedang orang mencapai timba.’

Haram jadah punya Melayu! Demikian maki seranahnya. Sungguh tak disangka bangsa Melayu diungkap begitu dalam abad 21 ini. Mau dia mengirim e-mail kepada Sarini-sarini, kekasihnya yang setia di Surinam untuk memberitahu teruknya bangsa Melayu menjelang abad 21.

Dibacanya lagi:
'Berbuahlah pisang tiga kali, Melayu itu masih bermimpi. Walaupun sudah mengenal university, masih berdagang di rumah sendiri ‘.

“Dajal! Haram jadah! Babi sesat!” begitu dia maki kepada Melayu apabila puisi Usman Awang dibacanya. Terasa Melayu seperti itu akan tempias kepadanya.


(2.2)

Dibacanya apa yang ditulis oleh Swettenham tahun 1885 tentang orang Melayu. Meradang habis apabila imej Melayu yang ditulis oleh Hugh Clifford .
“Haram jadah!” makinya.

Tom Pires bangsa Portugis yang hidup tahun 1512 – 151 pun haram jadah. Dikatanya; ‘Bangsa Melayu cemburu kuat. Isteri tidak penting bagi mereka di muka umum. Jika isteri mau pergi, semua kena tutup,’ demikian Ton Pires menulis tentang Melayu. Duarte Barbosa 1518 pula lain bunyinya; ‘Melayu terkemuka adalah kelompok Muslim, taat, menyenangkan, rumah besar, punya kebun buah-buahan, taman, kolam air, halus budi bahasa, sopan, gemar muzik dan menyanyi.’

Alhamdulillah, dia tersenyum. Dia mahu jadi Melayu seperti gambaran Duarte Barbosa, kerana katanya lagi; ‘ mereka sangat terampilan dalam segaja jenis pekerjaan, terlatih dalam setiap kadar kebencian, walaupun pun kurang disiplin- gagah berani, miliki senjata- bertempur tanpa takut.’

Yeeeaaahhhhh!

Tetapi yeeeaaahhh itu tidak berlarutan. Ada kerut-kerut berlapis di dahi dan matanya mula berbianglala. Surinam terus membaca petikan yang dipotostat yang ditulis oleh Emanuel Godhino de Eredia, seorang Pegawai Portugis kepada Raja Sepanyol; ‘ Orang Melayu telah menemui pengalaman diri sebagai komuniti sasaran selama satu abad. Orang Melayu menyenangkan, nakal dan sangat ceroboh- banyak akal, cerdas tapi semberono, mengabaikan pelajaran dan sastera, suka bersenang-senang, sikit ilmu matematik, suka meramal bintang.

Orang bangsawan suka sabung ayam dan muzik- orang biasa lebih baik, memanfaatkan waktu dan keterampilan teknik dalam mendapat pendapatan, ahli ukir, mahir dalam bidang kimia, melebur besi dan mengerasnya.’

Lambar potostat yang lain dibaca lagi. Kali ini tulisan John Francis Gamelli Careri yang datang ke Melaka tahun 1695. Tulisnya: ‘ Melayu Islam pencuri yang handal- musuh yang garang- suka menolak jalinan hubungan dagang- liar seperti binatang.’ Francois Valentyn dari Belanda pula menulis pada 1726M: ‘ Melayu lincah-lucu-sombong diri-penduduknya cerdik,berbakat, sopan santun tapi tak banyak boleh dipercayai.’

Dia menepuk-nepuk dahi. Mengeluh panjang.
‘Melayu biadap!’ demikian pula de Vellez Guirreiro seorang Kapten Portugis menulis.
“ Babi mandul!” jerkahnya sangat kuat. Geram sangat.



(3) PKR Macam Air Liur Basi BN Juga

Masakan tidaknya. Perangi berebut jawatan macam proses perhimpunan Umno, MIC , MCA dan lain-lain komponen juga. Nampak sangat berjuang nak berebut pangkat. Komplen sana sini. Laporan polis pun sudah semakin banyak. Aparaaaaa!

Kalau ya pun, janganlah Nampak sangat yang kita itu masih meleleh air liur basi Umno, MIC atau MCA. Ini bukan mustahil akan berlaku baling punggal kerusi. Aparaaaa!

Memang ada yang tak betul. Baguslah kalau nak perbetulkan. Tapi kalau sudah sampai ketahap nak perbetul kerana nak berebut jawatan, Nampak sangatlah siku-singgung, meleleh berlenja air liur basi Umno.

Kata Minah Jambul, itu buan salah PKR tapi itulah perangai ahli PKR yang menetas dari kepompong Umno.

Lantaklahhhhh!

(4)
‘Saya malu kalo ini TV keluar dari rumah saya. Saya malu pada itu jilan-jilan dan saya sanggup mati kalo kamu masih mahu buat gitu!’

‘Jika kamu mau ambil juga, cubalah. Sebelum kamu sempat balik pejabat kamu akan dapat panggilan saya bakar diri sendiri di belakang rumah.’ Demikian rayu dan ugut Ammatanu 76, ketika Penguatkuasa MPSPK merampas TV milik anaknya kerana tidak bayar cukai pintu tertunggak.

Ini kejadian di Sg Patani, menurut laporan harian Sinar keluaran 25 September 2010.
-Saya teringat bagaimana CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) sering memperingati kesan dan keburukan TV, terutama kepada kanak-kanak.
Ternyata, TV sudah menjajahi minda kita. Ugutan itu bukan saja ada dalam kepala Ammatanu, tetapi sebahagian besar rakyat kita, terutama orang Melayu.

-Saya kagum akidah Ammanatu.

Salam Aidil Fitri

Posted by Tukya Labels:






Salam Aidil Fitri Di Ucapkan Kepada Semua Yang Melayari Blog Ini



Ikhlas Daripada

Azizi Hj Abdullah Sekeluarga

TENTANG KEBENARAN DAN BETULKAH BEGITU?

Posted by Tukya Labels:

Adakah yang betul itu benar? Adakah yang dikata benar itu benar-benar benar? Hakikat kebenaran itu ukurannya dengan apa?

Kini sudah sekian banyak kita menghadali delima tentang benar. Pembongkaran tentang sejarah, pemberitahu tentang kejadian Semasa, mendengar cakap dan membaca berita, sumber yang Dikata saheh, mutawatir, ahad dan sebagainya selalu juga Dipertikai tentang apakah ia benar? Sehingga Al-Qur`an yang dianggap benar dan suci itu sendiri Ada yang mempertikainya tentang kebenaran isi dan kebenaran hikmat, kebenaran akibat sehingga menimbulkan berbagai-bagai keraguan pula.

Saya terima satu e mail dari seorang kawan “Barajiwa’ yang dia pula terima dari seorang kawannya yang sedang membuat PhD di luar negara. Amat mengejutkan satu tesis yang menyongsangkan tradisi pemikiran kita selama ini. Tapi saya tetap terima kerana ia sangat
menunjukan sebagai pencari kebenaran.

Adakah ia sama dengan penemuan dari mereka yang dalam keadaan jumud perihal bukan Islam boleh berdiri dan bercakap dalam masjid? Orang bukan Islam menziarahi masjid dan mendoakan bukan Islam Agar mendapat hidayah?

Kongsilah bersama membaca tulisan di bawah ini.

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.


Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.


Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”


Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -


1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.


2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.


Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…




tnazi-baca


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

sujud

jsolat

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

hitler-w-sheikh


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…


m-tgk


mufti-barisan


mufti-alquds

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.


Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :


1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :


(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…


Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.


Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar


Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.


” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”


Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=411669814626&id=1081327063