Layang-Layang Tak Bertali
Posted bySaya baru sahaja memiliki kumpulan cerpen Pendoa yang Ikhlas oleh Azizi Hj Abdullah terbitan DBP lewat Pesta Buku KL yang lalu. Sehari selepas membeli buku itu, esoknya tersiar cerpen beliau berjudul Layang-layang Tak Bertali di Mingguan Malaysia.
Buah tangannya yang terbaru itu memang menarik. Fasal layang-layang yang tiba-tiba sahaja tersesat masuk ke sebuah kampung. Ia bukan cerpen biasa apatah lagi ia datangnya daripada seorang penulis sepeka beliau. Sebaliknya ia menyentuh secara halus isu semasa yang sedang hangat di selatan tanah air.
Cikgu Azizi menulis: "Mana boleh berbahaya! Dia bukan apa-apa. Dia cuma melayah melayang, turun naik, melilau macam layang-layang putus ekor. Dia tak bawa apa-apa dan tak pun gugur apa-apa. Lagipun lantaklah, dia melayah melayang di kawasan udaranya, bukan di atas ruang tanah sawah kita. Dia punya fasallah!"
Jika kita membaca keseluruhan cerpen tersebut, kita akan merasai kegeresahan hati beliau dengan isu pencerobohan jet-jet pejuang negara jiran ke wilayah kita. Cikgu Azizi menganggap kita langsung tidak risau atau buat-buat tidak endah dengan ancaman sebegini yang boleh membahayakan negara.
Dan tanggapannya itu betul memandangkan memang ramai yang kurang prihatin dengan isu ini. Mungkin kerana kita tidak berada di selatan Johor. Mungkin juga kerana kita tidak merasai kebisingan yang dihadapi oleh penduduk Tanjung Langsat dan Tanjung Kupang. Mungkin kerana kita memang kurang semangat atau tiada langsung perasaan cintakan tanah air dan asyik menjaga periuk nasi kita.

catatan zaidakhtar
0 comments:
Post a Comment