Jakarta Melelahkan Kami

Posted by Tukya Labels:

Catatan 26hb Januari – 30 Januari 2011

JAKARTA MELELAHKAN KAMI

1. Memang lelah jika di Jakarta dan akan terjelepok jika tidak ada pemandu berkereta. Saya dengan tiga rakan sangat bertuah kepada penulis buku agama dan isu antarabangsa yang prolifik, Saudara Herry Nurdy yang sangat bersedia dengan van ala Kijangnya putar-putar sekitar Jakarta hujung Januari lalu.


Jalan Sudirman


2. Niat saya hanya ke Toko Buku Gramedia di tengah kota Jakarta sahaja tapi jadi melampau lelah dan letih apabila Jakarta yang seluas 661,52 KM dengan penduduk 8,389,444 juta dan seramai 44,283 penduduk per batu persegi, dengan kelip-kelap lampu neon dan kenderaan yang membingit setiap waktu.

3. Bukan hobi saya melawat ke tempat bersejarah atau tempat peranginan. Tetapi Herry Nurdy semacam tidak mahu menghampakan saya dan kawan-kawan. Singgah di rumahnya di Celidug Tenggerang di pinggir Jakarta, mengejutkan saja dengan buku-buku sebanyak 14 ribu lebih. Saya belum pernah ketemu di Malaysia manusia seperti Herry Nurdy ini yang katanya setiap minggu, dia akan membawa buku-bukunya dengan kereta, berputar di sekitar kampong, berhenti di padang permainan dan mengajak belia dan kanak-kanak sama-sama membaca. Kadang-kadang katanya, kami adakan lomba cerita.


Di rumah Herry Nurdy, (tengah) di Celidug Tengerang jakarta, seorang penulis buku agama, yang memiliki lebih 17 ribu buku



4. Memberi sedikit ceramah kepada guru-guru di SMA An Nisaa Bintaro Elementary School. Sangat kagum kerana sekolah swasta ini lebih baik dari sekolah pemerintah, yang diwakafkan oleh seorang tokoh korporat lagi dermawan, manakala gaji guru-guru tidak selumayan seperti di Malaysia.


Berkesempatan memberi ceramah kepada guru-guru SMA An-Nisaa Bintaro Eelementary School di Tanggerang Jakarta



Gaji mereka tidak lumayan tetapi tetap menjalankan tugas pendakwahan


5. Satu waktu solat zuhur, Herry singgah di Masjid Sunda Kelapa di tengah Jakarta. Sekali lagi kami kagum kerana inilah satu-satunya masjid yang berjaya mengIslamkan seramai 15,980 orang lebih sepanjang tahun 1993 hingga 2010. Kami diberitahu 75.03% warga Indonesia dan 24.97% warga asing.


Masjid Sunda Kelapa, Jakarta


Subhanallah! Kami teruja dengan system pengurusan, sedangkan masjid dan kawasannya tidaklah seluas mana.

6. Lain pula apabila solat Jumaat di Masjid Raya Bintaro Jaya, di mana program asuh anak yatim dan dhuafa sangat kemas dan ia ditadbirkan oleh kumpulan ilmuan. Masjidnya tidaklah besar. Jemaah Jumaat hari itu kira-kira 600 orang tetapi pengumuman kutipan sangat menakjubkan. Lebih 7 juta Rp seminggu atau kira-kira RM3 ribu.


Bersama Herry Nurdy di Masjid Raya Bintaro Jaya selepas solat Jumaat


7. Saya tidak percaya warga Jakarta dikatakan susah dan miskin. Jakarta memang tidak layak bagi mereka yang meminta. Tidak ada yang tidak bekerja. Sistem lalu lintas kenderaan lebih kepada perasaan dari peraturan. Alangkah baiknya kalau di Malaysia di buat lorong khas di bibir jalan di tengah bandar untuk laluan bas, seperti yang dilakukan di Jakarta.

8. Di setiap simpang yang macet, sedia ada beberapa anak muda yang sememangnya mencari sedikit wang poket, tetapi yang lebih penting ialah pengorbanan mereka melegakan lalu lintas yang sesak. Tidak ada polis trafik tetapi merekalah yang memain peranan menguak-nguak mana-mana kereta yang dirasanya perlu didahulukan. Anihnya tanpa diminta pemandu akan meletak secara pantas ditapak tangan. Mungkin sekadar 500 Rp atau 1000 Rp.

9. Di Bogor Istana bekas Presiden Sukarno, kawasannya sangat dingin. Di depan istana peninggalan, beribu-ribu ekur rusa memagut rumput. Satu teknik menarik pelancung.


Ribuan rusa berkeliaran di halaman Istana Bogor


10. Dua hari, pagi dan petang menghabiskan di Toko Buku Gramedia. Buku ribuan judul. Sekali lagi saya melihat tafsir al-Qur`an hampir seratus judul dari berbagai penerbit. Saya teringat JAKIM bahagian penerbitan. Saya pernah menulis dalam tebloit KHABAR betapa JAKIM perlu perhebatkan tafsiran al Qur`an dan percepatkan terjemahan dari tafsir luar. Hasrat untuk mencari buku tercapai. Di antara yang saya sangat berkenan ialah ‘EVEN ANGELS ASK: Bahkan Malaikat Pun Bertanya,’ sebuah buku yang memantapkan iman dengan berfikir kritis. Kedua ‘RUMAH SERIBU MALAIKAT,’ oleh Yuli Badawi yang disedekahkan oleh Herry Nurdy, mengesahkan satu keluarga yang membesarkan puluhan anak angkat.


Dua buku menarik


Di Lapangan Terbang bayan Lepas, Kastan bertanya, adakah buku tafsiran Qur`an apabila saya memberitahu bes saya berisi buku-buku.

Saya tidak tahu mengapa ditanya begitu. Mungkin akan dirampas. Pelik, yang kita tak mau cetak.

17 comments:

  1. Anonymous

    Salam ustaz tukya..subhanallah..
    betul-betul kagum dgn semangat cintakan buku di Indonesia..
    Adakah tafsir al-quran disenaraikan sbg bahan larangan seperti dadah di pintu sempadan?amat memalukan..

    -panji alam-

  1. Anonymous

    SDRA PANJI ALAM
    Saya tak pasti tafsir qur`an sebagai bahan larangan. Tapi dari pertanyaan Kastam, saya rasa, beg kita akan diselongkar jika ada banyak tafsir qur`an. Bukan apa, mungkin takut tafsir yang melalut, ajaran songsang.
    Cuba Panji Alam tanya Kastam, sempatkah nak tapis?
    -azizi abdullah

  1. Anonymous

    Kalau karya sastera tidak boleh dibaca terburu-buru; maka pertanyaan Pakcik Kastam juga tidak boleh disangka bukan-bukan (dan terburu-buru).

    Pada orang lain, cepat sangat anda bersangka buruk.

    -akuhanyaserangga

  1. hasan husin

    Baru anda tahu yg gaji guru di Tanah Melayu lebih lumayan dari Indon.Aku ingat anda tak tahu.Negeri kita Tanah Melayu pun tak koman semua.

  1. Anonymous

    Anda Akuhanyaserangga dan Hasan Husin.
    Terima kasih di atas keperihatinan anda. Anda memang orang yang sama.
    Saya dapati apa-apa pun komen anda, hanya menyindir dan melecehkan saya. Terima kasih. Saya akui saya bukan orang yang pandai.
    Kepada Kastam, jika orang tajam kata kunci, ia merujuk kepada Badan Berkenaan seperti JAKIM, kerana saya sudah menulis hal tafsir di Malaysia masih kurang. jadi bukan Kastam sasaran saya. Kedua tentang gaji guru, saya tahu anda hendak menyindir saya untuk memegahkan pemerintah BN lebih baik dari Indonesia kerana bayar gaji bagus.
    Kalau itu yang anda buat kesimpulan tentang bagusnya BN, betullah kesimpulan anda. Tapi saya lebih kepada, bagaimana kegigihan dan keredoan tenaga pengajar di Sekolah An Nisaa.
    Maaflah, jika saya masih gagal tak mampu memberi kefahaman kepada anda.
    Salam
    -azizi hj abdullah

  1. awat

    ustaz,
    kena paham,satu dua penjengok ,kemudian cuba menjadi pembahas disini bukan berniat untuk mendapat ilmu apa yang dituliskan.sejak awal mereka tak ada niat dan keinginan itu.
    terpahat dihati mereka satu saja,tugas sebagai pengacau perlu dijalankan.kalau tidak,bayaran yang nilai sekupang dua itu tak akan diterima.
    melilau nya depa ni bukan setakat laman ustaz,tapi semua laman yang cuba membawa minda manusia kepada minda yang bergerak,minda yang terbuka.
    MSO kata otak depa ini otak terpeliout,otak yang tak bolih dibuat apa apa dah,cukup hitam.
    depa ni jenis katak bawah belanga.
    sebab tu depa bolih nampak gaji di Malaysia besar jika dibanding dengan Indo,tetapi tak nampak gaji di Singapura pula berapa kalau nak banding dengan Malaysia.
    Cerita mudah,anggaplah depa ni budak budak kanyiak baru selesai hidu gam akibat tak ada duit nak beli dadah sebab upah yang depa terima tak sampai pun setengah daripada gaji yang guru Indo terima.

  1. Anonymous

    ustaz,
    kena paham,satu dua penjengok ,kemudian cuba menjadi pembahas disini bukan berniat untuk mendapat ilmu apa yang dituliskan.sejak awal mereka tak ada niat dan keinginan itu.
    terpahat dihati mereka satu saja,tugas sebagai pengacau perlu dijalankan.kalau tidak,bayaran yang nilai sekupang dua itu tak akan diterima.
    melilau nya depa ni bukan setakat laman ustaz,tapi semua laman yang cuba membawa minda manusia kepada minda yang bergerak,minda yang terbuka.
    MSO kata otak depa ini otak terpeliout,otak yang tak bolih dibuat apa apa dah,cukup hitam.
    depa ni jenis katak bawah belanga.
    sebab tu depa bolih nampak gaji di Malaysia besar jika dibanding dengan Indo,tetapi tak nampak gaji di Singapura pula berapa kalau nak banding dengan Malaysia.
    Cerita mudah,anggaplah depa ni budak budak kanyiak baru selesai hidu gam akibat tak ada duit nak beli dadah sebab upah yang depa terima tak sampai pun setengah daripada gaji yang guru Indo terima.

    pak pandir adik musang berjanggut

  1. Anonymous

    Ikhlas, saya pencari ilmu, yg baik dikatakan baik, yg buruk dikatakan buruk atau tidak elok, tetapi ada terasa di hati saya tukya masih tak bersyukur dgn apa yg ada di negara sendiri atau yg ditadbir sekarang ini, KALAU NAK NASIHATKANPUN JGN DLM BENTUK BERSANGKA2 ATAU MENYINDIR..........

  1. buyong

    Salam ustaz.
    Hebat sekali sahabat ustaz orang Indonesia ini.Penyindir ada dimana-mana ustaz.Ustaz tak usah ambil hal dengan mereka ini.Inilah cara mereka nak dapat duit sekupang dua.Kalau orang macam ini berada diJakarta pasti mati tak makan.
    Wawasan dan pandangannyapun sempit.Seorang sahabat saya orang Indonesia semasa berada diluar negara tahun 1999 - 2001,dia seorang doktor perubatan dan mengambil master semasa sama-sama berada diluar negara.Gaji doktor hanya RM 600 sebulan.tetapi dengan RM 600 sebulan dia boleh membeli dua rumah banglo.Di Malaysia apakah sipenyindir itu boleh berikan fakta ada guru boleh mampu beli banglo dibandar seperti Jakarta sepertimana sahabat saya ini.Penyindir ini ikut sedap mulut saja.Mungkin dia belum berjumpa dengan peribahasa;mulut disuap pisang buntut dicucuk duri.
    Sabar ajelah ustaz terhadap orang macam ini.penyidir kata dia pencari ilmu,melihat gelagat jauh panggang dari api.
    Wassalam.

  1. Anonymous

    Sangat menarik. Tkasih atas info ni. Nak tanya, buku2 Harry Nurdy tu ada dijual kat Msia tak? Klu ada, kat mana mudah dapat? tk.

  1. Anonymous

    SDRA ANON 3:24

    Nanti saya tanya penerbitnya. Ada tiga empat yang diterbitkan, terutama Penerbit Alam Raya dan Teras.
    salam
    azizi

  1. Anonymous

    Syukran sdr Azizi. Saya masih menunggu jwpan ttg buku2 tu.

  1. Anonymous

    Sdra ANON 3;24 PM

    Yang saya dapat selongkar, ini dia di antara yang terbaru;
    MEMBONGKAR PERANCANGAN ISRAEL RAYA-
    Hery Nurdi. Boleh pesan di:
    ALAM RAYA ENTERPRISE
    No 21 Jalan 65C Off Jln Pahang Barat,
    Pekeliling Business Center
    53000 KL. Harga RM25. Salam-azizi abdullah

  1. Abi Qalam

    Salam Tukya,

    Tukya apa habaq, semoga semakin sihat.. dan jangan lupa pi cek jugak barang sebulan sekali kaa..

    Dan, semoga perjalanan Tukya diberkati dengan ilmu2 yang mengujakan.. Lama tak jengok kesini.. maklum dah mula berbisnes sendiri.

    Kesah kastam dan Tukya tu molek ditilik selongkar.. bukan apa, nak halusi kenapakah naskah tafsir al Quran sahaja ditanyakan..

    Maoh noh.. tumpang lalu sat..

    Abi Qalam

  1. Anonymous

    saya suka membaca tentang kisah2 perjalanan spt ni. boleh ustaz cadangkan kpd saya tajuk buku2 yg berkaitan dgn pengembaraan utk sy dptkn. tk

  1. syiarislam

    Sebetulnya dari link ini:
    http://en.wikipedia.org/wiki/Jakarta

    Total penduduk Jakarta lebih dari 9,5 juta.
    Namun penduduk di kota sekitarnya (Sattelite City) seperti Kota Bogor, Tangerang, Bekasi, dan Depok banyak yg bekerja dan lalu lalang di Jakarta.
    Sehingga total penduduk Metropolitan = 28 juta jiwa.

    Sebab itu Jakarta selalu Jam....

  1. syiarislam

    Sebetulnya dari link ini:
    http://en.wikipedia.org/wiki/Jakarta

    Total penduduk Jakarta lebih dari 9,5 juta.
    Namun penduduk di kota sekitarnya (Sattelite City) seperti Kota Bogor, Tangerang, Bekasi, dan Depok banyak yg bekerja dan lalu lalang di Jakarta.
    Sehingga total penduduk Metropolitan = 28 juta jiwa.

    Sebab itu Jakarta selalu Jam....