Kepada yang membuka blog ini!

Posted by Tukya Labels:

Saya terbaca dalam satu blog Umno tulisan di bawah. Soalnya bukan sebab Umno, tapi ada yang menarik perhatian dan mencabar intelektual semua.

Saya perturunkan bagi mereka yang belum membacanya, bolehlah membacanya dengan fikiran yang mesti terbuka, berintelektual dan kembali kepada persoalan dan pokok tulisan, bukan kecaman terhadap penulis.

Memang penulis ini barangkali mempunyai agenda lain, yang dianggap seperti kasim Ahmad. Tapi bagi saya, ada sesuatu yang perlu kita menjawabnya. Ini bukan soal semata-mata logik dan mengenepikan hal agama. Kita mesti bertolak dari logik jika tidak adacerita agama. Dalam Quran tidak ada ceerita Israk Mikraj yang sangat panjang. Ia hanya dasarnya saja. Cuma daripada hadis.

Saya muatkan tulisan ini agar ada penulis yang tidak menggunakan emosional, yang tidak taksub, yang tidak hanya memaki hamun pribadi tetapi berfikir dan memberi jawapan yang logik kepada penulisnya.

Saya dapati tulisan ini mencabar logika dan juga mencabar cerita Israk melalui fakta sejarah.

Tolong bersabar, saya perturunkan ini tidak menyebelahi penulis ini, tapi saya ingin melihat ketinggian debat dan hujah dengan kepala yang sejuk untuk melihat fakta yang sebenar.

Saya terpaksa memendekkan tulisan penulis ini yang saya anggap tidak berapa penting.

-azizi hj abdullah


ISRAK DAN MIKRAJ suatu dongengan?
by WK al-Kahfi
Salamun alaikum,

Saya ingin mengajak anda semua untuk berfikir dan mempersoalkan sama ada cerita Israk dan Mikraj itu adalah suatu yang benar atau hanya CERITA DONGENG sahaja.

Isra kononnya ialah perjalanan Nabi secara mendatar menonggang buraq dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem. Dari sana Nabi di Mi'raj ke langit. Buraq itu kononnya berbadan kuda, bersayap dan berkepala dan wajah seorang perempuan yang amat jelita. Begitu lajunya penerbangan buraq itu, sebelum malam berakhir Nabi telah kembali ke Mekah.

Kejadian ini kononnya berlaku pada 27 Rejab (bulan ke 7) tahun 621 AD. Masa itu umur Nabi ialah 50 tahun. Bila Nabi berjumpa dengan Tuhan, Nabi telah diberi perintah supaya dia dan umatnya mendirikan solat 50 waktu sehari semalam.

Mengikut kisah itu, bila Nabi hendak turun ke bumi melalui ‘syurga’ dilangit lapisan ketujuh, Nabi Musa telah bertanya kepada Nabi Muhammad apakah yang telah diperintahkan oleh Allah kepadanya. Nabi Muhammad pun menerangkan dia dan umatnya diperintah melakukan ibadah solat 50 waktu sehari semalam.

Lalu Nabi Musa mencadangkan supaya Nabi Muhammad pergi berjumpa Tuhan dan meminta supaya ibadat itu di kurangkan.

Nabi Muhammad menerima nasihat Musa. Demikianlah proses itu berlanjutan sebanyak sembilan kali sehingga perintah solat itu tinggal lima waktu sahaja.

Namun demikian Nabi Musa tetap berkata yang walaupun umatnya besar dan kuat namum mereka tidak dapat melakukan solat sebanyak itu, Nabi Musa menasihatkan supaya Nabi Muhammad naik lagi berjumpa Tuhan dan minta supaya ibadat solat itu di kurangkan lagi.

Demi kerana malunya, Nabi Muhammad mengatakan dia malu untuk berjumpa lagi dengan Allah.

Walaupun hanya tinggal lima solat sahaja, pahalanya tetap seperti lima puluh solat kerana kepercayaan bahawa tiap-tiap satu kebaikan diganda dengan sepuluh,

Sebenarnya itu hanyalah kisah karut yang mudah dihujah.

Hujah yang pertama:

1. Buraq tidak ada disebut dalam Quran dan kalau hadis tentang Mikraj itu benar, mengapa pula tak diceritakan kisah Nabi turun ke bumi dan apakah pula terjadi pada Buraq itu

2. Nabi Muhammad menerima Quran sekitar umur 40 tahun, jadi macam mana Nabi menerima perintah solat pada umur Nabi 50 tahun. Jurang sepuluh tahun itu tersangat lama.

3. Adakah ini bermakna Tuhan tidak tahu umat Muhammad itu tidak sanggup melakukan 50 kali solat sehari semalam? Kalau Allah tahu, tentu Dia memerintahkan sekali sahaja, iaitu solat lima kali sehari semalam. Atau mungkinkah Tuhan berlawak atau mempermain-mainkan Nabi?

4. Mengapa pula Nabi Musa menjadi penasihat kepada Nabi Muhammad? Tidakkah nampak unur-unsur Israiliat disini?

5. Adakah dengan hadis tadi bermakna Nabi Muhammad atau Nabi Musa lebih mengetahui perihal manusia daripada Allah?

6. Bagaimanakah mungkin Nabi Muhammad melawat Masjidil Aqsa sedangkan ianya dibina selepas enam puluh lima tahun setelah kemangkatan Nabi Muhammad? Nama asal Masjidil Aqsa itu ialah Masjid Omar, tetapi kemudian ditukar kepada Masjidil Aqsa mengambil sempena nama masjid yang terdapat di dalam Quran (17:1)

7. Ada satu cerita menarik di sini, seperti yang dinukilkan oleh Ibn Ishak. Sebagai yang kita ketahui Ibn Ishak adalah diantara orang paling awal menulis bioghrafi Nabi Muhammad. Dia menulis diantara lainnya, Nabi memberitahu kepada isterinya perihal dia di Israk dan Mikraj, semasa Nabi bangun untuk solat Fajr Perjalanan itu berlaku pada malam yang sama apabila Nabi tidur selapas Isya. Dalam cerita lain pula, diceritakan bahawa sebelum Nabi naik ke langit Nabi solat Isya dulu. Hairan juga, kenapa Nabi di Mikrajkan untuk menerima perintah solat sedangkan Nabi sudah mengamalkan solat bertahun-tahun.

8. Cara Nabi tawar menawar mengurangkan solat dari lima puluh waktu itu seiras dengan kisah di dalam Bible. Nabi Ibraham sedang berdebat dengan Tuhan bagi pihak Sodom (umat Nabi Lut) untuk tidak memusnahkan mereka jika ada lima puluh orang beriman diantara mereka, akhirnya tawar menawar ini menjadi sepuluh orang. Bible RSV Gen 18:20 hingga 32 mengatakan,

20: Then the LORD said, "Because the outcry against Sodom and Gomorrah is great and their sin is very grave,


21: I will go down to see whether they have done altogether according to the outcry which has come to me; and if not, I will know."

22: So the men turned from there, and went toward Sodom; but Abraham still stood before the LORD.

23: Then Abraham drew near, and said, "Wilt thou indeed destroy the righteous with the wicked?

24: Suppose there are fifty righteous within the city; wilt thou then destroy the place and not spare it for the fifty righteous who are in it?

25: Far be it from thee to do such a thing, to slay the righteous with the wicked, so that the righteous fare as the wicked! Far be that from thee! Shall not the Judge of all the earth do right?"

26: And the LORD said, "If I find at Sodom fifty righteous in the city, I will spare the whole place for their sake."

27: Abraham answered, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord, I who am but dust and ashes.

28: Suppose five of the fifty righteous are lacking? Wilt thou destroy the whole city for lack of five?" And he said, "I will not destroy it if I find forty-five there."

29: Again he spoke to him, and said, "Suppose forty are found there." He answered, "For the sake of forty I will not do it."

30: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak. Suppose thirty are found there." He answered, "I will not do it, if I find thirty there."

31: He said, "Behold, I have taken upon myself to speak to the Lord. Suppose twenty are found there." He answered, "For the sake of twenty I will not destroy it."

32: Then he said, "Oh let not the Lord be angry, and I will speak again but this once. Suppose ten are found there." He answered, "For the sake of ten I will not
destroy it."

Tawar menawar di dalam Bible itu tentunya karut, kerana mengikut Quran, Allah amat mengetahui.

" Quran 29:31 dan 32. "Dan apabila rasul-rasul Kami datang kepada Ibrahim dengan berita gembira, mereka berkata, "Kami akan memusnahkan penduduk bandar raya ini, kerana penduduknya orang-orang yang zalim. Berkata, "Lut di dalamnya." Mereka berkata, "Kami sangat mengetahui siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal." Kata si Brahim lagi.

"Ayat 11:74 hingga 76. Maka, apabila rasa takut telah pergi daripada Ibrahim, dan berita gembira datang kepadanya, dia berdebat dengan Kami mengenai kaum Lut. Ibrahim adalah penyantun, lembut hati, berkesesalan. "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."

Cuba tengok kedua-dua ayat diatas, Nabi Ibrahim cuba "mengingatkan" para malaikat yang Nabi Lut ada didalam bersama kaumnya. Dia cuba berdebat, tetapi sayang, hajat hatinya tak kesampaian. Arahan dari Allah ialah "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini.

Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan." Dalam Quran itu tidak ada soal tawar menawar dengan Tuhan. Apabila Allah memerintahkan sesuatu, ia terus berkuatkuasa, tiada siapa boleh mengubah “fikiran” Allah. Tapi dalam Bible ada unsur tawar-menawar, macam hadis solat, tawar-menawar dari lima puluh jadi lima.

Oleh itu, hadis tentang tawar menawar solat dalam cerita karut Mikraj adalah ubahsuai dari cerita di dalam Bible.

9. Quran 11:114. "Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat." Mengikut Quran, solat yang diperintah Allah hanya TIGA kali sahaja. Maka solat lima kali itu adalah karut kerana bertentang dengan ajaran Quran.

10. Solat pula telah diperintahkan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi dan Nabi Muhammad dikehendaki untuk meneruskan amalan solat tersebut. Ini dijelaskan di dalam Quran:

21:73. Dan melantik mereka untuk menjadi imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami, dan Kami mewahyukan mereka perbuatan kebajikan, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan Kami mereka sembah.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia menamakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu menjadi saksi ke atas manusia. Maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.
Masih ada lagi yang boleh diketengahkan sebagai hujah. Namun demikian, saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan mengajak anda semua meneliti ayat Quran yang berkenaan:

Subhana = Dia disanjung,
allazi = yang
asra = memperjalankan
biabdihi = dengan hamba-Nya
lailan = pada waktu malam hari
minal - dari
Masjidil Haram = Masjidil Haram (Masjid Suci)
ilal Masjidil aqsa = ke masjid yang lebih jauh
allazi = di mana
baarakna = Kami memberkati,
haulahu = sekelilingnya/sekitarnya ….

‘Hu’ selepas ‘haula’ itu menunjukkan sa, singular, atau mufrad dalam nahu Arab). Dengan kata lain, Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa (masjid yang lebih jauh itu adalah di dalam SATU kawasan atau persekitaran.

Ini membawa arti bahawa kedua-duanya adalah di dalam persekitaran Makkah. Jika Masjidil aqsa itu terletak di Jerusalem, maka Allah sudah membuat satu kesilapan nahu, kerana Allah sepatutnya mengatakan ‘haulahuma’ (dua persekitaran) dan bukan ‘haulahu’ (SATU persekitaran)

Quran tidak menjelaskan dimanakah masjid yang terjauh itu. Tidak dipertikaikan, masjid yang terdekat ialah Masjidil Haram. Mungkinkah masjid yang terjauh itu Gua Hira yang sering dikunjungi oleh Nabi Muhammad? Bukankah mengikut sejarah, Nabi mendapat ayat-ayat yang awal di Gua Hira? Yang penting diingat ialah Quran mengatakan kedua-dua masjid itu terletak dalam SATU persekitaran yang diberkati (Makkah).

Oleh itu, Nabi tidak perlu menunggang ‘buraq’ yang kononnya laju seperti kilat. Seekor unta atau kuda sudah lebih dari mencukupi untuk perjalanan itu.

Harap anda semua jangan cepat melenting. Telitilah ia dengan fikiran terbuka. Ini adalah sekadar pendapat saya. Kalau tidak setuju, lupakanlah sahaja dan pergilah mendengar kisah karut itu dari ustaz-ustaz, seperti biasa.

Sekian.

28 comments:

  1. CUCU TOK KEDU

    Abang Azizi!

    Si penyeleweng kebanyakannya terdiri dari cerdik pandai. Dengan kepandaian itu mereka berfikir untuk mencari suatu pembaharuan melalui fikiran yang sentiasa berfikir dan mahu meletakkan perkara yang ghaib itu sebagai kenyataan. Inilah hukum otak namanya. Mencari sesuatu untuk menjadi bahan perdebatan lalu terkenallah dia. Jika ini dibiarkan satu hari nanti akan ada manusia yang mahu Allah itu berada depan mata mereka barulah mereka yakin akan wujudnya Allah.

    Kon (saya) hanya mengambil kesimpulan sahaja kerana jika ianya diperdebatkan maka ianya lebih banyak menguntungkan si penyeleweng kerana umat Islam hari ini kebanyakannya beragama menggunakan akal fikiran dengan menafsir semudahnya al-Quraan dan Hadis!

    http://rp-semantan blogspot.com

    CUCU TOK KEDU

  1. Naimisa

    Hj. Azizi,

    memang tulisan ini bahaya untuk tatapan umum, lebih2 lagi yg menerima logik tanpa mempercayai yang ghaib.

  1. SITI

    Owh, saya pun pernah terfikirkan persoalan hujah nombor 3 dan 4 itu. Owh.

    Sesungguhnya fikiran manusia itu amatlah terbatas. Dan, sesungguhnya ilmu Allah itu amatlah luas. Owh.

  1. Anonymous

    cucu tok kedu, naimisa,siti,
    terima kasih kerana komen.
    tak apa, sekurang-kurangnya saya tahu anda bertiga, bukan saja kaki baca tapi memeanfaatkan apa yang dibaca.
    saya sendiri tak kenal siapa ky kahfi tu.

    azizi

  1. anak nah

    WK al-Kahfi = Pemuda Kahfi/Gerakan Kahfi ?

    Org zaman sekarang condong kepada tak mau lagi mendengar cakap alim ulama. Dengan bijaknya mereka kata, agama tu milik semua, milik tuhan, bukan milik tok-tok alim tu. Kenapa kita kena faham agama mengikut fahaman tok-tok alim tu. Masalahnya, tafsiran yang mengikut fahaman mereka tu tepat pulak ke dengan kehendak tuhan?

  1. Mak Kecik

    Salam,

    Pensyarah saya, En. Othman (kini Datuk Othman, Pengarah Institiut Hadhari UKM)pernah memberikan satu persamaan matematik untuk mengira kelajuan Buraq iaitu infiniti, nilai yg teramat besar yg memungkinkan Buraq merentasi langit-langit. Wallahua'lam.

  1. cikli

    Salam...

    Peristiwa Isra Mikraj, pertukaran kiblat, hijrah, perjanjian hudaibiyah adalah antara tapisan-tapisan kasar dan halus yang telah ditetapkan oleh Allah. InsyaAllah kita semua terlepas dr tapisan ini.

    Allah Maha Kuasa! Itu jawapan baiknya.

    Apa? Kalau nak kata Nabi Muhammad Penipu? Itu jawapan kasarnya dan disusuli dengan pelempang!!!!!

  1. Anonymous

    SDRA CIKLI
    SEBENARNYA ITULAH KEMENANGAN GOLONGAN MEREKA APABILA KITA MENJADI TERPINGA-PINGA DAN TERTANYA-TANYA DAN MENGKAGUMI APA YANG MEREKA TIMBULKAN.

    BAGUSLAH JIKA ADA RESPON YANG TIDAK MENGALAH
    -AZIZI

  1. bintu yahaya

    kebanyakkan org zaman sekarang belajar tanpa guru..mereka hanya membaca dan membuat penafsian sendiri...kita semua mengetahui bahawa Al-Quran tidak boleh ditafsir dengan menggunakan nafsu..sebab guna nafsulah begini jadinya...kadang2 org cerdik pandai ini mereka rasa ego apabila harus mengadap ulama {org yg lebih arif ttg agama} sebab mereka merasakan bahawa diri mereka lebih arif dgn status mereka...saya harap kepada yg menulis itu dah banyak ker rujuk kepada kitab2 yg muktabar...dan dah kaji semua ker kitab2 tafsir dan hadis?...

  1. NIZAM MAT SAARI

    Salam Cikgu Azizi,

    Al-Quran adalah kalam Allah. Allah yang menciptakan manusia. Otak manusia pun Allah yang cipta. Ya, ada otak kena pikir, tapi dalam hal-hal agama dan tafsir ni jangan main pakai logik saja. Itu logik otak kita, itu logik nafsu kita saja. Egonya penulis itu!

  1. Abu Ihsan

    Salam Tuan Haji.

    Hujah2 yang dikemukakannya sangat lemah dan mudah dipatah, ini kerana setiap perkara yang tidak jelas pada al-Quran, penulis menjustifikasikannya dengan akal dan kelemahan bahasa Arabnya.

    Malah beliau sendiri gagal mendalami ayat al-Quran itu sendiri berdasarkan kepada tafsiran para ulama yang sahih dan tepat.

    Wallahu a'lam.

  1. Doc

    Assalamualaikum,

    Kisah Nabi Musa a.s didalam Al-Quran merupakan kisah nabi yang paling banyak disebut bersama dengan umatnya Bani Israel. Kenapa Allah banyak menyebut perihal Nabi Musa a.s dan Bani Israel? Ini kerana supaya ianya menjadi pengajaran kepada umat Nabi Muhammad s.a.w supaya tidak menjejaki kesilapan & kesalahan yang telah dilakukan oleh Bani Israel.

    Kajilah & pelajarilah apakah kesilapan2 tersebut melalui guru2 Tafsir.

    Allahu'alam.

  1. redha

    Saudara saudari semua,

    Allah telah tegaskan supaya hambanya yang beriman hendaklah percaya kepada kitab. Selain percaya kepada kitab hendaklah juga percaya kepada perkara ghaib.

    Percaya kepada yang ghaib itu menjadi ujian kepada keimanan. Contoh orang yang tidak beriman, mereka boleh saja sesuka hati membuat pertanyaan, "mana ada azab kubur, siapa pernah yang mati dan kembali menceritakan apa yang berlaku dalam kubur?"

    Itulah antara contohnya bagaimana orang yang tidak beriman mahu pertikai perkara perkara ghaib yang ditentukan oleh Allah. Terlalu banyak perkara ghaib yang tidak mampu difikir oleh akal manusia. Tetapi bagi manusia jahil, mereka merasakan bahawa mereka tahu segala galanya.

    Biarkan mereka.

  1. TAMU PULAU MELAKA

    Salam. Ada banyak golongan akan mewaswas org yg beriman. Akhir zaman di M'sia Darul-Hadhari ni ialah gol. anti-hadith. Sebut je gol, ni kita boleh tahu. Mafhum sabda Nabi s.a.w: Solatlah kamu semua sebagaimana aku bersolat.

    Jadi, berapa solat nabi kerjakan sehari semalam. Nah berapa pula rakaat solat2 fardhu itu kita dapat ketahui n ikut kalau tak ikut cara Nabi? sebab dalam kitab suci tidak ada bilangan rakaat setiap solatfardhu itu n bagaimana kaedahnya. Dah pasti kita ikut sunnah baginda.
    Nyatanya tulisan orang itu amat terseleweng n ketepikan keyakinan pada Rukun2 Iman. Ayat 3 Surah al-Baqarah memberi mafhum orang2 yg bertaqwa ialah beriman kepada ghaib, mengerjakan solat serta membelanjakan apa yg Allah rezkikan.....doa kita: Ya Allah ampunilah kaum kami kerana mereka masih tidak tahu.Aamiinn

  1. Anonymous

    sdra tamu pulau melaka,

    ini tentu anak cucu tok guru nik aziz.

    salam hirmat dari saya: azizi abdullah

  1. Cik Lee

    Masya Allah. Orang macam ini pun ada. Saya macam ternampak ada hidden agenda kat situ. Walaupun macam condemn kitab injil, tapi sebenarnya nak membawa pembaca ke situ.

    Masalah besar ini tuan haji. Dia dah sesat, tapi nak menarik orang lain sesat lagi. Kalau orang tak belajar, sekali baca boleh terus sangkut ni.

  1. Helmi Othman

    Bila baca 'persoalan' macam ni membuatkan saya rasa kecil dan perlu banyak mengaji lagi untuk menangkis penyelewengan yang semacam ini. Harap dapat bimbingan dari ulama bagi menyelamatkan diri saya dan umat Islam keseluruhannya dari dakyah ala kuncu-kuncu Dajjal.

  1. Anonymous

    sdra helmi,
    saya rasa ini satu komen hasil dari bacaan artikel ini yang sangat baik.

    itulah jawapan dari kebiadaban artikel ini.
    salam

    azizi

  1. Anonymous

    Assalamualaikum,Abang Azizi!
    manusia jenis ni lah juga apabila diberi peluang untuk mengajukan apa-apa soalan tentang perkara-perkara ghaib,tidak hairan
    kalau soalan yang diajukan nanti berbunyi seperti ini,dimana Allah nak letakan seluruh umat manusia apabila dibangkitkan nanti diPadang
    Mahsyar,apabila bumi ini telah hancur,Kiamat.?
    jawapan saya....seperti ustaz samsuri jawab mudah saja,LETAK ATAS KEPALA BAPAK HANG.

  1. aNaK BaPaK

    saya berpegang pada hadith rasulullah yang bermaksud..

    "barang siapa yang mengkafirkan seorang mukmin ( org yg beriman ) maka dia adalah kafir, barang siapa yang tidak mengkafirkan orang yang kufur dia juga adalah kafir dan barang siapa yang ragu terhadap kekafiran seorang yg kufur, dia juga adalah kafir..."

    saya berani isytihar bahawa penulis yg mendakwa irak dan mikraj itu dongeng adalah pendapat yg kufur, lidah kepada orientalis..wajib bersyahadah kembali...

    wallahua'alam.

  1. admin

    Assalamualaikum

    sebenarnya saya sudah lama ingin menjawab persoalan yang dikemukakan, namun alhamdulillah baru kini diberikan oleh Allah kesempatan. Maaf agak lewat.

    Saya kira yang mengemukakan persoalan itu( Pemuda Kahfi) jahat, keji dan bodoh sifatnya. JIka benar benar ingin mencari jawapan bagi persoalan, silalah tanya dan kemukakan pada mereka yang mendalami pengajian Al Quran, bukannya persoalan tetek bengek diletakkan dalam website UMNO yang sememangnya secular dan secular dan secular. Ketahuilah wahai umat Islam, aku berlepas diri daripada Umno dan dasar dasarnya!!

    alhamdulillah saya kira dato harun din telah menjawab secara rasional dan logik akan persoalan naik ke langit. Kini biar saya jawab pula dari teori sains. Insha allah saya akan jawab juga persoalan bangang pemuda Kahfi tersebut yang mengatakan berlakunya kesilapan tatabahasa dalam AL Quran.

    Logik Sains: Teori Relativiti Masa.

    JIka dibaca dalam hadis yang tidak dipercayai oleh si bodoh itu, akan ada dijelaskan bahawa Rasulullah (s.a.w) mengalami semua itu dalam masa yang singkat. Hatta ( kalau tidak silap saya) terasa lagi haba badannya( Rasulullah s.a.w) ketika kembali dari perjalanannya ke Sidratul Muntaha. Dijelaskan bahawa Buraq itu sifatnya cahaya, jadi bergerak selaju cahaya.

    sekiranya anda wahai pemuda Kahfi ingin balik ke kelantan menaiki unta dari kuala lumpur, saya kira perjalanan yang diambil oleh saudara mungkin 2 bulan, bagaimana pula jika anda pemuda al kahfi menaiki kapal terbang, 45 minit sahaja bukan?

    Jadi apa yang ingin saya ingin saya tegaskan di sini masa perjalanan anda relatif bergantung kepada kenderaan apa yang digunakan oleh anda untuk ke sesuatu destinasi. Semakin pantas dan efisyen kenderaan anda itu maka semakin cepatlah anda sampai.

    Ingin saya mengheret otak anda memikirkan wahai Pemuda Al Kahfi kepada analogi yang agak mudah. Kenderaan Rasulullah untuk naik ke langit ialah buraq yang bergerak selaju cahaya, jadi tidak mustahil apabila Baginda s.a.w kembali ke bumi, haba badannya masih lagi dapat dirasainya kerana apabila sesuatu objek BERGERAK SELAJU CAHAYA, ATAU LEBIH LAJU DARIPADA CAHAYA, MAKA MASA AKAN MENJADI PEGUN". Dalam hal ini, masa ketika kejadian itu terjadi telah pegun kerana Rasulullah s.a.w bergerak dengan sesuatu yang selaju cahaya. Jadi ketika dia pergi dan kembali daripada perjalanannya, can we say it took a second? I believe it is LESS THAN THAT. Jadi tak mustahil dan logiklah cerita dalam hadis tersebut.

    Contoh kedua:

    Sekirannya otak ANDA WAHAI PEMUDA KAHFI masih gagal untuk memahami penjelasan rasional sains saya, maka saya ambil pula contoh yang lain.

    Berapa umur anda wahai PEMUDA KAHFI? 28 tahun? Cuba ingati kembali pertama kali anda masuk sekolah darjah satu, kemudian kena rotan dengan cikgu, berkahwin, dapat anak, berjumpa dengan tok guru sesat atau buku sesat yang memasukkan dalam kepala otak kamu ide ide bodoh ini? Berapa lama semua perkara itu berlaku? 5 tahun? 10 tahun? 26 tahun lepas? dan berapa lama pula masa yang kamu ambil untuk mengingati semua perkara yang saya tanya ini? 5 saat? 10 saat? Oh ya saya lupa anda bodoh, 30 saat saya kira kerana saraf otak anda bergerak amat perlahan untuk mengingati perkara tersebut. Faham? maksud saya saraf anda pun bergerak mengingati perkara silam dalam kadar yang pantas untuk perkara yang telah lama berlaku. saya kira tidak mustahil untuk buraq yang bukan dibina dari unsur protein otak awak untuk bergerak lebih laju dari itu hehehehe.


    Berkaitan dengan tatabahasa al Quran pada surah Al Isra yang awak kritik itu pula, maka ini jawapan saya. Sebelum itu,saya dapati anda ini bodoh akan tatabahasa al Quran. Saya tidak tahu siapa orientalis(guru anda) atau akhbar atau majalah yang anda baca? Utusan Malaysia? Associated Press? Atau majalah lucah Mangga dan URTV.


    Sekiranya al Quran itu silap atau Tuhan tidak tahu grammar,( pada perkiraan anda) maka ia akan menjadi)

    Subhana

    Alladzani.

    Tapi itu tidak anda kritik, kerana Subhana Alladzi itu sudah tepat!!


    Sekiranya al Quran itu silap atau Tuhan tidak tahu grammar, maka ia akan menjadi:

    Bi’abdihuma ( jama’)

    Tapi sebaliknya ditulis dalam Al Quran “ Bi’abdihi” ( merujuk kepada hambaNya yakni Muhammad. ( The Only Muhammad s.a.w, bukan Muhammad Taib, atau Muhammad Aqil)

    Ok mungkin anda akan menjawab sebegini kepada saya, wahai admin yang aku fokuskan ialah “ Haulahu” sepatutnya menjadi “Haulahuma” ( meskipun jawapan saya di atas sudah cukup menjelaskan dan membuktikan niat sebenar anda Pemuda Kahfi ).

    Maka jawapan saya.

    Fokus dalam ayat Quran ini ialah Masjidil Aqsa. Ketika ayat ini diturunkan, yang mendengar dan membacanya ialah Orang Arab yang pada masa itu hebat dan terkenal dengan syair dah nahu bahasa Arabnya. Allah memfokuskan kepada mereka dan kepada kita akan Masjidil Aqsa dan kawasan sekitarnya. Jadi satu tempat sahaja. Orang Arab ketika itu sudah tahu akan keajaiban Masjidil Haram. Jadi Haulahu ini merujuk kepada Masjidil Aqsa dan kawasan sekitarnya. Apa guna memfokuskan kepada Masjidil Haram yang orang orang Arab ini sudah tahu akan ke ajaibannya sejak zaman Ibrahim lagi? ( hinggakan Abrahah sendiri tidak mampu menghancurkannya).Kalau macam tu tak special lagilah ayat ini.

    Begitu juga dengan perkataan masjid, tidak ada zaman dahulu masjid Sultan Selangor di Shah Alam yang berdiri megah dan besar. Jadi sekiranya tidak ada bangunan seperti itu, atau mungkin arkitek mencadangkan agar dibina masjid daripada batu gunung dan tiang batang kurma dan di rasmikan oleh Sultan Selangor maka ia tetap di panggil masjid bukan? Oh ya, zaman dahulu,zaman Rasullullah s.a.w ,untuk pengetahuan anda wahai pemuda Kahfi yang bijak NESTAPA, banyak masjid yang ada air cond dan tiangnya batu marmar di tempah khas dari syarikat pembinaan di Perancis dan Amerika. Dan tempat solat pada zaman rasulullah atau sebelumnya tetap dipanggil masjid. Hehehehe.. Faham ke tak ni? Tak faham tak tau ler..hehehe

    Maksud saya lihat pada konteks yang mana perkataan haulahu ini tidak ada cacat celanya(dari segi konteks apatah lagi daripada segi tatabahasa.)

    Rentetan dari perkataan “haulahu” ini membawa implikasi yang besar. Kawasan sekitarnya. ( Masjidil Aqsa dan sekitarnya)yang menjadi rebutan dan hak kita bukanlah Masjidil Aqsa semata mata, tetapi kawasan sekitarnya juga, wilayah Palestin. Yang direbut daripada Yahudi ( Orientalis Yahudi Oxford ke tok guru anda? Hehehe) bukanlah masjid itu semata mata tapi keseluruhan tanah Palestin itu adalah tanah Muslim.
    Jadi Jihad merebut mana mana Tanah Palestina itu valid sehinggalah ke hari Kiamat.

    Dan dari sebutan Haulahu ini juga menjadikan jihad Palestina adalah jihad yang paling utama mengatasi jihad di tempat lain. Malahan Sultan Abdul Hamid tidak sesekali dan setuju untuk menjualkannya( tanah Palestin ) kepada Yahudi. Saya yakin beliau boleh sahaja apabila membaca ayat ini menjualkan semua tanah Muslimin Palestin dan tidak menjualkan masjid Al Aqsa TETAPI beliau faham akan ayat surah al Isra ini bahawa Masjid al Aqsa dan keseluruhannya adalah milik umat.


    Oh ya pemuda Kahfi, saya mendoakan agar anda bertaubat. SEKIRANYA TIDAK, maka darah anda HALAL.

  1. Anonymous

    ASSALAMUALAIKUM..

    INI SOALAN2 YG SERING DISOAL OLEH PADERI KRESTIAN BG MENIMBULKAN KEKELIRUAN...

    SAYA BERPENGALAMAN BERDIALOG DGN PADERI.. JWPN ITU MUDAH JIKA KITA BERBAHAS BERHADAPAN..

  1. Anonymous

    WK AL-KAHFI KAPIARQ LAKNAT

  1. Anonymous

    Peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad itu salah satu rukun Iman yang wajib diimani oleh setiap mukmin dan akan menjadi masalah serta wujud pelbagai penafian bagi yang bukan mukmin.Sebelum membahaskan kisah Isra' dan Mi'raj' saya mencadangkan kepada saudara yang berkenaan cuba perhalusi kejadian diri sendiri, semoga ALLAH memberi ruang pada hati yang benar-benar ingin beriman

  1. kella

    Membaca artikel ni pada awal tulisannya membuatkan saya terdetik! hah, biar betul?! maklumlah.. mengganggapkan diri ini cetek ilmu dan sedang berusaha menambah ilmu tentu sahaja bila membacanya membuatkan saya berkerut dahi! tapi saya masih lagi waras untuk menilai... kisah Isra' Mikraj ini memang telah didedahkan dari kecil lagi..baru ini pulak ada yang menyangkal? pulak tu terlalu banyak ayat-ayat yang sinis pada Rasul junjungan dan Tuhan Maha Esa! berani betul??
    Astaghfirullah...
    Tiada yang disembah melain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah...
    Terima kasih pada pencerahan dari Admin. patut kasi balik kat si Kahfi.

  1. Anonymous

    Our wholesale replica handbags is one of the best Replica Purses wholesaler.we are selling Louis vuitton replica,Chanel Replica,Gucci Replica,The handbags are Hermes Birkin,Hermes Kelly,Chanel 2.55 bag,Louis vuitton replica Speedy 30,Louis vuitton Damier Canvas,and we selling high and top Chanel wallet,Louis Vuitton wallet,Hermes belt. Choosing Replica handbags to perfect your lifestyle: Business Opportunities.

    Jadeshow’s replica Tiffany Jewelry and Replica Bvlgari Jewelery looks just like the real thing. Why pay more for a single piece of Tiffany Replica jewelry,Bvlgari Replica Jewelry when you can treat yourself to a number of replica pieces for the same price or less? Be simply spectacular with contemporary Tiffany-inspired jewelry!Jadwshow delights in the opportunity to offer our customers fine Tiffany Bracelets, Tiffany Necklaces, Tiffany Earrings, Tiffany Rings, Tiffany Bangles,Gucci jewelry replica, Chanel wallet and Louis Vuitton wallet all at remarkably low prices.

    We are top designer wholesale Replica handbags,Louis vuitton replica ,replica jewelry,Bvlgari Replica,Gucci Replica jewelry,Swarovski Crystal, We offer a wide variety of high quality Tiffany inspired jewelry at very low prices. Gucci Necklaces,Gucci Bracelets, Gucci rings, Gucci Earrings, Links Jewelry,Chanel Rings and Tiffany replica, Cartier Jewelry more. Free shipping with any purchase over 5 items.

    We are the best and top Replica handbag ,replica bags,Replica watches wholesaler in china,Our products is Replica louis vuitton handbags,Chanel replica handbags,Gucci replica handbags,Miu Miu handbag and we are selling Replica wallet,best Louis Vuitton wallet,Chanel wallet replica,and sell Rolex replica watches,Omega replica watches.Hermes replica bag

  1. Anonymous

    楼梯有机玻璃电焊机硬度计测厚仪北京汽车租赁防静电地板 白癜风 白癜风治疗网络地板 白癜风遮盖白癜风资讯白癜风资讯白癜风治疗有机玻璃加工数控切割机数控火焰切割机数控等离子切割机焊机健身器材点钞机特灵特灵空调保险柜白板
    尖锐湿疣 尖锐湿疣治疗 生殖器疱疹 生殖器疱疹治疗
    Chinese antique furniture supplier and we can supplycar wash systems. car wash systems .car wash equipment. car wash equipment. automatic car wash .automatic car wash .car washing machine. car washing machine. car wash. car wash if u need ,contact me
    帕金森轻松过关名师课堂
    职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试报名会计职称称准考证会计职称考试时间会计从业资格考试会计职称培训初级职称培训中级职称培训初级职称报名中级职称报名初级会计会计资讯2009年会计2009年会计报名会计资格会计专业资格会计专业资格考试会计专业技术资格会计从业资格证会计从业资格试卷会计从业资格试题会计从业资格证书09年会计从业资格考试

    会计专业资格会计专业资格考试会计从业资格证书会计专业技术资格会计从业资格证初级职称初级会计资格初级会计职称会计报名中级会计资格中级会计职称初级会计职称考试中级会计职称考试09年中级会计职称考试轻松过关名师课堂闫华红田明王燕会计答疑会计试题会计职称模拟试卷会计职称考前串讲会计职称历年试题会计资讯会计职称考试报名会计职称称准考证会计名师会计职称培训会计从业资格试题09年会计从业资格考试2009年会计报名2009年会计职称考试规律总结职称考试应试技巧会计职称考试答案会计职称考试试题会计职称考试时间中级职称初级职称培训初级职称报名中级职称报名中级职称培训职称考试初级会计中级会计初级会计初级中级
    铜门

    无机钢筋锚固料 锚固料 融达 北京融达 北京融达建业 渗透性聚合物砂浆 聚合物砂浆 高强渗透性聚合物砂浆 灌浆料 灌浆 北京灌浆料 不锈钢钢绞线 粘钢胶 植筋胶 结构胶 灌浆剂 高强无收缩灌浆料 建筑结构胶 水泥灌浆剂 加固料 碳纤维胶 碳纤维胶 灌注粘钢胶 树脂灌缝胶

    疱疹治疗 疱疹的治疗 疱疹图片 病毒性疱疹 单纯疱疹 疱疹病毒 疱疹症状 男性生殖器疱疹症状 男性生殖器疱疹 什么是生殖器疱疹 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹怎么治疗 生殖器疱疹如何治疗 生殖器疱疹治疗方法 生殖器疱疹怎么治 生殖器疱疹的治疗 生殖器疱疹的治疗 中药治疗生殖器疱疹 复发性生殖器疱疹 治疗生殖器疱疹的药物 治疗生殖器疱疹的特效药 生殖器疱疹治疗 尖锐湿疣症状 什么是尖锐湿疣 宫颈尖锐湿疣 阴道尖锐湿疣 男性尖锐湿疣 假性尖锐湿疣 尖锐湿疣怎么治疗 尖锐湿疣治疗方法 尖锐湿疣的治疗 中药治疗尖锐湿疣 治疗尖锐湿疣的药物 治疗尖锐湿疣的特效药 男性尖锐湿疣 尖锐湿疣复发 尖锐湿疣图片

  1. Anonymous

    dari awl bc blog ni, aku igt ini satu blog yg mnarik tp dalam atikel ni aku rasa mcm baca satu blog yg di tulis oleh kuncu Ayah Pin!