Bersumpah Bererti Menutup kes

Posted by Tukya Labels:

Rencana Siasah 7 Julai 2008

Saya masih ingat sebuah puisi di tahun 80-an, tapi lupa siapa penulisnya. Puisi tersebut berbunyi lebih kurang begini:

Ada orang main cinta
Ada cinta main-main
Ada orang main perempuan
Ada perempuan main-main
Ada orang main politik
Ada politik main-main.


Hari ini kita semacam menemui segala apa yang disebut oleh penulisnya melalui puisi tersebut. Menurut Perdana Menteri, kita sudah sampai tahap kacau bilau.

Isu Dato’ Sri Anuar Ibrahim Penasihat Umum PKR dituduh meliwat pembantu khasnya, bukan saja kolam politik negara berkocak dan keruh, tetapi menyeret pula percanggahan pendapat dalam agama, seperti Dato’ Harussani, Dato’ Hahim Yahya (Bekas Mufti Wilayah Persekutuan) dengan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.

Hairan juga kita, kenapa hal ini boleh berlaku? Pada hal isu utama yang dibangkit ialah soal liwat, seperti mana juga tuduhan seperti ini pernah berlaku di tahun 90-an yang lalu.

Orang-orang agama memandang keramatnya sumpah lalu diminta mereka yang terlibat membuat sumpahan. Tapi orang-orang ini tidak mengetahui, imuniti dari sumpah itu ialah catur politik dari orang Islam itu sendiri. Kerana politik selalu menghalal cara, maka imuniti dalam keagamaan termasuk hal-hal sumpah tidak ada makna, malah sumpah bukan akta penting bagi mereka.

Mereka yang masuk ke dalam padang politik hanya semata-mata mahu berkuasa, mereka akan membentuk apa saja kun bagi menghadang jalan lurus keagamaan. Malah mereka yang kuat beribadah sekalipun turut terjebak dengan amalan poltii begini.

Maka kerana itu sumpah tidak dianggap jalan terbaik dan tidak akan membawa apa-apa keputusan yang makkul. Bala Allah, baik dari sumpah atau dari perbuatan sendiri yang begitu zalim kepada orang lain, jika berlaku kepada individu itu sendiri, orang ramai, khasnya orang politik tidak sedikit pun memandang sebagai termakan sumpah, atau makbulnya doa yang kena zalim atau itu balasan Allah.

Sudah berapa banyak kita melihat balasan Tuhan dalam soal ini, yang tidak ada siapapun boleh menafikan ia berpunca kerana politik, berpunca kerana orang politik, penguasa politik, pemerintah politik.

Memang orang masih ingat, terutama kaum kerabat mangsa, bahawa sekian lama terkedang di katil hospital, tidak seorang pun mahu mengakui bahawa itu adalah balasan Allah kerana kezalimannya, kerana keputusan yang dibuat, kerana dakwaan yang sampai menganiaya lalu pakat-pakat meminta ampun kepada Allah dan kepada yang terlibat.

Sehingga doktor pakar pun tidak boleh berbuat apa-apa dan anihnya penyakit pula tidak diketahui apa sakitnya, koma berbulanb-bulan. Orang politik tidak pun menganggap itu balasan Tuhan ‘hasil dari kezaliman dan fitnahnya.’

Tidak ada siapa pun yang menuding jari membuktikan itulah sumpah Tuhan!

Maka apabila isu kedua liwat muncul, apabila ada cadangan supaya bersumpah dan kemudiannya balasan terkutuk hasil dari sumpahnya itu terpulang kepada Tuhan, tidak ada siapapun dari kalangan orang politik yang ingin mengambil kisah. Yang terkesan ialah pertelagahan pula yang timbul di kalangan mufti.

Dari faktor-faktor di atas, saya sendiri secara peribadi sangat tidak setuju apabila, soal-soal politik ini dirujuk kepada sumpah. Pertama sekiranya sumpah dilakukan, sampai kepada meli`an atau melaknat, bagaimana laknat itu tidak ditunjukan oleh Alla secara spontan sedangkan bacaan orang politik, sumpah mestilah diikuti bukti. Jika kita ajukan kepada Tuhan, Tuhan mesti buktikan sumpah dan li`an itu.

Sangat besar bahayanya kepada maruah dan imej Islam. Ini bukan soal dosa pahala untuk mendapat balasan di akhirat. Orang politik tidak memikirkan soal ini. Yang difikir, jika formula ini dibuat, hasilnya bagaimana? Jika begitu dibuat, hasilnya bagaimana?

Katakan, kedua-dua yang terlibat bersumpah menjunjung sepuluh Qur`an di sebuah masjid paling suci kerana tidak pernah menerima wang haram ketika membinanya, tiba-tiba mereka masih dalam keadaan sihat wailafiat. Mereka masih mampu membuat sidang akhbar dan mereka masih mampu berceramah di sana sini memberitahu dia sudahpun bersumpah.

Orang ramai menunggu kutukan Tuhan tapi Tuhan masih tidak menunjukannya dengan kuasa Iradahnya. Akan terjadikah ketika itu aqidah orang awam umat Islam berbelah bagi? Setidak-tidak mereka tidak akan percaya tentang’ janji Tuhan itu pasti’ seperti yang dimottokan oleh kumpulan Arqam dulu. Setidak-tidaknya mereka akan meragui li`an atau sumpah yang ada di dalam hukum Islam.

Isu liwat kali pertama dulu, sampaikan mengusung tilam, tak pun yang mengusung itu jatuh tersepuk lumpuh. Mereka yang mengetuk komputer mengubah tarik dan waktu, masih dapat ketawa juga. Mereka yang menzalimi dengan perbuatan keras, menumbuk dan menyepak, sekarang masih dapat habuan, syer dan saham, hidup senang linang.

Ada yang dianggap melakukan kezaliman, kini diterima oleh masyarakat apabila dia menderma ratursan ribu untuk sebuah masjid.
Di mana Tuhan dalam kencah politik ini? Kerana itu membawa hal keagamaan ke dalam kencah politik sangat merbahayakan agama itu sendiri. Biarkan saja hal ini dimanipulasi politik, dicaturkan oleh imej politik.

Mahkamah yang dianggap mempunyai kuasa tertinggi dan tidak ada yang lebih tinggi pun tidak boleh menyelesaikan seperti jangka waktu bersumpah dan berli`an. Sekejap didakwa,sekejap ditangguh, dibatal, dirayu dan lain-lain lagi. Kalau mahu dibuat ukuran secara fizikal, kemaluan yang meliwat kini, akan mati pucuk barulah kes ini selesai.

Dari satu segi, saya amat bersetuju dengan Datuk Sri Anuar yang tidak mahu bersumpah dan jika mahu pun ( seperti yang dikatakan pada 6 Julai ) biarlah kata-kata itu kata-kata politik juga.

Upacara sumpah tidak ada tentatif seperti upacara mengangkat sumpah ahli parlimen atau angkat sumpah sinator. Tanyalah alim ulama atau para mufti, apakah ada tentaif lagi setelagh upacara sumpah di masjid? Misalnya ada sidang akhbar memberitahu yang dia tetap tidak mengakui atau ada pihak lain yang menuduh sumlah berli`an itu main-main pula.

Orang politik itu jahat. Sekiranya selepas bersumpah, dengan kudrat iradah Allah, kedua-dua pihak tidak jadi apa-apa, orang politik dari kalangan Islam sendiri akan menuduk pula, satu pihak tidak paseh melafazkan sumpah. Satu pihak lain pula dituduh, menjunjung Qur`an bukan Qur`an Mekah tetapi Qur`an dari negeri Cina.

Apa saja boleh berlaku.

Oleh yang demikian, ada baik kita biarkan isu ini berjalan terus melalui alur denai undang-undang yang keramat di Malaysia. Biar mahkamah terpinga-pinga apabila ramai sangat mengaku tidak bersalah atau tidak terlibat. Tanpa mahkamah pihak terlibat tidak ada peluang hendak menerangkan, hendak menjawab. Apakah apabila berlaku upacara bersumpah, penafian dan kaji selidik, siasat dan DNA boleh dilakukan? Bukankah dengan bersumpah itu bererti kita hendak menutup semua perkara dan menyerahkan kepada Tuhan?
Wallahuaklam.

8 comments:

  1. CUCU TOK KEDU

    Sdr Abang Azizi yang dihurmati.

    Pendapat abang amat kon (saya) hurmati. Pendapat ini memerikan ilmu kepada kon.

    Mereka yang banyak berbicara hari ini hanyalah melalui berita dan rencana yang disunting oleh editor surat khabar dan tv pro kerajaan. Inilah kitab rujuk mereka termasuklah ahli-ahli politik yang tahu menganjurkan Musabakah Al-Quraan tetapi tridak menghayati ayat-ayat yang terkandung di dalamnya dengan penuh ikhlas.

    Terima kasih dan kon tidak merasa beruntung melayari blog abang!

    Terima kasih sekali lagi atas pandangan yang terbuka abang.

    http://rp-semantan.blogspot.com

    CUCU TOK KEDU

  1. CUCU TOK KEDU

    RALAT DARI CUCU TOK KEDU.

    Abang Azizi!

    Maaf! Kon tersilap taip! Ayat yang sebenarnya ....

    "Terima kasih dan kon merasa beruntung melayari blog abang!"

    Ini berlaku disebabkan hati kon masih lagi panas kerana baru saja nak bertumbuk dengan seorang anak muda yang kurang ajar nak bercakap Islam tapi menggunakan hujjah logik dalam perkara liwat!

    Maafkan kon abang Azizi. Tak sempat nak edit. Mohon ampun kon kepada Allah kerana kecuaian kon ini.

    Fikiran kon masa tu nak menyebut ...."Terima kasih dan kon tidak sia-sia melayari blog abang!"

    Moga pembaca lain dapat memaafkan kon yang masih dalam emosi marah!

  1. Anonymous

    cucu tok kedu,
    jangan terkedu. tak apa. biasalah tu. jangan puji dan hormat lebih-lebih. Tak syok rasanya. kan kita ni manusia biasa.

    bagus juga bertumbuk pasal Islam. zaman sekarang mana ada anak muda berani bertumbuk pasal Islam.

    abang cucu tok kedu

  1. MatMinTanjung

    Tuan yang disegani,

    Setelah bersumpah sedia menerima balasan Allah, lalu Allah menurunkan bala menengelamkan bukan dia saja tapi ramai lagi termasuk ahli ulama dan kanak kanak yang tidak tahu apa apa.

  1. MatMinTanjung

    Tuan yang disegani,

    Setelah bersumpah sedia menerima balasan Allah, lalu Allah menurunkan bala menengelamkan bukan dia saja tapi ramai lagi termasuk ahli ulama dan kanak kanak yang tidak tahu apa apa.

  1. Anonymous

    Salam ta'ziim bang azizi.
    Benar coretan abang Bila keadaan terdesak lagu tu mula nak rujuk sumpah dgn nama Allah le, junjung al-Quran le.Tang lain banyak lagi dlm syumul hidup tak turut firman Allah, tak ikut hukum nas al-Quran.
    Kadang2 org cakap gitu, solat pun diabai, malah perbuatan fasiq dia berani buat...tambah2 org politik main2 @ main politi bagai kata bang Azizi tu. Cari Bala, lupa bala, dapat bala.Na'uzubillah min zaalik.
    Mai ziarah blog ana...

  1. Anonymous

    sdra abdul hadi,
    terima kasih kerana komen. tak apa. tak menyusahkan kerana sekarang ramai orang dapat berfikir. syukurlah kerana pengetahuan Islam itu ada, segala-galanya boleh ditangkis.
    salam baik dari saya
    azizi abdullah

  1. Anonymous

    Dari Allah Dia Kemari Kepada nya Dia Kembali