خطبه عيدالاضحى 1427

Posted by Tukya

خطبه عيدالاضحى 1427

الله أكبر! الله اكبر! الله اكبر! الله اكبر! الله اكبر! الله اكبر! الله اكبر! الله اكبر! الله اكبر!

الحمد لله الذي وهب هذا اليوم جا ئزة الهية يتجلى بها المولى تبارك وتعالى على عباده الصالحين, أشهد أن لااله الالله وحده لاشريك له واشهد ان سيدنا محمدا عبده ورسوله.

اللهم صل وسلم على هذا النبى الكريم, وعلى اله وأصحابه ومن سلك سبيله الى يوم الدين.

أما بعد, فيا عباد الله, اتقوالله, اوصيكم واياي بتقوى الله, فقد فاز المتقون.

فقد قا ل الله تعالى فى كتابه الكريم:

قل بفضل الله وبرحمته فبذا لك فليفرحوا هو خير مما يجمعون

- يونس 58

Maksudnya: Katakanlah wahai Muhamad, kedatangan al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangnya. Maka dengan isi kandungan al-Quran itulah, hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lain daripadanya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan.

قا ل الله تعا لى:

انا أعطيناك الكوثر. فصل لربك وانحر. ان شا نئك هو الا بتر.

Marilah kita bertaqwa/kepada Allah Subhanahu Wataala/sepanjang masa/ dengan mengerjakan segala suruhannya,/dan meninggalkan segala larangannya/. Sesungguhnya/ orang yang bertaqwa/ adalah mereka yang berjaya/ di dunia dan akhirat.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,

Hari raya kurban/ mengingatkan kita kepada pengorbanan agung/ seorang Rasul/ yang dikategorikan/ sebagai salah seorang Ulul Azmi/. Peristiwa itu / mengingatkan kita / bagaimana rela redonya/ seorang anak/ membiarkan batang lehernya / digeluh dengan pisau tajam, demi

سمعنا واطعنا / kerana itulah natijah keimanan/ yang kejapkukuh / seperti yang digambarkan dalam surah Assaffat ayat 102, yang sangat besar maknanya:

قا ل يآ ء بت افعل ما تؤمر, ستجد نى ان شاء الله من الصا برين.

Maksudnya; Nabi Ismail menjawab “ wahai ayahandaku, kerjakanlah apa yang diperintaahkan kepadamu, Insyaallah kamu akan mendapati aku termasuk dalam golongan yang sabar.”

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,

Jika hal ini diolah/ menjadi dialog seorang penulis/, nescaya kita akan dapat/ melihat frasa/ yang sangat menyayatkan/: Lakukan bapaku!/ Lakukanlah!/ Jangan gundah gulana/. Nanti ayahanda/ akan melihat/ anakmu ini/ berada dalam golongan/ orang yang amat sabar.

Sangat tinggi nilai kesbaran ini/, Muslimin Muslimat./ Dalam keadaan ia tahu/ akan disembelih,/ ia meminta lakukan/ dan merangsangkan pula /ayahandanya/ bahawa dia akan berada/ dalam laguna kesabaran./ Ia melebihi seribu kali/dasyat/ dari peristiwa Saddam Hussain/ menolak untuk ditutup matanya/ dengan kain hitam,/ ketika saat-saat ia hendak digantung/. Ia lebih tinggi nilainya/ dari Sadam Hussain menggenggam Qur`an/ ketika tali gantung menjerot lehernya/. Dan juga tidak sama nilainya/ pengorbanan Sayid Khutub/ yang membisik /kepada pemerintah/, bahawa kerana la ilaha illallah lah/, maka tali gantung ini dileherku./

Barangkali juga tidak sama/ nilainya dengan filem /Ahmad Mukhtar/ yang tetap dengan imannya/ ketika ditarik papan pemijak/, lalu lehernya terjerot/ dan kaca matanya digenggam /hingga pecah berkecai.

Sekelian jemaah yang dirahmati Allah,

Sangat dahsyad peristiwa Ibrahim/ dengan anaknya Ismail./ Dahsyad bukan kerana/ gambaran darah yang memancut/ dari batang leher/, dahsyat bukan kerana/ kilauan mata pisau/ menggeluh urat halqum/, Tetapi dahsyad kerana/ kerelaan yang sangat agung/ sangat tinggi/ sampaikan meminta orang lain menyembelihnya, hanya semata-mata; سمعنا واطعنا

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Perlakuan begitu adalah/ kerana seruan dari Allah/. Kerana taat/. Taat hasil dari kecintaan/. Kecintaan yang memerlukan pengorbanan/. Pengorbanan yang menuntut pelaksanaan/ dan pelaksaan akan tertunai/, walaupun setengah mati atau pun terus mati./

Maka tidak hairanlah muslimin muslimat/, kerana rasa bertanggung jawab/, kerana ingin membuktikan/ cintakasih kepada Rabbuljalil/ kerana seruan jihad yang diyakini Allah menjanjikan jannah/, maka di hari ini kita dapati/ ada pula/ pemuda yang mengikat batang-batang bom / di badannya/, menyalakan sumbunya/ dan merempuh musuh.

Juga kita dapat menyaksikan/, ada si tua/ dengan balutan bahan letupan/, menghidupkan injin trak buruk/, merempuh adangan musuh/, biar meletup semua,/ biar mati semua./

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Mereka bukan mati katak/. Mereka tidak mati/. Mereka hidup bersama roh yang wangi disyurga./

Muslimin Muslimat, bagaimana kita? Bagaimana pula dengan kurban kita?

Kita pun membilang puluhan ekur lembu/ dan kambing/ dikorbankan./ Kita memuji-muji masjid anu,/ masjid ini/ banyaknya sembelih korban/. Di antaranya / berbangga pula/ kerana setiap tahun menjalankan kurban/.

Malangnya muslimin muslimat,/ kita tidak pernah berfikir/ selain dari sunat muakad itu,/ samapai ke mana matlamat pengorbanan kita/. Adakah sekadar sunat melihat darah/ yang terpancut dari halqum/ binatang yang disembelih? Adakah kita bangga/ kerana kita dapat membedak-bedak/ ketulan daging kurban/ kepada jiran-jiran kita/, yang sepanjang bulan Disember ini/, tidak kurang kita makan daging kenduri/ sebanyak lima belas kali, malah sampai jemu pula.

Kita tidak pun berfikir/ 20 ekur lembu menjadi kurban/ hari pertama,/ berapa pula/ umat Islam dikorban dalam sehari di Thailand, di Iraq, di Palestin?

Pernahkah kita terfikir/ 30 ekur lembu kita sembelih, berapa ratus orang pula umat Islam disembelih?

Di Kuantan/, TPM sembelih 21 ekur/ tapi Amerika sudah sembelih Sadam Husain.

Yahudi menyimbah darah/ di Iraq, Afghanistan, Lebanon,/ malah darah jadi air sungai di Tak Bai satu ketika dulu,/ malangnya kita tidak pernah membisik; akan ku kurbankan nilai setumpuk harga kurban kepada perjuangan mereka di sana.

Muslimin Muslimat,

Sedikit sangat ada orang / berbuat begitu/. Dan kita pun / tidak pernah bercita-cita berbuat begitu./ Malah, untuk meminta sokongan/ terhadap perjuangan Islam/ hendak melakukan begitu/ kita mengibas-ngibas tangan/ dengan kata selemba:/ urusan itu aku tidak mau/ masuk campur. Cukup sudah dengan gaji atau pencen/, kereta dan anak cucu,/ lampu dan air, /Tv dan Astro./ Jangan susah-susahkan diri./

Muslimin Muslimat,

Sebenarnya masih ramai/ umat Islam dari kalangan kita sendiri/ yang ketinggalan jauh/ memahami apa itu kurban/ dan apa tuntutan kurban/ sebenarnya./

Tuan-tuan guru/ hanya asyik melabelkan/; kurban itu sunat muakad/. Sunat melihat darah terpancut/. Sekur lembu kena buat tujuh tumpuk/. Boleh ambil sedikit / dan sedekah sedikit. Habis cerita/.

Tidak pernah kita bertanya/ sejauh mana yang dikatakan sunat muakad. Yang dituntut itu sejauh mana?/ Adakah sekadar RM300 setumpuk, setahun sekali, sembelih, lapah daging, bedak-bedak, buat jamuan, maka itu sunat muakad?

Muslimin muslimat Taman bersatu/ Taman Harmoni dan Perantau yang pulang!

Barangkali khutbah dari surau Taman Bersatu/ agak ekstrim. Tapi percayalah/, khutbah ini meminta penduduk/ Taman Bersatu/ sama-sama berfikir jauh sedikit. Mengapa kita tidak pernah/ menitis air mata/, terangsang semangat jihat/ bila melihat siksanya/ saudara-saudara kita yang menjadi kurban yang dahsyat itu?

Muslimin muslimat, mari kita bercakap tentang kurban. Apa faedahnya?

SETIAP ibadah ada hikmahnya, tapi tidak semua orang dapat mengetahui hikmah tersebut. Hanya Allah sendiri yang mengetahui rahasia dan hikmah seluruh ajaran agama yang diturunkan-Nya.

Di antara hikmah ibadah Qurban, ialah untuk mendekatkan diri atau taqarrub kepada Allah atas segala kenikmatan yang tak seorangpun dapat menghitungnya.Tentang ibadah qurban ini, telah diungkapkan dalam Al-Quran:

"… maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta)dan orang yang minta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, Mudah-mudahan kamu bersyukur" (QS Al-Haj, 22:36)

Selanjutnya adalah untuk menghidupkan sunnah para nabi terdahulu, khususnya sunnah Nabi Ibrahim, yang dikenal sebagai Bapak agama monoteisme (Tauhid),

Ia berasal dari pengurbanan agung yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim terhadap puteranya yang menuhi perintah Allah. Allah sangat menghargai dan memuji pengurbanan Nabi Ibrahim yang dilandasi oleh iman dan takwanya yang tinggi dan murni.

Dan hikmah berikutnya adalah dalam rangka menghidupkan makna takbir di Hari Raya Aidil Adha, dari 10 hingga 13 Dzul-Hijjah, yakni Hari Nahar (penyembelihan) dan hari-hari tasyriq.

Pengakuan dan fungsi kehambaannya di hadapan Allah s.w.t. dan dengan setulusnya bersaksi dahwa hanya Allah sajalah yang Maha Besar,Maha Esa, Maha Perkasa dan sifat kesempurnaan lainya.

Hari Raya Q urban juga merupakan Hari berdimensi sosial kemasyarakatan yang sangat dalam. Tapi bukan kongsi raya, walaupun Krismas, Depavali atau Kong Hi Fat Chai bertembung.

Ketika pelaksanaan penyembelihan korban, yang berhak akan menerima daging-daging kurban itu mereka meluapkan rasa gembira dan sukacita yang dalam.

Yang kaya dan yang miskin saling berinteraksi . Luapan kegembiraan miskin dan fakir, berada dalam situasi yang sangat tinggi nilainya, ketika mereka menerima daging hewan kurban tersebut.

Dalam kaitan dengan ibadah qurban, Allah menegaskan bahwa daging hewan yang diqurbankan itu tidak akan sampai kepada-Nya melainkan dengan ketaqwaan

Allah tidak mengharapkan daging dan darah hewan qurban , tetapi mental ketaqwaan bersih ikhlaslah yang menjadi ukuran.

Hikmah kurban membersihkan hati agar menjadi lahan yang subur untuk tumbuhnya iman dan taqwa. Dengan dimensi keikhlasan akan menjadi landasan setiap amal perbuatan manusia. Dengan keikhlasan, seseorang dapat mewujudkan amal sejati. Kesejatian setiap amal diukur dari sikap keikhlasan yang melandasinya, mengekang sifat keserakahan dan ketamakan manusia.

Dengan syari’at qurban ini, kaum muslimin dilatih untuk menebalkan rasa kemanusiaannya, mengasah kepekaannya dan menghidupkan hati nuraninya. Ibadah qurban ini sarat dengan nilai kemanusiaan dan mengandung nilai-nilai murni. Kita akan termasuk dalam golongan yang dianjurkan oleh Allah s.w.t. Fastabiqul-khairat. Maka kita berlomba-lomba dalam berbuat kebajikan.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم

ومن يبتغ غير الا سلام دينا فلن يقبل منه وهو فى الا خرة من الخا سرين.

با رك الله لى ولكم بالقرأن العظيم ونفعنى واياكم بما فيه من الايات والذكر الحكيم.

وتقبل منى ومنكم تلا وته انه هو السميع العليم. اقول قولى هذا واستغفر الله العظيم

لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤ منات, فاستغفره انه هو الغفور الرحيم.

خظبه كدوا

ا

الله اكبر! = 7 كالي

الله اكبر كبيرا, والحمد لله كثيرا, وسبحان الله بكرة واصيلا, لا اله الا الله والله اكبر, الله اكبر ولله الحمد.

الحمد لله على كل حال وفى كل حال اشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له, المتصف با لكمال , واشهد ان سيدنا محمد غبده ورسوله الداعى الى سبيل ربه بالمقال والحال,

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله واصحابه وانصاره ومن سلك طريقه الى يوم الدين.

اما بعد

اتقو الله واعلموا ان يو مكم هذا يوم عظيم.

Muslimin Muslimat,

Hari ini jutaan umat Islam sedang sebuk dengan urusan kehajian mereka. Sama ada sedang melontar Jamratul aqabah di mina atau melakukan Tawaf dan sa’ie. Semalam tanggal 9 Zulhijjah, mereka wukuf di Arafah.

لبيك اللهم لبيك, لبيك لا شريك لك لبيك. ان الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك.

Sempena hari raya kurban ini, marilah kita bertekad azam, tingkat tinggikan pengorbanan kita, harta jiwa kita kerana agama Allah semata-mata.

Mari kita hadapi cabaran dengan kekuatan jamaah. Betul dan kuatkan saf. Rafakkan kesyukuran, banyakkan salawat Allahu masolli ala Muhamad!

Mari kita bermunajat, mari kita memohon, mari kita berdoa agar kita dapat meraihkan kebahgiaan dan kemenangan Islam. Mari tadahkan tangan, kita pohon jalan yang lurus.

Allahumma...Ya Allah, berilah laluan kami memasuki waktu malam dan semua kerajaan yang hanyalah milikMu ya Allah. Segala puji bagi Allah. Tidak ada Rab selain Allah, tiada sekutu bagiNya. MilikNyalah semua kerajaan dan milikNyalah semua pujian.

Ya Rabbana, kami minta semua kebaikan yang ada sepanjang hidup kami dan kebaikan yang ada setelah kami. Kami berlindung kepadaMu dari semua kejahatan yang ada sepanjang hidup dan kejahatan setelah hidup kami. Ya Rab, kami berlindung dari rasa malas, dari menjadi pengecut, dari menjadi penakut, dari menjadi hamba yang tidak sensitif.

Di Timur Tengah saudara-saudara kami ditindas, bangunkan mereka ya Allah dengan kesedaran mengibar panji dan membuka lambar kitabMu. Di Lubnan mereka dicekik dan disepit, lonjakkan mereka menjadi pahlawan yang berpaksikan jihad. Malah jiran kami sendiri sekian lama tercatat dalam sejarah, mereka ditindas. Bangunkan mereka dengan kibar benderaMu ya Allah.

Buka pintu hati kesedaran Hamas, sedarkan kesilapan Fatah, suburkan jihad pada semua Hizbullah. Kucar kacirkan Israel. Jahanamkan Amerika.

Ya Allah, di mana-mana saja yang kami tak terdaya melayah melayang mengirim jiwa jihad kami, kami hanya berharap, berilah kepada mereka kemenangan.

Kami benci semuanya, termasuk kejahatan dan kemungkaran di dalam Negara kami.

Ya Allah, kami pohon rahmatMu, keampunanMu, kesejahteraan daripada dosa. Banyakkan kami melakukan kebajikan. Jangan Engkau hunjamkan kami ke lubuk neraka.

Jangan jadikan kami orang bacul dan kikir. Jangan lontarkan kesusahan balaMu ya Allah. Lindungi kami dari kehinaan kerana kami sudah sekian lama dihina dan terhina. Hidupkan kesedaran mereka dari kalangan kami yang buta agama, menjadi orang yang prihatin terhadap isu-isu agama. Sekarang ya Allah, Yakjud Makjud benar-benar sudah muncul. Hari demi hari mereka menebuk dan merosakan aqidah saudara-saudara kami. Setiap hari mereka baptiskan saudara-saudara kami di gereja. Ya Allah, pertahankan benteng Zurkarnain dari kemaraan Yakjud Makjud ini.

Berikan rezeki kepada kami yang halal. Tinggikan kehormatan kami. Elokkan perangai kami.

Ya Allah, Negara kami Negara makmur. Kami mempunyai pemerintah dari hamba-hamba Engkau. Jadikan mereka pemimpin yang mengerti tentang kebenaran. Peliharalah raja kami, negeri Kedah Darul Aman, para ulama dan pejuang.

Amin, amin ya rabbil alamin!

ربنا اتنا فى الدنيا حسنة وفى الا خرة حسنة وقنا عذاب النار.

عباد الله , ان الله يأمر با لعدل والاحسان وايتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغى يعظكم لعلكم تذكرون.

الله اكبر! الله اكبر! الله اكبر! ولله الحمد.

-Disusun oleh Azizi Hj Abdullah

Tim.YDP

Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Taman Bersatu/TH

8 Zulhijjah 1427 = 29hb Disember 2007

1 comments:

  1. Pakteh

    Terlewat saya ketemu teks khutbah idil adha.

    Mujur hari raya yang lalu dapat teks khutbah dari negeri.

    Teks yang ini pun baik juga.