Perebutan Sebuah Masjid

Posted by Tukya

Seperti ia sebuah bangunan yang paling berharga tetapi cukup bernasib malang, Al-Aqsa masjid ribuan tahun yang keramat tidak putus-putus menjadi rebutan atas status keagamaan. Dan umat Islam Palestin adalah pendinding sepanjang masa mempertahannya dari kebiadaban Zionis.



Menjelang Ogos 2008, memberi usia Al-Aqsa yang dibakar untuk dimusnahkan sudah 39 tahun, iaitu tarikh kedewasaan seseorang. Namun Al-Aqsa tetap diceroboh dan jika diturut kehendak Zionis, mungkin Al-Aqsa hendak diranapkan saja dari bumi ambiyak itu.

Mungkin umat Islam, khususnya di negara kita yang terlepas pandang dari naik turun nasib umat Islam/ Palestin, tidak tahu, sudah 29 tahun umat Islam Palestin masih tidak terbela dan maruah Al-Aqsa yang mereka pertahankan itu sering diceroboh.

Dan bukan mustahil sekian juta dari anak-anak muda kita yang terkinja-kinja dengan rock atau konsert, peduli apakan dengan masalah itu kerana mereka lebih gemras kepada berapa album yang terjual dan siapa yang patut menjadi juara tahunan. Malah mereka tidak pernah tahu rentetan pembakaran Al-Aqsa, sebuah masjid yang mulia, yang menjadi latar persinggahan Rasulullah SAW ketika Israk dan Mikraj.

Rentetan pembakaran Al-Aqsa boleh dilihat sejak:

21 Ogos 1969 seorang ekstrimis Zionis, Michael Rohan dengan beberapa komplotnya membakar sebahagian dari bangunan masjid tersebut. Ia secara sistematik dilakukan oleh rejim Zionis Istarel.

Dua tahun sebelum pembakaran ini, Zionis telah bergaduh untuk menguasai pintu sebelah timur dan berhasrat menguasai Babul Maghariba untuk meningkatkan prestasi mengganggu umat Islam.

Pada tarikh 15 Ogos 1967 seorang Zionis, Solomo Gorin menguasai komplek masjid sambil menggertak akan menghancur punahkan masjid itu untuk diganti dengan sinagog, iaitu tempat ibadat Yahudi.

Tiga tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1970 seorang Zionis yang bersenjata lengkap menyerang komplek Al-Aqsa, menembak rambang ke arah jemaah. Puluhan orang Islam gugur dan 60 cedera.

Ia satu amukan kaum Zionis.

Kemudian pada 11 April 1982 seorang lagi tentera Israel, Alan Jodman tiba-tiba menyerbu ke pintu masuk dan menembak rambang sekali lagi secara membabi buta. Puluhan menjadi mangsa, termasuk yang cedera.

Kenapa?

Orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap dakwaan Dennis Michael bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria.

Kemudiannya Michael (gila) dibebaskan. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Kerana itu setiap 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia. yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang kuat.

Isu Palestin mencabar Akidah umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah. Bagi masyarakat bukan Islam ia menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman Zionis terhadap bangsa Palestin .

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis. Mereka yang merampasnya dari tangan umat Islam. Umat Palestin dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitam, dipenjara dan dibunuh.

Menjejaki tahun ini, menjelang bulan Ogos akan datang, kita sudah membiarkan selama 39 tahun Al-Aqsa begitu sahaja. Walaupun ada OIC, tetapi soal Palestin masih tidak berdaya.

Di mana silapnya?

Ramai dari kalangan kita tidak sedar, perlakuan dan gerakan Zionis yang berlaku selama ini ialah untuk membelah masjid di bumi Anbiyak ini kepada dua, iaitu untuk Israel dan untuk umat Islam, demikian yang dibayangkan oleh Ketua Harakah Islamiah Palestin 1948, Syaikh Raid Shalah.

Betapa tidak, bukankah fasa yang diduduki oleh Yahudi kini merupakan fasa atau bahagian yang sangat berbahaya, lebih berbahaya dari Perang Salib. Umat Islam dilarang solat di garisan tertentu di kawasan Al-Aqsa.

Apa itu Al-Aqsa?

Ia sebuah masjid. Sebahagian dari komplek bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis. Ia dipanggil juga Gunung Majed atau Al-Haram Asysyarif. Ia satu tapak ibadah suci yang ketiga kepada umat Islam dan semacam kuil kepada Yahudi.

Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur, satu-satunya kawasan yang dipertikai sejak lama, sebahagian ditadbir oleh Israel tetapi dituntut oleh Palestin. Kapasiti muatan lebih kurang 5,000 jemaah.

Al-Aqsa bererti ‘paling jauh’ yang diambil dari peristiwa ‘Isra’ dan Mikraj.’

Pada asalnya ia dibina dari kayu oleh Saidina Umar Al-Kahttab Khalifah kedua pada tahun 638 masihi. Selepas itu, Khalifah Abdul Malik bin Marwan mengarah membina sebuah masjid bagi menggantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid menyiapkan pembinaan masjid ini dalam tahun 705 masihi.

Pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 telah mendorong tertubuhnya OIC yang kini dengan anggota 57 negara. Pembakaran tersebut juga menyebabkan sebuah mimbar kuno yang bernama "Shalahuddin Al-Ayyubi" habis terbakar. Dinasti Bani Hasyim, penguasa Kerajaan Yordania telah menggantinya dengan mimbar buatan Jepara, Indonesia. Keluarga Bani Hasyim, yang masih bertalian darah dengan Nabi Muhammad menurut tradisi merupakan keluarga yang bertanggungjawab memelihara tempat-tempat suci Islam di kawasan tersebut.

0 comments: