Kongres Satukan Melayu: GAPENA BERLAGAK JUARA UMNO

Posted by Tukya Labels:

- Putra Gapena

Mingguan Malaysia keluaran Ahad, 30 Mac 2008 yang memuatkan berita satu Kongres anjuran Majlis Muafakat Melayu yang diterajui oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) akan diadakan di Johor Bahru pada Mei depan. Lantaran itu saya menerima dua kali SMS berbunyi:

“Saudara, ke mana nak dibawa orng-orang Melayu jika pemimpin organisasi seperti Gapena yang tiba-tiba terpanggil untuk berkongres setelah BN/Umno ditolak? Selama ini mereka jadi pengampu dan pak angguk yang setia. Riaksi saya terhadap berita dalam MM hari ini. Pemimpinkah mereka ini atau apa? Luar biasanya manusia. Drpd: XXXXXXXXXX.”

Saya menjawab cepat melalui SMS juga berbunyi: “Kongres satukan Melayu tak lain bermaksud meminta perkuatkan Umno. Ini kepala otak Zainol Kling-Ismail Hussain. Mereka anggap Umnolah segala-galanya.”

Saya SMS dengan kata-kata “bahawa Umnolah segala-galanya’ kerana berita hendak mengadakan ‘Kongres Satukan Melayu” itu menyebut yang Johor adalah negeri yang banyak sejarah berkaitan perjuangan Melayu di negara ini termasuklah penubuhan Umno dan Dewan Bahasa.

Ertinya kalau tak sebab Umno kalah dalam pelihan raya ke 12 yang lalu, tak mungkin akan wujud satu kongres satukan Melayu, walaupun sudah berlaku maruah orang Melayu dijual dan digadai (dalam ertikata perpaduan bangsa, bahasa, hak, martabat, maruah, patriotik dll) dan satu gambaran lain, Gapena sudah jadi macam cacing di tengah panas apabila melihat Umno kecundang ketika orang Melayu pilih politik lain.

Yang sebenarnya Gapena tidak buat kajian. Selama ini (sebelum 8 Mac) Umno hidup dengan talihayat sokongan orang bukan Melayu. Dan apabila talihayat mereka berpaling tadah, maka itulah jadinya: kalah! Lalu mereka berkelahi sama sendiri, menyalahkan orang lain.

Jika ini diangkat menjadi satu pemikiran Gapena, maka pemikiran ini sangat mirip dengan pemikiran Datuk Zainal Kling yang sangat kuat tali pegangnya kepada Umno dan keUmnoannya itu seolah-olah tanpa Umno orang Melayu sudah lama hilang. Dalam hujah pemikiran itu dan cadangan mahu mewujudkan kongres tersebut juga seolah-olah hendak mengatakan Umno sajalah sebuah parti yang selama ini sangat telus, baik hati, jujur dan memelihara kepentingan bangsa Melayu dari A sampai Z. Maka kerana itu, orang Melayu perlu dipersalahkan dan mencari jalan atau kaedah menyatupadukan semula. Manakala Umno sekali-kali tidak bersalah. Ini juga diakui oleh Datuk Aziz Tapa, veteran Umno yang dulu, kini dan selamanya.

Begitu kalau dapat dibaca dalam kepala Datuk Zainal Kling dan tentunya juga dalam kepala Ketua Satunya dan AJKnya.

Maka keputusan ini akan diseret pula berpuluh-puluh NOG, dan sudah angguk-angguk pula oleh beberapa AJK Gapena yang tersangat kuat keUmnoan mereka, yang juga menganggap Gapena itu satu pasak yang kuat untuk memperkasakan Umno dengan Melayunya.

Kita tersangat hairan mengapa Gapena, satu-satunya badan yang perjuangannya berteraskan budaya bangsa mahu melibatkan diri dalam politik kepartian? Mengapa politik kepartian yang bukan Umno tidak dipedulikan oleh Gapena?

Beberapa keluaran Siasah yang lalu Azizi Hj Abdullah ada menegur bagaimana boleh jadi Khairy Jamaludin berada di muka depan lidah rasmi Gapena, iaitu Warta Gapena dan sekaligus mengangkat Khairy sebagai pejuang bahasa?

Kita sama sekali tidak menentang pencarian kaedah atau usaha hendak menyatupadukan orang Melayu, malah ia menjadi kewajipan. Tetapi menghala untuk memperbetulkan Umno sahaja, ia adalah satu langkah yang diketawakan oleh orang Melayu sendiri. Memang benar bangsa Melayu wujud dan ia adalah ketuanan, tetapi untuk mengangkat Umno semula untuk ketuanan ini adalah satu langkah sia-sia kerana Umno sudah lama menggadai ketuanan dan hak orang Melayu kerana mereka lebih berkepentingan diri.

Ismail Hussain berkata, kongres di Johor Bahru itu akan membincangkan empat permasalahan iaitu Kedaulatan Politik Melayu, Kedaulatan Perlembagaan Malaysia, Kedaulatan Ekonomi Melayu serta Kedaulatan Agama, Budaya dan Pendidikan Melayu. Maka ini tentulah diangguk-angguk oleh AJK kerabat Gapena yang sudah lama ‘berkarat’ seperti di Perak , di Kedah, Melaka dan di Johor sendiri.

Apa yang hendak dibincangkan kalau kedaulatan Poltik Melayu sudah dicarik oleh Umno sejak era Mahathir lagi. Apa yang hendak dibincangkan Kedaulatan Perlembagaan kalau kedaulatan itu dicarik-carik oleh Umno dan begitu juga Kedaulatan Agama yang dimusnahkan oleh Umno. Dan yang lebih menyedihkan soal-soal budaya, bahasa. Sehingga sekarang Umno tidak berani bertegas dan bertanggung jawab.

Tiba-tiba Gapena mahu menjadi juara hendak menghimpunkan seluruh NGO, minta mencari jalan untuk berbincang soal ini. Dan tentunya Datuk Zainal Kling yang akan mengepalainya. Sebenarnya yang penting dan ianya boleh dilihat bukan soal kedaulatan politik Melayu, tetapi gaya dan karenah orang Melayu Umno berpolitik. Bukan soal kedaulatan perlembagaan yang tidak kemas, tetapi orang Umno yang tidak mendaulatkannya. Bukan soal kedaulatan agama tetapi Umno yang tidak berminat pun tentang agama.

Tersangat muak usaha ini apabila kita meneliti soal-soal kedaulatan yang hendak dibincangkan itu. Kalau pun dibicangkan Umno tetap degil dan loyar buruk. Persoalan sekarang bukan orang Melayu yang berpecah tetapi orang Melayu Umno yang sakit. Maka Gapena sepatutnya bukan mencari formula tetapi mencari bomoh atau dukun mengubati sakit itu supaya Umno tidak terus meracau.

Kita ingin membawa contoh. Dalam MM keluaran yang sama misalnya YB Datuk Tajudin Abdul Rahman (dulu penulis juga) dan Adun Pangkor Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir menyalahkan kerajaan Perak kerana barisan exco tidak seimbang. Teguran itu nampaknya seperti Umno yang mereka sertai adalah sebuah parti yang seimbang dan menjaga kepentingan orang Melayu. Tetapi dua orang ini lupa bagaimana kedudukan Umno di Pulau Pinang sejak Umno/Perikatan/BN memerintah. Umno Pulau Pinang berkali-kali mempunyai Adun dan exco yang lebih, tapi sayang tak sekali pun orang Melayu jadi Ketua Menteri.


Barangkali kongres akan menjadi lebih murni, berwibawa dan terhormat sekiranya Gapena tidak ada niat mengambil kesempatan, baik dari segi kewangan atau sokongan moral, sekiranya dibuat tanpa mengaitkan Umno berhasrat mengembalikan kekuatan orang Melayu dalam Umno. Jika dilakukan juga ia akan sama jadinya seperti Datuk Hishamuddin mencabut keris dalam perhimpunan Pemuda Umno tidak lama dulu.

Dalam apa pun kongres, ia melibatkan cerdik pandai, ilmuan. Apakan pandangan dari kalangan mereka ini akan dihormati. Dari pengalaman kongres yang lalu, terutama soal Bahasa Melayu, pandangan cerdik pandai ini tidak dihargai malah beberapa saranan dan bantahan awal mereka disekat.

Jika berlangsung juga kongres ini, masyarakat akan melihat sejauh manakah Gapena hendak jadi pengampu Umno sedangkan dalam Gapena sendiri ada yang sudah ‘ tak sebulu’ kecuali ada dua tiga orang yang terus berpegang dengan ‘dulu,kini dan selamanya.’ Berkongres tentang mencari jalan menyatupadukan orang Melayu melalui Umno samalah dengan berkongres mengajak orang Melayu tidak cerdik dan taat buta tuli terhadap polisi Umno yang tidak membantu bangsa Melayu, sebaliknya mengenyang tembolok pengamal Umno.

17 comments:

  1. Anonymous

    Cerita nya GAPENA lebih Umno dpd Umno..

  1. Anonymous

    Betul.Betul. UMNO dah ketinggalan bas. Sekarang tengah cari van sapu.

  1. Anonymous

    dah lama minat dengan tulisan2 tuan dari zaman negara ku lama sampai ke negaraku up tempo... teruskan

  1. Anonymous

    sdra apakanama,
    terima kasih di atas perhatian.
    terima kasih kerana mengikuti tulisan saya.
    soalnya apakenama?

    salam

    azizi abdullah

  1. Anonymous

    sdra larso dan anomymous,

    terima kasih di atas sokongan komen.
    saya nak hentam habis kongres ini di johor baru pada 2-3 mei depan.
    jom kita pi sama-sama. kali ini kongres besar
    azizi

  1. Anonymous

    cikgu,

    gapena bukan nak memperjuang soal soal melayu. Tapi soal melayu umno yang hilang kuasa dan hilang kerja. jika gapena nak bantu melaytu dan lama dia buat.Gapena kena ingat Melayu bukan umno. itu wajar dijelaskan.

    tk

    Aljeffri

    ps- jumpa di johore.

  1. Anonymous

    Masih relevankah GAPENA pada masa kini? Kenapa tiba-tiba GAPENA bangkit mempertahankan sesuatu yang selama ini GAPENA hanya mengunci mulut? Ketika Kerajaan mengumumkan dasar pendidikan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, di mana suara GAPENA? Kenapa pada waktu itu tidak berjuang mempertahankan martabat Bahasa Melayu. Ketika subjek sastera ditiadakan dalam kurikulum pendidikan apakah GAPENA melompat dan menikam mereka-mereka yang tidak mahukan sastera berkembang? Sebenarnya kini GAPENA sudah sampai ke tahap nyanyuk!!

  1. Anonymous

    sdra anonymous, sdra larso dan sdra-sdra.

    soalnya gapena anggap semua orang adalah umno dan semua melayu mesti umno dan umno saja yang maha betul.
    bagi mererka, tiada umno tiadalah melayu. kalau ada melayu bukan dalam umno, melayu itu tak sah.
    aduh
    azizi

  1. the indie story

    Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

    Foto-Foto Terkini "PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DI DEWAN SULTAN SULAIMAN", KG. BARU, KL. Tarikh:14hb. April / Masa: 8.30pm - 10.30pm (Sejarah Tercipta!)

    Foto-Foto Eksklusif Hanya Daripada

    theindiestory.blogspot.com

    CHECK IT OUT! tq

  1. Anonymous

    assalamualikum...Ustaz,ini adalah antara usaha-usaha untuk MEMPERKASAKAN semula Pak Lah yang dah lembik...Jiran

  1. Anonymous

    mmm kita memang kaya dengan pengampu

  1. Hamidi Lokman

    Budaya pengampu memang berbahaya.. awas jika PR jadi kerajaan

    Jangan biarkan budaya pengampu ini ini masuk jika mahu berbicara tentang keadilan

  1. Anonymous

    akum ustadz....dah lama saya nak hubungi ustadz.....untuk makluman ustadz,saya student ustadz masa kat sek keb tunku abd malik,kulim.selain saya,hafizal hamad mungkin ustadz masih ingat nama-nama seperti ikmal azri,rashidah....kalau tak keberatan bolaeh dapatkan number tel ustadz....saya masih ingat dengan seorang tua di kaki gunung,dan bila ustadz periksa buku kami,rait dia dari bawah buku sampai ke atas dengan tandatangan A yang besaq....

    Ikhlas Hafizal Hamad,RTM,KL

  1. Anonymous

    sdra hafizal hamad
    maaf saya tak berapa ingat. banyak sangat tapi terima kasih kerana hafizal macam juga abang halim, masih ingat saya. saya berbesar hati
    no hp saya; 0124396060\atau 04 8299511 CAP penang. minta cakap dengan editor utusan

  1. Anonymous

    Cikgu, Gapena buat prakongres tu macam tempat lain juga di Sabah, peliknya di Sabah UMNO dianggotai atas nama Bumiputera, yang jelas tiada Melayu jati di sini. Maka prakongres itu dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat pelbagai kaum - ada Kadazan, ada Murut, ada Bisaya, ada India, ada Bajau dan banyak lagi.

  1. Anonymous

    Salam ustaz Azizi,
    Bunyi berdegar-degar Pulau Pinang pun akan mengajurkan kongres untuk bangsa(baca UMNOooo). Katanya PEMENANG akan menjadi pengajur. Eloklah selama ni pun tak pernah berjuang utk melayu pun si mamat pemenang tu...

  1. Anonymous

    sdra abu hasif
    pergilah ke usm pada 21 jun ni. pemenang dengan gapena akan berhora-hora lagi tentang perpaduan melayu.
    saya tak ada. di kl hari tu kerana penyampaian hadiah sastera utusan.
    salam