Azizi juga dalam tahun yang sama memenangi tempat kedua Sayembara Novel 50 tahun Dewan Bahasa dengan hadiah RM40,000 dengan novel bertajuk HARGA SEBUAH MARUAH.
Pemilihan untuk Hadiah Mastera dibuat dua tahun sekali secara bergilir-gilir bagi Negara Brunei Darussalam dan Indonesia. SANGEETHA karya Azizi ini telah dapat mengatasi beberapa buah novel yang terbit sepanjang tempuh dua tahun.
SANGEETHA sebelum ini telah mendapat hadiah buku terbaik dari Universiti Malaya.
SANGEETHA adalah di antara novel yang paling banyak mendapat liputan, kritikan dan kertas kerja.
Novel SANGEETHA, adalah kerja buat Azizi selama setahun, dengan pelbagai penyelidikan dalam proses keterasingan dari masyarakat luar. Ia adalah projek Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2005.
Hadiah MASTERA Ke 5 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri kepada Menteri Luar di hotel Berjaya Times Square Kuala Lumpur pada 27hb November 2007.
(Azizi Di depan pintu majlis Mastera)
Menurut Panel Penilai, SANGEETHA menawarkan pengalaman estetika yang menarik, menghidangkan pengalaman intelektual yang baharu, kerana temanya memasuki ranah persoalan yang langka, yang wajar ditelirti oleh generasi muda, juga penting bagi mereka yang panjang umur.
SANGEETHA bukan saja merupakan novel Azizi Abdullah yang terbaik, malah merupakan salah sebuah novel Melayu awal abad XXI yang menarik dan penting.
1 comments:
Assalamu'alaikum. Ustaz, saya baru sahaja membeli Sangeetha di DBP, Bandar Perda kelmarin dulu.Sekarang saya sudah membaca 3/4. Alhamdulillah sungguh unik. Bagi saya, sungguh tinggi nilai adab dan budi dalam tu. ALfu alfi Mabruk
~Noor Azma Mohamad Khassim~
Post a Comment