Gapena Diingatkan Jangan Jadi Kuda Tunggangan UMNO

Posted by Tukya Labels:

BUKIT MERTAJAM, 29 April (Hrkh) - Novelis terkenal tanah air, Haji Azizi Haji Abdullah mengingatkan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) agar jangan jadi 'kuda tunggangan' Umno kononya untuk memaufakatkan orang melayu dalam satu saf bagi menyaingi kaum lain di Malaysia.

Katanya, kenapa isu ini tiba-tiba menjadi satu kewajaran setelah Umno tewas teruk dalam pilihan raya umum lepas.

Ia dilihat tidak lain semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan Umno yang kini terumbang ambing setelah ditolak rakyat termasuk masyarakat Islam sendiri kerana tidak tahan dengan tekanan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Gapena tidak seharusnya menjadi mainan politik Umno untuk tujuan membaik pulih sokongan terhadap parti itu yang telah hilang sokongan rakyat. Tetapi, ia boleh mengerakan kemaufakatan Melayu tanpa melibatkan Umno sebagai tunjang atau peneraju utama," ujarnya ketika ucapan kritikan terhadap program Pra Kongres Permaufakatan Melayu Zon Utara yang diadakan di Hotel Summit, Bukit Mertajam pagi tadi.

Gapena katanya, boleh memainkan peranan lebih luas tanpa mengaitkan Umno kerana parti itu jelas merosakkan amanah orang Melayu sendiri apabila berkuasa dulunya.

Kini, bila keputusan pilihan raya tidak menyebelahi parti itu, seolah ada usaha digerakan oleh kepimpinan negara yang dulunya terlibat dengan rasuah, penyelewengan wang rakyat dan sebagainya untuk memastikan Umno dipulihkan kembali, katanya.

"Dalam erti kata lain, usaha yang dilakukan Gapena seolah-olah membantu Umno yang kini terpinggir ekoran keangkuhan kepimpinan mereka sendiri," terangnya.

Jika hendak merealisasikan juga Kongres Permaufakatan Melayu jangan sekali-kali libatkan kepimpinan Umno yang mempunyai latar belakang yang kotor sebaliknya pilih antara mereka yang bersikap jujur dan amanah dalam perjuangan, katanya lagi.

Seandainya, Gapena gagal untuk mendapatkan mereka yang tidak pentingkan diri sepanjang penglibatan dalam Umno lebih baik usah mencari beban untuk menguruskan permasalahan yang ditimbulkan oleh pemerintah sendiri, sambungnya.

"Kita jangan cari reba (masalah) dalam hal ini untuk bersama golongan yang nyata lupa diri bila berkuasa," ujar beliau lagi.

Sekarang ini sambung Azizi, Umno bagaikan cacing kepanasan bila sering menuding jari sesama sendiri dan menyalahkan berbagai pihak kerana tidak menerangkan dasar kerajaan secara menyeluruh sehingga ke akar umbi.

Umno di Pulau Pinang contohnya, selalu menang tetapi di manakah hasilnya, katanya.

Kemenangan itu katanya merugikan orang Melayu apabila ia tidak menyelamatkan kedudukan tanah Melayu apabila seluas hampir lima juta hektar pada tahun 1995 kini susut kepada satu juta lebih sahaja.

Di mana matlamat perjuangan Umno untuk membela orang Melayu yang semakin terhimpit di Malaysia, katanya.

"Sekarang ini sapa pun tak mahu angkat tahi sebaliknya dok tanya sapa yang berak atau anak sapa yang melepas di tengah jalan," katanya yang juga penerima Anugerah SEA Write Award.

Program Pra Kongres Permaufakatan Melayu yang diselenggarakan oleh Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (PNP) itu turut memberi peluang berbagai pertubuhan, persatuan atau individu menyampaikan pandangan atau kritikan demi membaiki kedudukan Melayu yang semakin terhakis.

Antara pembentang kertas kerja yang dijemput khas ialah Barisan Badan Perpaduan Melayu, Ustaz Osman Bakar, Presiden TERAS, Haji Azmi Hamid dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Dato' Seri Haji Mohd Yusoff Latiff. - mns (Dipetik dari Harakaihdaily 29 April)
Dihantar oleh paspenang pada Selasa, April 29, 2008

5 comments:

  1. Anonymous

    salam sejahtera,

    ahhhh...adik beradik husin memalukan org sg. limau khasnya org kedah.

  1. Anonymous

    Assalamuaikum dan Salam kenal, buat saudara Azizi yang saya hormati. Saya mula mengenali nama saudara melalui pementasan Teater Sangeetha yang di ulas oleh pemblog, wartawan Berita Harian saudara Muhammad Nazmi Yaakub.

    Tempoh hari saya sangat ingin mengikuti diskusi yang diadakan di Kedah, tapi saya tinggal di Melaka. Saya hanya dapat mengikuti ulasan secara sepintas lalu dari blog saudara Jiwarasa. Itupun tidak jelas.

    Bolehkah saya tahu secara detail pandangan saudara akan isu itu? Boleh juga rasanya kita bertukar-tukar fikiran tentang hal itu. Saya juga telah membuat link, blog saudara untuk entri saya yang terbaru. oh ya emel saya mardhee3@yahoo.com

    Terima Kasih.

  1. visimindaku

    GAPENA jadi kuda tunggangan UMNO? Sekali pandang, GAPENA seperti mahu menjadi hero orang-orang Melayu di Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama GAPENA tidak banyak membantu penulis-penulis Melayu di Malaysia. Harap2 janganlah GAPENA menjadi Keldai Tunggangan UMNO!!!

  1. Unknown

    GAPENA......menulislah dengan jiwa yang MERDEKA lagi tenang

  1. Anonymous

    http://chanelbags.spaces.live.com
    http://chanelbags7.spaces.live.com/blog/
    http://chanelwallet.spaces.live.com/blog/
    http://chanelwatch.spaces.live.com/blog/
    http://chanelhandbag101.blog.com/
    http://chanelaha.blog.com/
    http://chanelbags01.blog.com/
    http://chanel1221.blog.com/
    http://fuckingchanel.blog.com/
    http://chanelahaaha.blog.com/