ANGIOPLASTI PTIMER

Posted by Tukya Labels:

Cerpen.

Mula tulis 28hb September 2007, jam 10.00 mlm selesai 30 sep 2007 jam 12-34 mlm. 1777 perkataan

Azizi Hj Abdullah

Tidaklah terperanjat sangat apabila mendengar Wirajagat masuk IJN. Begitulah jadinya kalau usia sudah subsidi. Wirajagat diusung ke hospital paling baik dalam dunia kerana status Wirajagat memang selayaknya diberi tempat begitu.

Dulu Wirajagat gah seantero maya. Dulu sewaktu berkuasa , kentut busuknya pun semua angguk kata harum wangi.

Tapi bagi Ustaz Rudin, seorang bomoh tradisional yang terkenal dengan jampi air sejuk agak terkejut. Hairan, sepatutnya orang macam Wirajagat tidak sakit begitu. Maka atas sifat ‘Hablumminannas’ Ustaz Rudin baca juga Yasin tiga kali habis.

“Hai, musuh pun tolong doa bagi sembuh?” itu riaski dari isteri Ustaz Rudin sebaik-baik saja selesai membaca Yasin di atas sejadah. Isteri memang tahu yang Wirajagat sangat bermusuh dengan suaminya. Puncanya hanya kerana Ustaz Rudin mengubati orang pakai jampi air Zam-zam . Itu saja.

Ustaz Rudin cuma tersenyum. Barangkali isterinyanya belum khatam bab Ehsan dan Hablumminannas yang menjadi pasak tegaknya Islam.
Selesai mesyuarat Dewan Harian, Ustaz Rudin meminta AJKnya perlu melawat Wirajagat di IJN. Sebagai sesama Islam, betapapun musuh dulunya, ziarah perlu, kata Ustaz Rudin. Richard The Lion pun pernah diziarahi Salehuddin Al Ayubi, sedangkan mereka musuh, tegas Ustaz Rudin lagi.

Tapi cadangan yang baik itu mendapat cemikan AJK. Ternyata AJK masih mendendami Wirajagat kerana tindak tanduknya dulu seperti dosa batu pejal yang tidak boleh dipecah lagi. Mengengang feel Wirajagat masa lalu, bukan saja tidak harus menziarahinya malah menyebut pun tidak mahu, bergitu alasan mereka Tapi Ustaz Rudin melihat dari segi tuntutan Islam. Tidak ada musuh sesama Islam, katanya. Tidak ada dendam dalam ukhuwah Islamiah,tegasnya.
Tiba-tiba semua AJK ketawa berdekah-dekah. Patutlah kali pertama dulupun Wirajagat di bedah pintas, tak seorang pun menziarahi. Kali kedua pun begitu, tak seorang pun yang baca Yasin atau solat hajat. Mereka benci sungguh.

Apa yang tidak pernah dilakukan oleh Wirajagat. Memperlekeh agama sudah. Merendah martabat bangsa sudah. Meraup sana sini sudah. Melenyapkan bahasa sudah.

“Kalau begitu, saya minta izin jamaah, saya nak ziarah,” Ustaz Rudin berkata dengan lembut dan mengalah sehingga semua AJK saling memandang sama sendiri.

Dan pagi itu, selepas subuh Ustaz Rudin menunaikan janjinya. Tidaklah sukar untuk masuk ke bilik ICU yang dikhaskan kepada orang tertentu saja dan anak-anaknya, kerana selepas isya semalam Ustaz Rudin menelefon Dr. Gemari, Pakar Perunding Kardiologi di situ. Dr. Gemari rakan karibnya yang sangat menghormati kewarakannya.

“Macam mana keadaan?” tanya Ustaz Rudin, sebaik-baik saja sampai di hospital dan Dr. Gemari sudah pun menunggu.

“Stabil,” jawab Dr. Gemari yang berpakaian serba putih, kecuali kasutnya saja hitam.

Ketika itu tidak ada sesiapa pun yang melawat termasuk anak-anak Wirajagat.

Ustaz Rudin berdiri di sisi katil, merenung lama kepada wajah Wirajagat yang kelihatan berkerut-kerut seperti menahan kepedihan. Separuh mukanya dipekup dengan alat bantuan bernyawa.

Kedua tangannya berbelit wayar dengan jarum tercucuk di sana sini. Kepala dibelit dengan alat serkupan yang kononnya untuk menenangkan kekacauan berfikir. Di dada, ada selengkar wayar dan hujungnya kelihatan terbenam seperti seekur lintah menghisap darah.
Ustaz Rudin melihat Dr. Gemaril dengan bahasa mata. Dr. Gemari hanya tersenyum seperti memberitahu apa yang dilakukan itu adalah paling selamat.

“Dr. Gemari,” tiba-tiba Ustaz Rudin yang berjanggot dan berjambang putih itu mendekati Dr. Gemari yang berdiri di hujung kepala Wirajagat, kemudian membisik perlahan, “ Dia sedang sakit kuat nampaknya.”

“Tapi setabil.” Jawab Dr. Gemari cepat. Dia memintas cakap dengan kepakarannya tapi masih bersopan kerana Ustaz Rudin adalah sahabat karibnya yang memiliki kewarakan.

“Seseorang seperti Wirajagat ini harus diteropongi dengan sinar kasyaf, bukan dengan sinar X,” kata Ustaz Rudin dan kemudian menarik Dr. Gemari berjauhan sedikit dengan katil Wirajagat.

“ Beliau pesion kami yang berkedudukan tinggi. Seluruh tenaga dan kepakaran dalam negara ini kami curahkan. Jangan ragui kepakaran kami,” kata Dr. Gemari, tapi masih juga sopan.

“Maaf, pada pandangan saya, dia bukan sakit biasa, tapi luar biasa.”

“Memang luar biasa kerana sudah tiga kali penyakit ini menyerang beliau. Dan kami berjaya melakukannya.”

“Cara apa?”

“Memintas pedih tapi risikonya tinggi.”

“Kenapa?”

“Sebarang pintasan yang kami lakukan, seseorang akan derita kesakitan. Sebab itu pesakit yang mengalaminya tidak sedar diri kerana kami suntik dengan dadah nombor satu.”
Ada semacam satu pergerakan dari Wirajagat apabila Ustaz Rudin yang sering memegang tasbih memerhati ke arah katil. Sesekali jejari Wirajagat nampak menguit-nguit seperti jari katak pisang yang hampir mati.

“Macam sedar?” kata Ustaz Rudin apabila nampak pula halqum bergerak-gerak lemah.

“Tidak. Itu adalah tindak balas kepedihannya.”

“Maaf Dr.Gemari. Saya rasa tidak sesuai kita bercakap di sini tapi saya nak beritahu, saya bukan pakar tentang pesakit ini tapi saya arif dengan penyakit begini,” kata Uustaz Rudin dengan senyum. “Pedihnya itu adalah pedih derita rakyat, lukanya adalah luka rakyat.”

“Kalau begitu, kita kongsi bersama. Selain cara moden dan saintifik, ustaz boleh membantu saya.”

“Tidak,” kata Ustaz Rudin sambil mengeleng kepala.

“Kenapa? Kerana cara ustaz hanya dengan jampi air sejuk?”

“Memang. Itu cara saya, bukan kepakaran saya. Itu hanya anugerah Allah.”

“Saya tahu,” kata Dr.Gemari dengan tersenyum. “ Dulu beliau pernah kondem ustaz pasal berubat dengan jampi air sejuk, bukan?”

“Ya.”

“ Ustazlahlah orang pertama ziarah di antara mush-musuh Wirajagat ketika dia menjadi pemimpin dulu.”

“Saya ziarah dengan hati, bukan perasaan.”

Tiba-tiba perbualan panjang itu terhenti. Terdengar Wirajagat batuk-batul kecil, seolah-olah beliau mendengar perbualan tentangnya. Dr. Gemari amat berharap semoga pesionnya akan tersedar dan dapat membuka mata dan dapat bercakap sepatah dua. Sangat diharapnya Wirajagat dapat mengecami Ustaz Rudin yang menziarahinya. Malah kalau dapat berkata sesuatu, alangkah baiknya. Bukan apa, hanya sanya Wirajagat akan tahu bahawa dalam dunia ini bukan semua musuh membencinya. Dr.Gemari mahu Wirajagat tahu bahawa Ustaz Rudin, adalah satu-satunya manusia yang tidak pernah ada dendam.

Tapi kemudiannya kepala Wirajagat bergerak pula. Wajahnya nampak berkerut-kerut seperti menahan satu kepedihan. Dr. Gemari cepat mendekati. Ustaz Rudin juga turut serta. Ternyata dari kepakaran Dr. Gemari, Wirajagat dalam keadaan menahan pedih. Dr. Gemari menekan punat loceng kecemasan. Bergegas masuk seorang jururawat.
“Ambil suntikan,” perintah Dr. Gemari.

Ketika jururawat itu bergegas ke bilik makmal, Ustaz Rudin membisik kepada Dr.Gemari. “Boleh saya bantu?”

Dr. Gemari mengangguk walaupun dia tahu sekiranya Ustaz Rudin memain peranan , sangatlah salah dari segi etika dan profesionnya.

“Pendapat saya, jangan suntik dengan Thrombolisis melalui Intravena?” kata Ustaz Rudin, lagaknya seperti seorang doktor pakar.

“Tidak, saya tidak lakukan yang itu, tapi akan saya lakukan dengan kaedah Angioplasti dan saya akan lakukan secepat mungkin prosedur Angiogram Kronori, iaitu sinar X Arteri jantung.”

Ustaz Rudin menarik Dr. Gemari ke satu sudut. Pelan-pelan diikeluarkan sebotol air dari poket jubahnya lalu berkata: “Maaf, ini air Zam-zam. Cuba masukkan air Zam-zam ini dulu.”

Dr. Gemari menjadi serba salah. Tadi dialah yang meminta bantuan sukarela secara tradisional. Masakan hendak menolaknya kalau sudah dipelawa. Bagaimana nanti kalau menyuntik dengan air Zam-zam, Wirajagat akan menerima risiko yang lebih parah?

“Jangan kuatir. Tidak ada dalam sejarah air Zam-zam berbahaya,” Ustaz Rudin cuba memberi kepercayaan kepada Dr. Gemari yang pakar tentang jantung koronari.

“Tapi...”

“Dia sebenarnya pedih dan ngilu. Daya tahan rohaninya lemah.”

“Kenapa?” Dr. Gemari seakan-akan bengung walaupun dia tetap yakin dengan kepakarannya. Terasa masa sangat suntuk apabila melihat keadaan Wirajagat yang seperti hilang daya tahan keaskitannya. Apakah dia perlu beritahu sahabatnya yang warak ini tentang Angioplasti Primer waktu cemas, pembuluh darah Arteri Koronari? Apakah dia perlu memberitahu tentang deposit lemak yang tersumbat dalam Arteri? Apakah perlu dia beritahu pedih itu sebagai Angina yang menyebabkan serangan mengejut yang dikenali sebagai Aterosklerosis. Pedihnya tentu kerana tidak dapat oksigen.
Memang pedih tapi dia tidak tahu apa pula ngilu?

Apakah Ustaz Rudin tahu selepas keputusan sinar X tengahari nanti, akan dilakukan satu mekanikal untuk membuka Arteri Koronari yang melibatkan penggunaan belom dan juga stent. Jika pesakitnya dalam keadaan cemas, apakah Ustaz Rudin tidak tahu dia dan kawan-kawannya yang pakar akan melakukan Angioplasti Primer, satu kaedah yang paling baik untuk membuka saluran darah?

“Tolong percayakan saya. Benar Wirajagat musuh saya dulu, tapi kita orang Islam. Seburuk mana pun dia saudara saya. Saya dapati dia ini berpenyakit rohani, iaitu hati, kalbu, mental fikir yang sudah tidak ada imunitinya lagi walaupun dulunya dialah yang paling kuat imuniti. Ia sudah kehilangan daya fikir, berkemahuan, rindu, sedih yang saya sebut sebagai ngilu dan sebagainya,” kata Ustaz Rudin satu persatu. Tak ubah ketika itu ia sebagai seorang pakar jiwa pula.

Dr.Gemari nampaknya mula tertarik.

“Engkau tahu, sejarah Wirajagat dulu, sebahagian besar dibenci rakyat. Dialah mewakili sistem menindas rakyat. Dialah yang membenar berlakunya pembunuhan sekumpulan agamawan. Dialah mengepalai penutupan pusat pengajian agama dengan alasan melahirkan teroris. Dialah merampas rezeki sebahagian rakyat yang miskin. Dialah yang memusnah sistem keadilan. Dia dianggap legasi kezaliman.

Lalu dia kehilangan zauq. Pendangkalan rasa. Liar terhadap kebenaran apabila dia berpegang pada prinsipnya sahaja. Dia memiliki prangsangka buruk terhadap bangsa dan agamanya, lalu dia melakukan fitnah besar terhadap orang yang tak sealiran dengannya. Dia menimbulkan Psiko-Neurose, dia juga seorang nifak kemudian dipenghujungnya menjadi phobia. Kerana hilangnya rasa dan hati, maka apa yang dirasanya kini ialah pedih dan ngilu.”
Sekian lama Dr. Gemari terbeliak matanya. Dalam bilik ICU itu seperti tidak ada pesakit cemas. Dengan bahasa matanya dia seperti berkata lagi...lagi...

“Kerana itu saya minta suntikkan air Zam-zam. Ini bukan mukjizat, bukan keramat tapi kesedaran. Dia perlu kembali kebal kerohaniannya dalam keadaan pedih dan ngilu,” kata Ustaz Rudin seperti merayu. Sesekali dia memerhati Wirajagat yang dapat dirasanya dalam keadaan pedih dan ngilu yang amat sangat.
Lagi...lagi...lagi! Begitu bahasa mata Dr. Gemari kepada kawan karibnya yang warak itu.

“Engkau hanya tahu Angioplasti Primer dari sudut sain perubatan. Tapi engkau tidak tahu apa itu jantung kehidupan rakyat. Jantung itulah kehidupan. Engkau hanya tahu bahawa lemak banyak dalam tubuh, tapi engkau tak tahu betapa lemak yang dimiliki rakyat, diambil begitu sahaja.

Engkau hanya tahu apa itu Angina yang berlaku apabila jantung terpaksa bekerja keras, tapi engkau tidak tahu bagaimana jantung yang dikatakan rakyat itu berkerja keras. Engkau hanya tahu bagaimana kerosakan otot jantung akibat terputusnya bekalan darah Arteri Koronari, tapi engkau tidak pernah rasai bagaimana terputusnya bekalan keperluan rakyat dan kemudiannya...”

Tiba-tiba terdengar Wirajagat batuk. Ustaz Rudin terhenti. Dr. Gemari cepat mendapatkan Wirajagat yang sangat huduh mengeremot wajahnya menahan sakit dan kemudiannya dia dapat memahami apa itu ngilu apabila melihat air mata mengalir di hujung pelupuk.

Tiba-tiba jururawat yang diperentah ke makmal tadi masuk. Dr. Gemari memberi alasan supaya masuk kembali mengambil sesuatu. Kemudian dengan cepat dia mengeluarkan jarum suntik, cepat pula meminta air Zam-zam dari Ustaz Rudin. Disedutnya hingga penuh masuk ke dalam balang suntikan.

“Bismillah...” bisiknya.

Tiba-tiba Wirajagat membuka mata. Dr. Gemari terkejut. Mata bertembung. Akangkah...alangkah terkejutnya apabila dilihat kelopak mata Wirajagat seperti mengia apa yang hendak dilakukannya.

“Bismillahirrohmanirrohim,” lalu ditekannya jarum suntikan itu ke pangkal paha sehingga Wirajagat terkeremot mulutnya.
“Alhamdulillah,” bisik Ustaz Rudin di sisinya.

Dan ketika itu juga nampak Wirajagat memberi senyum kepada Ustaz Rudin yang pernah disindirnya dulu tentang jampi air sejuk dan kemudiannya tiba-tiba terlelap pula.

Dr. Gemari mengajak Ustaz Rudin keluar sebaik-baik saja jururawat masuk. Dr. Gemari mahu tahu lebih lanjut apa itu pedih dan ngilu bagi seseorang yang diserang Angioplasti Primer.

3 comments:

  1. rumahgemilang

    Hari2 terakhir seorang seniman .Tu lah dok kata , jangan haprak sangat .Di akhirat belum tau , tak dak sapa yang tau . Aku pun tak tau .TAK TAU .

    Tapi ustaz yang dok jampi air tu pahamlah. Kalau dok di atas,tengok2 sama orang di bawah .

    Ustaz baca lah Yassin tu , saya nak perabeh buku SHIT dulu .

  1. NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE

    penyakit haprakolitostepro ni sangat bahaya . rugi bangsa ,rugi agama , rugi bahasa dan rugi di akhirat .

    darah memali terus mengalir sampai ke lubok merbau ke batu buruk dan kemana saja mencari dan terus mencari.

  1. Anonymous

    楼梯有机玻璃电焊机硬度计测厚仪北京汽车租赁防静电地板 白癜风 白癜风治疗网络地板 白癜风遮盖白癜风资讯白癜风资讯白癜风治疗有机玻璃加工数控切割机数控火焰切割机数控等离子切割机焊机健身器材点钞机特灵特灵空调保险柜白板
    尖锐湿疣 尖锐湿疣治疗 生殖器疱疹 生殖器疱疹治疗
    Chinese antique furniture supplier and we can supplycar wash systems. car wash systems .car wash equipment. car wash equipment. automatic car wash .automatic car wash .car washing machine. car washing machine. car wash. car wash if u need ,contact me
    帕金森轻松过关名师课堂
    职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试报名会计职称称准考证会计职称考试时间会计从业资格考试会计职称培训初级职称培训中级职称培训初级职称报名中级职称报名初级会计会计资讯2009年会计2009年会计报名会计资格会计专业资格会计专业资格考试会计专业技术资格会计从业资格证会计从业资格试卷会计从业资格试题会计从业资格证书09年会计从业资格考试

    会计专业资格会计专业资格考试会计从业资格证书会计专业技术资格会计从业资格证初级职称初级会计资格初级会计职称会计报名中级会计资格中级会计职称初级会计职称考试中级会计职称考试09年中级会计职称考试轻松过关名师课堂闫华红田明王燕会计答疑会计试题会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称历年试题会计资讯会计职称考试报名会计职称称准考证会计名师会计职称培训会计从业资格试题09年会计从业资格考试2009年会计报名2009年会计职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试时间中级职称初级职称培训初级职称报名中级职称报名中级职称培训职称考试初级会计中级会计初级会计初级中级
    铜门

    无机钢筋锚固料 锚固料 融达 北京融达 北京融达建业 渗透性聚合物砂浆 聚合物砂浆 高强渗透性聚合物砂浆 灌浆料 灌浆 北京灌浆料 不锈钢钢绞线 粘钢胶 植筋胶 结构胶 灌浆剂 高强无收缩灌浆料 建筑结构胶 水泥灌浆剂 加固料 碳纤维胶 碳纤维胶 灌注粘钢胶 树脂灌缝胶

    疱疹治疗 疱疹的治疗 疱疹图片 病毒性疱疹 单纯疱疹 疱疹病毒 疱疹症状 男性生殖器疱疹症状 男性生殖器疱疹 什么是生殖器疱疹 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹怎么治疗 生殖器疱疹如何治疗 生殖器疱疹治疗方法 生殖器疱疹怎么治 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹的治疗 中药治疗生殖器疱疹 复发性生殖器疱疹 治疗生殖器疱疹的药物 治疗生殖器疱疹的特效药 生殖器疱疹治疗 尖锐湿疣症状 什么是尖锐湿疣 宫颈尖锐湿疣 阴道尖锐湿疣 男性尖锐湿疣 假性尖锐湿疣 尖锐湿疣怎么治疗 尖锐湿疣治疗方法 尖锐湿疣的治疗 中药治疗尖锐湿疣 治疗尖锐湿疣的药物 治疗尖锐湿疣的特效药 男性尖锐湿疣 尖锐湿疣复发 尖锐湿疣图片