Kalau Kedah Jadi Negeri Berilmu...

Posted by Tukya Labels:

Kalam tuan kalam berdakwat
Kalam hamba patah matanya
Dalam tuan dalam makrifat
Dalam hamba apa adanya



Memang hari itu 18 Mac 2008 untuk satu pertemuan semua Sasterawan Negara dan Pemenang SEA Write Awards dengan Institius Terjemahan Negara Malaysia di PWTC. Hamba yang salah seorang dijemput tidak melepas peluang.

Dalam pertemuan itu telah dibincangkan tentang usaha ITNM hendak menterjemahkan karya-karya Sasterawan Negara dan Pemenang SEA Awards ke bahasa dunia seperti Inggeris, Prancis, Jerman, Jepun, China dan lain-lain. Nampaknya usaha ITNM sangat bagus.

Dalam tulisan kali ini hamba tidak bermaksud hendak bercerita perihal pertemuan dan dailog tersebut. Tapi hamba cuba mengaitkan dengan kerajaan Kedah yang pernah hamba dengar hendak menjadikan ‘Negeri Ilmu.’ Jika Institiut Terjemahan Negara mengambil inisiatif menterjemah karya sasterawan Malaysia ke bahasa asing dunia, mengapa Kedah tidak boleh berusaha memperbaharui kitab-kitab lama? Demikian yang bermain dalam fikiran saya ketika pulang.

Di negeri Kedah sebelum Pas memerintah, Umno/ BN lah yang memerintah. Salah satu jabatan yang hamba tahu, yang berfungsi dalam hal kebudayaan ialah Jabatan Kebudayaan dan Majlis Kebudayaan. Majlis Kebudayaan ini kalau tak silap hamba di bawah urusan kerajaan negeri. Ia di bawah urusan seorang Exco.

Kawan-kawan hamba dari golongan penulis ada juga yang menganggotai majlis ini. Setahu hamba, pada zaman kerajaan BN, setiap tahun pasti ada rombongan dari Majlis Kebudayaan ini melancung ke luar negara dengan alasan memperkenal, mempersembah hal-hal kebudayaan Negeri Kedah.

Tapi ada satu perkara lagi yang dilakukan (aktiviti) oleh Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, iaitu menerbit buku-buku, termasuk kreatif seperti novel, puisi.

Hamba cuma tahu ini saja sedangkan hamba yang menulis lebih 30 novel dan menjadi ahli Persatuan Penulis Kedah, haram satu pun tidak pernah diterbit. Entah mengapa, tak tahulah hamba.

Terfikir oleh hamba,mengapa menerbit novel yang begitu-begitu boleh dilakukan oleh Majlis Kebudayaan? Mengapa orang tertentu saja novel-novel itu diterbitkan. Jawapannya tentulah ada sesuatu yang tak kena, sama dengan yang tak kena dengan melancung ke luar negara oleh pegawai-pegawai tertentu.

Sekarang, pada pandangan hamba, apabila Majlis Kebudayaan ini telah disusun dan mula beroperasi, maka alangkah elok moto ‘Kedah Negeri Ilmu’ dibuktikan dengan sesuatu yang mencerminkan ianya membantu kepada perkembangan ilmu.

Negeri Kedah pada zaman dahulu cukup ramai tokoh-tokoh ulama, pengarang-pengarang kitab dan kitab-kitab mereka telah menjadi bacaan dan rujukan. Malangnya kitab-kitab mereka tidak didapati lagi zaman sekarang.

Bukankah satu usaha yang baik kitab-kitab ini diperbaharui kembali dan dicetak semula dan tentunya Majlis Kebudayaan yang pernah menerbitkan novel-novel, puisi mampu berbuat demikian? Hamba rasa jika novel-novel, buku-buku tentang budaya karut dan khurafat boleh diterbitkan oleh Majlis Kebudayaan dengan kos yang tinggi, mengapa tidak buku-buku agama dari tuan guru dan alim ulama Kedah yang dianggap sebagai kitab kuning ini tidak boleh diusaha terbit oleh Majlis Kebudayaan Kedah?

Jika buku-buku kebudayaan, novel-novel, puisi dicetak dan diterbit oleh Majlis Kebudayaan ketika itu bukan dengan tujuan komersial, maka apakah salahnya jika buku-buku agama yang akan diterbitkan itu dijadikan bahan bacaan di masjid-masjid, di surau-surau dan di mana-mana tempat yang sesuai.

Usaha yang dilakukan oleh Majlis Kebudayaan Kedah merupakan usaha mengekalkan khazanah, memelihara bahan di samping melebarluas hal-hal yang bersangkutan dengan kebudayaan, khususnya kebudayaan negeri Kedah. Maka buku-buku agama dari tokoh-tokoh agama Kedah tentulah juga merupakan khazanah ilmu. Sangat tepat jika ia disegar kembali dengan ubah suai bahasa dan istilahnya.

Hamba tidaklah arif sangat apa yang dilakukan oleh Majlis Kebudayaan Kedah pada masa lalu. Ada dua tiga buku yang hamba tahu, iaitu buku tentang Kebudayaan Negeri Kedah, panglima itu panglima ini, tarian dan permainan. Malangnya buku-buku tersebut jika ditinjau dari segi agama, ia tidak membantu pun kepada ilmu agama kerana buku-buku tersebut penuh dengan khurafat dan tahyul. Lihat saja buku Kebudayaan Negeri Kedah, ia satu gambaran khurafat dan tahyul rakyat negeri Kedah zaman dahulu ketika bersawah dan lain-lain.

Yang demikian, hamba rasa Majlis Kebudayaan patut melakukan hal ini sebagai satu program terdekat. Setidak-tidaknya dalam jangka waktu terdekat, akan ada di rak-rak buku di semua masjid negeri Kedah, kitab-kitab tulisan ulama Kedah sendiri.

4 comments:

  1. Anonymous

    New Cabinet:



    Prime Minister - Anwar

    Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang

    Agriculture Minister -

    Community Minister -

    Culture Minister - Farish Noor

    Defence Minister - Azmin Ali

    Education Minister - Nga Kor Ming

    Environment Minister - Teresa Kok

    Finance Minister - Tony Pua

    Foreign Minister - Ramasamy

    Health Minister - Tan Seng Giaw

    Home Minister -

    Information Minister - Jeff Ooi

    Law Minister - Teng Chang Khim

    Manpower Minister -

    Sports Minister -

    Technology Minister -

    Trade Minister - Khalid

    Transport Minister - Liew Chin Tong

    Tourism Minister -

  1. Anonymous

    sdra romsan,
    saya tak percaya pada anwar. terlampau gelojoh, apa lagi dengan faris noor.

    maaf

  1. rastom

    Jangan terikut ikut sangat dengan penyakit dulu dulu, semua berebut nak jadi negeri itu ini, nah tengok Perlis, nak jadi negeri gerbang ilmu juga, dari sudut lain lah pulak.....pasal dulu keluar negeri memang betul. Hasilnya entah apa buku atau sumber ilmu yang dapat daripada perjalanan tersebut.

  1. CUCU TOK KEDU

    Bang Azizi yang dihurmati.

    Kerajaan BN dulu hanya berilmu untuk bagaimana nak memenuhkan kantong poket pemimpin Umno/Bn saja.

    Kita amat berharap Kerajaan PAS/PR Kedah ini jauh sekali dari begitu.

    Rakyat memerlukan ilmu agar minda mereka tidak dijajah seperti yang dilakukan oleh Penjajah Barat dan disambung oleh pemimpin Umno/Bn.

    http://rp-semantan.blogspot.com

    CUCU TOK KEDU