Sangeetha - Disebalik tabir

Posted by Tukya Labels:



Saksikan!
Drama SANGEETHA
di RTM 2
Hari Raya ke-3

9 comments:

  1. Shah

    salam ustaz
    drama bersiri atau filem?

    apa-apa pun saya menantikannya :)

  1. ALAF21FC

    Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan salam hormat. Semoga bahagia berhariraya bersama keluarga.

  1. ANAK BAPAK

    salam...

    salam eidul fitri...

    moga terus istiqomah dengan perjuangan melalui tulisan untuk menegakkan kalimah allah di atas muka bumi...

    ramadhan karee...
    'eid sa'eed...!!!

  1. Anonymous

    KEPADA SHAHKANG,ALAD21 DAN ANAK BAPA.
    SALAM aidil fitri. maaf zahir batin. sebagai manusia, salahnya tetap ada. sebagai manusia, pemaafnya pun ada. jadi saya memohon dan memaaf.
    terima kasih.

    azizi hj abdullah

  1. hakim dirani

    Salam Aidil Fitri kepada Ustaz Azizi sekeluarga. saya mohon sejuta memaafan jika ada sebarang kesalahan kepada ustaz.

  1. Anonymous
    This comment has been removed by a blog administrator.
  1. Anonymous

    sdra pengkomen yang ke 6,
    terima kasih di atas teguran.nampaknya saya banyak melakukan kesalahan dan menyentuh perasaan saudara melalui tulisan. tapi bagi kesalahan percakapan dan ceramah, pasti saudara berada bersama saya.
    elok sangat saudara berdepan dengan saya untuk menegus kesalahan saya.
    saya sedar saya ini manusia yang serba kekurangan. sangat tak betul jika sdra anggap saya EGO. kalau anggap sewaktu saya berkelakar, sama ada dalam ceramah, anggaplah sebagai kelakar,bukan sifat ego.untuk apa saya ego? saya bukan orang berilmu dan berpangkat.saya tabik dan hormat kepada sdra kerana saya anggap sdra lebih mulia dan bersih dari saya.
    saya sedar sdra juga yang menulis atas nama IPIN dalam bual bicara.
    terima kasih banyak-banyak.
    salam hormat dari saya;
    azizi abdullah

  1. asalbayu

    PADA 28.8.2008 sekitar jam 3.00 petang, Ruhie Isma sms minta hadhir di Auditorium Taman Budaya, Alor Setar untuk jadi extra sebuah drama terbitan RTM. Lebih kurang jam 5.30 petang Ruhie telefon maklumkan ada perubahan tempat iaitu di Auditorium RTM, Kompleks Mu’adzam Shah, Jalan Kuala Kedah. Manakala masa tidak berubah iaitu pada jam 8.30 malam. Juga dimaklumkan supaya dibawa bersama salinan kad pengenalan depan dan belakang atas kertas bersaiz A4 tanpa dipotong kerana pihak produksi akan menyimpannya sebagai dokumen.
    Untuk masuk ke kompleks tersebut sebenarnya kena ambil pas atau lapor diri di pondok pengawal terlebih dahulu. Sebelum ini telah beberapa kali saya ke sana sama ada untuk menandatangani kontrak penerbitan drama apabila naskhah yang dikemukakan hendak dirakam di studio. Ruhie memaklumkan bahawa Ida (Setiausaha Kreatif Utama Budaya Anak Seni – KUBAS) akan berada di sana bagi menyelesaikan masalah tersebut jika berlaku sebarang kesulitan. Dalam hati saya berkata, ‘KUBAS yang dihubungi oleh pihak produksi rupanya’.
    Lebih 10 tahun lalu iaitu sebelum diserang strok (angin ahmar) pada 17.9.1999 saya pernah beberapa kali terlibat dengan produksi drama sebagai extra juga selain ikut terlibat dengan teater. Aktiviti seumpama itu terhenti berikutan dengan kemelesetan ekonomi yang turut dirasa tempiasnya oleh kalangan syarikat penerbitan drama. Serangan strok yang saya alami juga telah membataskan penglibatan saya dengan bidang berkenaan.
    Lepas menunaikan solat fardu Maghrib, saya bergegas ke destinasi seperti yang dimaklumkan. Suasana lengang sahaja dan pondok pengawal tiada sesiapa sewaktu saya tiba. Seketika kemudian, Ruhie tiba bersama anaknya, Andi yang memandu motokar. Kami terus ke bangunan kompleks yang juga lengang. Lalu saya menelefon Saiful Azwan (Pon) iaitu suami Ida untuk mendapatkan sedikit maklumat dan dimaklumkan bahawa para anggota KUBAS sudah ada di auditorium. Lalu Ruhie ajak saya terus ke sana.
    Sewaktu tiba di luar auditorium didapati beberapa orang sudah berada di situ. Antaranya termasuklah Abu Bakar Ahmad, seorang yang telah beberapa kali terlibat dengan produksi drama tv dan teater. Saya lantas berbual dengannya. Antaranya ialah mengenai DJ RTM Kedah, Allahyarham Azarudin Othman (Pak Din) kerana bila berada di situ saya lantas teringat kepadanya. Mana tidaknya? Dialah yang telah menerbitkan drama berdasarkan naskhah drama radio sulung saya untuk slot Sandiwara Radio berjudul ‘Sekali Bara Kugenggam’ lebih 10 tahun lalu. Sebak juga saya ketika itu.
    Hampir jam 10.00 malam barulah kelihatan para pelakon dan crew tiba dan kami diminta masuk ke auditorium untuk diberi taklimat. Saya disuruh menukar pakaian dengan memakai sut Melayu lengkap dengan sampin dan bersongkok.
    Setelah meneliti rupanya drama yang hendak dilakukan penggambaran itu diadaptasi daripada novel SANGEETHA karya Azizi Haji Abdullah dan naskhahnya ditulis oleh Zakaria Ariffin (Zek).
    Saya diminta naik dan duduk di pentas mengambil peranan sebagai orang kenamaan (vip) bagi menjayakan anugerah kepada Sangeetha selaku Tokoh Warga Tua 2007. Sementara menunggu giliran beraksi saya menyuarakan teguran berhubung dengan pemakaian ungkapan Warga Tua yang kurang tepat. Ungkapan yang tepat ialah WARGA EMAS.
    Menurut pihak produksi ungkapan itu adalah berdasarkan naskhah yang sudah tentu bersandarkan sumber asal iaitu novel karya Azizi itu. Barangkali Azizi juga tidak menyedari hal itu.
    Pada 7.9.2008 saya menonton sebuah drama di RTM berjudul RINDU BERLALU dan para pelakon antaranya Abu Bakar Omar, Badrul Munir, Rosnah Johari dan Abu Bakar Juah yang melakukan penggambaran di Pusat Jagaan Warga Emas Cheras lantas ingatan saya tersorot kepada produksi drama Sangeetha dan berharap tidak ada kritikan berhubung dengan penggunaan ungkapan Warga Tua itu bila ia ditayangkan kepada khalayak kelak.
    Saya juga dimaklumkan bahawa mengikut perancangan awal, penggambaran hendak dilakukan di Auditorium Taman Budaya, tetapi oleh sebab ia melibatkan kos terpaksalah dibuat di Auditorium RTM itu. Sebelumnya dirancang akan diadakan di Dewan Wawasan Jitra, juga tidak sesuai kerana ia terlalu luas.
    Melihat kepada kaedah penggambaran yang menggunakan landasan (dolly) saya nyatakan bahawa jika ia dibuat di Auditorium Taman Budaya tentulah timbul kesulitan yang agak serius. Di sana kata saya ruang di hadapan pentas yang sempit menyulitkan kerja-kerja penggambaran selain terdapat keadaan ‘cerun’ (slop) dari pintu ke pentas. Dengan keadaan sedemikian, kerja-kerja penggambaran bukan tamat menjelang jam 12.00 malam malah mungkin hingga dinihari.

    Ketika drama berkenaan ke udara pada 3 Oktober 2008 saya tidak menontonnya kerana sedang dalam
    perjalanan dari Lenggong, Perak ke Alor Setar setelah pulang berhari raya di kampung isteri saya. Khabarnya adegan yang saya terlibat itu telah ditiadakan. Saya tidak kecewa berkaitan dengan perkara tersebut dan kebimbangan terhadap isu yang mungkin dipertikaikan oleh penonton kelak. Saya mengucapkan syabas kepada Sdr Kasim yang membuat ulasan. Memang saya kenal dengan beliau. Pada kesempatan ini saya ingin mengajak beliau singgah di http://esastera.com dan meneliti karya kawan-kawan dari Kedah dan lain-lain negeri. Salam Aidilfitri.

  1. pg slot

    pg สล็อต เว็บตรง ขั้นต่ำ 1 บาท แตกง่าย ผู้เล่นสามารถเพลิดเพลินไปกับเกมสล็อต PG ได้อย่างมั่นใจและอุ่นใจที่ได้เข้าร่วมการเดิมพันในเว็บไซต์เชิญชวนนี้ได้เสมอ