Menyelak Sejarah Kebiadaban J.W.W. Birch
Posted byTidak ramai orang melihat, apa lagi menulis tentang kebiadaban individu-individu barat, terutama yang menjawat jawatan selama menjadi penjajah di rantau ini, termasuk Malaya. Ramai yang menganggap sejarah adalah pencatat dan sejarah adalah prilaku masa lampau, tetapi tidak berani menterjemahkannya sebagai kebiadaban seorang pegawai Inggeris setelah melihat peranan mereka di rantau ini. Salah seorang yang tersangat biadap terhadap institusi raja, bangsa Melayu dan adat istiadat ialah J.W.E. Birch. Dan paling menarik dalam peristiwa ini, rupa-rupanya sudah berlaku koyak mengoyak poster, tarik menarik poster di kalangan orang upahan dengan pihak tertentu.
Jadi, jika berlaku koyak mengoyak poster, orang yang diupah memanjat pokok menampal poster, apakah ianya berulang seperti zaman J.W.W. Birch?
Siapa J.W.W. Birch?
Nama penuhnya James Wheeler Woodford Birch (3 April 1826 - 2 November 1875) Birch merupakan Residen British pertama di Perak.
Residen Jeneral
Pada 1896, pihak British telah menyatukan pentadbiran semua negeri itu menjadi gabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi British Negeri-negeri Selat.
Selepas 1911, jawatan Residen Jeneral telah digantikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Pada 1936 jawatan ini pula digantikan dengan Setiausaha Persekutuan.
Pernah berkhidmat dengan Tentera laut Di Raja British, ditugaskan di atas kapal HMS Alfred yang meronda pantai di Amerika Selatan.Ertinya Birch adalah seorang tentera yang diasuh oleh laut, dipengaruhi oleh keganasan ombak dan berhati kering dengan kepanasan samudera. Kemudian pernah berkhidmat sebagai:
- Oktober 1867 Pemangku Wakil Kerajaan dan Pemungut Cukai, Wilayah Timur. Perlantikan disahkan dalam bulan Jun 1868.
- Mei 1870 to 1874 – Setiausaha Kolonial, Negeri-Negeri Selat.
Tapi dalam keadaan segar bugar dia menemui ajal ketika menjadi Residen British Pertama di Perak. Dia dibunuh oleh orang-orang Melayu yang menentang penjajahan British.
Hal ini juga tidak banyak huraian sejarah menggelarkan orang Melayu yang menentang itu dianggap sebagai ‘pahlawan’ sebaliknya sebagai penderhaka.
Jika tidak bersebab, beliau tentu tidak dibunuh. Maharaja Lela dan rakan-rakannyalah, seperti Datuk Sagor, Si-Putum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain, mula menyedari tentang kebiadaban Birch ini. Beliau bukan saja penjajah yang tidak memberi menfaat tetapi juga bertanggung jawab menghina institusi raja. Maka beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November1875. Kerani Melayunya, Mat Arshad, turut terbunuh dalam peristiwa tersebut.
Bermula Kebiadaban Birch
Apabila mesyuarat Perjanjian Pangkor tidak dihadiri oleh semua pembesar yang sepatutnya, keputusan sebulat suara tidak didapati. Raja Abdullah dilantik sebagai Sultan, manakala Raja Ismail, Raja Yusuf membantah. Demonstrasi hampir-hampir berlaku.
Ngah Ibrahim tidak diakui sebagai pemerintah Larut Matang. Beliau hanya bertaraf menteri. Dalam keadaan tidak puas hati, beliau tertekan lagi apabila terpaksa menerima nasihat daripada Kapten Speedy, bekas tentera laut yang dilantik menjadi Penolong Residen.
Selesai Perjanjian Pangkor, British melengah menghantar Residennya. Sultan Abdullah berpeluang berkuasa selama 10 bulan. Kemudiannya Birch dating. Dia bawa peraturan baru. Peraturan inilah yang dianggap sebagai mencabar institusi kesultanan. Di sinilah mula kebiadaban J.W.W. Birch sebagai Residen.
Diperkenalkan peraturan yang bercanggah sama sekali dengan nilai tradisi Melayu, menjejaskan kewibawaan pembesar dan institusi raja. Misalnya institusi perhambaan, dihapuskan.
Memanglah perhambaan perlu ditentang kerana ia bukan sifat ehsan manusia. Tetapi Birch tidak bertujuan itu. Ada udang di sebalik batu. Keju7jurannya dipertikai. Dia lebih mengutamakan pembebasan hamba wanita. Kerana kaki perempuan, Birch langsung gilakan dayang-dayang Raja Abdullah. Dikhususkan tempat perlindungan yang kononnya ‘hamba’ itu dikediamannya di Batak Rabut.
Sejarah memang mencatat begitu. Tetapi tidakkah orang bertanya, kenapa mesti ditempatkan di kediamannya jika bukan kerana ‘gila perempuan?’
Cukai adalah tradisi raja. Birch telah memungut cukai dan hasil secara bersendirian manakala pemungut yang dilantik ditolaknya. Birch menguasai sistem cukai pajak gadai, cukai arak, cukai judi, cukai balak, perahu, lada dan juga atap yang menjadi industri utama ketika itu.
Birch mewujudkan undang-undang dan akta jenayah sendiri. Semua penghulu bertanggung jawab kepada presiden, bukan lagi kepada pembesar negeri. Ketua hakim dilantik menggantikan Sultan dana institusi kehakiman.
Apa maksud Birch berbuat begitu? Ternyata institusi kehakiman dikuasai oleh seorang Presiden yang akar umbinya seorang penjajah.
Ramai Residen Inggeris dianggap sebagai pencetus mindah orang Melayu, bertanggung jawab mengubah sikap Melayu. Apakah ini benar?
Memang Birch berhasrat melaksanakan perubahan tetapi sangat tergesa-gesa. Membelakang perundingan. Birch pernah menyekat sikap boros Sultan Abdullah. Hal ini tentulah kelihatan baik. Tetapi yang tersirat lain dari yang tersurat. Keborosan Sultan Abdullah mungkin boros bersama rakyat setelah mengetahui hasil pendapatan negeri akan diguna atau diangkut oleh Redisen.
Kebiadaban Birch yang lain, beliau pernah mengumumkan pajakan Sungai Perak oleh Sultan Abdullah sebagai tidak sah. Sungai Perak dipajak kepada saudagar Cina di Singapura selama 10 tahun dengan bayaran $26 ribu.
Birch menawar tendar baru. Kemudian beliau memajak cukai ke atas minuman keras dan candu kepada seorang Cina Lee Cheng Tee.
Biadapnya, Birch mengambil pendahuluan pajak kemudian untuk membayarnya dilantik seorang pemungut hasil.
Lalu, akhir tahun 1874, Birch membuat lawatan muhibbah kebeberapa tempat di Perak. Bersama itu, beliau bertindak meruntuh rumah cukai pembesar dengan bantuan polis upahannya. Dato Bandar ketika itu diancam membuang negeri kiranya terus memungut cukai.
Pada Jun 1875 Birch mendesak Sultan tanda tangan pengisytiharaan untuk membolehkan peratuean baru. Pecat, jika tidak mahu menurun tanda tangan. Sultan diugut lagi akan menyerah kuasa kepada Raja Yusuf kalau enggan tanda tangan.
Sombong dan biadap terhadap orang Melayu dan institusi raja semakin menjadi. Di arahnya membakar rumah Raja Ngah di Bidor, serana keluarga Raja Ismail itu bergiat terus memungut cukai.
Ertinya Birch menggunakan kuasa vitonya, bukan melalui saluran undang-undang.
Di kediamannya beliau melayani secara biadap terhadap kunjungan Sultan Abdullah dan penyokongnya pada Ogos 1875. Diminta pula supaya hamba abdi dipulangkan kepadanya sahaja. Inilah kemuncak kemarahan Sultan Abdullah.
Kerana keangkuhan dan biadap dia pun dibunuh
Sejarah ini tidak pernah ditangisi oleh mereka yang menyintan kemerdekaan dan benci penjajahan, seperti apa yang berlaku kepada J.W.W. Birch, melainkan mereka yang sanggup menjadi pecacai penjajah.
Terbunuhnya Birch satu kebangggan walaupun pembunuhan dibenci oleh kemanusiaan. Kebiadaban dan kepongahan satu-satunya Residen penjajah ini menyebabkan tiada siapa yang meratapi kematiannya. Malah penderhakaan orang Melayu ketika itu dianggap sebagai wira-wira.
Cuba teliti senario sejarah ini. Alangkah megahnya mereka yang berani ini?
Pada 2 November 1875, adalah tarikh kematian seorang residen British yang angkuh serta biadab, demikian catatan dalam Sejarah Malaysia. Hasrat James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch untuk terus 'memperhambakan’orang Melayu tidak kesampaian. Rupanya ada seorang wira mampu meragut nyawanya.
Itulah di antara sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah asing di Pasir Salak, Perak.
JWW Birch yang dilantik sebagai residen pertama, sebaik tiba di Perak, mula besar kepala dan berlagak bagaikan dirinya raja yang memerintah Perak. Dia mula ‘memijak kepala’ sultan dengan tidak lagi menghormati peranan dan kuasa diraja dalam sistem pemerintahan orang Melayu. Keadaan itu menambahkan derita penduduk yang kebanyakannya hidup miskin.
Kemuncak kebiadapan Birch adalah apabila dia memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat supaya memberi hak kepada British untuk memerintah Perak. Sultan Abdullah diugut akan dilucutkan takhta jika baginda enggan menandatangani surat berkenaan. Ugutan itu menyebabkan baginda mengadakan mesyuarat dengan pembesar negeri di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875.
Mereka dimaklumkan mengenai hasrat British untuk mengambil alih pemerintahan negeri serta tugas mengutip cukai. Mendengar penjelasan Sultan Abdullah itu, pembesar semakin berang kepada British yang cuba menjajah Perak.
Satu usul untuk membunuh Birch dikemukakan dan pelbagai cadangan diberikan antaranya dengan meracun, sihir dan menikam lelaki asing itu. Akhirnya mesyuarat bersetuju untuk membenarkan Datuk Maharajalela iaitu pembesar kanan dalam Orang Besar Berlapan Perak serta Penghulu Pasir Salak, membunuh Birch dengan menikam Birch.
Barangkali itulah tanda ajal Birch yang sombong pongah itu apabila rombongan Birch tiba di Pasir Salak menggunakan rumah rakit dan perahu pada malam 1 November 1875.
Pagi keesokannya, Birch memerintahkan orangnya naik ke darat dan Mat Arshad, jurubahasanya disuruh pergi ke rumah Datuk Maharajalela minta menghadap. Datuk Maharajalela melenting, sudahlah Birch yang asing itu menceroboh ke kawasannya, berlagak pula bagai raja dengan memerintah untuk menghadapnya.
Mat Arshad beritahu kepada Birch tetapi Birch tetap angkuh. Diperintahkan Mat Arshad dan pengikutnya segera menampalkan surat pemungutan cukai di seluruh pelusuk kampung. Melihat itu penduduk kampung mula berang. Mereka mengoyak surat yang ditampal itu tetapi pengikut British itu tetap meneruskan tugas menampal surat itu tanpa mempedulikan sensitiviti penduduk. Akhirnya situasi tegang mula tercetus. Mat Arshad masih tidak menghiraukan kemarahan penduduk Pasir Salak sebaliknya terus menampal surat pengumuman kutipan cukai di dinding kedai emas di kawasan itu.
Prihal degil dan angkuh Mat Arshad, hati Pandak Indut semakin membara. Pengikut Datuk Maharajalela itu meluru ke arah Mat Arshad dan terus mengoyakkan surat yang ditampal lelaki itu. Mat Arshad tidak peduli dan bagaikan mencabar Pandak Indut, dia terus menampal surat pengumuman yang baru. Sekali lagi Pandak Indut mengoyakkan surat berkenaan.
Aduh, tersangat berani mereka seperti ini. Demo apakah namanya mereka?
Selepas beberapa kali melihat Mat Arshad terus degil, lalu dengan pantas Pandak Indut menusuk kerisnya ke jasad Mat Arshad. Tindakan itu adalah isyarat supaya orang Melayu bertindak. Jeritan amarah penduduk bergema membelah langit Pasir Salak. Mereka mula mengamuk dan menyerbu ke rumah rakit Birch sambil merejam lembing. Askar pengawal Birch yang ketakutan melihat amukan dan serbuan penduduk kampung, segera melarikan diri meninggalkan rumah rakit itu tanpa pengawal.
Itu satu rusuhan yang bukan dimulakan oleh rakyat kampung. Itu adalah kesedaran mereka!
Birch yang sedang mandi ketika itu terkejut. Dia menyedari penduduk kampung mula mengamuk.Rejaman lembing penduduk menembusi rumah rakit itu seterusnya menusuk jasad Birch. Penduduk terus merusuh ingin membunuhnya. Dalam keadaannya yang cedera parah, Birch cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai.Ketika dia timbul tercungap-cungap di permukaan air, Si Putum iaitu seorang pengikut Datuk Maharajalela daripada kalangan Orang Asli, dengan pantas menetak kepala lelaki asing itu menggunakan pedang. Darah merah mencemari air sungai dan jasad Birch akhirnya tenggelam dan dihanyutkan arus .
Demikianlah...yang mati bukannya J.W.W. Birch tetapi seorang manusia, waris penjajah yang pongah dan ego. Yang membunuh bukan penderhaka, tetapi pejuang yang membela maruah bangsa dan tanah airnya. Yang menentang bukan penceroboh, tapi kebangkitan kesedaran.
Sejarah seperti ditanya, apa implikasi pembunuhan Birch di Pasir Salak itu?
- British menyerang Perak dan tercetusnya ‘Perang Perak’ dari November 1875 hingga 1876. Pasir Salak ditawan pada 15 November 1875 selepas bertempur hebat dengan pasukan Datuk Maharajalela, Pandak Indut dan Datuk Sagor. Dalam pertempuran itu, British membakar rumah sepanjang sungai di Kampung Gajah dan Pasir Salak.
- Pada 13 Januari 1876, British menawarkan ganjaran RM6,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Datuk Maharajalela dan masing-masing RM3,000 untuk penangkapan Datuk Sagor dan Pandak Indut.
- Datuk Maharajalela dan pengikutnya menyerah diri kepada British pada 30 Julai 1876 selepas dijanji akan dibicara secara adil di mahkamah.
- Pandak Indut didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 20 Mei 1876. Pada 20 Januari 1877, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan Pandak Indut dihukum gantung sampai mati. Pengikut lain iaitu Kulup Ali, Si Tuah, Panjang Bur dan Ngah Jabor dihukum penjara seumur hidup.
4 comments:
Sayangnya ada orang kita yang menganggap pembunuhan itu kerja penakut...sila lihat: The History of Papan & The Mandailing People by Abdur-Razzaq Lubis...bila dia menulis... The cowardly murder of J.W.W. Birch, the first British Resident to Perak, on Hari Raya day, November 2nd, 1875, at Pasir Salak in Lower Perak, gave rise to the Perak War of 1875. dari:
(http://www.mandailing.org/Eng/histpapan.html)
Dah ada hero2 Melayu yg ambil upah untuk cari pembunuhan JWW Birch kerana sedikit UPAH DUNIA dari penjajah...walaupun mereka sebelum ini berperang dengan Belanda.
Itu ertinya pejuang yang tertipu...
Kejadian itu berlaku pada hari raya...
Ertinya: menghayati lafaz takbir raya.
Semoga Allah tinggikan martabat mereka kerana membela negeri orang Islam.
As Viagra UK is a prescription medication, the prescribing physician should be made aware of all of the relevant issues when discussing whether or not Viagra online is appropriate. There are, of course, non-responders as well; men that simply do not respond to Viagra pills at all.
Apakah contoh tekanan yang digunakan oleh J.W.W Birch keatas Sultan Abdullah supaya baginda menandatangani surat pengisytiharan yang membolehkan Residen British mentadbir hasil negeri atas nama sultan?
Post a Comment