Catatan Ketika Rancak Kempen PR Kecil Permatang Pauh

Posted by Tukya Labels:

Dari ruangan bicara melalui blog, ramai bersungut kerana saya tak pantas meng ‘up date’ blog.

Ada yang sangat ketagih hendak mendengar suasana di Permatang Pauh kerana Pilihanraya kecil 26 Ogos 2008 kali ini sangat menarik.

Saya sempat ikuti sebenarnya, terutama sebelah malam, bercendoi-cendoi hambat Anuar Ibrahim dan lain-lain kerana nak dengar kot-kot dia nak bersumpah.

Saya puas memesan kepada kawan-kawan, tolong beritahu kalau ada program ceramah dari Izam atau Khairi atau mat-mat dari Umno. Tapi satu pun tak dapat beri maklumat. Saya tidak tahu kenapa program ceramah mereka tidak didedahkan.

Yang ada hanya helikopter terbang malam di sekitar ceramah keAdilan, menyuluh di serata padang, bising dan hingar.

Tapi malangnya hal-hal yang menarik mengikuti perkembangan di Permatang Pauh, saya menjadi jijik dan meluat apabila membaca akhbar harian, menonton TV kerana tak ada satu pun yang betul dari pembangkang. Tak ada yang salah sebiji tahi mata pun dari BN.

Maka kerana itu saya memengap saja di Perpustakaan. Lebih baik saya menyiapkan buku JIWA HAMBA yang diminta oleh Presiden CAP menulisnya. Kontennya bagus, iaitu prihal yang menyebabkan orang Melayu jadi malas, penakut, tidak berani menentang, tidak kritis dan yes tuan ialah kerana kita sejak dulu di ajar dengan sembah takzim, ampun berjuta ampun, tunduk dan angkat tangan sembah, meniarab melutut.

Kita dilengkongi khurafat dan bidaah, syirik kononnya itu adalah adat.

Jadi tengah dok pulunlah ni.



21 Ogos 2008 jam 3 petang mesyuarat Majlis Kebudayaan Negeri Kedah. Terima kasihlah YB Dr. Hamdan kerana lantik secara rasmi.
Mesyuarat hari itu barulah terbongkar sikit-sikit perihal MKNK zaman dulu-dulu yang saya tinjau dari jauh. MKNK zaman dulu-dulu selalu buat rombongan ke luar negara. Ketika itu saya amat teringin nak jadi AJK. Tapi mimpi saya tak pernah makbul.



Dalam agenda lain-lain hal, saya beri sikit pandangan kepada YB selaku pengerusi. MKNK bertanggung jawab menghidupkan budaya. Kedah akan gah melalui budaya. Kerana itu MKNK perlu mencari, mencipta indentiti, imej budaya Kedah agar ia gah.

Saya ingatkan juga, duit ringgit kenalah telus. Ini kunci. Hati-hati dengan program budaya. Jangan campur aduk lagi dengan budaya khurafat. Dulu, asalkan nama budaya, caca murba jadinya. Kini Pas perintah, kenalah jaga, setidak-tidaknya macam Kelantan.

Demikianlah. Dalam perjalanan balik, penerbit Alaf21 pula telefon, minta novel baru pula. Hahhh, inilah yang jadi sampai tak sempat cabut rumput depan rumah.

Bagaimana pun saya kena atur waktu betul-betul: ketika mana nak siap novel pasal radioaktif di Bukit Merah, mana nak siap buku CAP Jiwa Hamba dan mana pula nak siap novel yang diminta Alaf21.

Cup-cup Klasik Nasional pula minta drama. Habis, waktu mana nak tulis Harakah? Yang jelas, ada kala tak bercakap dengan bini tiga hari. Kalut.

4 comments:

  1. Anonymous

    Ustaz, kena aktifkan anti spam, nampak sudah masuk iklan loteri. Pasal tak dan dan tak dak masa, kira nasib baik tak menikah dua, kalau tidak lagi tak dan.

  1. SITI

    Owh, jangan begitu dengan isteri. Terasa peritnya. Owh.

    Rumput itu boleh disuruh orang mesin rumput tolong pendekkan rumput.

  1. Anonymous

    sdra rastom, siti

    haram jadah apa saya tak tahu. macam mana loteri boleh himpit dalam blog. macam mana nak kaih buang?
    nanti saya suruh anak penakan saya la. maaf itu bukan sebab saya naik empat nombor ekur.
    kerja menulis macam tu, tinggal-tinggal bini pun, saya tetap ada. dialah yang bagi kekuatan selain dari allah.
    salam
    jumpa di permatang pauh.
    azizi

  1. Anonymous

    selepas menunggu begitu lama, akhirnya DSAI disahkan menang di PRK P44 Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 undi. Tahniah