Jemu Yang Terpaksa

Posted by Tukya Labels:

JEMU YANG TERPAKSA

Sudah tiga kali Jumaat (25hb Mac- 9hb April 2011) bermukim di Wad CRW Hospital Pulau Pinang sangat menjemukan. Ia bukan satu pengalaman pahit tetapi keterpaksaan yang menjemukan.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menunjukan ukhuwah Islamiah bersama iringan doa minta cepat sembuh. Mereka ziarah tak henti-henti, termasuk Dr MAZA mantan Mufti Negeri Perlis. Bosan membaca buku kali ini. Buku ‘Jihad Terlarang’ hanya sempat dibaca beberapa helai lalu disedekah kepada Us.Takiyudin Hamzah yang berada dalam wad yang sama.


Ust Takiyudin


Apa lagi yang perlu dilakukan dalam letih dan suasana kiri kanan terdiri dari mereka yang perlu menyambung hidup. Manakala saya tidak dijanjikan dengan ‘date’ yang memberi harapan bila saya dapat keluar. Mematuhi kata-kata Datuk Dr. Hamzah yang saya dapat tahu dia yang akan proses pembedahan, agar saya terus berada dalam rawatan dan terus melakukan pembedahan dalam masa terdekat, maka saya bertahan dengan penuh bosan.

Novel terbaru yang baru siap setebal 299 muka bertajuk ‘MANDALA DUNIA KE DUA’ mujur menjadi peneman. Untuk edit kali ke 8 dan terakhir dapat juga dilakukan secara penyegan. Alhamdulillah rasanya sempat habis sebelum bedah. Jika hayat saya pendek, barangkali inilah novel terakhir saya.

Hospital rupanya bukan institusi menempah kematian, tidak juga jaminan menyambung hayat. Di sini adalah institusi ikhtiar bagi rakyat sesebuah negara. Saya melihat perbelanjaan dari sekecil-kecilnya hingga perkara besar seperti sehelai tisu tandas kepada bayaran nilai nyawa bukan ribuan belanja dalam sebulan.

Jika perbelanjaan ini memang benar hasil dari wang rakyat, maka saya sangat percaya mereka yang dicempung papah, yang disorong dari kerusi roda dan dari mana saja mereka datang, sebahagian besar adalah wang mereka; dari cukai dan hasil, dari titik keringat mereka sendiri.

Tapi bukan semua rupanya rakyat mesti dapat percuma walaupun dia seorang pekebun sayur yang taat membayar cukai. Ada masa dan ada ciri-ciri sakitnya yang dikena bayaran hatta ke tahap hayat terakhir.

Tapi yang sangat jelas belanja pengurusan dan perubatan sesebuah hospital tersangat besar dan pengorbanan kakitangannya bermula dari pemungut sampah hingga kepada pengarah tidak ternilai.



Saya dapati ada dua pertarungan jika berada di hospital. Bagi si kaya yang tidak ada masalah kewangan kerana mereka mampu membeli sebuah nyawa. Sejak ia di sorong masuk ke wad kecemasan, dia bukanlah dalam keadaan cemas. Ia seolah-olah mampu membeli semua urusan dalam wad. Dia hanya berkata ‘ok’ jika ribuan material yang diperlukan untuknya.

Lain bagi Balasunderam. Dia dicempung oleh anaknya masuk wad di tengah malam. Berbadan kurus cengkung, Bala mengaduh setiap waktu. Dia ingin membeli secebis kelegaan dari hospital yang dia yakin kepunyaan rakyat sepertinya. Dia mempertaruhkan wajah belas kasihannya kepada jururawat, kepada doktor. Kemudian apabila pihak pengurusan memberitahu dia perlu menyediakan RM30K harga tiga gelang untuk jantung tersumbat, Bala terbeliak mata. Mulutnya berbuih.

Doktor yang mengubatinya, memandang sayu. Mahu diberitahu harga itu bukan harga darinya dan barang itu bukan kepunyaannya. Dia hanya menjalankan tugas.

Akhirnya Bala mengaku akan berusaha tapi bagaimana? Masakan RM30K untuk membeli tiga gelang mahu dia membuat iklan memohon derma simpati.

Balasunderam adalah di antara ribuan pesakit yang mengalami nasib buruk di dalam negara yang rakyatnya +- 25 juta, yang taraf miskin tegar semakin berkurangan.

Dan dalam masa yang sama rakyat boleh menyaksi kehilangan lebih RM100 juta dari kakitangan / pegawai kastam. Tidak ada seorang rakyat yang menangis apabila ada pegawai yang rasuah sebanyak RM1 juta. Seorang menteri terus menyedut asap cerutnya apabila tahu YBnya didapati rasuah.

Apakah ada seorang Balasunderam yang mampu berkata kepada doktor bedahnya, mengapa RM30K untuk tiga gelang mengubati saya tidak boleh diambil dari saku mereka yang menipu kementerian, menipu jabatan atau tarik sekeping dua dari belanja membuat video fitnah?

Ternyata doktor yang penuh dengan etika itu tidak menjawab. Tapi itulah gaya hidup sebahagian rakyat. Mereka sanggup memungut duit syiling dari lori terbalik daripada mengangkat derebarnya yang tersepit. Mereka memang membantu mangsa kemalangan tetapi yang hilang dompet duit mangsa.

Kemudian ada yang tertekan untuk melaksanakan undang-undang lalu dibelasah seorang murid hanya kerana disyaki mencuri RM5 sedangkan di mahkamah besar berlaku ketidakadilan dari pemegang undang-undang itu sendiri.

Demikian apa yang berlaku. Seorang pesakit akan terus menderita sakit dan rakyat juga terus sakit dan inilah yang dikatakan jemu yang menyakitkan.

-Wad CRW Penang 9hb April 2011

30 comments:

  1. Ah Win

    itu lah realiti masyarakat sekarang. semakin bijaknya kita, semakin cetek moral yang ada.

    bila kita di zon selesa, kita terlupa pada masa kita akan menderita.

    ntah bila penyakit rasuah mahu berakhir.....

  1. Cikli

    catatan ini semacam cerpen. penuh berisi disamping menghibur.

  1. suahati

    ana bukanlah terdiri dr kalangan manusia yg rajin membaca. Kalau membaca pun hanya pada tajuk2 penting sahaja.....tp dengan tulisan Azizi,saya tidak boleh ketinggalan walaupun satu ayat,kerana ianya amat bermakna dan menarik sekali sedanag menikmati hidangan yang amat kita gemari............payah nak berenti makannya.

  1. Nur Faisal

    Kuatkan semangat...

  1. Anonymous

    Ah Win,Cikli,Suahati,Nur Faisal!


    TERIMA KASIH BANYAK. JAZAKALLAH

    -AZIZI

  1. anyss

    Assalamualaikum,
    Cikgu...
    Terlalu banyak yang perlu direnung2kan, difikir2kan...hinggakan sebegitu banyak masa kita habis untuk hal sebegitu.

    Ada masa mampu kita tegur dengan kata, ada ketika dengan pena...namun, banyak kalinya, kita hanya mampu bersuara di hati.
    Kita tidak akan mampu untuk perjuangkan satu dunia dengan tangan kita sendiri. Lakukan hanya dengan apa yang terdaya...
    Semoga cepat sembuh

  1. Ilhami Hisham

    Dalam perbualan minggu lalu, risau sungguh bila Ustaz kata: ini adalah tulisan terakhir saya...

    Syukur masih panjang

    Moga-moga semuanya berjalan lancar Amin

  1. Anonymous

    ANYSS, BEGITULAH.
    SAYA SELALU TERFIKIR BAHAWA SAYA SEORANG HAMBA YANG SANGAT SEDIKIT
    MAMPU MELAKUKAN KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN, DAN MASYARAKAT KITA MASIH KURANG MENGANGGAP PENULISAN/KRITIKAN SEBAGAI AMAL MAKRUF.
    Sebab itu saya terus juga walaupun orang anggap itu bukan urusan kita.
    Salam;azizi abdullah

  1. kucingorengemok

    semoga tuan haji lekas sembuh

  1. Anonymous

    salam. sedihnya, tapi itulah hakikat yang perlu ditelan, meski perit di kerongkong , meski lahir kerutan di wajah sekalipun. harapan yang menggunung tidak mampu didaki, kerana penuh liku yang hati sendiri tak sanggup hadapinya.

    peritnya rasa hati.
    bencinya rasuah.

    pak azizi, syafakallah

    -syuhada,usm-

  1. Uji Hussein

    Adakah Tukya Azizi Hj Abdullah Seorg Tua di Kaki Gunung?Hingga kini masih jelas ceritanya walaupun 20 tahun telah berlalu.

  1. Anonymous

    dariNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali maka jadilah zikrullah sebagai penghibur.
    Salam Sejantera, semoga tuan Haji selamat menjalani pembedahan

  1. Anonymous

    Salam, semoga cepat sembuh..
    Sempat lagi kuar ayat politik..
    hmmnn..

  1. Anonymous

    "Jika hayat saya pendek, barangkali inilah novel terakhir saya". Tapi doa kami panjang untuk tuan.

    Setuju, nilai nyawa manusia memang berbeza mengikut di mana kedudukan dia dalam masyarakat.

  1. Anonymous

    tuk ya, cepat sembuh ya. =)

    sufi, uiam.

  1. mama amirulaziziadhaaisyah

    semoga dipermudahkan Allah dalam semua urusan..semoga saudara Azizi cepat sembuh..

  1. mama amirulaziziadhaaisyah

    semoga dipermudahkan Allah dalam semua urusan di dunia dan akhirat..semoga saudara Azizi cepat sembuh..

  1. Anonymous

    Semoga Cikgu cepat sembuh

  1. Yusma Yusof

    Cikgu..kali terakhir saya berguru dengan cikgu sekitar tahun 1984, Disember.dibangunan MARA Bukit Mertajam.Saya tidak lagi meneruskan 'bakat' saya dalam bidang penulisan kerana terkepong dengan tuntutan tugas yang menimbun. Saya berharap agar cikgu cepat sembuh dan dapat melahirkan lagi hasil penulisan yang mencuit pemikiran saya. Semoga Allah memberkati kehidupan cikgu.

  1. Zachary Iman

    tulisan cikgu menarik gayan bahasanya.

  1. a rahim abdullah

    Sdr Azizi, aku harap sdr cepat sembuh dan meneruskan penulisan. perjuangan kita tetap dan harus diteruskan jua. kesakitan adalah ujian dan nikmat paling besar dari Allah, memberi peluang kita mengenal dan menilai diri, di samping menghapuskan dosa. aku hanya berkesempatan menjenguk sdr pad tengah hari itu beberapa minit sahaja. Aku sedar sdr sangat menderita. kalau aku lama/ nescata berlenang air mata. ini pengalaman ketiga bersama sahabat bernama penulis. A RAHIM ABDULLAH
    20 Julai 2011.

  1. theprofessor

    Salam Sdr Azizi...saya peminat novel-novel tulisan saudara. Tetapi sekarang saya kesal kerana saudara sokong Pas dan Pas bersekongkol dengan parti yang terang-terang anti-Islam. Tak risau ker masa depan anak cucu kita nanti. Boleh ker kita percaya pada janji-janji manis golongan al-kafirun.
    Semoga saudara berjaya menjalani pembedahan.

  1. sambakar

    Aku membaca tulisan ini apabila Almarhomm telah kembali mengadap Tuhannya. Terasa pilu dan sayu. AlFatihah.

  1. miss myaira

    Semoga arwah Saudara Azizi Abdullah ditempatkan bersama-sama org yg beriman..

    buat sepupu saya ustaz takiyuddin semoga abg din cepat sembuh..

  1. obat thor hammer

    Obat Thor Hammer

  1. Viagra

    thank you
    Viagra
    Obat Kuat
    Obat Viagra
    Obat Kuat Viagra
    Obat Kuat Solo
    Viagra Asli
    Viagra Usa
    Viagra

  1. casinoxo

    มาเล่นสล็อตออนไลน์ live22 ที่นี่สิ
    ได้เงินจริงแน่นอน
    https://www.slot4u.com/live22

  1. casinoxo

    ดูหนังแสนสนุก Eli อีไล จิตต้องขัง (2019) ดูหนังฟรีไม่มีจำกัด ต้องมาดูหนัง HD ที่นี่ที่เดียว
    https://www.doonung1234.com/

  1. MOVIE2FREEZA

    It is an encouragement for all doctors and nurses. I hope the sick person will get better and go home sooner.

    ดูหนังออนไลน์ฟรี

  1. superslot

    It is an encouragement for all doctors and nurses. I hope the sick person will get better and superslot