Catatan 26hb Ogos 2008

Posted by Tukya Labels:

Kembali tergesa-gesa dari universiti Utara Malaysia. Jam 11-30 pagi sudah ada di P44 Permatang Pauh. Memang dahsyat tumpuan manusia.

Jam 6-45 ke ITB untuk menyaksikan pengumuman kiraan undi. Terpaksa menidurkan kereta di lebuh raya BKE. Berjalan dua kilometer ke pusat pengiraan undi.


Puluhan ribu rakyat yang ingin melihat kesinambungan perubahan. Saya tersepit di antata puluhan ribu. Helikopter yang menyuluh batang tubuh rakyat, seperti menganggap tikus-tikus di sawah yang hendak merosakkan pokok padi.


Bila pengumuman di buat jam 10 malam, keputusannya mengingatkan saya puisi yang saya tulis di dalam novel ‘Harga Sebuah Martuah” terbitan Dewan Bahasa 2007:

Rakyat itu selalu diam
Ia pencatat tidak pernah lupa
Rakyat itu seperti ular sawa
Melingkar dengan berat badan dan
Diam dalam keheningan sendiri
Pancainderanya tajam
Kuat intuisinya dengan akal budi
Lalu jangan sekali-kali melukakannya
Jangan melukakannya berkali-kali
Kerana sekali ia bangkit
Rosaklah segala apa-apa.


Dan malam itu saya melihat sekali lagi kebangkitan rakyat, seperti ular sawa yang lapar yang dahagakan keadilan yang sekian lama diperbudakan.

4 comments:

  1. Anonymous

    salam uztaz.

    tak sabar balik kampung nak dgr khutbah pagi raya dari ustaz. mungkin isu anwar pada ketika itu dah bertukar kepada isu malaysia sudah merdeka dari jajahan umno insyaallah :)

  1. CUCU TOK KEDU

    Abang azizi yang dihurmati.

    Alhamdulillah. Kon (saya) bersyukur pada Allah yang melimpahkan rahmat kekuasaanNya membukakan pintu hati dan fikiran pengundi Permatang Pauh memenangkan seorang pemimpin yang turut menyertai ribuan lagi pemimpin ummah melaksanakan tanggungjawab untuk melepaskan dan menyelamatkan rakyat dari kezaliman sebuah pemerintahan yang beraja di mata bersultan di hati selama ini.

    Kon juga mengucapkan syabass usaha abang sama hadir di gelanggang yang panas dan getir itu. Terima kasih!

    http://rp-semantan blogspot.com

    CUCU TOK KEDU

  1. rastom

    Tuan Sheikh Azizi,

    Mohon izin petik bait bait puisi Rakyat Ular Sawa di Blog saya.

  1. Momoppi

    This was ggreat to read